Friday, August 25, 2006
Susahnya Memartabatkan Mak Yong
Dua hari sebelum membawa Mak Yong untuk dipentaskan di Singapura, saya menerima panggilan talipon dari parimadonnanya yang sudah setahun berurusan, Mek Nab, beliau menyatakan yang dia tidak dapat menyertai persembahan di Singapura kerana tidak benarkan oleh bossnya di UITM. Sedangkan saya sendiri sudah menyatakan hal demikan kepada bossnya. Saya pun tak tahu nak ambil yang mana satu. Saya sendiri menjadi malas untuk menalipon bossnya atau memaksa dia. Saya begitu sedih dengan apa yang dilakukannya. Saya tahu ada orang yang dengki dengan projek ini. Saya terus menalipon pemuzik saya di kelantan dan dalam kadar segera mendapat gantinya, walaupun dia ada kekurangannya, tapi saya tahu dia ada kelebihannya. Dialah Wan Mah yang banyak berjinak-jinak dengan Mak Yong dalam pengubatan Main Peteri. Saya sendiri baru saja bertemu beliau beberapa minggu sebelumnya. Dia masih lagi pemalu di bawah pentas, tapi apapun dia mampu membawa wataknya dengan jayanya dengan ditonton oleh penggiat teater antarabangsa, terutamanya penggiat teater Growtovski dari Scandinavia. Kami terus di undang untuk mempersembahkan Mak Yong di Esplanade. Saya begitu berbangga dengan tawaran itu, di samping undangan lain dari India dan Bangkok. Saya juga berterima kasih kepada beberapa rakan saya yang membantu meminjamkan wang dan ada yang bersedekah untuk perbelanjaan passport antarabangsa. Sudah tentunya saya berterima kasih kepada Verina Tay dari Magdalena Singapore kerana menganjurkan program yang menarik ini, walaupun mencetuskan insiden-insiden dramatik di kalangan dramatis-dramatis wanita dari Asia dan barat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
taniah atas kejayaan... semoga seni budaya hidup mekar sepanjang zaman. teruskan ....
Post a Comment