PERSOALAN POP ISLAM
Dunia Islam menjadi semakin penting di dunia barat.
Walaupun pada mulanya Islam dikecam hebat setelah
peristiwa 911 di Amerika Syarikat dan pengeboman di
Bali, Indonesia, kini barat semakin ingin mahu
mengerti tentang Islam dan umatnya hinggakan
pelajar-pelajar universiti di Amerika Syarikat
diajukan untuk belajar mengetahui isi Al-Quran. Queen
Elizabeth II di Britain juga dikhabarkan telah
menyediakan surau kecil di kawasan istananya untuk
kemudahan para pekerja islam. Mungkin inilah suatu
permulaan
Tapi bagaimanakah pula dengan kita sendiri di
Malaysia? Apakah umat kita hanya menjadi warak,
bertudung dan berkopiah serta makan buah korma di
bulan Ramadhan? Sejauh manakah penghayatan kita kepada
islam? Apakah Islam Hadari yang dilancarkan Perdana
Menteri Abdullah Badawi hanyalah sekadar retorik untuk
dipertontonkan kepada kuasa-kuasa barat?, atau sebagai
konsep untuk memancing undi pengikut Islam konservatif
?, atau sebagai jentera mempertemukan umat kita yang
terpisah-pisah?.
Pendekata opulariti?semakin menjadi kunci kata
penting dalam dunia global ini. Populariti bukan hanya
penting untuk memenangi juara nyanyian atau anugerah
artis popular, tetapi juga menjadi aset penting untuk
parti politik dan dunia perniagaan!
Malah Parti Islam SeMalaysia(PAS) juga pernah
berkolaborasi dengan Mawi untuk pelancaran Kota Bharu
Kota Islam setahun yang lalu, dimana 40,000 orang
memenuhi Stadium Muhamad IV. Kolaborasi pop dan
politik diteruskan oleh Pemuda Umno Terengganu dengan
mengundang Mawi ke Kuala terengganu beberapa bulan
kemudiannya. Pun begitu, pihak Maestro dan Astro
menafikan yang mereka berkolaborasi dengan parti
politik, sebaliknya hanya memenuhi undangan dan
permintaan.bagi dunia barat untuk mulai mengiktiraf
dunia islam.
Pun begitu, masih ramai penganut-penganut islam dari
timur tengah yang gagal untuk melancung dan menyambung
pelajaran mereka ke Amerika Syarikat. Maka bernasib
baiklah kita di Malaysia dan Asia Tenggara kerana
dikunjungi para pelancung timur tengah yang melimpah
ruah. Kita juga semakin menjadi tumpuan para pelajar
Islam dari timur tengah, sekali gus menjadi pusat
pendidikan dunia islam!
Persoalannya, apakah umat Melayu di Malaysia sudah
menjadi semakin Islamik? Apakah kecenderungan
anak-anak muda ke arah mendengar muzik-muzik berbentuk
islam boleh dijadikan sebagai pengukur?
Lagu-lagu berirama nasyid menjadi popular di
pertengahan tahun 1990an dengan kehadiran kumpulan
Raihan pada tahun 1996 dan Rabbani pada tahun 1997.
Pun begitu, banyak juga kumpulan-kumpulan nasyid lain
yang cuba mengikut langkah mereka seperti kumpulan
Hijjaz, Brothers, Inteam, Mirwani, Firdaus dan banyak
lagi. Tapi kumpulan Raihanlah yang berjaya menembusi
pasaran Indonesia dan dunia islam di Eropah.
Sebenarnya dunia muzik kita juga pernah diperkenalkan
dengan nyanyian nasyid yang mendadak diakhir tahun
1970an dan awal 1980an, tetapi kesemua kumpulan
terdiri dari kumpulan wanita - Al Jawaher, Al Mizan,
Orkes Sinar Murni dan El Suraya. Terakhir lagu-lagu
mereka dikompilasikan oleh syarikat Universal yang
mungkin akan mengingatkan kita kepada lagu-lagu mereka
atau sekali gus menjadi sesuatu yang baru kepada
generasi baru. Antara lagu-lagu terkenal mereka
termasuklah Kembara Di Tanah Gersang dan Perjalanan
oleh Al Jawaher, Tangan Ku Hulur Maaf Ku Pohon dan
Junjungan Mulia oleh Al Mizan, Selimut Putih dan
Hikmar Fajar oleh Orkes Sinar Murni, serta Ikarat
Tuhan dan Mohon Undangan oleh El Suraya.
Tapi yang pasti, irama muzik islam juga sudah
berkembang, dari hanya berirama nasyid, lagu-lagu
ketuhanan ini sudah mula pandai berkolaborasi dengan
irama-irama pop yang lain. Telah lahir juga penyanyi
solo seperti Yassin, Waheeda dan Bienda yang
mendendangkan lagu-lagu berirama padang pasir yang
dipengaruhi irama Arab baru yang dipengaruhi lagu pop
Perancis. Pun begitu ada juga kumpulan muzik pop lain
yang berkolaborasi melahirkan lagu-lagu ketuhanan
seperti lagu Alhamdulillah yang dibawakan oleh
kumpulan hip-hop terkenal Too Phat yang menggunakan
suara pelakon muda terkenal Indonesia, Dian Sastro.
Sebelum ini juga ada juga album-album himpunan
lagu-lagu ketuhanan dari Mawi (Qasidah, Berzamji dan
Berlagu), Sharifah Aini dan Ahmadi Hassan. Tetapi apa
yang lebih berbeza adalah lagu-lagu ketuhanan berirama
rock yang dibawakan oleh kumpulan rock alternatif
Indonesia ?Radja dan Gigi yang sudah terkenal di
Malaysia dengan lagu-lagu cinta mereka. Lagu Lailatul
Qadar yang dinyanyikan oleh kumpulan Radja seperti
membuka era baru di dalam nyanyian ketuhanan.
Apakah lagu-lagu ketuhanan berirama nasyid akan terus
mendominasi dunia pop di Malaysia atau kita bakal
diserang dengan lagu-lagu ketuhanan berirama jazz,
hip-hop, rap, rock dan sebagainya. Apakah
penyanyi-penyayi kita akan bertukar imej untuk berdiri
tegak di dalam pasaran dunia islam.
Adakah Mawi akan kekal mendengar nasihat Tok Guru Nik
Aziz untuk menjadi role model kaum belia islam
Malaysia yang bersih dari dadah, arak dan skandal sex
dan mendendangkan irama-irama ketuhanan? Adakah Siti
Nurhaliza juga akan terus membawa imej bersih wanita
Melayu islam untuk menguasai pasaran hiburan Melayu
Islam di nusantara?
Persoalan seterusnya, apakah dunia hiburan kita akan
juga berusaha ke arah perniagaan halal?, apalagi
apabila kita di Malaysia semakin menempatkan diri kita
sebagai alal Hub?Pusat Halal Sedunia) serta menjadi
penghubung kepada perniagaan antara dunia Timur
Tengah dengan Asia Timur.
Sesungguhnya, kita sedang menyaksikan pertemuan dunia
popular dengan dunia Islam, dan kedua-duanya
memerlukan populariti dan saling memerlukan untuk
mempengaruhi umat dunia!
Wednesday, November 08, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment