Wednesday, January 24, 2007

Apa ada kat Istana Budaya tahun ini?

Saya baru saja melihat program-program yang bakal ada di Istana Budaya (National Theatre) pada tahun ini. Daripada 5 rogram yang ada sampai bulan April, ternyata ada 4 buah konsert akan ditampilkan, patriotik, simfoni tani? PRamlee & Saloma serta Ahmad Jais. Agaknya apa pula program yang ada di Lambang Sari, panggung kecil di Istana Budaya? Kalau sebelum ini kita ada banyak program muzikal yang ternyata bukan mudah untuk dipentaskan, kerana mengambil masa yang lama. Saya dengar, ada pihak yang akan mementaskan muzikal Story of Saadong, tapi masih rahsia katanya. Di mana agaknya mereka akan pentaskan ya? Siapa pengarah dan siapa komposer tu? Hafiz Askiak? Pak Ngah? Roslan Imam? Apapun rasanya ianya menarik kerana akan dapat memberikan intepretasi baru dalam muzikal dan penceritaan, apa lagi ianya akan menampilkan idea kreatif dan alternatif. Siapa agaknya yang akan menjadi Saadong? Misha Omar? Masha? Zehra Zamri?

Tentu juga Istana harus menampilkan program lokal dan antarabangsa, muzikal, monolog, drama realism, komedi, simfoni, konsert, tari tradisional dan tari keontemporari. Mungkin ini akan memuaskan hati penonton? apalagi ianya bukan program percuma. Kata orang "Customer is King" dan "Customer is Always Right". Bila agaknya kita dapat menyaksikan ini berlaku di Malaysia?

Dalam rangka ke Jakarta saya bakal menonton muzikal Nano Riantarno "Kunjungan Cinta" serta dramatari gabungan dua koreografer klasik Jawa-Bali, Retno Maruti dan Bulan Djelantik. mereka juga akan datang ke Esplanade March ini. Jom kita Air Asia ke Jakarta!!!!!

2 comments:

Anonymous said...

bila show kat jakarta? menarik gak. i rasa macam nak air asia ke jakarta la pulak. bali trip hari tu ok gak. ada la ide nak buat karya baru plak. bila show di jakarta tu? buat kat mana? kalau tak sempat jakarta i air asia ke Esplanade la nampaknya. maklumlah.... kat malaysia tak de kan!
u kenal i

League City Asbestos Removal said...

Thank you for shharing this