Thursday, June 14, 2007

Tari Peragaan Busana Telepuk

Pengantin Selangor berdagang luar kain telepuk Singapura, lelakinya berbaju sikap telepuk diapit oleh wanita berkurung berdagang luar kain telepuk Siam. Tukang sambutnya pula bersimpuh di lantai berbaju Perak bersampin kain telepuk dari Kemboja dan berselimpang kain limar Kemboja.
Di antara para hadirin yang datang menepung tawar pengantin adalah pasangan yang mengenakan baju kebaya lama telepuk pengantin Palembang yang sudah lebih seratus tahun usianya, yang lelakinya pula meletakkan baju sikap Pelambang di bahunya.

3 comments:

Anonymous said...

Salam Dr.Zul,

I just perasan that you came to my blog recently.Well,well, rupanya andalah Zubin Mohamad yang sering saya temui dalam Malaysian Cinema yahoogroup!

Thanx kerana sudi menjenguk blog saya. Saya pun baru je nampak rumah Dr.dlm mag Anjung Seri.Lama dah mag tu, saya je baru tengok.

Good days!Anything to promote, just keep me posted.

Anonymous said...

Hai again Dr.Zul,

Memang saya ingat dr. di bangsar tempoh hari. Sebelum show Raja Pechil pun saya ada tegur Dr. dpn bilik kostum. Oh, okey!Gossip pasal GAPENA ni...hehehe!I like it!Pasal depa buat drama tu memang sangatlah menakjubkan. Sedangkan antologi penulis Rakan muda yg dijanjikan dari tahun 95 (Saya baru form 4 that time) sampailah saya dah jadi rakan tua, masih tak terbit lagi.

Paling mengecewakan,sajak saya dan Mak dibayar cuma RM100 untuk teks wajib sayembara deklamasi puisi kebangsaan. So much about being thrifty eh? Faisal Tehrani tu sahabat saya. Dulu sebelum Hizairi hilang dan kami masih sama2 dalam Kelab Alumni MPR, memang seronok duduk dgn dia. Lepak di Coffee Bean lagi, sampai kul 2pagi!Sekarang he's a bit reserved. Tapi kalau dia dapat SEA Write AWARD before all his elderly pun I tak heran. Dah layak.

I baca Kosmo tapi jarang baca hari Sabtu.Sebabnya, hehehe, weekdays I boleh dapat kosmo 70 sen kat UPM.Jadi after this I will make sure I catch it.By the way, thanks for the birthday wish.

My Mak says ''Sawadde krab!''

Would like to hear from you again.

Anonymous said...

Oh, saya lagi...moga tidak bosan hendaknya!

Hendak memanjangkan jemputan ke rumah PENA ahad ni 24 Jun. Ada program temu ilmu Prof.Naquib Al Attas. Pukul 3 ptg. Pembicaranya ialahsdr Khalif Muammar, pengarang Atas Nama Kebenaran.Yup, once a publicity engine, always a publicity engine. Untuk show grup Marlenny 30 Jun ni pun saya punya kerjalah untuk uar-uarkannya. Ini memang kerja saya dari ASK dulu.

Psst..saya ni menjemput je. Belum tentu datang.Ada dateline nak kejar.Hehehe!