Grup teater ini adalah sebuah grup yang berkonsep ‘fluid’ dalam perkumpulannya, yang bermaksud ianya tidak mempunyai ahli yang tetap, ia boleh mengembang dan menguncup. Ahli yang menyertai grup ini juga terbuka untuk menyertai perkumpulan lain serta membuat persembahan dengan mana-mana kumpulan. Grup teater in mula bergiat di Kuching Sarawak pada tahun 1993 dengan nama Teater Haus. Mereka mula bergiat dalam membangunkan teater di kalangan anak-anak jalanan, anak-anak sekolah, orang pekak dan buta serta kanak- kanak terencat akal dalam projek di Kuching Waterfront. Kemudiannya menjalankan workshop teater untuk membangunkan teater kanak- kanak bersama Kuching City Library. Grup ini bermula dengan mengadakan persembahan terbuka di sekitar bandar Kuching.
Teater ini berhijrah ke Kota Bangkok bersama pengasasnya, Zulkifli Mohamad, dengan mengadakan workshop gerak and koreografi tari membangunkan koreografi muda di sana. Di Kota Bangkok juga grup teater ini juga mula mengadakan kolaborasi antara budaya dengan pengarah, visual artis, fotografer, videografer dan koreografer dari Jepun dan Thailand. Sewarnabumi Studio juga memfokuskan kepada persembahan yang menggabungkan gerak, tari, ucapan, nyanyian serta musik dalam persembahan solo dan ensemble di site-spesifik dan teater eksperimen.
Teater ini berhijrah lagi ke Kota Jakarta pada tahun 2000 di mana kerja teaternya lebih bersifat penyelidikan dan penulisan. Pada Jun 2003 suatu persembahan site spesifik di persembahankan di Taksu galeri, Jakarta menampilkan 20 seniman tari, musik, videografi, sejarah sastera, sculpture dalam 3 persembahan yang berlaku serentak, termasuk gabungan tarian ballet dan ‘diving’ dalam kolam renang dalam ‘Middle Mountain: Mirror Mirror’. Persembahan ‘Middle Mountain: Paranoid Landscapes’ susulannya dipersembahkan di Black Box, Chulalongkorn U, Bangkok pada September 2003.
Sepulangnya ke Kuala Lumpur, Sewarnabumi mempersembahan sebuah ‘performance theatre’ – ‘Tanah Serendah Sekebun Bunga’ menceritakan kerajaan yang hilang, Langkasuka, bersama barisan pelakon-pelakon muda ternama – Mazlan Tahir, Hamzah Tahir, Kipli Rahman dan menampilkan Mek Nab seniman Mak Yong ternama bersama FSP-UiTM di Stor Teater DBP Kuala Lumpur pada Feb 2004. Zulkifli terpilih sebagai salah seorang dari 10 koreografer untuk Emas Sepuluh di Istana Budaya pada Sept.2004 dengan karyanya “Aku Binatang Jalang” hasil tulisannya sendiri. Beliau mempersembahankan karya solonya “I want to Sleep” di Bangkok Fringe Festival 2004 di Patravadi Theatre. 2005 menampilkan “Lalak” ideanya untuk menampilkan 5 koreografer termasuk dia sendiri di Panggung Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada Disember lalu menampilkan karya kumpulan bersama Artis Bandaraya “Jadi Jawo Jawi”. Karya teatertari kanak-kanaknya “Chini” arahan Hamzah Tahir telah dipentaskan bersama kanak-kanak Tunas Budaya pada Sept. 2005 di Lambang Sari, Istana Budaya.
Zulkifli juga menampilkan karya solonya “19142004” di Bangkok Fringe Festival pada 10 Disember 2005. Pada tahun 2006, Zulkifli menumpukan persembahannya kepada solo performance dan seni visual, “Kotak Tari: Suara Dari Ruang Tamu” (NAG, Jun), “Untitled” untuk TABIK JERI (NAG, Ogos), “Asia?” (ASF Bali, Nov), “Lelaki Yang Digulung Ombak Itu” bersama Siti Zainon Ismail (YKP, Dis), “Exocult” (YKP, Dis) “Cut….Aceh” bersama Siti Zainon Ismail (UKM, Dis). Terakhir Svarnabhumi Studio mempersembahkan teatertari telepuk di Muzium Alam Shah, Jun 2007 serta persembahan solo berjudul Kertas di Galeri Petronas untuk pembukaan pameran Pak A.Samad Ismail.

2 comments:
amboiii... hebat cv awak ye!!! tahniah...
Ada banyak yang bertanya, samada selipar jepun ni dramatari ke teatertari, teater atau tari atau muzikal. Kalau nak tahu dengan lebih dekat datanglah sendiri.
Post a Comment