Thursday, July 19, 2007

Wayang Story at UM

Semester ini saya ditugaskan untuk menerajui kursus Teater Tradisional di Pusat Kebudayaan Universiti Malaya dan saya mengambil keputusan untuk bergabung dengan tutor Seni Rupa Saudara Elias Yamani yang sedang menyiapkan thesisnya dengan Prof.Ghulam Sarwar. Pendekatan saya ialah untuk memilih Teater Wayang Kulit, Hikayat Seri Rama-Cerita Mahraja Wana. Memandangkan kisah Seri Rama ini teramatlah panjang, saya ingin memfokuskan kepada cerita yang berkisar sekitar SAGARIWA, iaitu bapa saudara kepada Hanuman Kera Putih. Kursus ini akan dibahagikan kepada 3 bahagian, iaitu bahagian pertama yang melihat kepada cerita Seri Rama serta watak-watak besar serta cerita SAGARIWA, bahagian keduanya pula akan berkisar sekitar seni membuat wayang itu sendiri, apa yang berbeza ialah, kita tidak akan membuat wayang kulit seperti cara tradisional, tetapi sebaliknya membuat interpretasi watak-watak wayang kulit ke bentuk 2D dan 3D dan menggunakan kreativiti masing-masing serta bahan-bahan yang terpakai. Dengan kata lain patung-patung wayang ini juga lebih dekat dengan konsep kitar semula dan alam sekitar. Bahagian ketiganya pula akan melihat kepada sudut tubuh dan perwatakan, termasuk menyediakan tubuh untuk membawa watak-watak dalam wayang kulit, yang mungkin lebih bersifat 4D, iaitu dengan juga menggunakan suara dan nyanyian.

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum Dr. saya maziah dari Revolution Stage. Saya ingin menyatakan disini bahawa kami akan mengadakan pementasan teater 'WAKTU -eksperimental merdeka' yang akan berlangsung pada 6-9 Ogos ini di Auditorium TAR, MTC Jalan Ampang.

Kami berbesar hati jika Dr sudi meluangkan masa untuk menghadiri ke Sidang Media kami pada 30 Julai 2007 jam 4.30 petang bertempat di Auditorium TAR, MTC Jalan Ampang.

Saya juga memerlukan email Dr bagi memudahkan saya menghantar malkumat lanjut mengenai pementasan WAKTU. Sebarang masalah boleh email saya di revolutionstage@yahoo.com.

Saya berharap agar Dr dapat menjawab mesej saya secepat mungkin. Sekian