Selepas beberapa minggu kelas "Bengkel Teater Tradisional: Wayang Kulit" dan "Dramatari" berlalu - melalui kelas-kelas pengenalan, pembentangan dan menonton beberapa persembahan termasuk Wayang Kuit di Istana Budaya, kita kini sampai dipertengahan jalan, untuk mementaskan projek akhir pelajar. Memanglah dulunya ingat nak pentaskan di Stor DBP, tapi rasanya kita terlalu besar bilangannya, 36 + 12+12. Nampaknya kita juga tak boleh buat monolog, kerana terlalu ramai. Ini perlu suatu persembahan ensemble. Walaubagaimanapun kita masih lagi ti trak yang sama, mementaskan cerita dari Hikayat Seri Rama dan Cerita Mahraja Wana dan memfokuskan kepada cerita monyet-monyet. Sekarang ini kita sudah membahagikan pelajar-pelajar kepada pengurusan produksi dan pentas dan artistik pementasan. Kumpulan artistik pementasan ini pula dibahagikan kepada 3 bahagian - lakonan, gerak-tari dan patungan. Yang menariknya pula, kita sedang berusaha untuk bergabung dengan kumpulan pelajar gamelan sinkretik yang dipimpin oleh Susan George dari Gamelan Club dan Rythym in Bronze. Dan tiba-tiba saya terbuka fikiran untuk mementaskannya secara site specific. What could be more appropriate to stage a monkey story? tentunya di dalam sebuah hutan kecil. That would be interesting isn't it? So we should work towards it and make it a successful performance. Harapnya tak hujanlah ya! Doa-doakanlah!
Thursday, August 09, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment