Aku ambik keputusan nak menjadikan persembahan-persembahan yang ada ni sebagai satu festival, memanglah festival tu bunyinya besar, itulah sebabnya aku cuma panggil festival ni sebagai Fringe Festival. Bila dah macam tu ideanya, terpaksalah kita cari idea yang yang boleh menjadikannya sebagai sebuah fringe. Pemilihan tempatnya juga adalah salah satu punca mengapa ianya menjadi fringe, maknanya ianya ia bukanlah satu festival yang menampilkan idea-idea main stream, dari segi karya dan bentuk persembahannya serta gaya pementasannya. Saya juga pernah disuruh untuk meMelayukan temanya, dari Rhetoric kepada Retorika dan kemudiannya menjadi Rhetoric-Retorika, untuk melihat bagaimana karyawan-karyawan yang terpilih menampilkan karyanya. Kini retorika itu sudah ada dalam setiap persembahan, pandai-pandailah mencarinya. Yang penting ianya bukanlah terpampang didepan mata kita, alhamdulillah! Memanglah mereka yang dipilih bukanlah secara terpilih melalui sebuah panel, tetapi adalah sekumpulan manusia yang mempunyai cita-cita yang sama, ingin menampilkan naskah-naskah, sekaligus, kami bersama, jatuh bangunnya. Kaalu berjaya, sama-samalah kita kecapinya, kalau ada yang jatuh sama-sama kita bangunkan bersama, bukanlah pula menjadi nafsi-nafsi. Saya tidak serik dan tidak pernah putus harap. Walaupun dulu pernah dikecewakan oleh orang-orang yang ingin bersama dalam Lalak tu, tapi akhirnya menjadi sesuatu yang lain, yang saling tidak membantu. Semangat solidaritas itu harus ada adalam seni, saling membantu. Kalu disini ianya adalh memberikan suatu platform kepada pengkarya, tetapi sekaligus, bukanlah seperti menatang minyak yang penuh, kita sama-sama bergantung dan menolong.
Perkataan Fringe juga pernah ditanya, apakah terjemahannya? Terpinggir? Pinggiran? atau simply Alternatif. Kalau saya lebih condong untuk memilih Terpinggir, kerana banyak faktur, satunya kerana idea kita lebih bersifat alternatif dan tidak terlalu mainstrea, mungkin itulah kecantikannya. Contohnya yang satu ini, kalau nak harapkan orang memanggilnya untuk sesebuah persembahan jauh sekali, maka terpaksalah dia mengadakan fringe ini, supaya dia boleh ikut serta. Tetapi menerbitkan sesebuah persembahan dan sekaligus menghasilkan karya bukanlah sesuatu yang mudah, walaupun karyanya kecil dan hanya sebahagiannya sahaja. Kalau nak tahu cobalah. Tapi kali ini juga kita tidak akan putus asa, kita tetap bertahan, Gebu akan tetap gembira, kerana tuhan bersama-sama orang yang sentiasa mengharap. Wah gitu (nak juga bunyi macam alim, walaupun tak alim!!!!)
No comments:
Post a Comment