Wednesday, February 25, 2009

Perdalangan dan Cerita Tanah Serendah Sekebun Bunga

Dear Nurul Salam. Terima kasih atas email anda. It's great to hear that you are interested in perdalangan. Saya dengar ASWARA juga sudah ada kelas perdalangan dan mungkin akan memperbesarkan kursus tersebut. Di Institut Kesenian Indonesia di Jogjakarta serta Sekolah Tinggi Seni di Solo Indonesia serta ISI Denpasar sudah lama diperkenalkan kursus perdalangan malah sudah ada ke peringkat sarjana. Kita di Malaysia masih tercari2 format memodenkan tradisi ini dan yang tradisional pun sudah mahu hilang. Masih banyak yang perlu dilakukan untuk mempopularkan seni wayang kulit ini. Saya sendiri pernah terlibat di dalam pementasan Wayang Kulit tanpa kelir di Tokyo Jepun, sebagai stage manager and production manager pada tahun 1990. Suasana Cultural Centre dibawah pimpinan Datin Azanin Ahmad telah mementaskan dramatari Seri Rama Siti Dewi pada tahun 1988 dimana saya mula terlibat dengan Suasana(www.azanin.net) sebagai Jin Air Keruh, Jin Air Jernih dan Hantu Tetek/ Hantu Tinggi. Kami pernah menjelajah USA pada tahun 1988 dan Jepun 1990 serta Singapore Arts Festival 1989. Sepulangnya saya dari Indonesia pada tahun 2004, saya telah mementaskan Tanah Serendah Sekebun Bunga di Stor Teater, membawa cerita yang sering disebut-sebut di dalam cerita Wayang Kulit dan Makyong. TSSB dikatakan sebagai sebuah persembahan kolaj, kerana menggunakan teknik genre Wayang, Mak Yong, Main Peteri, Kuda Kepang serta Tari Bedoyo Jawa. Di dalam teater persembahan tersebut saya hanya menggunakan dalang sebagai pencerita sebelum tabir disingkapkan kepada Raja, Pak Yong dalam permainanan mak Yong. Sila rujuk http://svarnabhumi.blogspot.com. Ianya menceritakan kisah sebuah negeri yang bakal dilanda musuh dari utara. Raja dalam negeri yang dilakonkon oleh Mek Nab mendengar yang ada rakyatnya(Hamzah Tahir) yang mendapat mimpi yang Puteri Laut Selatan(diloknkan oleh saya) telah datang dalam mimpinya memberitahun untuk bersiap sedia yang akan ada musuh dari utara akan menyerang. Rakyatnya itu kemudiannya dipulihkan semula oleh Pawang Jawa(Dr.Kipli). Raja masih merasa ragu, tetapi dalam keraguannya telah menitahkan panglima perangnya(Mazlan tahir) bersiap sedia melatih rakyat untuk berlawan dan bermain senjata. Malangnya dalam masa berlatih, negeri Tanah Serendah Sekebun Bunga telah diserang oleh musuh yang kuat dari utara. Negeri menjadi padang jauh jarak terkukur, kerana semua rakyat dan rajanya mati dibunuh, manakala anakanda puterinya dihanyutkan ke laut, sebelum hujan ribut melanda menenggelamkan kerajaan Tanah Serendah Sekebun Bunga. Cerita ini bersambung dalam cerita seterusnya "Chini" yang dipentaskan menjadi teater tari kanak-kanak yang diarahkan oleh Hamzah Tahir dan muziknya dikomposisikan oleh Hafiz Askiak dan dipentaskan di Lamabang Sari, Istana Budaya pada tahun 2005.


Dr, kitorang diwajibkan untuk mengambil 1 subjek teater tradisional n boleh pilih sama ada mak yong, menora, wayang kulit dan gamelan. Mule2 nak try amk mak yong cz masa diploma dulu dh blaja menora, tapi Prof.Madya Rosini mewajibkan @ meminta @ menyuruh kami mengambil wayang kulit walaupun pada awalnya kami agak stress jgk. Kami diberi pilihan untuk memilih perdalangan atau muzik. N for your information, in my class we have 4 girls n 3 boys. Tapi kini perasaan stress dah bertukar menjadi seronok, excited, teruja, semangat, suka dengan ilmu baru yg dipelajari. So, saya telah memilih perdalangan with my classmate, girl from kelantan and  1 boy. Sekarang lecturer yang ajar wayang kulit pun macam semangat dan teruja bile ada dalang perempuan. Alhamdulillah, beliau suka dan tak putus-putus memberi semangat dan galakan.

 

Pada pendapat saya, untuk menjadi yang terbaik bukan sahaja saya perlu tahu dari aspek praktikalnya sahaja. Malah dari aspek teori, sejarah, latar belakang dan perbezaan di antara wayang2 kulit  yang ada di dunia ini.

 

Jika Dr tidak keberatan, sudilah kiranya dr berkongsi ilmu-ilmu terbaik dan pengetahuan  

tentang wayang kulit daripada aspek perdalangan, muziknya, sejarahnya atau apa sahaja yang berkaitan. Mungkin Dr boleh memberi tips, pandangan atau nasihat kepada saya mengenai bidang dan subjek ini kerana saya. Memang berhasrat untuk melakukan yang terbaik dan mencipta sejarah menjadi tok dalang wanita dari negeri sembilan!

 

Prof.Madya Rosini juga turut memberi contoh2 terbaik kepada kami yang boleh dijadikan contoh rujukan kepada pembelajaran kami. Dalam contoh2 yang diberi, beliau sering kali menyebut tentang persembahan dan karya Dr, iaitu   ‘Tanah Serendah Sekebun Bunga’.Saya mahu meminta maaf kerana tidak begitu familiar dengan karya ini. Saya harap dr boleh menberi gambaran atau menceritakan serba sedikit atau memberi  input daripada karya Dr tersebut supaya saya  dapat jadikan ia sebagai salah satu rujukan.


Monday, February 23, 2009

Terompah Manik, Teater Asia & Teater Muzikal Melayu


Kelmarin aku test skrip Terompah Manik dengan pelajar-pelajar kelas "Acting & Improvisation", tetapi ternyata mereka kelihatan berat memikulnya, bukan kerana skrip tu berat atau apa, tapi kerana mereka dah letih. Mereka ada dua lagi produksi untuk matapelajaran teater mereka. Kesian mereka. Ini membuatkan aku terfikir, yang mungkin mereka juga belum bersedia, kerana mereka seharusnya telah menjalankan kelas-kelas asas lakonan, lakonan lanjutan, pengenalan teater, teater dunia, teater Asia, teater Malaysia, teater Kontemporari malaysia, secara teorinya mengetahui. Mungkin teater muzikal juga sudah harus mula diajarkan di Malaysia, apa lagi apabila industri teater muzikal sudah mulai berkembang, walaupun pada dasarnya kita sudah lama ada teater berbentuk muzikal seperti Mak Yong dan lainnya. Dan kebanyakan teater Asia begitu bentuknya. Zaman kontemporari juga sudah ada Uda dan Dara Usman Awang, Nordin Hassan, Hatta Azad Khan, sebelum adanya Istana Budaya dan teater-teater muzikalnya.

Jadi kalau seseorang pelajar tu belum mempelajari bentuk-bentuk tersebut agak susahlah nak memahami Terompah Manik, apa lagi apabila pelajar sudah terbiasa dengar monologue 10 minit. Tapi itulah hakikatnya zaman ini. Tapi kita tidak boleh menyerah dengan keadaan. Jadi untuk itu, mungkin akan ada satu karya lain yang lebih ringan, mungkin........

Wednesday, February 18, 2009

Bapaku Seorang Astronault

Andrew Detheridgeemail a linkprint this page
My Father The Astronaut

I never saw him much
— My father the astronaut
He mostly came home late
(When a mission had been forced to abort).

I regaled them at school with tales of space
— Starring, of course, my father, the astronaut.
Passing furtive notes of his adventures
(Until, in Maths class, I got caught).

In the playground I would boast
Of my father, the astronaut.
Hobbling home on bloody knees
(From the doubting fourth years I had fought).

I still don’t see him much
— My father, the astronaut.
He won’t be out for three-to-five
(Said the newspaper report).

 

Monday, February 16, 2009

PTS, Puan Ainon, Ain Maisara, Novel Remaja & Ringgit Malaysia

Kelmarin 16/2 sempat saya menghadiri forum bicara penulisan untuk pelajar-pelajar ASWARA di ASWARA (www.aswarsa.edu.my). Sebagai seorang yang suka menulis dan ingin menerbitkan hasil karya, saya hadir untuk mendengar. Sebuah forum yang bagus sekali untuk mendorong seseorang untuk menulis dan menjadi penulis sepenuh mas. Tapi yang paling menarik adalah nasihat beliau, Puan Ainon, tuan punya PTS, yang kini sudah menjadi jutawan walaupun baru beberapa tahun membuka perniagaan penerbitan. Sebenarnya banyak yang beliau perkatakan tentang industri penerbitan, tetapi apa yang penting untuk pelajar serta penulis adalah "talent management" yang bukan hanya merangkumi bagaimana nak menguruskan diri untuk menulis, tetapi bagaimana menangani karenah menjadi seorang penulis termasuk menerima nasihat dan kritik serta bagaimana untuk bersaing dengan yang lain tanpa bermusuhan. Begitu juga nasihat tentang hubungan dengan penerbit serta kedai buku dan peminat. Banyak lagi yang beliau jelaskan dan kita akan sambung lagi nanti ya........

Sunday, February 15, 2009

Hari Hari Yang Meletihkan

Weekend sepatutnya hari-hari aku patut rehat, baca suratkhabar, tulis blog, melawat saudara mara dan mungkin menonton dvd serta merancang untuk pengajaran kelas-kelas aku yang banyak tu, apa lagi kena mengajar empat mata pelajaran - Shakespeare Theatre, Improvisation and Acting, Cultural Studies II dan Traditional Arts Theories. Memangnya banyak dan banyak yang aku kena buat preparation. Bila sampai hari Isnin, semua benda harus berjalan. Itulah, harap kawan-kawan dan saudara faham semua ni. Itulah aku tak boleh buat kerja lain hari Sabtu Ahad. Dua mata pelajaran teori tu memerlukan bacaan yang banyak, yang letihnya kena membaca buku-buku dalam Bahasa Inggeris dan mentertemahkannya ke dalam Bahasa Melayu untuk pelajar-pelajar. Dah tu kena permudahkan untuk mereka untuk lebih mengerti dengan mudah. Yalah mungkin kalau belajar BA di London, seperti kawan saya Si Safiah tu oklah, sistem pelajaran dan sukatan pelajarannya berbeza. Kita kat Malaysia mempunyai sukatan dan sistem yang berbeza. Saya tahu pelajar-pelajar terlalu sibuk dengan projek-projek praktikal untuk akademi, pensyarah, kementerian serta cari makan sendiri untuk menampung kehidupan sebagai pelajar. Hujung semester pula pelajar sibuk dengan projek-projek akhir yang bersifat praktikal. Jadi bagaimana untuk mereka membaca dan menumpukan perhatian untuk matapelajaran-matapelajaran teori yang memerlukan pembacaan. Aku fikir mungkin perlu ada satu sistem dibuat untuk mereka berkerja sambil berfikir, bukan hanya berkerja kosong hingga basah keringat dan mungkin dapat bayaran 50 atau 100 sorang atau mungkin tak dapat apa-apa, cuma satu kerahan seperti rakyat dahulu kala dikerah membina istana dan jambatan. Apabila membaca blog-blog tentang sasterawan dan penulis yang menuntuk hak tentang Bahasa Melayu, buat akau terfikir juga, bilalah nak ada buku-buku teater, budaya, dan teori-teori dalam Bahasa Malaysia. Kalau kat Indonesia, buku kepunyaan Ben Anderson "Imagined Community" pun sudah diterjermahkan. Malah Rendra dan Ariffin C.Noer serta Putu Wijaya telah banyak menterjermah buku-buku skrip karya Shakespeare di tahun 1960an. Pun begitu ada pula yayasan seperti Lontar yang menterjermahkan karya-karya Bahasa Indonesia ke Bahasa Inggeris dengan sistematik sekali, menarik sungguh!!!

Sunday, February 01, 2009

SELIPAR JEPUN, Trilogy and Cameronian

Few months ago, last year in 2008, Engku Nurzalifah, tutor-lecturer in ASWARA asked me for Selipar Jepun script to be passed to her teacher friend in Sabah(but he is Kelantanese, a brother of my dikir barat lead for Selipar Jepun, which I forgot his name). Am not sure what is he going to do with it as I never heard about it. Anyway, few days ago, last week, I have been getting emails from a girl asking for script, not saying it's a monologue or what, frankly, I actually have a few script, all theatre, never wrote any script for tv, may be few WIP work for film, not yet completed. I have staged Tanah Serendah Sekebun Bunga(2004), Chini(directed by Hamzah Tahir)(2006), Aku Binatang Jalang(2005), Monolog Monyet-monyet(staged in UM by wayang elective class(2007), no theatrical background, but was fun), Gebu Gembira(staged at KLFF08 played by Isma, but only WIP version, hoping that I will stage it again or may be film it), only Selipar Jepun was staged for 3 nites. The recently ready script "Terompah Manik" will be staged by UPM theatre students, probably in April 2009, with 9 student actors, that would be exciting eh, as I have never worked with this bunch. Though Selipar Jepun(2007) didn't win in the Best Malay Script Cameronian Award, at least it got nominated together with Enfiniti's Musical production, the big budget theatre production, and another play by Five Arts, Dua Tiga Dalang Berlari. So  Selipar Jepun was really really small, nothing compared to the two production houses. I heard that they, Cameronian Award is having it's own category for musical this year, that'll be exciting, then both English and Malay would be lump together, but still, how many musical is being produced in Malaysia in one year?. Having said that Cameronian is only looking at activities in KL so it is not Malaysian at all. I heard there have theatre activities in Penang, Kedah, Sarawak, Sabah and other states, so it is only competition for "Bangsar" people according to certain people. Anyway, I am writing not to win competition but to express myself and my artistic works. Now that I am finishing another play "Stiletto Merah", I have to start planning another staging, but before that, I would like to speak to a couple of people, actors and directors. I have few names in mind, but the most difficult part is to get funding for staging, esp. for people with no name like myself. Tapi elok jugalah ada cameronian award tu, nak harapkan yang lain tak ada, but I am sure it could be done, not so much like the Festival Teater Malaysia, but more of Cameronian Award where each performance is judged by few people.

Thursday, January 29, 2009

Perfomativity

Bin Basra has left a new comment on your post "Teringatkan Puck dari Midsummer Night's Dream untu...": 

Zul, u tak usah risau sangat pasal nak buat teater ke, tari ke, skrip ke! itu semua terminologi yang lazim digunakan sebelum wujudnya terminologi baru iaitu 'seni performance' dan u sebenarnya ialah pengamal 'seni performance'. Seni yang wujud seiring dengan era globalisasi dan pasca-moden. Terhasilnya sesuatu 'seni performance' bertolak daripada premis 'performance text' [teks persembahan], iaitu persembahan itu sendiri sebagai teks. Jadi, kalau u dah ada senario sahaja sudah memadai. Persoalan skrip apa yang dibuat dan nak dipakai itu tidak timbul lagi. Atau samada u dari 'background' teater, tari, atau penulisan. Sebaliknya 'seni performance' adalah gabungan kesemua elemen tersebut dan yang menjadi tunggak utamanya adalah konsep 'performativity'. Dari segi penyampaian, 'Seni performance' lebih menekankan 'isu' dan 'struktur'. Jadi, siapa-siapa pun boleh membikin 'seni performance' ini. Apatah lagi orang macam u. yang penting adalah 'passion' untuk melakukannya dan u memiliki potensi itu yang mungkin tidak dimiliki oleh pengamal teater atau tari yang lain. So, cetuskanlah 'perubahan paradigma' khalayak seni persembahan di Malaysia dalam membaca dan memahami sebuah 'seni performance'. Good Luck untuk 'Terompah Manik'. 

Stiletto Merah

Bermulanya Stiletto Merah.......................

Teringatkan Puck dari Midsummer Night's Dream untuk Terompah

Panjang tak panjang, aku dah dapat 36 halaman untuk skrip Terompah Manik, sorangpun belum melihat dan membacanya selain aku. Ingatkan nak mintak kawan-kawan baca skrip ni dulu. Kalau dulu aku mintak tolong Kak Ani(Rohani Yusoff) dan Rosnani Seman (dua-dua ada darah Kelantan). Tapi agaknya skrang ni semua sibuk. Susah jugak ya, apalagi aku ni bukan dalam jabatan atau fakulti teater. Apa kejadahnya tulis skrip, eh bukan juga duduk dalam jabatan atau fakulti penulisan. Ada orang tari, Joseph Gonzales bertanyakan aku melalui soalan-soalan bertulis dia, macamana aku menulis skrip untuk teater. Tapi sebenarnya aku bula menulis skrip teater tari, untuk "Tanah Serendah Sekebun Bunga" dan kemudiannya "Chini" teater tari kanak-kanak yang diarahkan oleh En.Hamzah Tahir (terkenal sebagai juri Sehati Berdansa di Astro Ria). Tapi kedua-duanya bukan skrip teater, atau skrip berdialog, tapi tulisan struktur teater, bentuk teater, latarbelakang, penceritaan serta lagu-lagu bersenikata. Pertama menulis skrip drama adalah untuk Selipar Jepun(dinominasi untuk Best Malay Script Cameronian Award bersama Muzikal berskala juta-juta Puteri Gunung Ledang, mestilah PGL yang menang). Walaupun skrip Selipar Jepun siap pada tahun 2005, ianya hanya dipentaskan pada tahun 2007 Julai di Stor Teater Dewan Bahasa dan Pustaka, KL dengan bujet kecil RM10,000 yang melibatkan 2 pelakon utama serta 5 pelakon tambahan.

Opps lupa plak, tujuan tulisan ini bukan menceritakan yang dah lepas tu, tetapi menceritakan tentang skrip yang baru ini, walaupun baru saja siap deraf pertama. Rasanya belum komplet, masih banyak yang perlu ditambah. Sekarang ini ada 6 orang adik beradik dalam skrip tu
Che Long, Che Wa, Che Alang, Che Ngah, Che Teh dan Che Su. Untuk disesuaikan dengan pementasan pelajar-pelajar kelas improvisasi, mungkin perlu ditambahkan beberapa watak lagi, dua orang isteri kepada anak-anak lelaki Che Sidah dan Che Simah serta seorang watak lelaki, mungkin seorang pencerita atau seorang watak seperti "Puck" dalam Midsummer Night's Dream. Yang penting, aku harus siapkan skrip ini secepatnya. Nasiblah ada cuti hari raya China, dapatlah sebuah naskah deraf, munkin juga hujung minggu ini aku tak harus kemana-mana tetapi menyiapkan naskah baru ini.

Tuesday, January 27, 2009

Writing Process "Terompah Manik"(Beaded Clogs) Okay Ke?

TRILOGY
Started in Kelantan dialect, yang lebih fasih untuk aku daripada Bahasa Malaysia. This is also to continue the tradition of mak Yong theatre yang sudah diiktiraf UNESCO sebagai warisan dunia, only my play is a new story and not about kings and princes but about human being like us, you and me. This is also the continuation of Selipar jepun, the next one would be Stiletto Merah, partly completed, but I left it for awhile, may be after I complete this one, which I like to stage it with my improvisation class. 

SELIPAR JEPUN
In Selipar Jepun also I brought in makyong form, not entirely in it, and of course the famous drag show or rather what we call miming and lipsying, entirely different thing from tradition. When I call it experimental, a lot of people mungkin tak setuju dan mengerutkan dahi, so this time I am calling it Teater Eksperimentradisi, boleh tak? I am selecting few songs that are closer to the story, period and characters but may be not entirely in dikir form or perhaps modern dikir form too .

Last week I saw Rohani Yusoff brought in Dikir Barat in ONE OF THE CHARACTERS IN THE new work "Saya Dari Hujung Kota", the kolaj work of Nordin Hassan, CINDAI, 1400, SIREH BERTEPUK PINANG MENARI, INTAN TERCANAI. May be Nordin Hassan has been using these traditional elemens in his plays, he has been mixing makyong and boria in his work, which is interesting! Azanin also has brought in wayang, makyong, silat, asyik, terinai, gamelan in her dance theatre work in the past, so the kolaj or forms is nothing new, but needs to be continued. In visual arts collage could be considered modern, especially if we look at works by nik zainal abidin, mixing images of wayang, dikir etc from the arts of Kelantan. But I am calling it Contemporary Based Tradition

TEROMPAH MANIK
I am starting with Dikir Barat again, a popular genre of performing arts, not theatre, but performance, so I am bringing it to be a theatrical form. I am also bringing the idea from Selipar Jepun ( staged in 2007 though the play was ready in 2005) or rather the continuation of performance concept.

Starting with famous Wau Bulan song from dikir barat but a twist to "Terompah Manik". I also wish I could go back to theatre in the round, mak yong and randai has this form, but what I like to do is to bring in silat jatuh or silat pulut of kelantan, that would be fun no? It's a story about adik beradik yang baru kematian ibu dan kesulitan membahagikan harta peninggalan arwah, i like it to be a story about family, tragedy and at the same time could be a comedy, boleh tak? Ada penulis2 zaman selepas shakespeare pun membuat karya-karya seperti ini yang menggabungkan keduanya, but how? Oh satu lagi , boleh tak rasanya if i bring in pantun? boring tak?

Selepas mendapat beberapa cadangan daripada teman yang mencadangkan masukkan bunyi dan prop terompah dan payung, aku setuju, mungkin itu dah masuk process pementasan, tapi elok juga.

Azman Ismail menulis tentang Selipar Jepun

Selipar Jepun aplikasi formula dramaturgi

Oleh AZMAN ISMAIL

PERJALANAN bas ekspres Kota Bharu-Singapura menemukan dua manusia yang berkongsi pahit manis kehidupan, seorang wanita setengah baya dan lelaki lembut berusia awal 30-an.

Selain itu turut ditemukan, watak lain yang terlibat dalam peristiwa serangan Jepun ke atas Tanah Melayu dan individu yang terlibat dalam pembinaan landasan kereta maut di sempadan Thailand serta Myanmar.

Dalam pertemuan itu, manusia-manusia yang menjadi saksi zaman dan kesengsaraan perang tersebut bercerita tentang pahit-maung kehidupan serta kemanusiaan.

Watak-watak tersebut ditampilkan dalam teater Selipar Jepun, karya dan arahan Dr. Zulkifli Mohamad. Ia dipentaskan di Stor Teater, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ia dijayakan oleh Mohd. Shahrul Mizad Ashari, Marlenny Deen Erwan, Intan Carina Abd. Karim, Ahmad Iswazir Ismail, Mohd. Aliff Mat Salleh, Shafarina Abdullah dan Foo Chi Wei.

Dalam pementasan tersebut, Zulkifli yang sarat dengan pengalaman pementasan, ‘berkiblatkan’ pada konsep bahawa seni teater adalah produk sebuah proses penciptaan dari seni drama ke pentas atau ‘proses teater’.

Sebagai proses teater, keberadaan seni teater itu sendiri mengarah kepada formula dramaturgi yang dipegang dan dikendalikan oleh Rosnani Seman.

Istilah dramaturgi merujuk kepada istilah dari bahasa Belanda dramaturgie, yang bererti ajaran tentang seni drama atau bahasa Inggeris disebut dramaturgy.

Ia bermaksud seni atau teknik penulisan drama dan pencernaan dalam bentuk teater atau secara singkat dapat disebut ‘seni teater’ (the art of the theatre).

Dramaturgi adalah elemen dramatik atau seni dramatik, iaitu unsur-unsur teknikal yang digunakan dalam penulisan drama. Unsur bunyi dan unsur lakonan atau gerak merupakan dua unsur penting di antara elemen-elemen utama dalam pementasan.

Gaya dan teknik inilah yang diterapkan oleh Zulkifli sebagai pengarah dan Rosnani Seman sebagai dramaturgi dalam pementasan Selipar Jepun tersebut.

Pendekatan dramaturgi ini sebenarnya masih agak baru dalam konteks pementasan naskhah di Malaysia. Namun, tidak di negara-negara Barat.

Di Perancis misalnya, dramaturgi Perancis dipelopori dan dikembangkan oleh Jacques Scherer. Ia bertujuan untuk menjelaskan bagaimana seorang pengarang drama menggunakan kerangka bentuk tertentu serta prosedur tertentu dalam menghasilkan sesebuah naskhah.

Khayalan

Sebagai sebuah pementasan yang menggunakan pendekatan dramaturgi, Selipar Jepun dihasilkan berasaskan ciri-ciri khayalan (dalam bentuk idea) dan penulisan (dalam bentuk skrip dramatik, teks dramatik atau naskhah lakon).

Ciri-ciri lain yang diterapkan oleh Zulkifli ialah menonjolkan bentuk teks pementasan dan melihat reaksi atau penerimaan terhadap naskhah yang diketengahkan.

Menonton pementasan Selipar Jepun memberikan pengalaman yang sangat menarik kerana ia seolah-olah latihan drama di sebuah ruang tertutup.

Tidak ada sebarang peralatan, set atau prop tertentu untuk membantu pementasan. Pelakon-pelakon hanya duduk di atas kerusi (gambaran dalam sebuah ekspres).

Namun, kekuatan dan kemampuan dialog serta monolog oleh M. Shahrul dan Marlenny menghidupkan cerita dengan berkesan dan memukau.

Dengan kata lain, Zulkifli tidak mahu memikirkan elemen-elemen bantu di pentas untuk menghidupkan sesebuah pementasan sebaliknya memberikan tumpuan 100 peratus kepada dialog dan monolog watak.

M. Shahrul dan Marleeny melontarkan watak-watak iaitu Yee, Che Kenanga, Kamilah, Che Hassan, Pekerja Rumah Batu, Penyanyi Kelab Malam dan Pengantin.

Di sisi lain, aspek dramaturgi dalam pementasan tersebut banyak mengaplikasi beberapa genre kesenian tradisional Melayu Kelantan khususnya iaitu Wayang Kulit dan Mak Yong.

Beberapa elemen Mak Yong misalnya terlihat jelas dalam beberapa bentuk tarian dan lakonan yang dibawa oleh Merlenny selain penggunaan logat Kelantan.

Di sebalik pementasan tersebut, apa sebenarnya mesej yang cuba diutarakan oleh Zulkifli? Adakah hanya sebagai imbasan tentang kejamnya sebuah peperangan? Atau betapa kemanusiaan dipijak oleh sebuah situasi?

Zulkifli mempunyai sebab dan alasan tersendiri dalam pementasan tersebut. Penyelidikan tentang mangsa-mangsa buruh keretapi maut oleh dua sarjana yang juga temannya menjadi titik mula.

Kedua-duanya, David Bogart (Universiti Kyoto Seika) dan Prof. Michiko Nakahara (Universiti Tokyo) serta kisah-kisah yang diceritakan oleh ibu beliau, menginspirasikan naskhah Selipar Jepun.

Menelusuri lebih jauh dalam pementasan tersebut, Zulkifli agak ‘terbuka’ dalam membicarakan tentang aspek-aspek yang dianggap tabu dalam masyarakat Melayu, misalnya seks.

Monolog tentang watak Kam Ai Loh (Kamilah) yang melihat suaminya curang di kamar tidur dilemparkan kepada penonton dengan jelas.

Mungkin beliau mempunyai alasan tersendiri. Boleh sahaja ia mengutarakan tentang pemikiran masyarakat selepas pasca Perang Dunia Kedua yang terpaksa berhadapan dengan situasi yang mencabar dan sebagainya.

Oleh itu, gejolak psikologi watak ditampilkan tanpa menggunakan simbol sebagaimana umumnya pementasan teater-teater atau drama Melayu.

Namun, secara keseluruhannya Selipar Jepun dianggap mencapai objektifnya sebagai pementasan murah di ruang yang sangat sederhana. Tapi mampu melontar idealisme dan gagasan pengarangnya.

    (Sumber : Utusan Malaysia   (30/07/2007) )

 
Dikemaskini pada 30 Dis 2008 oleh www.dbp.gov.my

Sunday, January 04, 2009

Looking for New Technique and Performance Theory for Malay Theatre

Approaches to Acting Improv/ Physical Theatre/ Movement

There are many approaches to acting including the known techniques taught, practiced and written by Stanislavski, Sanford Meisner, Lee Strasberg and Uta Hagen. Eventhough the school has chosen Uta Hagen as an important technique and texts, there are other approaches too in improvisations including techniques from movement as well as physical theatre. Contact improvisation for example is one of the techniques in the movement studies including Tai Chi, Pilates, 5 Rhythms, Body-Mind Centering and many other techniques including many Asian movement techniques that has been adopted by many western practitioners such as Eugenio Barba. Another interesting technique to be learned as part of Acting Improv would be various techniques in Physical Theatre such techniques by Mayerhold, Suzuki and also Commedia Dell Arte. As a dance and movement choreographer/ writer/ director/ dramaturg in theatre, it is my interest to research into various Asian theatre and dance techniques, especially Malaysia, ASEAN, South Asia, East Asia and Islamic tradition.

Wednesday, December 31, 2008

Karya Besar Malaysia Dekad Ini

Seperti kata seorang rakan saya di tempat kerja baru saya, ASWARA, "penting untuk mengerti politik dalam berkesenian di Malaysia". Sememangnya itulah thesis phd saya "Politik Ekonomi Dalam Budaya" dan kerana itulah juga pengurusan seni dan budaya itu penting di dalam membentuk sesebuah budaya negara. Dalam perjalanan pulang kerumah kelmarin saya terfikir tentang sebuah judul untuk penyelidikan "Inovasi dan Intervensi Budaya Malaysia" dan mungkin benarlah kata dia "Budaya tidak boleh dibiarkan mengalir saja", dan kata saya "masalahnya arus air sungai kini bukan hanya mengalir lesu seperti dulu, tetapi berpusar-pusar di setiap persimpangan dan banyak persimpangan yang ada apalagi bila hujan ribut melanda dan meruntuhkan tebing-tebing yang rapuh, tebing-tebing yang tidak beraur, maka sungaipun menjadi semakin luas memakan tanah-tanah di pinggir-pinggirnya, maka tanah menjadi semakin sempit, begitu juga di pantai seperti yang banyak terjadi di persisiran pantai Timur, terutamanya Kelantan, apa lagi apabila tiada intervensi untuk membendungnya. Tapi seperti kata dia lagi berkarya di Malaysia dijadikan susah akan intervensi "ISA" dan macam-macam undang-undang lagi termasuk penyiaran dsb. Tapi apakah boleh pengkarya berkarya dalam linkungan "ISA" dan undang-undang penyiaran yang ada. Pasti bisa bilang orang Indonesia, lihatlah industri filem di Iran. Tapi kita tidak tahu bagaimana keadaan keseluruhannya di Iran, berapa banyak filem yang ditayangkan dan kekeluarkan di sana. Mungkin filem-filem yang kita lihat itu hanyalah filem yang dieksport, seperti filem-filem kita yang telus bebas keluar negara bersama pengkarya-pengkaryanya. Ada juga saya dengar baru-baru ini yang filem-filem Iran membosankan, penuh dengan klise-kliese yang sama, tentang perjuangan wanita-wanita yang inginkan kebebasan, tetapi terpaks tunduk dengan apa yang telah disediakan untuk mereka, betulkan begitu? Saya cuba berseloroh, mungkin kita di Malaysia sudah mula "romanticing ISA" seperti penangkapan yang pernah berlaku kepada Pramoedya dan Mochtar Lubis dan kemudiannya melahirkan karya-karya besar seperti Buru Quartet oleh Pram. Tapi kata dia itu dulu, hasilkan buku, sekarang menulislah dalam blog dan blog juga boleh dijadikan buku. Tapi bila saya bertanya, apakah karya besar yang telah dihasilkan dalam dekad ini dari kalangan filem, dia tetap tidak mahu menjawab. Kalau buku pula lagilah, tapi dia kata dia tidak tahu karya-karya dari kalangan sastera pinggiran. Nah, walaupun mungkin tidak ada karya yang sedemikian rupa dalam karya pinggiran atau picisan, hakikat kata-kata yang mengatakan mungkin ada karya pinggiran yang dia tidak tahun memungkinkan yang ada kemungkinan yang karya pinggiran yang besar sifatnya, bukan seperti yang war-warkan oleh DBP. Lalu ini juga satu kemungkinan yang dia tidak mengiktiraf karya-karya yang diiktiraf DBP, sebuah badan yang menguruskan soal bahasa dan sastera. Menarik menarik, nanti saya tanyakan teman-teman pengkarya kononnya picisan!

Monday, December 29, 2008

L Series - Laboratori Tari Kontemporari

Sebenarnya sebelum saya terpilih di dalam EMAS 10, himpunan 10 orang koreografer Malaysia, yang kemudiannya menjadi kontroversial yang bermacam-macam, seperti kenapa semuanya lelaki, kenapa tiada wanita, kenapa nama ini dan nama itu, termasuk nama saya yang sesetengah berpendapat yang ianya tak apatut ada disitu. Tapi tak ramai yang tahu yang saya bersama Aida Redza pernah menghantar proposal ke Istana Budaya untuk pertunjukan tarian kontemporari "Naga-Naga". Ternyata proposal tersebut hanya diam saja, kemudian lahir Bangsawan Naga Tasik Chini, sememangnya cerita Naga-Naga adalah kutipan daripada cerita-cerita. Begitu juga dengan proposal saya "Festival Gong" diambil Istana Budaya menjadi persembahan lain. Tapi tak mengapa, sememangnya mereka tak ada idea, kita terimalah hakikatnya. Kita pula hanya manusia yang ada idea tapi tak ada nama dan harta atau power, itulah jadinya, what's new?. So because of that they decided to include me into the Emas 10. But of course before that pihak Istana Budaya telah menonton video persembahan "Tanah Serendah Sekebun Bunga" pada awal 2004, sebuah persembahan yang dikatakan oleh Rahimidin Zahari sebagai kolaj persembahan kerana mengambil bentuk-bentuk persembahan daripada Mak Yong, Wayang Kulit, Main Peteri, Bedoyo, Kuda Kepang, dll. Tapi sebenarnya beliau belum sedar akan penggunaaan teori seni persembahan, tentang intercultural work dalam seni persembahan Melayu sendiri. Apapun, bukan itu yang ingin diperjelaskan disini, tetapi tentang L Series. Sewaktu di Jakarta selama beberapa tahun sejak 2000 hingga 2003, banyak bentuk persembahan yang ditonton termasuk tari kontemporari dan bentuk-bentuk persembahan. Antara yang paling teruja adalah Solo Festival di Kota Solo yang menampilkan karya-karya solo oleh penari-koreografer kontemporari Indonesia samada yang muda atau yang telah established, masing2 menampilkan karya selama 10-15 minit dan festival berlangsung selama beberapa malam. Selain itu ada pula Festival Tari Wanita yang hanya menampilkan karya-karya tari wanita dengan konsep yang sama. Inilah yang berlaku di Indonesia setelah kejatuhan Suharto, di mana dana untuk seni menjadi semakin kecil, tetapi sekaligus lebih banyak aktiviti dijalankan dan lahirnya lebih ramai seniman tari. Setelah itu saya berkeinginan untuk melahirkan sesuatu seperti itu di Kuala Lumpur tetapi hanya menampilkan seniman solo dalam karya yang pendek tetapi boleh menampilkan lebih ramai seniman, dengan nama Solo Asia@Kuala Lumpur. Setelah itu lahirlah Emas 10. Saya berharap Emas 10 akan berterusan untuk tahun seterusnya, tetapi ternyata tidak begitu,  mungkin kerana tari kontemporari tidak sebegitu popular di Kuala Lumpur, apalagi di kalangan khalayak Melayu. Pada tahun 2005, saya mengemukakan konsep L Series -Laboratori Tari Kontemporari kepada pihak Dewan Bandayara Kuala Lumpur dengan menampilkan 5 koreografer dan menggunakan penari-penari yang mereka ada. Mereka tertarik dan Svarnabhumi Studio menjadi co-producer bersama DBKL. Tapi ternyata ada dikalangan koreografer yang tidak gembira dengan keputusan tersebut walaupun mereka telah terpilih didalam seleksi tersebut dan bayaran dibuat secara langsung kepada setiap koreografer. Apa yang menyedihkan, pihak DBKL telah mencuri idea tersebut dan menjadikan idea tersebut sebagai milik mereka, ini tidaklah menghairankan, kerana banyak lagi jabatan kerajaan yang melakukan perkara yang sama, termasuk Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan. Saya dapat tahu yang DBKL telah meneruskan Siri L dengan persembahan seterusnya pada tahun berikutnya berjudul Langkah, dan konsep tersebut masih diteruskan hingga kini. Having said that, saya rasa L Series harus diteruskan, demi meneruskan Laboratori Tari Kontemporari. Untuk itu Svarnabhumi Studio akanmenebus kembali haknya dan akan mempersembahkan siri tersebut! Nantikan!

Saturday, December 06, 2008

My Dance Choreographies 1993-2008






Dance Choreography

Zulkifli bin Mohamad (Zubin Mohamad) 1993 - 2008 

  1. Melaka’s Fair Princess The Musical (1993), Kuching
  2. King’s Birthday in Museum (1994) – Duo, Kuching
  3. Tanah Air Api Angin (1995) – dance for Hatta’s musical(group), Kuching, KL
  4. Tribute to Julia (1995) – 4 people, Kuching
  5. Tanah Air Api Angin – dance for environment (1996), Kuching
  6. Playing Birds in the Playground (1997) – Group, Kuching
  7. Body Parts (1998) – (Collaboration with Katsura, Danai, Ip, Piya), Bangkok
  8. Burning Forest (1998) – 12 people, Kuching
  9. Flowing River (1999) – duo, Bangkok
  10. H2O(1999) – 4 people, Bangkok
  11. And She Comes (1999) - Solo with live music, Berlin
  12. In Iya Circle (1999) – Solo with live flute, Japan
  13. Behind the Screen (1999) – Solo, Kyoto
  14. Flowing (1999) – Duet with Danai, Bangkok
  15. Spirit of Rice (2000) - 4 people, Bangkok
  16. River O River (2000) – Solo, Bangkok
  17. Stairs of Memory (2000) – Collaboration with Aida Redza – 4 people, Bkk
  18. About Café Opera (2000) – Duo, Bangkok
  19. The Other Dragon – for SEA Textile (2000) – Duet, Bangkok
  20. Watermelon (2003) -12 people, K.Lumpur
  21. Middle Mountain: Mirror-Mirror (2003) – Group Collaboration, Jakarta
  22. Middle Mountain: Paranoid Landscapes (2003) – Group Collaboration, Bkk
  23. Aku Binatang Jalang (2004) – 21 people, K.Lumpur
  24. Tak Bai(19142004)(2005) – Solo, K.Lumpur
  25. Jadi Jawo(2005) – 12 people, K.Lumpur
  26. Dance for Sale (2005) – Solo, Ipoh
  27. Hanuman (2005) – Solo, K.Lumpur
  28. Dance Poetry (2005) Collaboration with Aida Redza – Group, Shah Alam
  29. Waiting for Rama(2005) – Solo, Exeter-UK, Hue-Vietnam
  30. Syair Che Siti (2005) – Group, London
  31. Balut Tubuh (2007) – Group, Putrajaya
  32. Lelaki Ombak(with Siti Zainun)(2005) – Duo, Ipoh
  33. Voices from Living Room (2006) – Solo, K.Lumpur
  34. Ombak Aceh (with Siti Zainun) (2006) – Duo, Bangi
  35. Iqrak (with Jalil Ngah) (2006) – Group, Terengganu
  36. Kertas (for A.Samad Said) (2007) – Solo, K.Lumpur
  37. Sukarno’s Speeches (2008) – Group, Yogyakarta

Theatre Works

  1. Butterfly Lover & Aku Cinta Padamu(1993) – 6 people, Kuching
  2. Bergendang(1993) – 12 people, Kuching
  3. Chini(script)(2005), KL
  4. Tanah Serendah Sekebun Bunga (Script, directing)(2004), KL
  5. Selipar Jepun (script & directing)(2007), KL
  6. Gebu Gembira (script & directing)(2008), KL

Thursday, December 04, 2008

Ada Lembu Dalam Butoh Performance




Semalam menonton persembahan kumpulan Spiro-Ha di Sungai Wang Plaza, teruja melihat ramai orang-orang dari pelbagai bangsa, agama, kulit dan umur, mungkin ramai juga pelancung asing, terutamanya dari Timur Tengah yang asyik menonton, pertamanya Butoh dari Bob Web, Katsura Kan associate dari San Francisco, sesuai sangat apabila dia timbul dari celah pohon-pohon Christmas yang telah berdiri di situ sempena perayaan Chrismas (depa ni tak buat pulak perayaan Raya Haji, padahal Christmas lambat lagi, tapi kita pun tak promote secara besar-besaran, may be not in KL?. Sesekali terasa macam Santa dah berubah wajah, jadi putih segalanya, seperti sebuah requiem untuk Pearl Harbour 1945, dan selepas itu ada pulak Spiro-Ha, 3 manusia yang keluar dari perut lembu, satu putih dan dua lagi berwarna merah. Mungkin terfikir apakah ia satu konotasi yang kita ni bodoh sangat kalau tak guna akal untuk berfikir, tapi itu kata saya. Mungkin bagi depa lain pulak, orang lain yang menonton lain pulak. pendekata masing2 interpretasi, itulah karya kontemporari, tak ada lagi naratif A-Z, bukan macam cerita2 dulu. Mungkin juga karya tersebut lebih kepada mencetus sebuah idea yang menimbulkan satu Curiousity untuk kita terus mencari makna sebenar persembahan, kita terus mengikuti jalan cerita melalui visual yang begitu menarik. Mungkin itulah ianya bukan hanya sebuah tari atau teater tetapi sebuah arca, sculpture yang bergerak, menghasilkan pelbagai reaksi dan genre!

Selepas menonton Lembu itu(Namron pun pernah buat karya teater lembu kalau tak salah!) teman seni Buto Malaysia, ketua kumpulan Nyoba, Lee Swee Keong berkata kepada saya "Selepas ni bolehlah tengok karya ayam awak", merujuk kepada karya "Aku Binatang Jalang" yang mempunyai video proses membunuh ayam yang dibikin oleh Ise(Roslisham Ismail dari Parking project) suatu kolaborasi yang dipersembahkan ditahun 2004 di Istana Budaya dalam Emas Sepuluh. hai dah lama benar tuh, saya pun dah banyak buat karya-karya lain, tapi mungkin tidak masuk dijaluran mainstream, cuma di ruang-ruang terpinggir - Stor Teater, Panggung Bandaraya, Kotak Kaca Balai Seni Lukis, so orang tak tahu. Apapun sebagai pengkarya kita terus mencari ruang untuk berkarya!

Alah karya awam pun dah banyak dilakukan di USA di tahun 1970an di dalam gerakan performance art di sana, cuma intipati dan cara persembahannya berbeza. Apapun, itu sesuatu yang boleh difikirkan kembali. Yusuf Ghani pun masih berkarya dengan ayam sabungnya. Dulu pun ada banyak karya ayam sabung dalam painting, terutamanya karya pelukis kelantan, teringat karya dalam pameran "Bumi Angin" di Balai Seni 2007. Di Filipina juga ada beberapa pelukis yang menelusuri karya mereka  tentang Ayam Sabung. Apakah konotasi ayam untuk kita di Malaysia pula?

Thursday, November 27, 2008

Buto Caravan Paris-Tokyo in Kuala Lumpur


For more information on Buto Caravan please check out www.saloranseni.blogspot.com

Wednesday, September 24, 2008

Lalak Kat Blog Sultan Muzaffar

Dalam bulan puasa ni, tiba-tiba tak boleh tidur malam, so dah bejaga tu banyakla browsing kat internet, tiba-tiba jumpa lak piece yang ditulis oleh Sultan Muzaffar kat blog dia, masa tu dia belum keje ASTRO. Thx ya, aku baru tertengok la pulak. Having seen this I am actually thinking of re-visit my work 19142004, sebuah karya yang prihatin terhadap pergolakan yang berlaku di Selatan Siam, opps, Thailand. But I have to find again footages yang aku guna dulu, dah banyak tahun babe, so stor pun dah berselerak! May be I should develop into a full work.

Tari : LALAK
Panggung Bandaraya Kuala Lumpur
2 hingga 4 Disember 2005
Jam 8.30 malam
LALAK adalah sebuah kolaborasi seni persembahan Teater Tari Kontemporari Malaysia yang tercetus antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan Svarnabhumi Studio. Kolaborasi ini akan menampilkan sepuluh buah rekaan tari hasil ciptaan lima perekatari terkenal : Syed Mustapha - pemenang anugerah Cameronian Award untuk Best Choreography 2003 yang banyak menggali semangat Melayu dalam karyanya, Jasni Ahmad - calon anugerah Cameronian Award yang mengadopsi konsep tari kontemporari Jepun dalam tarian etnik Orang Asli, Hamid Chan – antara graduan awal program tari dari Akademi Seni Kebangsaan yang menjadikan etnik Sabah sebagai jatidiri dan identitinya, Junainah Long – antara Koreografer Muda Asia Pasifik, Taipei 2003 yang mengenegahkan bahasa tubuh seorang wanita sebagai dialognya dan Zulkifli Mohamad – antara 10 koreografer terpilih Istana Budaya-Emas Sepuluh 2004 yang mengambil konsep Main Peteri untuk menganalisa penyakit bangsanya. Lima koreografer ini akan menarikan sendiri lima karya solo mereka dan menampilkan lima koreografi yang mengenegahkan para penari dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. LALAK adalah Arus Tradisi Tari Kontemporari Malaysia.

LALAK adalah sebuah nama yang diberikan untuk mewakili gabungan perasaan yang tersirat dalam diri kelima-lima seniman tari ini. LALAK memberi makna â€Å“Melaung Sekuat-kuat Hati”. LALAK adalah pantulan reaksi manusia terhadap dunia sekelilingnya, dunia yang mementingkan wang ringgit, harta dan pangkat, dunia hiburan di Malaysia yang hanya mementingkan hiburan semata-mata tanpa mengambilkira nilai-nilai seni, estetika, jati diri dan maruah bangsa, dan dunia yang mengagungkan nilai kebaratan. LALAK adalah sebuah gerakan melawan arus hiburan yang begitu deras dan bersifat sementara belaka. LALAK adalah sebuah pernyataan tentang pengaliran seni tradisi Malaysia baru yang bersifat kontemporari yang penuh makna serta pengajarannya. Seni tari kontemporari tak ubah seperti seni sastera yang bersifat visual dalam tiga dimensi. LALAK adalah suatu dialog yang menyoal jati diri Melayu dalam arus global serta mencabar seni tari teater serta seni visual, teks, bunyi dan gerak

Syed Mustapha Syed Yasin
Karya Solo: Keliru
Biar apa yang kau katakana
Terhadap diriku ini
Di sini ku masih berdiri
Menahan pahitnya
Sebelum kau kenal
Hati nuraniku
Awaslah katamu………..!!!

Karya Kumpulan: OM BAK
Ia datang dan pergi
Pergi tak kembali
Menjadi satu misteri
Tragedi menyayat hati
Peristiwa silam berlaku kini
Pun sampai berulang lagi
Ku panjatkan doa dari Illahi

Jasni A.Hamid
Karya Solo: Argo-Gede
Dalam perjalanan dari Jakarta ke Bandung,
Dari dalam ruang keretapi Argo-Gede
Mataku terpaku ke lereng-lereng bukit yang subur mengemas
Terkesan dengan keindahan,
Terkesan dengan pribumi Jawa berhuma

Karya Kumpulan: Episod Hanuman
Tubuh bagai kelonsong ditiup roh,
Di isi hati dengan dua rasa,
Yang kudus dan yang hodoh,
Keduanya saling mendominasi tiada toleransi,
Ada yang membunuh dan ada yang menumbuh,
Akal harus jadi tuan, biar hidup bersempadan

Hamid Chan
Karya Solo: BORNEO
Sebuah karya yang berlandaskan dasar-dasar kehidupan dan keakraban penghuninya dengan alam semulajadi. Ianya dijadikan suatu sumber kepada garapan tari dalam persembahan solo ini. Gaya tari dan elemen-elemen etnik masyarakat kepulauan Borneo ia dijadikan pengisian tari satu koreografi yang mencerminkan kehidupan masyarakat itu sendiri, dalam erti kehidupan yang sebenar. Seni menjadi imitasi kehidupan dan kehidupan menjadi imitasi seni, tiada yang betul dan tiada yang salah dalam penciptaan, semuanya membentuk suatu kehidupan kita. Apa yang terlahir dari diri kita akan menjadi jatidiri kita, ianya mungkin lahir dari apa yang kita kutip hasil tatapan, bacaan, renungan dan pengalamanang kita lalui.

Karya Kumpulan: KUKUDA
“Kukuda” adalah satu gabungan gerak tari dari kuda kepang dan tari jawa (Gagahan) namun hampir keseluruhan pengisian dalam koreografi ini, telah diolah mengikut corak tari masakini, walaubagaimanapun warna-warna tari Kuda Kepang dan tari Jawanya adalah menjadi landasan utama, begitu juga dengan iringan muzik ia adalah satu garapan baru dalam aliran yang berlainan. Tiada siapa menghalang tiada siapa merancang di sudut lalui penuh ruang, dilalui langkaan 8 Kukuda, bernafas di atas rentak muzik, berhenti di atas satu ruang.

Junainah M.Lojong
Karya Solo : Untitled I – Suara Tubuh
Karya ini merupakan penggalian didalam proses eksperimentasi gerak dan tari yang berpaksikan â€Å“space” (ruang) dan â€Å“time”(waktu). Maka dari pertembungan-pertembungan tersebutlah emosi-emosi yang menciptakan isu-isunya tersendiri. Dipasakkan kepada satu punca, eksplorasi gerak dan tari yang terhasil daripada kepelbagaian ruang yang dicipta dalam waktu yang berbeza-beza. Tanpa teks, isu yang diangkat melalui ruang yang dibina akan mengubah tubuh badan yang memberikan tenaga berbeza. Secara semulajadi anggota badan akan memberi tindak balas terhadap ruang yang akan menghasilkan emosi diri. Ruang, waktu dan isu menjadi idea dan konsep utama dalam kerja seni ini.

Karya Kumpulan: Untitled II - Wanita
Karya tari ini merupakan suatu kelangsungan dari permainan gerak dan gerak permainan atau â€Å“playing” berpandukan tema didalam isu feminisma dan wanita. Bertemakan wanita, tubuh badan akan mengekspresi dan menyampaikan mesej kepada khalayak. Eksplorasi kepada tema ini dikembangkan dan menghasilkan isu tentang wanita. Proses latihan akan mewujudkan satu focus kepada tema secara satu arah, mengambil seksualiti sebagai elemen penting di dalam pergerakkan. Walaupun tema wanita itu terlalu besar, proses penggalian terhadap tema itu akan menghasilkan satu persoalan utama di dalam konsep wanita.

Zulkifli Mohamad
Karya Solo: 1914/2004
Kedua-dua tarikh keramat ini adalah umpama menatap halaman ‘Hari Ini Dalam Sejarah’ – mengenang kembali tahun 1914 dimana Tok Janggut menentang penjajah British bermati-matian sehingga tubuhnya dikelar empat belas dan dibawa mengelilingi Kota Bharu untuk ditayangkan kepada seluruh rakyat jelata. 2004 pula menyaksikan bagaimana beratus-ratus orang Melayu Muslim sebangsa seugama dengan kita dikorbankan di seberang sungai di sempadan. Persembahan ini menggunakan gabungan pancaran video dan gerak geri dramatis yang bersifat moden sambil berinspirasikan silat, asyik, mak yong dan manora.

Karya Kumpulan: Jadi Jawa Jawi
Penceritaan yang berinspirasikan asal usul dan pengaruh kerajaan-kerajaan lama nusantara di Semenanjung Tanah Melayu serta pengaliran imigran tanah seberang yang menjadi isu masakini. Persembahan ini menggunakan konsep minimalis dengan cahaya lampu pelita serta suara dari penari sendiri dan di jakstaposisikan dengan lagu dangdut dari radio transistor.

Thursday, September 18, 2008

Theatre Programme in Europe!

International Conference
"Performing Arts Training Today"
 
October 24 - 27, 2008
Bovec, Slovenia
 
PROGRAMME: practical workshops, work demonstrations, performance fragments, lectures.
 
  • "Japanese Noh and Suzuki techniques and excerpts from "Gilgamesh and "Zahak"
    Workshop and presentation by Izumi Ashizawa (Japan)
  • "Performer's Physicality" 
    Workshop by Sergei Ostrenko (Russia)
  • "Improvising in the moment. A workshop towards performance"
    Workshop and performance fragment by Frances Charteris (USA)
  • "Missing Pieces: Applying Theatre Talents Off-Stage"
    Workshop by Kimberly Davis (USA)
  • Advanced Performance Training (APT) 
    Presentation by Elke Van Campenhout (Belgium)

And more..! The list of confirmed events is being updated regularly. Please follow the news of the programme!
 
Participation Fee

The fee with accommodation in shared twin room:
150 EUR if payment is made before September 23th

300 EUR if payment is made before September 27th.
The fee covers attendance of all events of the conference programme, three nights of hotel accommodation in shared twin room (two persons share one room), two meals per day (breakfast and lunch), tea/coffee breaks and farewell buffet.
 
The fee with accommodation in single room:
250 EUR if payment is made before September 23th.

350 EUR if payment is made before September 27th.
The fee covers attendance of all events of the conference programme, three nights of hotel accommodation in single room (one person in the room), two meals per day (breakfast and lunch), tea/coffee breaks and farewell buffet.
The conference will take place in Bovec, the mountain resort located in north-western Slovenia in the Julian Alps (near Austrian and Italian border). 
 
REGISTRATION:
To apply for participation, candidates should send a CV and a brief letter of motivation to info@iugte.com or globtheatre@gmail.com stating the title and dates of the event.

Programme: 
http://www.iugte.com/projects/programme.php  
Accommodation and venue: http://www.iugte.com/projects/Bovec.venue.php
 
Best regards, 
Michael Cooperman

International University
"Global Theatre Experience" (IUGTE)
"ArtUniverse"
www.iugte.com 
info@iugte.com