Panjang tak panjang, aku dah dapat 36 halaman untuk skrip Terompah Manik, sorangpun belum melihat dan membacanya selain aku. Ingatkan nak mintak kawan-kawan baca skrip ni dulu. Kalau dulu aku mintak tolong Kak Ani(Rohani Yusoff) dan Rosnani Seman (dua-dua ada darah Kelantan). Tapi agaknya skrang ni semua sibuk. Susah jugak ya, apalagi aku ni bukan dalam jabatan atau fakulti teater. Apa kejadahnya tulis skrip, eh bukan juga duduk dalam jabatan atau fakulti penulisan. Ada orang tari, Joseph Gonzales bertanyakan aku melalui soalan-soalan bertulis dia, macamana aku menulis skrip untuk teater. Tapi sebenarnya aku bula menulis skrip teater tari, untuk "Tanah Serendah Sekebun Bunga" dan kemudiannya "Chini" teater tari kanak-kanak yang diarahkan oleh En.Hamzah Tahir (terkenal sebagai juri Sehati Berdansa di Astro Ria). Tapi kedua-duanya bukan skrip teater, atau skrip berdialog, tapi tulisan struktur teater, bentuk teater, latarbelakang, penceritaan serta lagu-lagu bersenikata. Pertama menulis skrip drama adalah untuk Selipar Jepun(dinominasi untuk Best Malay Script Cameronian Award bersama Muzikal berskala juta-juta Puteri Gunung Ledang, mestilah PGL yang menang). Walaupun skrip Selipar Jepun siap pada tahun 2005, ianya hanya dipentaskan pada tahun 2007 Julai di Stor Teater Dewan Bahasa dan Pustaka, KL dengan bujet kecil RM10,000 yang melibatkan 2 pelakon utama serta 5 pelakon tambahan.
Opps lupa plak, tujuan tulisan ini bukan menceritakan yang dah lepas tu, tetapi menceritakan tentang skrip yang baru ini, walaupun baru saja siap deraf pertama. Rasanya belum komplet, masih banyak yang perlu ditambah. Sekarang ini ada 6 orang adik beradik dalam skrip tu
Che Long, Che Wa, Che Alang, Che Ngah, Che Teh dan Che Su. Untuk disesuaikan dengan pementasan pelajar-pelajar kelas improvisasi, mungkin perlu ditambahkan beberapa watak lagi, dua orang isteri kepada anak-anak lelaki Che Sidah dan Che Simah serta seorang watak lelaki, mungkin seorang pencerita atau seorang watak seperti "Puck" dalam Midsummer Night's Dream. Yang penting, aku harus siapkan skrip ini secepatnya. Nasiblah ada cuti hari raya China, dapatlah sebuah naskah deraf, munkin juga hujung minggu ini aku tak harus kemana-mana tetapi menyiapkan naskah baru ini.
4 comments:
salam..
i just came across this blog when i was browsing a monologue script...i'm interested when u said that u are not from theatrical background formal education..but trust me en zubin..talent is the most important thing..heard bout svanarbhumi before this..but i'm sorry not zubin..maybe i am not yet widely exposed to people in malaysia scene.hopefully one day i can watch ur performance!
by the way,i am finding some materials or notes on monolgue...care to help me?
hihi...
all the best to you
i love reading ur blog!
Kaseh(like the name). Thank you for your encouragement. Sure I could help if I could. It's only a matter of time and space. What can I do?
Zul, u tak usah risau sangat pasal nak buat teater ke, tari ke, skrip ke! itu semua terminologi yang lazim digunakan sebelum wujudnya terminologi baru iaitu 'seni performance' dan u sebenarnya ialah pengamal 'seni performance'. Seni yang wujud seiring dengan era globalisasi dan pasca-moden. Terhasilnya sesuatu 'seni performance' bertolak daripada premis 'performance text' [teks persembahan], iaitu persembahan itu sendiri sebagai teks. Jadi, kalau u dah ada senario sahaja sudah memadai. Persoalan skrip apa yang dibuat dan nak dipakai itu tidak timbul lagi. Atau samada u dari 'background' teater, tari, atau penulisan. Sebaliknya 'seni performance' adalah gabungan kesemua elemen tersebut dan yang menjadi tunggak utamanya adalah konsep 'performativity'. Dari segi penyampaian, 'Seni performance' lebih menekankan 'isu' dan 'struktur'. Jadi, siapa-siapa pun boleh membikin 'seni performance' ini. Apatah lagi orang macam u. yang penting adalah 'passion' untuk melakukannya dan u memiliki potensi itu yang mungkin tidak dimiliki oleh pengamal teater atau tari yang lain. So, cetuskanlah 'perubahan paradigma' khalayak seni persembahan di Malaysia dalam membaca dan memahami sebuah 'seni performance'. Good Luck untuk 'Terompah Manik'.
u can call me kaseh..coz i love the name so much..there are a lot to ask u..i juz got back from meeting with ex-student.and now he is studying at ASWARA...maybe u will meet him one day...kan?dah jadi terbalik..cikgu kena menuntut ilmu dari student..tapi takpe..that's i ask him to join ASWARA.and i met him to ask few thimgs about monologue...dia pun tau sikit2 jekk..membantu lah jugak walau sikit jek...
can i have,if u don't mind..ur email?
ermm..i nak bg my email..mcm mana tanak bagi publish kat public ni eh?is there any other ways to communicate with u?
thabks in advance.
Post a Comment