Monday, April 20, 2009

Mencari Kebaya Baldu Hijau

Kebaya baldu BATIK SEMAR dari Solo,Indonesia - Mudah.my

Dalam perjalanan aku ke Singapura dgn bas ekspress KL-Singapura Jumaat lalu, tiba2 aku teringatkan arwah mak(Hajjah Che Bunga Che Othman) dan baju pengantinnya di Zaman Perang Dunia Ke 2. Semasa aku kecik2 aku ingat Baju Kebaya Hijau Pekat Kain Baldu tu masih tergantung di dalam almari, cuma kainnya yang aku tak pernah lihat.

 Tapi mak pernah beritahu, dia pakai baju tu dengan gelang tangan mas pulas di kedua belah tangan dan gelang kaki kepala naga. malangnya aku sendiri tak pernah melihat gambarnya atau pun barang-barang kemas tu, cuma bajunya. Tiba2 aku terpanggil untuk bertanyakan kakakku yang sedang bersiap sedia untuk majlis perkahwinan anaknya pada hujung tahun ini. Tapi katanya dia sudah ada pakaian persalinan untuk akad nikah dan persandingan, cuma kalau nak pakaikan untuk persalinan bolehlah. Yang menariknya, kakakaku ada sehelai kain songket antik berwarna hijau, mak pula dah wasiatkan kain limar hijau untuk disimpan. Lalu aku menghantar sms kepada beberapa teman2 yang sememangnya pencinta tekstil dan pakaian melayu klasik - Datin Azanin, Dr.Siti Zainon, Zubaidah Sual dan beberapa teman lagi termasuk Salikin Sidek. Ternyata baju yang sedemian rupa sukar untuk dicari dan dipinjam, maka terpaksalah aku mencari kainnya di mana-mana untuk dijadikan sepasang pakaian pengantin. Kebaya Baldu tangan pendek yang lebar yang tidak berapa labuh tetapi melepasi punggung, berkain songket hijau dan berselendang kain limar dipadankan pula dengan gelang kaki dan gelang tangan kepala naga berserta dokoh daun sukun. Pengantin lelakinya pula memakai baju sikap kain baldu hijau juga, sampin songket, seluar tenun songket serta gelang kaki serta cekak lengan untuk lelaki dan wanitanya. Baju dalam lelaki pula tergantung kepada warna yang boleh dipadankan diperbuat dari kain tenun kosong. Tanjaknya adalah tanjak lingkaran dengan cucuk gempita dan suting malai ditelinga, wanitanya berpemeles, suting malai, cucuk sanggul dan bunga melur segar.  


Kebaya is a traditional blouse worn by women in IndonesiaMalaysiaBruneiBurma,Singapore, and some parts of Cambodia. It sometimes made from sheer material and usually worn with a sarong or batik kain panjang, or other traditional woven garment such as a songketwith a colorful motif.


R.A. Kartini and her husband in 19th century 
Kebaya is originated from Arab region;[1] the Arabic word Kaba means clothing. The name of Kebaya as a particular clothing type was introduced by the Portuguese when they landed onSoutheast Asia. Kebaya is associated with a type of blouse worn by Indonesian women in 15th or 16th century.

The earliest form of Kebaya was first came from the north of the Indonesian archipelago. The clothing type began to spread to MalaccaJavaBaliSumatraBorneo and Sulawesi. After hundred years of acculturation, the garments have become adjusted to local customs and culture.

Prior 1600, kebaya on Java island were considered as a sacred clothing to be worn only by members of the Javanese monarchy. During Dutch colonizationof the island, European women began wearing kebaya as formal dress. During this period, kebaya, that was originally made from mori fabric, were modified with silk embroidered with colorful patterns.

In Malacca region, a different variety of kebaya is called "nyonya kebaya" wore by the Peranakan people. Nyonya kebaya dress consists of a kebaya completed with a sarong and beaded shoes (kasut manek). The nyonya kebaya gains its popularity that the dress is worn also by non-Asian people.

Apart from traditional kebaya, fashion designers are looking into ways of modifying the design and making kebaya a more fashionable outfit. Casual designed kebaya can even be worn with jeans or skirts. For weddings or formal events, many designers are exploring other types of fine fabrics like laces to create a bridal kebaya.

The kebaya silhoutte gives emphasis to a womanly figure and that is the beauty of this ethnic wear.

Sarong kebaya, a version of kebaya has become a uniform for Singapore AirlinesMalaysia Airlines, and Garuda Indonesia flight attendants.


Baju kebaya dipakai oleh wanita Melayu. Ada dua teori tentang asal baju kebaya. Satu mengatakan perkataan 'kebaya' itu berasal daripada perkataan Arab habaya yang bermaksud pakaian labuh yang berbelah di hadapan. Satu lagi mengatakan pakaian seumpama ini dibawa oleh Portugis ke Melaka, maka sebab itulah kebaya telah lama dipakai di Melaka; bukan sahaja oleh wanita Melayu tetapi juga oleh wanita Cina Peranakan (Baba) dengan sedikit perbezaan dalam potongan dan gaya memakainya.


 


 

Baju kebaya yang asal direka labuh hingga ke paras lutut ataupun lebih. Tangannya panjang dan lebar. Bahagian badannya mengikut potongan badan dan melebar ke bawah bermula dari bahagian punggung. Bahagian hadapannya pula berbelah dan berkolar sampai ke kaki baju. Bahagian yang berbelah ini disemat dengan tiga kerongsang berasingan atau yang berangkai dengan rantai halus. Kerongsang ini dikenali sebagai ibu dan anak kerongsang. Kerongsang yang besar dan di atas sekali dipanggil ibu dan dua lagi yang kecil dan dipakai bawah kerongsang ibu dipanggil anak.

Kebaya ada pelbagai gaya. Contohnya di Selangor, kebayanya tidak berkolar. Di Perak pula lengan kebayanya sangat lebar berbanding dengan kebaya di negeri-negeri yang lain. Di Pahang pula, baju kebayanya yang dikenali sebagai baju Riau Pahang mempunyai leher berkolar dan berkancing seperti baju kurung cekak musang tetapi bahagian hadapannya juga berbelah seperti baju kebaya yang lain; malah turut dipasangkan kerongsang di bawah kancingnya yang berbutang itu.

Baju kebaya sesuai untuk pakaian harian dan juga pakaian pengantin. Bagi pakaian harian, baju kebaya sesuai diperbuat daripada kain kapas dan baldu atau sutera (bagi yang berada) dan dipadankan dengan kain sarung. Selendang hanya dikenakan apabila keluar rumah. Bagi pengantin pula, baju kebayanya diperbuat daripada songket dan sepasang dengan kain sarungnya. Selendangnya juga diperbuat daripada songket.


Interest In Creative Industries at Marketing@UTM Skudai Johor

Minggu lepas aku dapat panggilan dari kawan lama dari UNIMAS(1993-1998), dia sebenarnya junior staff di UNIMAS masa aku masuk keje sana, dia kemuadiannya sambung belajar kat university yang sama dan course yang sama di Strathclyde University, Glasgow(1991-1992), International Marketing. Di Unimas dia di Faculty of Business and Economics, aku plak kat Faculty of Applied and Creative Arts, heading Arts Management programme(department). Dia bertanya aku kalau free malam sabtu. Kebetulan aku ke Singapura menonton Flamenco Festival yang dikendalikan oleh teman baikku Carmen Santos(orang Madrid, artis yang aku kenali di Jakarta, skrang menetap di Singapura). Acara Flamenco selesai pada malam Ahad. Pagi Ahad, selepas sarapan mengopi dengan teman-teman, aku mengambil teksi yang sampai dalam 7minit tu ke Rochor Centre, tempat bas-bas ekspress berkumpul. Tempat ini telah ada kat situ sejak aku kecik2 lagi. Tapi skrang, bak kata teksi driver tu, macam2 bas dan teksi ada, cuma bayaran yang berbeza. Untuk aku, aku nak cuba bas klasik Singapore-Johore Express warna merah, warnanya masih sama. Nak dipendekkan cerita, aku diundang ke majlis graduation dinner kat marketing school di UTM, untuk memberikan ucapan sebagai seorang yang telah melalui liku2 kehidupan seorang graduan marketing. Sedikit cerita tentang minat dan perjalanan hidup yang membawa akau ke tempat2 dan perkerjaan yang berbeza. Mereka ternyata berminat dengat Creative Industries dan Creative Management, termasuk rakan-rakan pensyarah serta pelajar2nya. Nanti kita sambung lagi ya

Wednesday, April 08, 2009

Rumah Untuk Wanita, Rumah Ibu, Rumah Perak, Baju Puteri Perak dan "Perak Woman": Perbincangan Mencari Pengertian Gender, Feminiti & Feminism

Ini adalah himpunan awal item-item yang ingin saya bincangkan di sini. Walaubagaimanapun himpunan ini masih berada di dalam peringkat awal tulisan. Tapi mungkin juga himpunan ini boleh menjadi pemanggil untuk diskusi tentang gender dan feminiti serta feminism dalam "Visual Culture" negeri Perak. Kenapa negeri Perak menjadi pilihan? Mungkin kerana perbincangan terbaru membawa saya untuk berfikir dalam bidang arkeologi yang terus menerus memanggil-manggil ke arah Perak Man, suatu diskoveri yang menarik untuk Malaysia. Tapi rasanya masih ramai rakyat Malaysia yang kurang mengerti tentang itu. Saya juga pernah melihat sebuah buku berjudul "Java Man", mungkin satu masa kita akan sampai ke situ, untuk mengadakan sebuah buku dalam skala general untuk orang awam lebih mengerti tentang apa dia Perak Man. Kemudian kita pula dihadirkan dengan sebuah penemuan arkeologi terbaru Perak Woman. Ini juga sebenarnya memanggil saya untuk menegatakan sesuatu atau setidak-tidaknya mencari kaitannya dengan isu gender, feminism dan feminiti di Malaysia. Ini membuatkan saya terpanggil.

Rumah Kutai Perak adalah dari jenis bumbung panjang. Keistimewaan reka bentuknya adalah kerana ia lebih etnik dan ringkas. Reka bentuk ini juga dikenali sebagai rumah kutai. Rumah ini masih terdapat di negeri Perak dan telah berusia lebih 100 tahun. Antaranya di Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar, Kampung Kota Lama Kanan dan Kampung Bota Kanan, Parit. Rumah Kutai Perak menggunakan sepenuhnya bahan binaan semula jadi yang terdapat di sekeliling kampung. Struktur asas adalah kayu keras manakala atap dibuat dari daun rumbia dan dinding pelupuh dari anyaman buluh atau rotan. Rumah ini mempunyai bumbung yang agak tinggi, tetapi terdapat sedikit keunikan dari segi keterbukaan rumah ini. Ia seolah-olah tidak mempunyai pengudaraan yang baik dan mencukupi. Dinding rumah mencapai ke paras rabung atap tanpa diselangi kerawang atau seumpamanya. Ini disebabkan dinding itu sendiri tembus angin, maka ianya tidak perlu hiasan kerawang dan  sikap rendah diri penghuni rumah ini. Keringkasan reka bentuk menunjukkan yang rumah kutai adalah untuk orang biasa berbanding rekaan lain yang lebih moden dan canggih seperti bumbung limas dan bumbung Perak. Rumah ini menyaksikan beberapa unsur seni struktur yang agak menarik, ringkas dan mempunyai fungsinya tersendiri. 

Rumah ibu mempunyai bumbung yang tertinggi. Ia turut menempatkan atau berfungsi sebagai serambi di bahagian depan dan sebuah bilik. Di sebelah kiri bilik terdapat ruang seakan serambi menyamai bahagian serambi utama di sebelah kanan, mungkin ianya adalah untuk ahli keluarga perempuan. Rumah ibu mempunyai tingkap menghala ke rumah dapur. Rumah ibu dipisahkan atau dihubungkan oleh selang yang lebih terbuka. Selang mempunyai ketinggian yang sedikit rendah, sekitar 15cm sehingga 30cm dari aras rumah ibu dan rumah dapur. Rumah dapur menempatkan segala peralatan memasak dan ruang makan. Ia dihubungkan oleh selang untuk ke rumah ibu. Di penghujung rumah dapur terdapat pelantar, berfungsi sebagai tempat penyediaan makanan dan ruang letak untuk hasil dari kebun atau sungai. (http://silverian.org)

Dari kata Rumah Kutei membayangkan yang rumah bentuk ini datangnya dari Kutei di Kalimantan Timur di Borneo yang juga terkenal dengan lombong emas dan arang batu serta kain Samarinda. Apakah kita mempunyai sejarah perdagangan dan kesultanan serta perkahwinan atau migrasi dari Kutei. Jika ada, inilah yang kita perlu cari, tarikh dan zamannya, siapakah orang yang bertanggungjawab membawa bentuk tersebut ke Perak.

Di bahagian utara pantai barat Semenanjung Malaysia iaitu di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak, rumah bumbung panjang amat terkenal. Bumbungnya agak tinggi dan curam dan lazimnya mempunyai tiga bahagian rumah iaitu serambi, ibu rumah dan dapur.  (http://malay.cari.com).

Rumah Ibu dari rumah dapur dengan selang yang terbuka. Rumah ibu mempunyai tingkap menghala ke rumah dapur. Di penghujung rumah dapur terdapat pelantar untuk kegunaan penyediaan makanan atau ruang letak untuk hasil dari kebun dan sungai. Rumah ini mempunyai beberapa unsur seni struktur yang agak menarik, ringkas dan mempunyai fungsinya tersendiri(http://malaysiana.pnm/senibina). 

Dari kata Rumah Ibu, jelas bahawa di dalam budaya kita Ibu merupakan Induk yang begitu penting. Apakah ini mempunyai hubungan dengan budaya matriachal seperti di Minangkabau atau di Champa yang akhirnya juga mempengaruhi negeri Kelantan dan wilayah Pattani di Selatan Thai, di mana wanita menjadi begitu penting di dalam sistem pemerintahan dan perniagaan.

A century ago, this house was built on the banks of the Perak River in Kampong Ngior, Tanjong Blanja, now known as Parit. Little of its history is known, although family tradition suggested that it was built by Maharaja Lela, the assassin of Birch, the British resident of Perak, in 1875. Supposedly Maharaja Lela substituted a slave to be hanged in his stead and went into exile, but later came back and built the house. Coins found under the principal pillars of the house during the restoration, placed there according to custom, are dated 1901 and indicate that the lapse was too long for this story to be likely. 

Dato Maharaja Lela sememangnya menjadi ikon kepada pemberontakan Inggeris di Tanah Melayu selain Tok Janggut di Kelantan, Dato Bahaman di Pahang dan beberapa orang lagi. Ini adalah satu usaha untuk membesar-besarkan pemikiran anti-kolonial, dan sebenarnya bukanlah bersifat post-kolonial atau masih di dalam pembentukan sebuah pemikiran ke arah itu.


Previous inhabitants of Rumah Uda Manap, from a photograph still kept in the house. It is more likely that Uda Manap built the house for his bride, Ngah Porbu, who came from Indonesia in the 1890's to marry him. She was a wealthy woman who brought with her beautiful textiles and household artifacts. As the local custom, or adat, prescribes that property is held by women, the house should rightly be known as Rumah Ngah Porbu. Ngah died in 1946 and left the house to her granddaughter who apparently married the grandson of Maharaja Lela. She died in the '80s and left the house to her youngest daughter Rohani.

The house was built by Chinese craftsmen from Indonesia, at a time when the Perak River was the main thoroughfare into the hinterland and the village was wealthy from the tin trade. The wooden shingle roof timber can only have come from Sumatra where belian wood is found. 

The house, made of durable indigenous hard woods, is typical of Perak in its form and layout, but its decoration is unusual. Carved wall panels and window shutters feature Chinese motifs, dragons and calligraphic characters combined with flowers and birds. The lightness of the carving, necessary because of the extreme hardness of the wood, is balanced by the brightly coloured lime based paint (kapor) that highlights the design.


By the time the house was moved to Rimbun Dahan in 1998, it was derelict. The roof and floors had collapsed and much of the diagonal wall paneling was rotted and broken, but most of the structural members were sound. All timbers, carvings and shutters were numbered and photographed before dismantling. 

The rooms behind the rumah ibu were not worth salvaging, they had been built of inferior materials and lacked the decorative detail of the front. They were measured and documented from the remains, but nothing was relocated from this portion except for some carvings and a pair of doors. 

Wherever possible, old timber was used in the restoration. The floor timbers are from other houses demolished in Perak (note the saw milling marks), but the new belian roof shingles had to be brought from Sarawak.

The present layout follows the original with these modifications:
· The main entrance was moved to the opposite side to suit the new site. The porch roof, which was added later to the original was roofed in belian. 
· The ceiling shape was changed to follow the roof line, originally it didn't do so and possibly concealed a hiding place. 
· The window shutters were reversed to display the single sided decoration on the outside while they are open during the day, and on the inside at night. 
· The selang sloped down to the back, leading to a large room and a roofed dapur, or kitchen. In the present house, the selang is flat (the dining room) and leads to the new kitchen, a staircase, and a back bedroom. 
· The roofless veranda was originally another room, but the house was already big enough for Rimbun Dahan's purposes. The verandah's footprint does, however, record the size and the floor level of the original. 
· A pair of doors on the original selang walls led to a lost staircase/ladder, so the doors have been reused at the ground level entrance. 
· A new toilet and shower were added below the new kitchen. 



The modern kitchen retains the open roofed shelves typical of the period. Unlike the original, the new house has water and electricity. The light fittings in the main room are from the '30s and were bought in Malacca, as was the furniture. The light switches are Australian, manufactured for restoration of Federation houses. (Coincidentally, Federation was also in 1901). Two items were found in the derelict house and restored: the tall room divider with drawers and open shelves, and the desk in the smallest room off the rumah ibu, where prints of Birch's death and the manhunt (Illustrated London News of the 1870s) are displayed. 

View through main room window after renovations
The internal carvings did not need repainted and they remain an important example of the quality of the original decoration. The external carvings had lost almost all traces of colour, but enough remained to guide the restoration. The external blue could only be matched by using laundry blueing bags (nila), the traditional colour source. The same blue was used on many old buildings in Penang such as the Cheong Fatt Sze Mansion. 

Helen Crawford, the Australian resident artist at Rimbun Dahan during the restoration, designed the new carved panels outside the selang to reflect the house's new purpose. The motifs are Australian and contemporary: the sulphur crested cockatoo and Sturt's Desert Pea are well known examples of Australian fauna and flora; the biawak, or monitor lizard, is a current resident of the garden, and grape vines and vegetables acknowledge the present use as a dining room. 

The house is used as accommodation for the Rimbun Dahan residency programme for artists and writers. As a guest house for people working in the arts, architecture, sustainable development and conservation, it will be experienced by many people in the century to come. 

Interiors

Shutters show their carvings on the outside when open during the day, and on the inside when closed at night. Carved wooden steps at the entrance lead up to the anjung. The anjung, a small room at the front of the house where guests are greeted.View of the dining room from the rumah ibu.

The central rooms feels bright and spacious when the shutters are opened.Anti room containing original desk and prints of Birch's death and the following manhunt.View of the main bedroom through the shutters.The selang, which passes from the ruman ibu to the kitchen, has been converted into a dining room, seating six.

 (www.rimbundahan.org/ architecture)

Pakaian adalah aspek budaya yang membuktikan kewibawaan adat istiadat wilayah budaya Melayu. Pakaian cara Melayu yang pertama kali disebut pada abad ke-16 adalah kesinambungan pola asas yang berkembang di istana Kerajaan Melayu Melaka pada zaman keagungannya di Kepulauan Melayu. Pemakaiannya tidak berkembang di istana Kerajaan Melayu Melaka pada zaman keagungannya di Kepulauan Melayu. Pemakaiannya tidak berkembang di Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera sahaja, malah ke Brunei dan Sulawesi. Walaupun di sana sini ada unsur luar yang digunakan tetapi ia digabungkan secara harmoni.

Di sinilah ditemui persamaan ciri reka bentuk pakaian wilayah budaya Melayu seperti baju kurung Palembang, baju kurung Melayu-Brunei dan baju panjang Minangkabau yang umumnya dikenal sebagai baju teluk belanga. Keistimewaan konsep pakaian cara Melayu dibuktikan dengan wujudnya ciri reka bentuk pakaian tradisional Melayu yang diterima sebagai salah satu identiti budaya Melayu. Perbandingan pola baju Melayu kurung Johor dengan pakaian Cik Siti Wan Kembang dan Puteri Perak lebih memperlihatkan kesinambungan pengaruh dua unsur utama yang menyerap masuk melalui perkembangan sejarah dan budaya. Pakaian Cik Siti Wan Kembang adalah warisan budaya Seriwijaya, manakala Puteri Perak pula adalah kesan asimilasi budaya Melayu-Aceh. Kini kedua-dua pakaian ini adalah simbol kebesaran yang dijadikan pakaian adat. (Siti Zainon Ismail - Pakaian Cara Melayu)

Seluar Acheh sutera bertenun benang emas, berkain samping diikat di pinggang dengan tali pinggang dan pending, berbaju leher cekak musang diserikan dengan selendang panjang dilampaikan di bahu kanan dan hujung selendang yang sebelah lagi disangkutkan di lengan kiri merupakan persalinan terkenal Puteri Perak.

Bermula dari penghijrahan Sultan Muzaffar Shah, putera sulung Sultan Mahmud maka terbentuk sebuah kerajaan di tepian Sungai Perak. Maka wujud sistem pengganti dalam institusi kesultanan, bermula dengan Raja Di Hilir, Raja Bendahara, Raja Muda dan Paduka Seri Sultan. Institusi kesultanan ini melahirkan pakaian istiadat gemilang warna warni mengikut kedudukan dan martabat golongan istana.

Busana Perak1 
Pakaian diraja ini dibuat dari songket bunga tabur sedondon. Lelaki memakai Baju Melayu Cekak Musang, tengkolok, bengkung dan ikatan samping Perak. Wanita memakai pakaian Puteri Perak berseluar panjang songket jong sarat

Busana Perak2 
Lelaki berbaju Melayu Cekak Musang, kain samping ikatan Perak, berbengkung dan kepala berhias Justar Sering hiasan kepala yang dipakai di hari perkahwinan. Wanita memakai pakaian Puteri Perak berseluar Acheh dan berselendang songket penuh

Busana Perak3 
Pakaian Puteri Perak yang diubahsuai menjadi pakaian kebiasaan tetapi masih mengekalkan ciri-ciri sut 5, baju, seluar, samping, selendang dan bengkung. Baju Sikap Perak yang juga telah diubahsuai sebagai pakaian kebiasaan tetapi mengekalkan ciri- ciri asal Baju Sikap. Pakaian Zarith Gangga direka sebagai salah satu pakaian perkahwinan puteri diraja Perak. Pakaian kemban dari songket dipadankan dengan Kebaya les dan selendang dari pinggang yang dilepaskan di belakang bahu. Pakaian Puteri Perak dari baldu hitam dan seluar Aceh songket. Selendang dan samping juga dari songket tenun Terengganu. (www.heritage.gov.my)


Perak Man, found in 1991, is the only complete human skeleton which has been found in Malaysia. The cave that was his final resting place is called Gua Gunung Runtuh and is situated in Bukit Kepala Gajah or Elephant's Head Hill in the Lenggong Valley. The skeleton has been dated at between 10-11,000 years old, which makes him a Stone Age man, from the Palaeolithic period. It is believed he was an important member of his tribe judging by the way he was buried, in a foetal position, accompanied by stone tools. He was about 157cm tall and probably aged between 30-55 when he died. Perak Woman was found more recently in 2004. This is an 8000 year old skeleton found in Gua Teluk Kelawar in Lenggong. Muzium Negara has some simple information on Perak Man. (www.cavesofmalaysia.com)

Friday, April 03, 2009

Lembah Bujang Kedah - Kataha - Bujangga - Naga Valley
















































Isnin lalu saya berpengalaman untuk turut sama berseminar di Seminar Lembah Bujang di Sungai Petani. Selain itu ada pengalaman melawat ke tapak gali cari atau excavation di Sungai Batu yang dikendalikan oleh USM. The Bujang Valley or Lembah Bujang is a sprawling historical complex and has an area of approximately 224 square km. Situated near MerbokKedah, between Gunung Jerai in the north and Muda River in the south, it is the richest archaeological area in Malaysia.These archaeological remains indicate that there may have been a Hindu-Buddhist polity here. The name itself is roughly translated into "Dragon Valley". The area consists of ruins that may date more than 1,500 years old. More than fifty ancient tomb temples, called candi (pronounce "chandi"), have also been unearthed. The most impressive and well-preserved of these is located in Pengkalan Bujang, Merbok. The Bujang Valley Archaeological Museum is also located here. 

Setelah itu kami juga berkesempatan melawat Muzium Lembah Bujang serta bercerita dengan beberapa pakar arkaeologi di Malaysia, termasuk Dato' Dr.Hadi, En.Zulkifli Jaafar, En.Hamid dari USM serta beberapa individu yang mengikuti gali cari seperti Dr.Norli dari UITM Perak dan Salwa dari UITM Perak (Ceramics). 

Pertama kali bertemu Salwa di Arts-Science Expedition di Pulau Tiga anjuran Balai Seni Lukis Negara-Taman2 Sabah- Projek Angkasawan Negara(Dr.Mazlan). Di Pulau Tiga, kita banyak bergelumang dengan selut dan lumpur dan melahirkan idea-idea kreatif. Her exhibitions include:

2006 Asian ceramic workshop ,UiTM Perak, Malaysia Selsius Exhibition 2, Putra Jaya, Malaysia 2005 Selsius exhibition , USM, Malaysia 2002 “Alami” Exibition, Malaysia National Arts gallery 2003 “Kami” exhibition , Shah Alam gallery, Malaysia 2001 Nagoya University of Arts Japan Xchange Exibition 2000 Balai Senilukis Shah Alam 2001 Pameran Ilham 1999 Malaysia National Art Gallery Time for tea-British and Malaysian tea pots. 1998 Howard Garden Gallery, Cardiff M.A. Show 1996 Malaysia National Art Gallery, Kuala Lumpur. Of the same earth - Norwegian and Malaysian Ceramic Art. Pelita Hati Gallery Solo Exhi. She is now a phd candidate in USM, Penang.

Seminar tersebut menimbulkan banyak pertanyaan yang tidak terjawab ada juga menimbulkan pertanyaan-pertanyaan lain yang baru timbul dalam benak fikiran saya. Saya meneruskan perjalanan ke Muzium Negeri Kedah dan menjalankan penyelidikan di perpustakaannya.

Terima kasih maklumat tambahan daripada salah seorang pembentang kertaskerja yang masih belum mahu dikenali 

Anonymous Anonymous said...

Salam... saya turut menyertai seminar tersebut...Mungkin dalam mind kita..Lembah Bujang dicitrakan sebagai chandi..jadi pemukiran pun menjadi sempit, sedangkan Lembah Bujang adalah bandar perdagangan yang terbesar ketikan itu..masakan petempatannya hanya chandi sahaja...dalam penyelidikan saya Lembah Bujang di Katogarikan sebagai "Kota Keindiaan" berdasarkan jumpaan artifak..namun dari segi prinsip perencanaan kota, seharusnya, menjangkai dari itu.

11:45 PM

Delete
Anonymous Anonymous said...

sambungan.....Kenapa Lembah Bujang dikaitkan lebih kepada Chandi sahaja...? Pada zaman kuno..sehingga kerun ke 7 (tak salah saya...tak sempat buka buku....)...perencanaan kota atau bandar boleh dibahagikan kepada dua galur dan prinsip. Semua ini dipengaruhi oleh kepercayaan dan sosial budaya masyarakat...pertama - konsep tuhan/dewa itu sebagai pemerintah dan bandar dibentuk sebagai satu tatatur yang memerlukan bentuk-bentuk penyembahan. Ini dapat dilihat dengan artifak seperti ziggurat, chandi/temple yang menjulang ke langit. Selalunya berada dilokasi tinggi. disekitar temple sudah pastinya terdapat gedung menyimpan makanan, seterusnya rumah pembesar dan akhir sekali rakyat dan abdi... Jika dikaitkan dengan Lembah Bujang..pemetaan ini boleh dibuat...saya ke tapak arkeologi Sg Batu...jumpa bekas tapak bengkel besi...rasanya sudah mula berasas teori saya...tapi biarlah dulu.......saya nak cerita konsep/prinsip ke dua - konsep 'Pemerintah itu adalah jelmaan dewa (ekstrem sangatlah ni)...jika lebih rasionalnya dalam konteks sejarah Melayu pemerintah itu adalah 'pemegang tunggak agama'...maka ciri-ciri kota lebih makmur dan terdapat 3 itentiti yang jelas iaitu 'agama - masjid'+ istana + padang..cantik sungguh..akhir sekali lokasi kota hampir dengan kuala/muara sungai...jika diberi peluang banyak saya nak cerita pasal falsafah 3 elemen ini....cuma saya ingin semua pembaca berfikir? atau terfikir....berkenaan prinsip bandar warisan kita??? (bandar kolonial )...Bangunan besar (administration building) + padang + gereja...lokasi ditengah bandar...kenapa??? sila beri jawapan....setiap kali aku kembara pasti rindu sentiasa menggamit kerana bayu di sini tidak sama seperti bayu di kota ku...Okay Zul jumpa lagi...N

Wed 8 April 2009

Sebenarnya saya sekadar ingin mencari apakah yang ada di Lembah Bujang, melihat dengan mata kepala sendiri. Sebelum ini hanya sekadar membaca buku2, selain Hikayat Merong Maha Wangsa / Kedah Annals, yang lainnya adalah buku2 tulisan para kolonialis termasuk G.Coedes(Indianised States of South East Asia). Kerajaan Lembah Bujang agak terlalu panjang untuk sebuah kerajaan yang bertahan dari abad kedua hingga ke empatbelas sebelum masuk era kesultanan Kedah Melaka, Kedah sehingga Sultan Muhamad Jiwa II(yang baru saya temui di Muzium Kedah) dan seterusnya sejarah penjajahan, jika dikatakan yang Kedah adalah tempat awal kerajaan Langkasuka sebelum ianya berpindah ke Pattani sekarang( yang juga bentuk dan kedudukan geografinya juga lebih kurang sama dengan kedudukan Pelabuhan Merbok). Salah satu sebab musabab penting ialah kecuaian kita yang sering kehilangan referensi pada sejarah iaitu  pertukaran nama-nama tempat dan kerajaan. Maka itulah saya sebenarnya bersetuju dengan Datuk Nik Hassan Shuhaimi tentang penggunaan nama Kataha atau Kadaram, dan bukan Lembah Bujang untuk wilayah Lembah Naga ini(Bujangga - Naga Valley). UITM Lembah Bujang sendiri agak keliru di dalam mencari apakah konsep batik Merbok mereka yang sebenarnya merujuk kepada nama burung Merbok. Ianya tak salah kalau sekadar berinspirasi mengambil dari alam nature seperti burung-burung. Tapi sebenarnya idea itu telah dikembangkan oleh seorang pereka batik yang bergelar Zizi yang telah memenangi Anugerah Seri Endon, jadi idea tersebut tidak lagi original.

Jadi saya rasa saranannya adalah untuk kembali kepada nama yang telah lama popular dan disebutkan di dalam buku2 sejarawan Asia Tenggara seperti Kataha atau Kadaram, dari itu kita mulai merujuk kepada benda yang sama dan tidak disalahertikan. Ramai orang dalam masyarakat yang masih tidak mengetahui tentang Lembah Bujang dan rujukannya lebih merujuk kepada candi-candi yang dijumpai, maka eloklah ianya merujuk kepada sebuah pelabuhan. Sebenarnya saya ingin membahagikan period-period yang panjang di dalam pensejarahan Kataha-Lembah Bujang kepada beberapa zaman iaitu secara kasarnya: 1. Langkasuka 2. Chola 3. Sri Wijaya 4. Kataha 5. Majapahit 6.Siam. Malah saya juga ingin meletakkan Siam kepada dua kerajaan berbeza iaitu di bawah Sukhotai dan di bawah Ayyutthaya dan serangan2 dan taklukan Siam ini bukanlah hanya sekali di dalam sepanjang pensejarahan tersebut, malah beberapa kali. Apabila kita menyebut tentang Sri Wijaya kita sebenarnya menyebut tentang rangkaian pelabuhan2 di Asia Tenggara. Dan penyelidikan-penyelidikan tentang ini sudah dijalankan dan dibukukan. Pun begitu ada penemuan-penemuan terbaru yang dijalankan oleh EFEO dari Perancis dengan kerajaan Indonesia yang melihat Muara Jambi serta kerajaan Padjajaran di dalam Sunda di Bogor dan lain-lainnya. Itulah, kita sebenarnya harus mengambil tahu tentang penyelidikan-penyelidikan yang telah dijalankan di Asia Tenggara. Kita juga tidak harus mengadakan penyelidikan dan penemuan secara eksklusif terhadap bidang Arkaeologi semata-mata, atau yang sempit ruang lingkupnya, kerananya luas dan merangkumi banyak bidang lain termasuk ekonomi, politik, sejarah, budaya, antropologi, etnologi, botani dll. Banyak kertas kerja yang dibentangkan bersifat sambil lewa. Malah ada yang bergelar Prof.Madya yang bercakap sambil lewa tentang sejarah dan pensejarahan. Seharusnya lebih serious kerana ini adalah sejarah negara. Dalam hal ini semua ini adalah amat penting dan bukan main-main. Saya sebenarnya lebih ingin mendengar para ahli ukur, town planner atau urban planner membentangkan kes-kes kota-kota maritim lain di Asia Tenggara atau di Asia yang mewakili zamannya, kemudiannya bercerita tentang kota-kota tersebut, bukannya mengandaikan dari sesuatu yang tidak diketahuinya dengan jelas dan arif, terutama tentang sejarah, budaya dan arkeologi. Begitu juga dengan para akitek,  sebenarnya kita ingin melihat mereka bercerita tentang bangunan-bangunan yang sezaman dengannya, samada ianya senibina hindu atau buddha atau yang berbentuk pagan akitektur. Kenapa tidak dipanggil pakar-pakar senibina gaya tersebut dari Indonesia, India, China atau dari Kambodia atau Thailand atau Myanmar. Mereka salah untuk mengadakan seminar yang sedemikian rupa tanpa mengetahui siapa yang berada di antara audien, malah mereka juga salah kalau ingin mengajar pelajar-pelajar, apalagi pelajar dari fakulti yang tidak ada kena mengenai dengan bidang yang mereka pelajari. Saya benar2 berharap penyelidikan dijalankan sebelum membentangkan kertas kerja atau membentangkan hal-hal yang sememangnya sebati dengan mereka. Sebenarnya banyak lagi kajian yang perlu dilakukan seperti botani, natural science, sungai, laut hutan yang kemudiannya merangkaikan sebuah kajian ecology yang lebih menarik untuk dibentangkan ke pihak UNESCO. Mungkin ia boleh menjadi sebuah gabungan "nature and culture". Tetapi kita harus memulakan dengan suatu stock take yang terperinci. Mungkin ini boleh melibatkan universiti-universiti yang ada di Malaysia dan juga membawa pakar dari luar serta gabungan pemikiran.

 Betul kata anda, kalau ada buku tentang Kota-kota Melayu yang ditulis, ingin juga saya membacanya. Saya rasa ada caranya nak mengkaji semua tu, tapi tak lain dan tak bukan dengan melihat Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Kanun Melaka, Negara Kartagama dulu. Kita tak ada bukti lain, mungkin ada penulisan Portugis yang perlu kita selidiki untuk melihat Melaka. Atau juga tulisan European writer-travelers yang menulis semasa pengembaraan mereka ke timur, seperti Peter Flores di Pattani pada 1600an. Mungkin adakan satu seminar tentang itu dan panggil pakar2 syair dan sejarah untuk merungkaikannya bersama para perancang bandar, akitek, interior designer, environment designer, wood specialist, falsafah Melayu, sasterawan Melayu. Jomlah buat seminar tu!

Sunday, March 22, 2009

Thursday, March 05, 2009

Diary of an Artist

This is certainly a diary of an artist, an open diary that other people could read about what's going on in our mind. Though I have not been well in the past few days, been resting a lot and watching movies while reading. In between that I continued to do few things like attending meetings, but here what I am thinking at the moment:
1. Popular Culture, Popular Art as opposed to Folk Art
2. Post-Colonialism in Malaysia, esp. Malay
3. Special space for artist's refuge place, pendopo/ balai/ wakaf in the city in a uni/school
4. A tree and a chair, even better a buai
5. Pohon beringin in wayang and wayang story
6. Our past leaders - Tun Razak and what's important in his life
7. and I am particularly interested in "Tanah" that could mean many things, tanah pusaka, cerita org tua2 tentang buka tanah hutan and hantu jembalang, saka, mother earth
8. Bobohizan and harvest festival among indigenous people including the old malay people
9. Anglo minds among us in the KL urban space and back to the malay Minds and modern malay minds
10. ??????what to do with my life and my art forms

Wednesday, March 04, 2009

Nora Zain; Selipar Jepun; Stiletto Merah

Mungkin baru minggu lepas saya dan rakan sepejabat saya, Reza Zainal Abidin, seorang pelakon-pengarah teater, yang sekarang mengajar pengurusan di ASWARA, bersembang kosong tentang filem dan teater serta filem2 yang meransang kita untuk membuat teater. Saya memberitahu dia saya tertarik dengan Nora Zain, agen perisik filem Melayu hitam putih yang dimainkan oleh Saadiah. Kami dua orang ni memang peminat filem Melayu, kita selalu bincang tentang our favorite parts and I am sure there are a lot more people out there yang suka citer pasal ni. Cuma sekarang ni kita dua orang mengajar budak2 mencari idea, to be creative and also to be rajin to look, research, read and analyse things that we see and watch. Saya cakap kat Reza yang saya dah mula masukkan sikit citer pasl Nora Zain ni dalam teater Selipar Jepun, tapi merancang nak sambung lagi citer pasal tu, mungkin dalam Stiletto Merah atau mungkin menjadi citer yang baru totally, why not. Few weeks ago I showed my students PGl versi 1961 dan memang ramai yang belum pernah menontonnya dan semamangnya filem itu senang nak dapat kat Music Valley in any shopping mall, unless these shops are closing down, u know with bad economy and all. They students thoroughly enjoyed the film and have their own oppinion on that with regards to traditional arts as well as modernisation of culture. Now back to Nora Zain, Reza already found the vdo and perhaps kita patut tengok balik as all these while my thinking about her was just based on my memory from childhood. I think that would be fun! Perhaps I should continue it in Stiletto Merah where Yee Aji Whe, got inspiration from. What do you think?

Wednesday, February 25, 2009

Perdalangan dan Cerita Tanah Serendah Sekebun Bunga

Dear Nurul Salam. Terima kasih atas email anda. It's great to hear that you are interested in perdalangan. Saya dengar ASWARA juga sudah ada kelas perdalangan dan mungkin akan memperbesarkan kursus tersebut. Di Institut Kesenian Indonesia di Jogjakarta serta Sekolah Tinggi Seni di Solo Indonesia serta ISI Denpasar sudah lama diperkenalkan kursus perdalangan malah sudah ada ke peringkat sarjana. Kita di Malaysia masih tercari2 format memodenkan tradisi ini dan yang tradisional pun sudah mahu hilang. Masih banyak yang perlu dilakukan untuk mempopularkan seni wayang kulit ini. Saya sendiri pernah terlibat di dalam pementasan Wayang Kulit tanpa kelir di Tokyo Jepun, sebagai stage manager and production manager pada tahun 1990. Suasana Cultural Centre dibawah pimpinan Datin Azanin Ahmad telah mementaskan dramatari Seri Rama Siti Dewi pada tahun 1988 dimana saya mula terlibat dengan Suasana(www.azanin.net) sebagai Jin Air Keruh, Jin Air Jernih dan Hantu Tetek/ Hantu Tinggi. Kami pernah menjelajah USA pada tahun 1988 dan Jepun 1990 serta Singapore Arts Festival 1989. Sepulangnya saya dari Indonesia pada tahun 2004, saya telah mementaskan Tanah Serendah Sekebun Bunga di Stor Teater, membawa cerita yang sering disebut-sebut di dalam cerita Wayang Kulit dan Makyong. TSSB dikatakan sebagai sebuah persembahan kolaj, kerana menggunakan teknik genre Wayang, Mak Yong, Main Peteri, Kuda Kepang serta Tari Bedoyo Jawa. Di dalam teater persembahan tersebut saya hanya menggunakan dalang sebagai pencerita sebelum tabir disingkapkan kepada Raja, Pak Yong dalam permainanan mak Yong. Sila rujuk http://svarnabhumi.blogspot.com. Ianya menceritakan kisah sebuah negeri yang bakal dilanda musuh dari utara. Raja dalam negeri yang dilakonkon oleh Mek Nab mendengar yang ada rakyatnya(Hamzah Tahir) yang mendapat mimpi yang Puteri Laut Selatan(diloknkan oleh saya) telah datang dalam mimpinya memberitahun untuk bersiap sedia yang akan ada musuh dari utara akan menyerang. Rakyatnya itu kemudiannya dipulihkan semula oleh Pawang Jawa(Dr.Kipli). Raja masih merasa ragu, tetapi dalam keraguannya telah menitahkan panglima perangnya(Mazlan tahir) bersiap sedia melatih rakyat untuk berlawan dan bermain senjata. Malangnya dalam masa berlatih, negeri Tanah Serendah Sekebun Bunga telah diserang oleh musuh yang kuat dari utara. Negeri menjadi padang jauh jarak terkukur, kerana semua rakyat dan rajanya mati dibunuh, manakala anakanda puterinya dihanyutkan ke laut, sebelum hujan ribut melanda menenggelamkan kerajaan Tanah Serendah Sekebun Bunga. Cerita ini bersambung dalam cerita seterusnya "Chini" yang dipentaskan menjadi teater tari kanak-kanak yang diarahkan oleh Hamzah Tahir dan muziknya dikomposisikan oleh Hafiz Askiak dan dipentaskan di Lamabang Sari, Istana Budaya pada tahun 2005.


Dr, kitorang diwajibkan untuk mengambil 1 subjek teater tradisional n boleh pilih sama ada mak yong, menora, wayang kulit dan gamelan. Mule2 nak try amk mak yong cz masa diploma dulu dh blaja menora, tapi Prof.Madya Rosini mewajibkan @ meminta @ menyuruh kami mengambil wayang kulit walaupun pada awalnya kami agak stress jgk. Kami diberi pilihan untuk memilih perdalangan atau muzik. N for your information, in my class we have 4 girls n 3 boys. Tapi kini perasaan stress dah bertukar menjadi seronok, excited, teruja, semangat, suka dengan ilmu baru yg dipelajari. So, saya telah memilih perdalangan with my classmate, girl from kelantan and  1 boy. Sekarang lecturer yang ajar wayang kulit pun macam semangat dan teruja bile ada dalang perempuan. Alhamdulillah, beliau suka dan tak putus-putus memberi semangat dan galakan.

 

Pada pendapat saya, untuk menjadi yang terbaik bukan sahaja saya perlu tahu dari aspek praktikalnya sahaja. Malah dari aspek teori, sejarah, latar belakang dan perbezaan di antara wayang2 kulit  yang ada di dunia ini.

 

Jika Dr tidak keberatan, sudilah kiranya dr berkongsi ilmu-ilmu terbaik dan pengetahuan  

tentang wayang kulit daripada aspek perdalangan, muziknya, sejarahnya atau apa sahaja yang berkaitan. Mungkin Dr boleh memberi tips, pandangan atau nasihat kepada saya mengenai bidang dan subjek ini kerana saya. Memang berhasrat untuk melakukan yang terbaik dan mencipta sejarah menjadi tok dalang wanita dari negeri sembilan!

 

Prof.Madya Rosini juga turut memberi contoh2 terbaik kepada kami yang boleh dijadikan contoh rujukan kepada pembelajaran kami. Dalam contoh2 yang diberi, beliau sering kali menyebut tentang persembahan dan karya Dr, iaitu   ‘Tanah Serendah Sekebun Bunga’.Saya mahu meminta maaf kerana tidak begitu familiar dengan karya ini. Saya harap dr boleh menberi gambaran atau menceritakan serba sedikit atau memberi  input daripada karya Dr tersebut supaya saya  dapat jadikan ia sebagai salah satu rujukan.


Monday, February 23, 2009

Terompah Manik, Teater Asia & Teater Muzikal Melayu


Kelmarin aku test skrip Terompah Manik dengan pelajar-pelajar kelas "Acting & Improvisation", tetapi ternyata mereka kelihatan berat memikulnya, bukan kerana skrip tu berat atau apa, tapi kerana mereka dah letih. Mereka ada dua lagi produksi untuk matapelajaran teater mereka. Kesian mereka. Ini membuatkan aku terfikir, yang mungkin mereka juga belum bersedia, kerana mereka seharusnya telah menjalankan kelas-kelas asas lakonan, lakonan lanjutan, pengenalan teater, teater dunia, teater Asia, teater Malaysia, teater Kontemporari malaysia, secara teorinya mengetahui. Mungkin teater muzikal juga sudah harus mula diajarkan di Malaysia, apa lagi apabila industri teater muzikal sudah mulai berkembang, walaupun pada dasarnya kita sudah lama ada teater berbentuk muzikal seperti Mak Yong dan lainnya. Dan kebanyakan teater Asia begitu bentuknya. Zaman kontemporari juga sudah ada Uda dan Dara Usman Awang, Nordin Hassan, Hatta Azad Khan, sebelum adanya Istana Budaya dan teater-teater muzikalnya.

Jadi kalau seseorang pelajar tu belum mempelajari bentuk-bentuk tersebut agak susahlah nak memahami Terompah Manik, apa lagi apabila pelajar sudah terbiasa dengar monologue 10 minit. Tapi itulah hakikatnya zaman ini. Tapi kita tidak boleh menyerah dengan keadaan. Jadi untuk itu, mungkin akan ada satu karya lain yang lebih ringan, mungkin........

Wednesday, February 18, 2009

Bapaku Seorang Astronault

Andrew Detheridgeemail a linkprint this page
My Father The Astronaut

I never saw him much
— My father the astronaut
He mostly came home late
(When a mission had been forced to abort).

I regaled them at school with tales of space
— Starring, of course, my father, the astronaut.
Passing furtive notes of his adventures
(Until, in Maths class, I got caught).

In the playground I would boast
Of my father, the astronaut.
Hobbling home on bloody knees
(From the doubting fourth years I had fought).

I still don’t see him much
— My father, the astronaut.
He won’t be out for three-to-five
(Said the newspaper report).

 

Monday, February 16, 2009

PTS, Puan Ainon, Ain Maisara, Novel Remaja & Ringgit Malaysia

Kelmarin 16/2 sempat saya menghadiri forum bicara penulisan untuk pelajar-pelajar ASWARA di ASWARA (www.aswarsa.edu.my). Sebagai seorang yang suka menulis dan ingin menerbitkan hasil karya, saya hadir untuk mendengar. Sebuah forum yang bagus sekali untuk mendorong seseorang untuk menulis dan menjadi penulis sepenuh mas. Tapi yang paling menarik adalah nasihat beliau, Puan Ainon, tuan punya PTS, yang kini sudah menjadi jutawan walaupun baru beberapa tahun membuka perniagaan penerbitan. Sebenarnya banyak yang beliau perkatakan tentang industri penerbitan, tetapi apa yang penting untuk pelajar serta penulis adalah "talent management" yang bukan hanya merangkumi bagaimana nak menguruskan diri untuk menulis, tetapi bagaimana menangani karenah menjadi seorang penulis termasuk menerima nasihat dan kritik serta bagaimana untuk bersaing dengan yang lain tanpa bermusuhan. Begitu juga nasihat tentang hubungan dengan penerbit serta kedai buku dan peminat. Banyak lagi yang beliau jelaskan dan kita akan sambung lagi nanti ya........

Sunday, February 15, 2009

Hari Hari Yang Meletihkan

Weekend sepatutnya hari-hari aku patut rehat, baca suratkhabar, tulis blog, melawat saudara mara dan mungkin menonton dvd serta merancang untuk pengajaran kelas-kelas aku yang banyak tu, apa lagi kena mengajar empat mata pelajaran - Shakespeare Theatre, Improvisation and Acting, Cultural Studies II dan Traditional Arts Theories. Memangnya banyak dan banyak yang aku kena buat preparation. Bila sampai hari Isnin, semua benda harus berjalan. Itulah, harap kawan-kawan dan saudara faham semua ni. Itulah aku tak boleh buat kerja lain hari Sabtu Ahad. Dua mata pelajaran teori tu memerlukan bacaan yang banyak, yang letihnya kena membaca buku-buku dalam Bahasa Inggeris dan mentertemahkannya ke dalam Bahasa Melayu untuk pelajar-pelajar. Dah tu kena permudahkan untuk mereka untuk lebih mengerti dengan mudah. Yalah mungkin kalau belajar BA di London, seperti kawan saya Si Safiah tu oklah, sistem pelajaran dan sukatan pelajarannya berbeza. Kita kat Malaysia mempunyai sukatan dan sistem yang berbeza. Saya tahu pelajar-pelajar terlalu sibuk dengan projek-projek praktikal untuk akademi, pensyarah, kementerian serta cari makan sendiri untuk menampung kehidupan sebagai pelajar. Hujung semester pula pelajar sibuk dengan projek-projek akhir yang bersifat praktikal. Jadi bagaimana untuk mereka membaca dan menumpukan perhatian untuk matapelajaran-matapelajaran teori yang memerlukan pembacaan. Aku fikir mungkin perlu ada satu sistem dibuat untuk mereka berkerja sambil berfikir, bukan hanya berkerja kosong hingga basah keringat dan mungkin dapat bayaran 50 atau 100 sorang atau mungkin tak dapat apa-apa, cuma satu kerahan seperti rakyat dahulu kala dikerah membina istana dan jambatan. Apabila membaca blog-blog tentang sasterawan dan penulis yang menuntuk hak tentang Bahasa Melayu, buat akau terfikir juga, bilalah nak ada buku-buku teater, budaya, dan teori-teori dalam Bahasa Malaysia. Kalau kat Indonesia, buku kepunyaan Ben Anderson "Imagined Community" pun sudah diterjermahkan. Malah Rendra dan Ariffin C.Noer serta Putu Wijaya telah banyak menterjermah buku-buku skrip karya Shakespeare di tahun 1960an. Pun begitu ada pula yayasan seperti Lontar yang menterjermahkan karya-karya Bahasa Indonesia ke Bahasa Inggeris dengan sistematik sekali, menarik sungguh!!!