Wednesday, December 31, 2008

Karya Besar Malaysia Dekad Ini

Seperti kata seorang rakan saya di tempat kerja baru saya, ASWARA, "penting untuk mengerti politik dalam berkesenian di Malaysia". Sememangnya itulah thesis phd saya "Politik Ekonomi Dalam Budaya" dan kerana itulah juga pengurusan seni dan budaya itu penting di dalam membentuk sesebuah budaya negara. Dalam perjalanan pulang kerumah kelmarin saya terfikir tentang sebuah judul untuk penyelidikan "Inovasi dan Intervensi Budaya Malaysia" dan mungkin benarlah kata dia "Budaya tidak boleh dibiarkan mengalir saja", dan kata saya "masalahnya arus air sungai kini bukan hanya mengalir lesu seperti dulu, tetapi berpusar-pusar di setiap persimpangan dan banyak persimpangan yang ada apalagi bila hujan ribut melanda dan meruntuhkan tebing-tebing yang rapuh, tebing-tebing yang tidak beraur, maka sungaipun menjadi semakin luas memakan tanah-tanah di pinggir-pinggirnya, maka tanah menjadi semakin sempit, begitu juga di pantai seperti yang banyak terjadi di persisiran pantai Timur, terutamanya Kelantan, apa lagi apabila tiada intervensi untuk membendungnya. Tapi seperti kata dia lagi berkarya di Malaysia dijadikan susah akan intervensi "ISA" dan macam-macam undang-undang lagi termasuk penyiaran dsb. Tapi apakah boleh pengkarya berkarya dalam linkungan "ISA" dan undang-undang penyiaran yang ada. Pasti bisa bilang orang Indonesia, lihatlah industri filem di Iran. Tapi kita tidak tahu bagaimana keadaan keseluruhannya di Iran, berapa banyak filem yang ditayangkan dan kekeluarkan di sana. Mungkin filem-filem yang kita lihat itu hanyalah filem yang dieksport, seperti filem-filem kita yang telus bebas keluar negara bersama pengkarya-pengkaryanya. Ada juga saya dengar baru-baru ini yang filem-filem Iran membosankan, penuh dengan klise-kliese yang sama, tentang perjuangan wanita-wanita yang inginkan kebebasan, tetapi terpaks tunduk dengan apa yang telah disediakan untuk mereka, betulkan begitu? Saya cuba berseloroh, mungkin kita di Malaysia sudah mula "romanticing ISA" seperti penangkapan yang pernah berlaku kepada Pramoedya dan Mochtar Lubis dan kemudiannya melahirkan karya-karya besar seperti Buru Quartet oleh Pram. Tapi kata dia itu dulu, hasilkan buku, sekarang menulislah dalam blog dan blog juga boleh dijadikan buku. Tapi bila saya bertanya, apakah karya besar yang telah dihasilkan dalam dekad ini dari kalangan filem, dia tetap tidak mahu menjawab. Kalau buku pula lagilah, tapi dia kata dia tidak tahu karya-karya dari kalangan sastera pinggiran. Nah, walaupun mungkin tidak ada karya yang sedemikian rupa dalam karya pinggiran atau picisan, hakikat kata-kata yang mengatakan mungkin ada karya pinggiran yang dia tidak tahun memungkinkan yang ada kemungkinan yang karya pinggiran yang besar sifatnya, bukan seperti yang war-warkan oleh DBP. Lalu ini juga satu kemungkinan yang dia tidak mengiktiraf karya-karya yang diiktiraf DBP, sebuah badan yang menguruskan soal bahasa dan sastera. Menarik menarik, nanti saya tanyakan teman-teman pengkarya kononnya picisan!

Monday, December 29, 2008

L Series - Laboratori Tari Kontemporari

Sebenarnya sebelum saya terpilih di dalam EMAS 10, himpunan 10 orang koreografer Malaysia, yang kemudiannya menjadi kontroversial yang bermacam-macam, seperti kenapa semuanya lelaki, kenapa tiada wanita, kenapa nama ini dan nama itu, termasuk nama saya yang sesetengah berpendapat yang ianya tak apatut ada disitu. Tapi tak ramai yang tahu yang saya bersama Aida Redza pernah menghantar proposal ke Istana Budaya untuk pertunjukan tarian kontemporari "Naga-Naga". Ternyata proposal tersebut hanya diam saja, kemudian lahir Bangsawan Naga Tasik Chini, sememangnya cerita Naga-Naga adalah kutipan daripada cerita-cerita. Begitu juga dengan proposal saya "Festival Gong" diambil Istana Budaya menjadi persembahan lain. Tapi tak mengapa, sememangnya mereka tak ada idea, kita terimalah hakikatnya. Kita pula hanya manusia yang ada idea tapi tak ada nama dan harta atau power, itulah jadinya, what's new?. So because of that they decided to include me into the Emas 10. But of course before that pihak Istana Budaya telah menonton video persembahan "Tanah Serendah Sekebun Bunga" pada awal 2004, sebuah persembahan yang dikatakan oleh Rahimidin Zahari sebagai kolaj persembahan kerana mengambil bentuk-bentuk persembahan daripada Mak Yong, Wayang Kulit, Main Peteri, Bedoyo, Kuda Kepang, dll. Tapi sebenarnya beliau belum sedar akan penggunaaan teori seni persembahan, tentang intercultural work dalam seni persembahan Melayu sendiri. Apapun, bukan itu yang ingin diperjelaskan disini, tetapi tentang L Series. Sewaktu di Jakarta selama beberapa tahun sejak 2000 hingga 2003, banyak bentuk persembahan yang ditonton termasuk tari kontemporari dan bentuk-bentuk persembahan. Antara yang paling teruja adalah Solo Festival di Kota Solo yang menampilkan karya-karya solo oleh penari-koreografer kontemporari Indonesia samada yang muda atau yang telah established, masing2 menampilkan karya selama 10-15 minit dan festival berlangsung selama beberapa malam. Selain itu ada pula Festival Tari Wanita yang hanya menampilkan karya-karya tari wanita dengan konsep yang sama. Inilah yang berlaku di Indonesia setelah kejatuhan Suharto, di mana dana untuk seni menjadi semakin kecil, tetapi sekaligus lebih banyak aktiviti dijalankan dan lahirnya lebih ramai seniman tari. Setelah itu saya berkeinginan untuk melahirkan sesuatu seperti itu di Kuala Lumpur tetapi hanya menampilkan seniman solo dalam karya yang pendek tetapi boleh menampilkan lebih ramai seniman, dengan nama Solo Asia@Kuala Lumpur. Setelah itu lahirlah Emas 10. Saya berharap Emas 10 akan berterusan untuk tahun seterusnya, tetapi ternyata tidak begitu,  mungkin kerana tari kontemporari tidak sebegitu popular di Kuala Lumpur, apalagi di kalangan khalayak Melayu. Pada tahun 2005, saya mengemukakan konsep L Series -Laboratori Tari Kontemporari kepada pihak Dewan Bandayara Kuala Lumpur dengan menampilkan 5 koreografer dan menggunakan penari-penari yang mereka ada. Mereka tertarik dan Svarnabhumi Studio menjadi co-producer bersama DBKL. Tapi ternyata ada dikalangan koreografer yang tidak gembira dengan keputusan tersebut walaupun mereka telah terpilih didalam seleksi tersebut dan bayaran dibuat secara langsung kepada setiap koreografer. Apa yang menyedihkan, pihak DBKL telah mencuri idea tersebut dan menjadikan idea tersebut sebagai milik mereka, ini tidaklah menghairankan, kerana banyak lagi jabatan kerajaan yang melakukan perkara yang sama, termasuk Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan. Saya dapat tahu yang DBKL telah meneruskan Siri L dengan persembahan seterusnya pada tahun berikutnya berjudul Langkah, dan konsep tersebut masih diteruskan hingga kini. Having said that, saya rasa L Series harus diteruskan, demi meneruskan Laboratori Tari Kontemporari. Untuk itu Svarnabhumi Studio akanmenebus kembali haknya dan akan mempersembahkan siri tersebut! Nantikan!

Saturday, December 06, 2008

My Dance Choreographies 1993-2008






Dance Choreography

Zulkifli bin Mohamad (Zubin Mohamad) 1993 - 2008 

  1. Melaka’s Fair Princess The Musical (1993), Kuching
  2. King’s Birthday in Museum (1994) – Duo, Kuching
  3. Tanah Air Api Angin (1995) – dance for Hatta’s musical(group), Kuching, KL
  4. Tribute to Julia (1995) – 4 people, Kuching
  5. Tanah Air Api Angin – dance for environment (1996), Kuching
  6. Playing Birds in the Playground (1997) – Group, Kuching
  7. Body Parts (1998) – (Collaboration with Katsura, Danai, Ip, Piya), Bangkok
  8. Burning Forest (1998) – 12 people, Kuching
  9. Flowing River (1999) – duo, Bangkok
  10. H2O(1999) – 4 people, Bangkok
  11. And She Comes (1999) - Solo with live music, Berlin
  12. In Iya Circle (1999) – Solo with live flute, Japan
  13. Behind the Screen (1999) – Solo, Kyoto
  14. Flowing (1999) – Duet with Danai, Bangkok
  15. Spirit of Rice (2000) - 4 people, Bangkok
  16. River O River (2000) – Solo, Bangkok
  17. Stairs of Memory (2000) – Collaboration with Aida Redza – 4 people, Bkk
  18. About Café Opera (2000) – Duo, Bangkok
  19. The Other Dragon – for SEA Textile (2000) – Duet, Bangkok
  20. Watermelon (2003) -12 people, K.Lumpur
  21. Middle Mountain: Mirror-Mirror (2003) – Group Collaboration, Jakarta
  22. Middle Mountain: Paranoid Landscapes (2003) – Group Collaboration, Bkk
  23. Aku Binatang Jalang (2004) – 21 people, K.Lumpur
  24. Tak Bai(19142004)(2005) – Solo, K.Lumpur
  25. Jadi Jawo(2005) – 12 people, K.Lumpur
  26. Dance for Sale (2005) – Solo, Ipoh
  27. Hanuman (2005) – Solo, K.Lumpur
  28. Dance Poetry (2005) Collaboration with Aida Redza – Group, Shah Alam
  29. Waiting for Rama(2005) – Solo, Exeter-UK, Hue-Vietnam
  30. Syair Che Siti (2005) – Group, London
  31. Balut Tubuh (2007) – Group, Putrajaya
  32. Lelaki Ombak(with Siti Zainun)(2005) – Duo, Ipoh
  33. Voices from Living Room (2006) – Solo, K.Lumpur
  34. Ombak Aceh (with Siti Zainun) (2006) – Duo, Bangi
  35. Iqrak (with Jalil Ngah) (2006) – Group, Terengganu
  36. Kertas (for A.Samad Said) (2007) – Solo, K.Lumpur
  37. Sukarno’s Speeches (2008) – Group, Yogyakarta

Theatre Works

  1. Butterfly Lover & Aku Cinta Padamu(1993) – 6 people, Kuching
  2. Bergendang(1993) – 12 people, Kuching
  3. Chini(script)(2005), KL
  4. Tanah Serendah Sekebun Bunga (Script, directing)(2004), KL
  5. Selipar Jepun (script & directing)(2007), KL
  6. Gebu Gembira (script & directing)(2008), KL

Thursday, December 04, 2008

Ada Lembu Dalam Butoh Performance




Semalam menonton persembahan kumpulan Spiro-Ha di Sungai Wang Plaza, teruja melihat ramai orang-orang dari pelbagai bangsa, agama, kulit dan umur, mungkin ramai juga pelancung asing, terutamanya dari Timur Tengah yang asyik menonton, pertamanya Butoh dari Bob Web, Katsura Kan associate dari San Francisco, sesuai sangat apabila dia timbul dari celah pohon-pohon Christmas yang telah berdiri di situ sempena perayaan Chrismas (depa ni tak buat pulak perayaan Raya Haji, padahal Christmas lambat lagi, tapi kita pun tak promote secara besar-besaran, may be not in KL?. Sesekali terasa macam Santa dah berubah wajah, jadi putih segalanya, seperti sebuah requiem untuk Pearl Harbour 1945, dan selepas itu ada pulak Spiro-Ha, 3 manusia yang keluar dari perut lembu, satu putih dan dua lagi berwarna merah. Mungkin terfikir apakah ia satu konotasi yang kita ni bodoh sangat kalau tak guna akal untuk berfikir, tapi itu kata saya. Mungkin bagi depa lain pulak, orang lain yang menonton lain pulak. pendekata masing2 interpretasi, itulah karya kontemporari, tak ada lagi naratif A-Z, bukan macam cerita2 dulu. Mungkin juga karya tersebut lebih kepada mencetus sebuah idea yang menimbulkan satu Curiousity untuk kita terus mencari makna sebenar persembahan, kita terus mengikuti jalan cerita melalui visual yang begitu menarik. Mungkin itulah ianya bukan hanya sebuah tari atau teater tetapi sebuah arca, sculpture yang bergerak, menghasilkan pelbagai reaksi dan genre!

Selepas menonton Lembu itu(Namron pun pernah buat karya teater lembu kalau tak salah!) teman seni Buto Malaysia, ketua kumpulan Nyoba, Lee Swee Keong berkata kepada saya "Selepas ni bolehlah tengok karya ayam awak", merujuk kepada karya "Aku Binatang Jalang" yang mempunyai video proses membunuh ayam yang dibikin oleh Ise(Roslisham Ismail dari Parking project) suatu kolaborasi yang dipersembahkan ditahun 2004 di Istana Budaya dalam Emas Sepuluh. hai dah lama benar tuh, saya pun dah banyak buat karya-karya lain, tapi mungkin tidak masuk dijaluran mainstream, cuma di ruang-ruang terpinggir - Stor Teater, Panggung Bandaraya, Kotak Kaca Balai Seni Lukis, so orang tak tahu. Apapun sebagai pengkarya kita terus mencari ruang untuk berkarya!

Alah karya awam pun dah banyak dilakukan di USA di tahun 1970an di dalam gerakan performance art di sana, cuma intipati dan cara persembahannya berbeza. Apapun, itu sesuatu yang boleh difikirkan kembali. Yusuf Ghani pun masih berkarya dengan ayam sabungnya. Dulu pun ada banyak karya ayam sabung dalam painting, terutamanya karya pelukis kelantan, teringat karya dalam pameran "Bumi Angin" di Balai Seni 2007. Di Filipina juga ada beberapa pelukis yang menelusuri karya mereka  tentang Ayam Sabung. Apakah konotasi ayam untuk kita di Malaysia pula?

Thursday, November 27, 2008

Buto Caravan Paris-Tokyo in Kuala Lumpur


For more information on Buto Caravan please check out www.saloranseni.blogspot.com

Wednesday, September 24, 2008

Lalak Kat Blog Sultan Muzaffar

Dalam bulan puasa ni, tiba-tiba tak boleh tidur malam, so dah bejaga tu banyakla browsing kat internet, tiba-tiba jumpa lak piece yang ditulis oleh Sultan Muzaffar kat blog dia, masa tu dia belum keje ASTRO. Thx ya, aku baru tertengok la pulak. Having seen this I am actually thinking of re-visit my work 19142004, sebuah karya yang prihatin terhadap pergolakan yang berlaku di Selatan Siam, opps, Thailand. But I have to find again footages yang aku guna dulu, dah banyak tahun babe, so stor pun dah berselerak! May be I should develop into a full work.

Tari : LALAK
Panggung Bandaraya Kuala Lumpur
2 hingga 4 Disember 2005
Jam 8.30 malam
LALAK adalah sebuah kolaborasi seni persembahan Teater Tari Kontemporari Malaysia yang tercetus antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan Svarnabhumi Studio. Kolaborasi ini akan menampilkan sepuluh buah rekaan tari hasil ciptaan lima perekatari terkenal : Syed Mustapha - pemenang anugerah Cameronian Award untuk Best Choreography 2003 yang banyak menggali semangat Melayu dalam karyanya, Jasni Ahmad - calon anugerah Cameronian Award yang mengadopsi konsep tari kontemporari Jepun dalam tarian etnik Orang Asli, Hamid Chan – antara graduan awal program tari dari Akademi Seni Kebangsaan yang menjadikan etnik Sabah sebagai jatidiri dan identitinya, Junainah Long – antara Koreografer Muda Asia Pasifik, Taipei 2003 yang mengenegahkan bahasa tubuh seorang wanita sebagai dialognya dan Zulkifli Mohamad – antara 10 koreografer terpilih Istana Budaya-Emas Sepuluh 2004 yang mengambil konsep Main Peteri untuk menganalisa penyakit bangsanya. Lima koreografer ini akan menarikan sendiri lima karya solo mereka dan menampilkan lima koreografi yang mengenegahkan para penari dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. LALAK adalah Arus Tradisi Tari Kontemporari Malaysia.

LALAK adalah sebuah nama yang diberikan untuk mewakili gabungan perasaan yang tersirat dalam diri kelima-lima seniman tari ini. LALAK memberi makna “Melaung Sekuat-kuat Hati”. LALAK adalah pantulan reaksi manusia terhadap dunia sekelilingnya, dunia yang mementingkan wang ringgit, harta dan pangkat, dunia hiburan di Malaysia yang hanya mementingkan hiburan semata-mata tanpa mengambilkira nilai-nilai seni, estetika, jati diri dan maruah bangsa, dan dunia yang mengagungkan nilai kebaratan. LALAK adalah sebuah gerakan melawan arus hiburan yang begitu deras dan bersifat sementara belaka. LALAK adalah sebuah pernyataan tentang pengaliran seni tradisi Malaysia baru yang bersifat kontemporari yang penuh makna serta pengajarannya. Seni tari kontemporari tak ubah seperti seni sastera yang bersifat visual dalam tiga dimensi. LALAK adalah suatu dialog yang menyoal jati diri Melayu dalam arus global serta mencabar seni tari teater serta seni visual, teks, bunyi dan gerak

Syed Mustapha Syed Yasin
Karya Solo: Keliru
Biar apa yang kau katakana
Terhadap diriku ini
Di sini ku masih berdiri
Menahan pahitnya
Sebelum kau kenal
Hati nuraniku
Awaslah katamu………..!!!

Karya Kumpulan: OM BAK
Ia datang dan pergi
Pergi tak kembali
Menjadi satu misteri
Tragedi menyayat hati
Peristiwa silam berlaku kini
Pun sampai berulang lagi
Ku panjatkan doa dari Illahi

Jasni A.Hamid
Karya Solo: Argo-Gede
Dalam perjalanan dari Jakarta ke Bandung,
Dari dalam ruang keretapi Argo-Gede
Mataku terpaku ke lereng-lereng bukit yang subur mengemas
Terkesan dengan keindahan,
Terkesan dengan pribumi Jawa berhuma

Karya Kumpulan: Episod Hanuman
Tubuh bagai kelonsong ditiup roh,
Di isi hati dengan dua rasa,
Yang kudus dan yang hodoh,
Keduanya saling mendominasi tiada toleransi,
Ada yang membunuh dan ada yang menumbuh,
Akal harus jadi tuan, biar hidup bersempadan

Hamid Chan
Karya Solo: BORNEO
Sebuah karya yang berlandaskan dasar-dasar kehidupan dan keakraban penghuninya dengan alam semulajadi. Ianya dijadikan suatu sumber kepada garapan tari dalam persembahan solo ini. Gaya tari dan elemen-elemen etnik masyarakat kepulauan Borneo ia dijadikan pengisian tari satu koreografi yang mencerminkan kehidupan masyarakat itu sendiri, dalam erti kehidupan yang sebenar. Seni menjadi imitasi kehidupan dan kehidupan menjadi imitasi seni, tiada yang betul dan tiada yang salah dalam penciptaan, semuanya membentuk suatu kehidupan kita. Apa yang terlahir dari diri kita akan menjadi jatidiri kita, ianya mungkin lahir dari apa yang kita kutip hasil tatapan, bacaan, renungan dan pengalamanang kita lalui.

Karya Kumpulan: KUKUDA
“Kukuda” adalah satu gabungan gerak tari dari kuda kepang dan tari jawa (Gagahan) namun hampir keseluruhan pengisian dalam koreografi ini, telah diolah mengikut corak tari masakini, walaubagaimanapun warna-warna tari Kuda Kepang dan tari Jawanya adalah menjadi landasan utama, begitu juga dengan iringan muzik ia adalah satu garapan baru dalam aliran yang berlainan. Tiada siapa menghalang tiada siapa merancang di sudut lalui penuh ruang, dilalui langkaan 8 Kukuda, bernafas di atas rentak muzik, berhenti di atas satu ruang.

Junainah M.Lojong
Karya Solo : Untitled I – Suara Tubuh
Karya ini merupakan penggalian didalam proses eksperimentasi gerak dan tari yang berpaksikan “space” (ruang) dan “time”(waktu). Maka dari pertembungan-pertembungan tersebutlah emosi-emosi yang menciptakan isu-isunya tersendiri. Dipasakkan kepada satu punca, eksplorasi gerak dan tari yang terhasil daripada kepelbagaian ruang yang dicipta dalam waktu yang berbeza-beza. Tanpa teks, isu yang diangkat melalui ruang yang dibina akan mengubah tubuh badan yang memberikan tenaga berbeza. Secara semulajadi anggota badan akan memberi tindak balas terhadap ruang yang akan menghasilkan emosi diri. Ruang, waktu dan isu menjadi idea dan konsep utama dalam kerja seni ini.

Karya Kumpulan: Untitled II - Wanita
Karya tari ini merupakan suatu kelangsungan dari permainan gerak dan gerak permainan atau “playing” berpandukan tema didalam isu feminisma dan wanita. Bertemakan wanita, tubuh badan akan mengekspresi dan menyampaikan mesej kepada khalayak. Eksplorasi kepada tema ini dikembangkan dan menghasilkan isu tentang wanita. Proses latihan akan mewujudkan satu focus kepada tema secara satu arah, mengambil seksualiti sebagai elemen penting di dalam pergerakkan. Walaupun tema wanita itu terlalu besar, proses penggalian terhadap tema itu akan menghasilkan satu persoalan utama di dalam konsep wanita.

Zulkifli Mohamad
Karya Solo: 1914/2004
Kedua-dua tarikh keramat ini adalah umpama menatap halaman ‘Hari Ini Dalam Sejarah’ – mengenang kembali tahun 1914 dimana Tok Janggut menentang penjajah British bermati-matian sehingga tubuhnya dikelar empat belas dan dibawa mengelilingi Kota Bharu untuk ditayangkan kepada seluruh rakyat jelata. 2004 pula menyaksikan bagaimana beratus-ratus orang Melayu Muslim sebangsa seugama dengan kita dikorbankan di seberang sungai di sempadan. Persembahan ini menggunakan gabungan pancaran video dan gerak geri dramatis yang bersifat moden sambil berinspirasikan silat, asyik, mak yong dan manora.

Karya Kumpulan: Jadi Jawa Jawi
Penceritaan yang berinspirasikan asal usul dan pengaruh kerajaan-kerajaan lama nusantara di Semenanjung Tanah Melayu serta pengaliran imigran tanah seberang yang menjadi isu masakini. Persembahan ini menggunakan konsep minimalis dengan cahaya lampu pelita serta suara dari penari sendiri dan di jakstaposisikan dengan lagu dangdut dari radio transistor.

Thursday, September 18, 2008

Theatre Programme in Europe!

International Conference
"Performing Arts Training Today"
 
October 24 - 27, 2008
Bovec, Slovenia
 
PROGRAMME: practical workshops, work demonstrations, performance fragments, lectures.
 
  • "Japanese Noh and Suzuki techniques and excerpts from "Gilgamesh and "Zahak"
    Workshop and presentation by Izumi Ashizawa (Japan)
  • "Performer's Physicality" 
    Workshop by Sergei Ostrenko (Russia)
  • "Improvising in the moment. A workshop towards performance"
    Workshop and performance fragment by Frances Charteris (USA)
  • "Missing Pieces: Applying Theatre Talents Off-Stage"
    Workshop by Kimberly Davis (USA)
  • Advanced Performance Training (APT) 
    Presentation by Elke Van Campenhout (Belgium)

And more..! The list of confirmed events is being updated regularly. Please follow the news of the programme!
 
Participation Fee

The fee with accommodation in shared twin room:
150 EUR if payment is made before September 23th

300 EUR if payment is made before September 27th.
The fee covers attendance of all events of the conference programme, three nights of hotel accommodation in shared twin room (two persons share one room), two meals per day (breakfast and lunch), tea/coffee breaks and farewell buffet.
 
The fee with accommodation in single room:
250 EUR if payment is made before September 23th.

350 EUR if payment is made before September 27th.
The fee covers attendance of all events of the conference programme, three nights of hotel accommodation in single room (one person in the room), two meals per day (breakfast and lunch), tea/coffee breaks and farewell buffet.
The conference will take place in Bovec, the mountain resort located in north-western Slovenia in the Julian Alps (near Austrian and Italian border). 
 
REGISTRATION:
To apply for participation, candidates should send a CV and a brief letter of motivation to info@iugte.com or globtheatre@gmail.com stating the title and dates of the event.

Programme: 
http://www.iugte.com/projects/programme.php  
Accommodation and venue: http://www.iugte.com/projects/Bovec.venue.php
 
Best regards, 
Michael Cooperman

International University
"Global Theatre Experience" (IUGTE)
"ArtUniverse"
www.iugte.com 
info@iugte.com

Sunday, September 07, 2008

What's Next For Svarnabhumi Studio

I think one of the the things that I should do for Svarnabhumi Studio is to consolidate all the five blogs into one, then to also choose which name to be the main space. (hem, manalah nak cari budget nih?)

Saturday, August 09, 2008

KL Fringe Festival Selesai

Saya nak mengucapkan ribuan dan jutaan terima kasih kepada Fathullah Lokman (www.facebook.com/ fathullah lokman) kerana telah dengan jayanya menkuratorkan "Organised Musical Chaos"(asalnya Mural Jam "Bahasa Jiwa Bangsa") himpunan 4 kumpulan band unplugged termasuk Fatullistiwa. Terima kasih juga saudara Rafik yang saya kenal dari MASKARA di Pena dan gengnya - Sinaganaga dan SMZakir. Terima kasih Aida Redza (www.aidaredza.blogspot.com) yang datang untuk menyerikan majlis. Memanglah asalnya kita rancang2 nak jamming, tapi rasanya malam tu macam ada sesuatu. Saya pun tak nak paksa Aida. Saya tahu dia datang kerana nak support. Kalau nak bayar dia perform sakan pulak kena. Tapi yang penting dia sudi datang. Saya berterima kasih sangat. begitu juga dengan teman-teman lain yang sudi datang, Mislina & Associate, Hariry, Pak Man, ada juga sokongan moral.Terima kasih Wahab Hamzah dan Harun kerana memberikan sokongan. Memanglah kita tak boleh berharap sangat dengan malam 8808 tu sebab, nak belawan dengan kuasa dunia China yang ada Olimpics Beijing kat tv. Apa lagi dengan event2 lain kat KL ni, katanya ada gig jugak malam tu, ada baca puisi, ada stand-up komidi dan mcm2 lagi. Tapi yang frust sikit tu kawan2 fringe yang lain yang sama2 buat persembahan pun tak boleh datang. Malam tu sebenarnya malam untuk kita semua, kalau ada salah silap, atau apa2 saja. Selesai persembahan jam 10.30. Semua orang belah, tinggallah saya terkontang-kontang kat situ, aneh jugak, nak kena kemas barang-barang dan buang sampah). Orang audio pun terus mintak duit malam tu juga, dah tak nak jumpa dah!!! (atau sibuk sebab ada banyak acara, atau nak balik tengok olympics).

Saya tak tidur malam tu actually, sampai ke pagi, nasib baik ada Grey's Anatomy musim kedua dan ketiga yang belum ditonton. Tapi sebenarnya saya nak lari dari memikirkan soal seni kat Malaysia(bukannya saya ni ada apa2 dlm seni kat Malaysia) termasuk penglibatan seni saya kat Malaysia, tentang seni dan wang, seni dan politik, seni dan festival, seni dan media massa, seni dan orang awam, seni dan orang2 seni sendiri.

Saya harus mulai berfikir, ke mana arah seni saya dan tujuan saya berkesenian!

Tuesday, August 05, 2008

Teater Jalanan, Teater Pentas, Teater Universiti, Teater Kampung & Teater Dewanserbaguna

Alhamdulillah bertemu lagi kita. Rupanya ada juga orang yang baca blog yang tak seberapa nih, alhamdulillah syukur ke hadrat Allah (Bersyukur juga aku rupanya!).

Terima kasih Ryan, mungkin dari Stefani, Vitamin dari Uitm dan Sulaiman Haji Shuhaimi (aku pernah kenal dengan orang yang namanya Shuhaimi Hj.Sulaiman, tapi dia bukan orang teater, tapi mungkin aku yang tak tahu!) yang mungkin seorang penggiat teater. Terima kasih Encik Sulaiman kerana informasi. Mungkin itulah gunanya ada blog ni,, selain boleh berekspresi menulis, kita juga boleh mencari maklumat2 dari orang lain yang lebih tahu tentang sesuatu hal, research jugalah katakan. makanya blog boleh dikatakan suatu bentuk baru untuk membuat kajian, cuma ianya berbentuk random dan terlalu teratur. Apalagi kalau ada chat box, lebih cepat dan direct pantulannya. Cuma yang lemah sikit tu, chat box dan komen-komen yang dilemparkan ada juga berbentuk personal yang seharusnya tak masuk kat situ, tapi yang namanya manusia, selalulah ada yang begitu. Saya juga mungkin kadang2 ada begitu, walaupun cuba sedaya upaya untuk tidak bersifat personal. Mungkin itulah sebabnya ramai orang tidak meletakkan chat box atau komentar-komentarnya ditapis dulu. Yang tak sedapnya ramai penulis komentar yang tak berani tampil diri, bak kata Vitamin "Baling Batu Sembunyi Tangan". Apapun saya tahun yang saya baru belajar berteater, baru duapuluh tahun. Itupun lebih kepada teater tari. Dan sebelum ini lebih bergiat dalam teater dalam bangunan teater. Saya sendiri baru saja membawa persembahan teater ke luar teater sewaktu berada di Kuching. Dulunya saya tubuhkan bersama kawan-kawan di sana seperti Salbiah, Wen, Bidari dll dengan nama Teater Haus yang bermain dengan dua makna haus, kehausan teater dan satu lagi perkataan Jerman untuk rumah iaitu Haus. Sewaktu saya pindah dari Kuching ke Bangkok, nama tersebut telah diambilalih oleh salah seorang pelajar saya, adik kepada kawan saya Bidari. Oh  sekarang saya ingat namanya, Shuhaimi. UNIMAS ambik dia masuk bidang teater kerana melihatkan latarbelakang penglibatan keluarganya di dalam bidang seni di Kuching. Harap-harap dia berjaya! Harapnya dia memajukan Teater Haus di Kuching. Yang peliknya, kebenaran untuk menggunakan nama tersebut tidak pernah diminta, tapi saya tak kisah. Halalkan.

Saya sedar kegiatan berteater di Malaysia ni memang banyak dan ada banyak jenis, itu kena satu research yg lengkap. Lagipun rugilah nak tulis kat sini, boleh buat satu buku, kat sini pun ruangnya sempit. Kita juga boleh melihat teater di Malaysia dengan melihat kepada negeri-negeri. Tapi yang selalunya ada timbul kat Malaysia ni adalah kumpulan amatur yang timbul musim Pekan Teater, skrang ni Festival Teater. Inilah yang sering ditulis oleh penulis2 di majalah pentas dan dewan budaya, nanti saya kena rujukan nama plak, terbaru saya baca tulisan Saberi Mohd zain di DB dan Sutung Umar RS di Pentas. Jadi tulisan saya pun tak original, cuma inikan bukan tulisan ilmiah. Saya pasti banyak lagi kumpulan teater yang aktif menjalankan aktiviti teater jalanan, kampung, universiti, sebaguna dan macam2 pentas yang dipilih. Dan mungkin kegiatan mereka ini tidak terlalu menonjol, mungkin kerana mereka sendiri tak ingin diketahui, atau memang tidak mendapat publisiti. Jadi apabila kita hanya menyebut sekadar nama2 yang selalu terdengar, janganlah marah pulak. Saya sendiri pun tak masuk surat khabar ke radio, apalagi suratkhabar Inggeris atau radio, jauh sekali tv. Maka itulah saya buat blog. Tapi kalau saudara menyembunyikan kaitan nama saudara dengan blok saudari, macamana orang nak tahu. Saya banyak menemui perkara2 baru melalui blog. terbaru saya bertemu dengan grup dari Penang, yang nyata sekali melakukan kegiatan berteater di negeri, tapi kita kat KL tak tahu sebab tak masuk surat khabar. Itu bukan salah kita. Itu memang seratkhabar Malaysia ni sukakan gosip hiburan. Atau memang saya sendiri pun tak baca surat khabar, terutama sejak dua menjak ni. Cuma baca hari minggu saja, lagipun tak ada masa sebab banyak sangat nak buat benda, terutama nak kerja dan berteater.

Kalau dalam bahasa latin setiap persembahan tu dah dipanggil teater, bukan hanya yang berada di dalam panggung. Dulupun di zaman greek teater tu kat luat, open air teater, amphitheater. Orang melayu sendiri dulunya berteater di pasar di khalayak ramai, begitu juga dengan teater Inggeris. Jadi bagi saya istilah teater tu adalah persembahan, bukan bangunannya dan bukan kerana ianya berdrama dan berdialog. Tari juga adalah berteater. Apa lagi skarang ini persembahan sudah bercampur gaul antara teater, drama, tari, muzik, muzikal, pantomin dsb. Malah sudah ujud pula persembahan yang mereka namakan "Performance", bukankan performance Art, itu lain lagi. jadi di abad ini di era post-postmodenism, ujud pula kepelbagaian baru yang bertindih dan berbauh segalanya. Ini yang membuatnya menarik!

Saya cuma tinggal di Kuala Lumpur dan memang banyak menonton, tapi cuma dipanggung2. Sekarang juga sudah mulai lagi persembahan2 yang dinamakan "Site Specific", tapi mungkin tak banyak sangat di Malaysia, tapi adalah. Tapi kalau persembahan2 ini tak dijadualkan, susahlah untuk penonton nak tengok, itulah sebabnya kita coba adakan www.kakiseni.com. Itupun mereka tak terlayan kerana kebanyak teater Melayu berlaku secara sponsoan dan tiba dan tidak dihantar untuk dijadualkan. Saya sendiri berharap ada organisasi melayu sendiri yang menyenaraikan aktiviti ini. Itu pun rasa takkan jadi kalau khalayak teater sendiri tak berkerjasama.

Maka itulah.....


Monday, August 04, 2008

TANAH SERENDAH SEKEBUN BUNGA

Lirik Pembuka Panggung Untuk Teater Tari Tanah Serendah Sekebun Bunga


 

Tanah Serendah Sekebun Bunga

Lapang luas tulangnya bergunung

Pinggirnya Laut Andaman dan China Selatan

Langkasuka negri Anak Raja Naga

Kerajaan Melayu lama yang agung

Hilang tanda luput cerita dari ingatan

 

Lembah Emas yang tiada sempadan

Ligor di utara Singgahpura di selatan

Langkawi di barat Tioman di Timur

Tanah Merah tempat raja bersemayam

Jauh di ulu sungai nun di daratan

Bertembokkan gunung agar makmur

 

Tanah Serendah Sekebun Bunga

Negri perumpama lagenda Melayu

Zaman berzaman terus dipuja

Asalnya taman kesukaan baginda

Raja Putri Mas Chayam dirgahayu

Bergelar Che Siti yang pertama

 

Raja pemerintah abad ke tujuh

Raja perempuan disegani semua

Pedagang Parsi ke Maharaja China

Kaya emas bersaing Raja Sri Wijaya

Bergabung bergelar Sri Wijaya Mala

Berkhabar sampai telinga Sri Mahraja

 

       Che Siti Mas Chayam punya cerita

Bersemayam di Gunung Cinta Wangsa

Abad yang lama ampunya sejarahnya

Che Siti unggul lambang putri raja

Keturunan Kerajaan Funan di Kemboja

Sebelum Champa sebelum Chenla

 

Tanah Serendah Sekebun Bunga

Cerita ceriti rampai Melayu Lama

Berakar umbi dalam titih silah

Raja berjalan ke pelusuk Negara

Supaya negeri adil saksama

Rakyat jelata bersatu tak berpisah

 

Dalam igau mimpi Sang Rajuna

Bertemu Puteri Zubaidah Champa

Bersama Ratu Laut Selatan dari Jawa

Mengkhabarkan negeri dalam bahaya

Langkasuka dan Sekebun Bunga

Diserang musuh ditimpa bencana

 

 

 

 

 

 

Terbakar hangus kota dan desa

Gelimpang tubuh bertakung darah

Menjadi jarak padang tekukur

Diserang musuh garang dari utara

Ditakuk ditetak pahlawan gagah

Angkatan Langkasuka bergalah ber undur

 

Langit gelap ribut puting beliung

Sungai bergelombng tebing rapuh terjunam

Bencana kedua menimpa Negara

Tak kira musuh selamat tak seorang

Di telan beliung kota terbenam

Tenggelam hanyut hilang ke muara

 

Itulah kisah Hikayat Langkasuka

Yang hilang negerinya entah kemana

Menjadi kota terbenam di tasik

Tempat bersemadi si naga-naga

Itulah cerita yang jadi  lagenda

Dilagu dinyanyi menjadi asyik

 

Tanah Serendah Sekebun Bunga

Bencana mimpi menjadi nyata

Igauan Sang Rajuna yang setia

Kalau sudah bagai dikata

Tiada upaya usaha sang raja

Takdir Illahi kitalah yang terima

 

Zulkifli bin-haji Mohamad, KL, 2003

Sajak: Aku Binatang jalang, karya Zulkifli Mohamad

AKU BINATANG JALANG

(Terpancar dari antologi Chairil Anwar 1943)

 

Aku Binatang Jalang, Yang hatinya membatu

Seperti gunung  kering, Yang tiada seurat rumput

Yang mulutnya pahit hempedu, Hembusannya berapi

Membara membakar, hangus !

Yang lidahnya terjelir-jelir, Bisanya ular tujuh lautan, Membelit sang durjana, hancurlah!

 

Aku Binatang Jalang, Yang kepalanya keras

Berpusar-pusar dalam rambutnya, Terkatup telinganya

Durhakalah !

Yang tangannya panjang, Mencuri merampas

Segala yang nyata, Berpinar di mata, Kehormatan, Harta

 

Aku Binatang Jalang, Yang penyakit hatinya, tebal

Busuk baunya, Dengki, hasad hatinya, Mati jiwanya, Liar nafsunya,

Serakah !

Menceroboh, lobang  anak-anak kecil dan siapa saja

Yang liar ganas, Memukul membelasah, Isteri dan anak tak berdosa

 

Aku Binatang Jalang, Yang hanya inginkan

Hatijiwanya membuai terbang melayang

Dalam ghairah shahdu, Dari yang beku, yang cair dan  yang berasap

Yang boleh melupakan, Segala kekusutan

Yang membelenggu, Walau pedihnya, Tak pergi pergi

 

Aku Binatang Jalang, Yang rakus pada harta

Yang dikikis dikaut dari yang tak berdaya

Seperti ingin membawanya, Terus bahagia ke lubang kubur

Di mana zakatnya, di mana sedekahnya, derma ? prihatin ?

Ahh…Penipuan, Rasuah!

 

Aku Binatang Jalang, Yang bermuka-muka

Macam talam, Yang dua mukanya

Yang manis mulutnya masam duburnya

Yang menghantuk kepala manusia lain

Lalu ketawa hahahahahaha!

 

Aku Binatang Jalang, Yang membunuh,

Menggugur, Membuang anaknya

Yang kabur rabun buta, Yang tak terpandang darah ditangannya

Berlumuran merah

Menitik tik…tik!

 

 

 

Aku Binatang Jalang, Yang disumpah menjadi raksasa

Yang menjadi lanun di Selat Melaka, Yang menjadi raja bersiong di Langkasuka

Yang meracun di air, Meludah di mana-mana

Membuang merata-rata, Tak salah katanya

Tak reti adat, Tak reti baso!

 

Aku Binatang Jalang, Pukullah aku

Hukumlah aku, Deralah aku

Garilah aku, Rejamlah aku biar mati, Biar

Walau yang berkeliaran lainnya, Adalah sama

Binatang jalang !

 

Astaghfirullahalazim, Astaghfirullahalazim, Astaghfirullahalazim

Ashaduanlaillahaillallah, Waashaduannamuhammadarasullullah

Aku ini Binatang Jalang, Dari Jenis yang terbuang

Aku ingin hidup lagi, Jadilah aku manusia mulia,

Ya Allah!

 

 

Zulkifli Mohamad, Kuala Lumpur, 31 Ogos 2004

Adakah Lagi Bersanggar Teater Di Malaysia? KL?

Kadang2 sedih jugak tengok teater Melayu ni, kata banyak orang, dulu ada Teater Anak Alam, lepas tuh dah jadi KBN kemudiannya Panggung Negara dan skrang ASWARA(sebelumnya ASK). Jadi tapaknya berkramatlah. Cuma kalau dulu ia lebih bersifat aktivism, skrang lebih bersifat projekism! Yang selalu cite pasal kegemilangan begini termasuklah Sutung Umar RS di majalah Pentas keluaran IB. 

Cerita pinggir: Aku dulu suka makan sotong. Masa kecik dulupun aku suka makan sotong kering yang dibakar kemudiannya digiling dengan mesin besi, antik tu(parents aku simpan lama kat bawah gerai dirumah, gerai tu pelataian, itulah lantai papan, tapi dah kena jual, sebab adik beradik dok berebut2 heheheh). Satu lagi sotong yang aku suka ialah ketupat sotong, ini rasanya cuma ada kat Kelantan. 

 Alfatihah untuk S.Othman kelantan, aku baru dengar khabar dia meninggal. Nanti nak kena baca karya-karya allahyarham. Aku nih kurang nak membaca karya novel, tak ada masa yang banyak, apa lagi nak tonton berbagai cerita kat dvd dan nak blogging lagi. tak ada masa babe!

Rasanya skrang ni yang ada aktivism teater yang hidup tu cuma STEFANI kat KL (walaupun bunyinya macam Itali, tapi sebenarnya Sanggar Teater fauziah Nawi, kenapa tidak SangTewi? bunyi macam Sang Dewi, eh lupa tu orang punya nama, kenapa sibok plak!) Tapi itulah grup yang aktif rasanya. Kata ada juga Ladin yang buat teater kanak2, tapi aku tak tahun sangat. . Mereka ni katanya dapat guna space kat DBP lama. Bagus jugak. 

Cakap pasal tu, DBP tu ada satu bangunan untuk digunakan untuk kegiatan tersebut, tetapi kenapa tak boleh guna, katanya tak selamatla macam2. Tapi masih ada jaga dan masih ada orang naik sembahyang, selamatlah, cuma lif aje yang turun naik sendiri, tapi tak ada hantu kot, cuma lif rosak!!! Tapi cite hantu dlm lif pun dah ada org buat kat Korea ke Thailand!

Eh, aku ni menulis merapu, macam ada adrenaline rush pulak.......

Aku nih teringin juga nak grup macam fauziah nawi tu, tapi dia dah establish, dia banyak undangan berlakon dalam astro dan akademi fantasia. Aku hampeh, kalau tak buat fringe festival, tak ada peluang kat mana2. Dapatlah buat satu cite Gebu Gembira, itupun tak boleh tumpukan sepenuhnya, sebab lari sana sini, nak cari duit, tapi tak dapat, cari publisiti dan menguruskan artis2 (bukan senang babe, walaupun ada banyaknya yang local je dan tak perlu urus visa dsb). Aku ni teringin juga nak space macam Ramli Ibrahim kat sutra kat Titiwangsa tu, tapi taklah macam tu, tu besar sangat ideanya. Tapi mungkin satu hari bole gak!

Tuesday, July 29, 2008

About KLFF

I have interesting talks with few friends of mine, most of them are not from Malaysia, but they are very positive about the future of KLFF. I agree with some suggestions on management, publicity, funding as well as programming. I know I should be talking about this in KLFF blog,  but the main mover of this is really Svarnabhumi Studio & AXiA. Perhaps we should expand this event so it would be organised better.

Sunday, July 27, 2008

OK Tak Sajak Ni

Kau nak ke Temple Mount? 
Kat mana tu?
Kat israel ke?
Boleh ke kita dapatkan visa?
Aku tahu ada banyak orang Malaysia yang sudah ke sana
Mereka pakai visa helaian yang bukan di pasport
Kebanyakannya orang besar2 dan raja2
Kalau nak kita pun boleh kot
Kalau nak ke karaci lebih senang kot
Naik je flight murah2
Air India ke Air Bangla ke atau Air Langka
MAS SIA Cathay mahal sangat
Tak mampu, lagipun credit card dah sampai limit
Air Asia pun tak mampu walaupun ke Little India Singapura
Kau nak robek dada dengan botol pecah?
Botol coke ke botol tiger?
Botol cuka lagi tajam
aku pernah luka tangan kena botol cuka
kalau botol budu busuk plak
Eh ko boleh dapat ke visa ke Saudi
Agen kat Malaysia ni banyak sindikit walaupun nak ke Saudi
Saja buat lambat2 dan caj mahal
Elok pegi ikut Siam je, tak ramai orang
Quota pun masih banyak
Atau Filipina
Tiket pun murah
Aku pun nak gi lagilah
Ikut Siam plak
Mesti murah
Lebih murah dari pegi India dengan MAS

More New Works After KL Fringe, Fringe Fever!!!

One of those things that made me happy about KL Fringe is the endless discussion after stage showing at the Stor Teater. I remember one nite we have a group of 10 people talking about making new plays then we continue the discussion on series of smses. Then they, a group of 5 people decided to do short plays, since then we have got three meeting, talking about their stories, plots, characters and titles, many interesting titles. They would like to write, direct, act and so on. As for me I would be happy just to listen and perhaps make some notes and remind things in the future. For now we have 5 titles:
1. I am Officially Malay-Muslim
2. Cha Dodo, Minah Soget DLL
3. Monolog Sibisu dan Simedia
4. Mohamad dan Lahab
5. MSG
6. Raja Lawak Terpinggir

More later.........

Tuesday, July 22, 2008

Gebu Gembira

Gebu Gembira melalui banyak halangan, naskahnya pun baru disiapkan, dari tangan satu pelakon ke satu pelakon yang lain. Akhirnya jatuh ke tangan Ismaliza, pelakon graduan diploma Aswara yang kini belajar sarjana muda di UM. Kami tak banyak waktu kerana aku terlalu sibuk dengan kerja pengurusan, permohonan bantuan dan publisiti, yang ternyata susah mendapatkannya. Satu waktu, semasa aku tak dapat datang, ada hal telah berubah, aku tak bersetuju kerana menganggap, apa yang dilakukan adalah diluar apa yang ingin aku lakukan. Sebagai pengarah drama yang baru nak mengarah, aku agak keras dengan apa yang aku inginkan, apalagi ini adalah hasiltangan aku yang kedua. Mungkin itulah sebabnya, selalunya orang lain yang mengarah naskah, tapi tentunya penulisnya seksa, melainkan penulis dan pengarah saling mengenali. Tapi rasanya itu tak mustahil, banyak orang yang berbuat begitu. Apalagi di dalam dunia tari dan aku sendiri datang dengan dunia teater tari, apalagi apabila orang lain yang menarikan. Kalau seorang penari solo, dia semua yang melakukannya, dari choreography, direction, costume, dan tariannya. Mungkin itulah sebabnya.

Aku mengambil keputusan untuk meneruskan Gebu Gembira setelah itu kerana keadaan terlalu tegang. Tapi kemudiannya aku setuju untuk mementaskannya sebagai membaca Gebu Gembira. Pada mulanya pelakon tak berapa setuju, kerana ini jarang berlaku dalam teater Melayu di Malaysia. Tapi akhirnya setuju. Setelah itu keadaan menjadi bertambah baik, aku hanya membiarkan pelakon melakonkan wataknya, bergerak dan berlakon mengikut naluri rasanya, cuma kemudian aku meletakkan tiga buah kerusi untuk dia bermain dan bergerak, dan ternyata dia lebih bersedia untuk itu. Akhirnya kita hanya meneruskan dengan itu sebagai sebuah pementasan, seadanya, walaupun ianya belum sempurna. Segala-galanya amat sederhana, tapi tak apa kerana ianya hanyalah suatu percubaan.

Aku sendiri ada perancangan untuk mementaskan semula karya itu seperti idea asalnya, menjadikan ia sebuah karya yang lebih berbentuk fizikal, greak dan tari, tapi tentunya ia memerlukan proses yang panjang, dan itu tak adil untuk memeinta kerjasama dan komitment dari seorang dramatis kerana aku perlu mencari wang untuk mementaskannya. Tetapi sekurang-kurangnya aku sudah ada permulaan yang baik. Mungkin aku perlu melihat kembali skripnya, mungkin aku perlu mengadap sifu-sifu teater kerana aku masih banyak perlu belajar!

Sunday, July 20, 2008

Mengenal Manusia Mengenal Diri Sendiri

Dalam beberapa minggu ini, aku banyak sekali berdepan dengan berbagai cabaran, mulai dari ingin mementaskan naskah kecik Gebu Gembira yang tak seberapa tu sehinggalah mengumpulkan 5 lagi pengkarya lain untuk slot TOLONG NYALAKAN LAMPU! Memang ramai yang membantu, tapi memang ramai juga yang ingin menjatuhkan, mungkin dengan cara tak sengaja atau tanpa sedar, tapi terjadi juga. Tapi yang nyatanya ramai yang melontar batu tapi selindung tangan, terutamanya menyatakan komen-komen peribadi tapi tidak berani melatakkan nama sendiri. Itulah pengecutnya orang kita, kalau benar ikhlas, tunjukkan muka bila bersuara, barulah boleh diperjelas apa yang salah. Ada juga yang diterbalikkan kata-kata! Ada juga yang baru mendapat perhatian sikit sudah merasa besar, kalau dulunya berlagak menjadi murid, tapi baru mendapat peluang, sudah kembang kepak dan lupa diri.

Saya sendiri memang mengaku, masih banyak yang perlu belajar dan mahu belajar. Apa lagi tentang manusia disekeliling. Kenapa ramai yang di luar sana yang buat bising nak kritik orang, padahal, diri sendiri tak buat apa-apa untuk membetulkan keadaan. Jadi buatlah sesuatu untuk membetulkan keadaan, pertama sekali datang tampil ke depan untuk bertemu dengan diri sendiri!

Tuesday, July 15, 2008

Komen dari Deenasour

1. Monodrama :: GEBU GEMBIRA

Gebu gembira, mempersembahkan gabungan bentuk2 gerak tari dan ekspresi tubuh dan dialog naratif dalam penceritaannya…di lihat dari drama ini, deen merasakan penulis skrip seorang penggemar bidang tarian..benar?

Yang tersuratnya, Gebu gembira, menceritakan tentang seorang wanita, Aminah yang bekerja sebagai penari. Berkenala dengan seorang pegawai askar Jepun yang berpegang pada slogan Asia untuk Asia! Kirannya Aminah merupakan kekasih kepada pegawai askar Jepun itu. Akan tetapi percintaan mereka berakhir apabila hidup pegawai itu bernoktah di tali gantung. membunuh diri. Kemudian berkenalan pula dengan seorang pegawai Inggeris. Berkasih dan berasmara tetapi kemudian berakhir dengan pembunuhan!! Aminah membunuh kekasihnya itu dengan pistol peninggalan kekasih lamanya, pegawai askar Jepun. Lalu dipenjara!! di penjara kerana dianggap membunuh pegawai Inggeris atas dasar nafsu dan cemburu. Bukan atas dasar merdeka dan cinta negara!!

Tersirat disebalik watak

  1. Watak pegawai Jepun yang berpegang kepada Asia untuk Asia yang sebenarnya ingin benar2 membantu tanah melayu akhirnya membunuh diri setelah merasakan gagal menyempurnakan slogan itu!! disebalik watak dan perwatakan ini, deen melihat penulis cuba menyampaikan mesej bahawa orang Asia atau warga serumpun kita ini sebenarnya boleh dipercayai!! setia!! Selain babak itu, pada pertengahan cerita, Aminah ada menceritakan bahawa pegawai Jepun itu tidak pernah melakukan zina ke atasnya sebaliknya hanya sekadar melayan nafsunya seorang diri atau bahasa lembutnya, lelaki itu menikahi tangannya sendiri…bahasa kasarnya “melancap” oops~ di sini deen rasakan penulis ingin mengangkat watak atau kumpulan ini pada satu tahap yang tinggi atas dasar kemanusiaan watak ini.
  2. berbanding watak pegawai Inggeris yang mencintai Aminah. Dengan melayani Aminah sebaik mungkin, termasuklah berasmara dana di atas ranjang seperi suami isteri. Walau sebenarnya pegawai itu telah mempunyai isteri yang akhirnya diketahui Aminah. penulis membawa watak ini sebagai perbandingan dengan watak pegawai Jepun, maka penonton dapat menilai dan menterjemah mesej yang ingin disampaikan. Tidak setia, penipu dan membuat sesuatu atas kepentingan nafsu! itulah perwatakan yang didokong oleh watak ini.
  3. watak Aminah pula seorang wanita MElayu. Seorang penari. Watak yang deen rasa agak klise dalam teater2 atau drama2 melayu….seorang perempuan yang berlakon dalam era-era sebelum merdeka, semestinya penari…argh agak klise!! PErwatakan Aminah ini juga deen merasakan agak sama dengan watak dalam teater2 berunsur nasionlisme dan patriotik lain iaitu perempuan yang mudah untuk dibeli dengan nafsu!! mudah di tipu…lepas di tipu baru tersedar….bila tersedar, pun hanya seketika…tapi sebenarnya, jika di amati, watak ini mewakili sebahagian besar perangai orang Melayu!!!

Yang Korang perlu tahu :

  • monodrama ini adalah hasil Dr.Zulkifli
  • deen merasakan monodrama yang dipaparkan agak klise, sebab deen merasakan tema dan persoalannya sering menjadi tunjang teater dan drama yang pernah dipersembahkan ditempat2 lain..mengenai kaum wanita, penari, penindasan,orang inggeris yang jahat, jepun yang kejam….ado2..
  • persembahan? Ya, agak menari apabila pendukung drama ini boleh menari dengan baik dan menyanyi dengan suara yang lunak merdu di tambah dengan dialog dalam dialek pantai timur yang sedikit mencuit hati…
  • deen bagi 3 bintang daripada 5 untuk persembahan monodrama ini!!

Sunday, July 13, 2008

6 Monolog - Segmen Tolong Nyalakan Lampu

Mementaskan karya baru adalah sesuatu yang menggerunkan, apalagi bila kita menampilkan 6 buah karya baru. Terutamanya untuk saya sendiri, yang hanya baru kali kedua menulis skrip monolog dan sekaligus menjadi penganjur 6 mono and festival secara keseluruhan. Apalagi bila saya juga terpaksa berkerja mencari dana dan membuat publisiti. Ianya suatu tanggungjawab yang amat berat, apalagi dikala kita tidak mempunyai sebarang support. Walaupun begitu kita bertuah kerana diberikan tempat di Dewan Bahasa dan Pustaka secara percuma, En.Wahab coba memberikan apa yang termampu. Terima kasih Wahab! Bak kata Sabri Yunos, kalau Wahab cuti atau tak sihat, agaknya apa akan terjadi kepada kegiatan berteater! Walaup[un begitu kita masih berharap yang DBP dapat membantu dengan lebih baik di tahun hadapan, dan takada pulak program lain yang overlap. Pun begitu dah ada venue lain juga yang berminat dengan KL Fringe Festival.