Wednesday, July 18, 2007

Selipar Jepun Premier di Stor DBP KL




Jumaat lepas kita mengundang En.Hamzah Tahir, pensyarah teater dan sinografi UITM tu datang menonton separuh bahagian kedua teater Selipar Jepun di Stor DBP. Beliau begitu senang melihat perkembangannya, dulunya hanya mendengar cerita-cerita dari saya. Selipar Jepun ini adalah karya kedua saya yang dipersembahkan di Stor Teater DBP. Terima kasihlah En.Wahab Hamzah yang sudi mempelawa saya. Pertama dulu saya mempersembahkan Tanah Serendah Sekebun Bunga, yang melibatkan Hamzah Tahir, Mazlan Hamzah, Azhan Ab.Rani, Sharul Fitri, Hasanol, Dr.Kipli Rahman (http://www.kipllirahman.blogspot.com/), Pak Ya Wayang Kulit serta Primadona Mak Yong, Mek Nab. Setelah TTSB saya diberikan peluang oleh Dr.Hatta Azad Khan untul tampil bersama EMAS SEPULUH di Istana Budaya pada tahun 2004, bersama 9 koreografer lelaki Malaysia yang lain termasuk Ramli Ibrahim, Joseph Gonzales, Umesh, Shuhaimi Magi dan lainnya. Pada tahun 2005 saya cuba untuk meneruskan usaha menampilkan koreografi baru tarian kontemporari di Malaysia dan menampilkan LALAK(the L Series) di Panggung Bandaraya. Selepas LALAK saya menulis Chini, teater tari kanak-kanak, diarahkah oleh Hamzah Tahir dan lagu-lagu digubah oleh Hafiz Askiak. Kali ini Hafiz telah bermurah hati membantu kita untuk merakamkan lagu-lagu dikir barat kita di Studio Prodigy pada malam isnin yang lepas.

Pada malam yang sama juga, kita dikunjungi Saudara Nazmi Yaakub dari Bahagian Sastera, Berita Harian. Kita sempat berngobrol-ngobrol dan dia bertanyakan isu-isu yang ditampilkan seperti Landasan Keretapi Maut dan Transgender. Saya hanya mengatakan yang isu-isu yang ditampilkan bukanlah diada-adakan tetapi sememangnya telah termaktub di dalam penceritaan yang kebanyakannya adalah kisah benar yang berlaku. Sekaligus, saya juga prihatin dengan kisah-kisah tersebut yang sememangnya valid dan berlaku disekeliling kita. Apalagi tahun ini kita merayakan 50tahun merdeka. Sewajarnya kita menjadi masyarakat yang berpengetahuan serta tahu tentang sejarah negara serta peka kepada perkembangan semasa.

Malam semalam, kita dikunjungi seorang teman orang Malaysia yang menetap di Canberra, luahannya setelah menonton "very powerful". Walaupun masih ada beberapa hal yang perlu diuruskan dalam sehari dua ini , kita sudah boleh melihat hasilnya, semuanya sudah tergabung - muzik, nyanyian, lakonan, gerak, lampu, ruang, kostum dan make-up. Jumaat malam nanti tibalah malam premiernya. Mudah-mudahan kita boleh membawanya deluar dari Kuala Lumpur. Alangkah eloknya kalau kita dapat membawanya ke Singapura. Selamat menonton.

2 comments:

Anonymous said...

Wartawan sastera berita harian tu namanya Nazmi Yaakub.TQ.

Hehehe!Anyway, good luck!

Anonymous said...

penat gak earkk kalu gerak sorang2 semput jugok lah.. dan akhir nya aszreen aziz andaman berjaya lakukan sorang diri tanpa bantuan bonda zie yang terpaksa pulang ke kampung

tahniah aszren aziz andaman