Sunday, September 07, 2008

What's Next For Svarnabhumi Studio

I think one of the the things that I should do for Svarnabhumi Studio is to consolidate all the five blogs into one, then to also choose which name to be the main space. (hem, manalah nak cari budget nih?)

Saturday, August 09, 2008

KL Fringe Festival Selesai

Saya nak mengucapkan ribuan dan jutaan terima kasih kepada Fathullah Lokman (www.facebook.com/ fathullah lokman) kerana telah dengan jayanya menkuratorkan "Organised Musical Chaos"(asalnya Mural Jam "Bahasa Jiwa Bangsa") himpunan 4 kumpulan band unplugged termasuk Fatullistiwa. Terima kasih juga saudara Rafik yang saya kenal dari MASKARA di Pena dan gengnya - Sinaganaga dan SMZakir. Terima kasih Aida Redza (www.aidaredza.blogspot.com) yang datang untuk menyerikan majlis. Memanglah asalnya kita rancang2 nak jamming, tapi rasanya malam tu macam ada sesuatu. Saya pun tak nak paksa Aida. Saya tahu dia datang kerana nak support. Kalau nak bayar dia perform sakan pulak kena. Tapi yang penting dia sudi datang. Saya berterima kasih sangat. begitu juga dengan teman-teman lain yang sudi datang, Mislina & Associate, Hariry, Pak Man, ada juga sokongan moral.Terima kasih Wahab Hamzah dan Harun kerana memberikan sokongan. Memanglah kita tak boleh berharap sangat dengan malam 8808 tu sebab, nak belawan dengan kuasa dunia China yang ada Olimpics Beijing kat tv. Apa lagi dengan event2 lain kat KL ni, katanya ada gig jugak malam tu, ada baca puisi, ada stand-up komidi dan mcm2 lagi. Tapi yang frust sikit tu kawan2 fringe yang lain yang sama2 buat persembahan pun tak boleh datang. Malam tu sebenarnya malam untuk kita semua, kalau ada salah silap, atau apa2 saja. Selesai persembahan jam 10.30. Semua orang belah, tinggallah saya terkontang-kontang kat situ, aneh jugak, nak kena kemas barang-barang dan buang sampah). Orang audio pun terus mintak duit malam tu juga, dah tak nak jumpa dah!!! (atau sibuk sebab ada banyak acara, atau nak balik tengok olympics).

Saya tak tidur malam tu actually, sampai ke pagi, nasib baik ada Grey's Anatomy musim kedua dan ketiga yang belum ditonton. Tapi sebenarnya saya nak lari dari memikirkan soal seni kat Malaysia(bukannya saya ni ada apa2 dlm seni kat Malaysia) termasuk penglibatan seni saya kat Malaysia, tentang seni dan wang, seni dan politik, seni dan festival, seni dan media massa, seni dan orang awam, seni dan orang2 seni sendiri.

Saya harus mulai berfikir, ke mana arah seni saya dan tujuan saya berkesenian!

Tuesday, August 05, 2008

Teater Jalanan, Teater Pentas, Teater Universiti, Teater Kampung & Teater Dewanserbaguna

Alhamdulillah bertemu lagi kita. Rupanya ada juga orang yang baca blog yang tak seberapa nih, alhamdulillah syukur ke hadrat Allah (Bersyukur juga aku rupanya!).

Terima kasih Ryan, mungkin dari Stefani, Vitamin dari Uitm dan Sulaiman Haji Shuhaimi (aku pernah kenal dengan orang yang namanya Shuhaimi Hj.Sulaiman, tapi dia bukan orang teater, tapi mungkin aku yang tak tahu!) yang mungkin seorang penggiat teater. Terima kasih Encik Sulaiman kerana informasi. Mungkin itulah gunanya ada blog ni,, selain boleh berekspresi menulis, kita juga boleh mencari maklumat2 dari orang lain yang lebih tahu tentang sesuatu hal, research jugalah katakan. makanya blog boleh dikatakan suatu bentuk baru untuk membuat kajian, cuma ianya berbentuk random dan terlalu teratur. Apalagi kalau ada chat box, lebih cepat dan direct pantulannya. Cuma yang lemah sikit tu, chat box dan komen-komen yang dilemparkan ada juga berbentuk personal yang seharusnya tak masuk kat situ, tapi yang namanya manusia, selalulah ada yang begitu. Saya juga mungkin kadang2 ada begitu, walaupun cuba sedaya upaya untuk tidak bersifat personal. Mungkin itulah sebabnya ramai orang tidak meletakkan chat box atau komentar-komentarnya ditapis dulu. Yang tak sedapnya ramai penulis komentar yang tak berani tampil diri, bak kata Vitamin "Baling Batu Sembunyi Tangan". Apapun saya tahun yang saya baru belajar berteater, baru duapuluh tahun. Itupun lebih kepada teater tari. Dan sebelum ini lebih bergiat dalam teater dalam bangunan teater. Saya sendiri baru saja membawa persembahan teater ke luar teater sewaktu berada di Kuching. Dulunya saya tubuhkan bersama kawan-kawan di sana seperti Salbiah, Wen, Bidari dll dengan nama Teater Haus yang bermain dengan dua makna haus, kehausan teater dan satu lagi perkataan Jerman untuk rumah iaitu Haus. Sewaktu saya pindah dari Kuching ke Bangkok, nama tersebut telah diambilalih oleh salah seorang pelajar saya, adik kepada kawan saya Bidari. Oh  sekarang saya ingat namanya, Shuhaimi. UNIMAS ambik dia masuk bidang teater kerana melihatkan latarbelakang penglibatan keluarganya di dalam bidang seni di Kuching. Harap-harap dia berjaya! Harapnya dia memajukan Teater Haus di Kuching. Yang peliknya, kebenaran untuk menggunakan nama tersebut tidak pernah diminta, tapi saya tak kisah. Halalkan.

Saya sedar kegiatan berteater di Malaysia ni memang banyak dan ada banyak jenis, itu kena satu research yg lengkap. Lagipun rugilah nak tulis kat sini, boleh buat satu buku, kat sini pun ruangnya sempit. Kita juga boleh melihat teater di Malaysia dengan melihat kepada negeri-negeri. Tapi yang selalunya ada timbul kat Malaysia ni adalah kumpulan amatur yang timbul musim Pekan Teater, skrang ni Festival Teater. Inilah yang sering ditulis oleh penulis2 di majalah pentas dan dewan budaya, nanti saya kena rujukan nama plak, terbaru saya baca tulisan Saberi Mohd zain di DB dan Sutung Umar RS di Pentas. Jadi tulisan saya pun tak original, cuma inikan bukan tulisan ilmiah. Saya pasti banyak lagi kumpulan teater yang aktif menjalankan aktiviti teater jalanan, kampung, universiti, sebaguna dan macam2 pentas yang dipilih. Dan mungkin kegiatan mereka ini tidak terlalu menonjol, mungkin kerana mereka sendiri tak ingin diketahui, atau memang tidak mendapat publisiti. Jadi apabila kita hanya menyebut sekadar nama2 yang selalu terdengar, janganlah marah pulak. Saya sendiri pun tak masuk surat khabar ke radio, apalagi suratkhabar Inggeris atau radio, jauh sekali tv. Maka itulah saya buat blog. Tapi kalau saudara menyembunyikan kaitan nama saudara dengan blok saudari, macamana orang nak tahu. Saya banyak menemui perkara2 baru melalui blog. terbaru saya bertemu dengan grup dari Penang, yang nyata sekali melakukan kegiatan berteater di negeri, tapi kita kat KL tak tahu sebab tak masuk surat khabar. Itu bukan salah kita. Itu memang seratkhabar Malaysia ni sukakan gosip hiburan. Atau memang saya sendiri pun tak baca surat khabar, terutama sejak dua menjak ni. Cuma baca hari minggu saja, lagipun tak ada masa sebab banyak sangat nak buat benda, terutama nak kerja dan berteater.

Kalau dalam bahasa latin setiap persembahan tu dah dipanggil teater, bukan hanya yang berada di dalam panggung. Dulupun di zaman greek teater tu kat luat, open air teater, amphitheater. Orang melayu sendiri dulunya berteater di pasar di khalayak ramai, begitu juga dengan teater Inggeris. Jadi bagi saya istilah teater tu adalah persembahan, bukan bangunannya dan bukan kerana ianya berdrama dan berdialog. Tari juga adalah berteater. Apa lagi skarang ini persembahan sudah bercampur gaul antara teater, drama, tari, muzik, muzikal, pantomin dsb. Malah sudah ujud pula persembahan yang mereka namakan "Performance", bukankan performance Art, itu lain lagi. jadi di abad ini di era post-postmodenism, ujud pula kepelbagaian baru yang bertindih dan berbauh segalanya. Ini yang membuatnya menarik!

Saya cuma tinggal di Kuala Lumpur dan memang banyak menonton, tapi cuma dipanggung2. Sekarang juga sudah mulai lagi persembahan2 yang dinamakan "Site Specific", tapi mungkin tak banyak sangat di Malaysia, tapi adalah. Tapi kalau persembahan2 ini tak dijadualkan, susahlah untuk penonton nak tengok, itulah sebabnya kita coba adakan www.kakiseni.com. Itupun mereka tak terlayan kerana kebanyak teater Melayu berlaku secara sponsoan dan tiba dan tidak dihantar untuk dijadualkan. Saya sendiri berharap ada organisasi melayu sendiri yang menyenaraikan aktiviti ini. Itu pun rasa takkan jadi kalau khalayak teater sendiri tak berkerjasama.

Maka itulah.....


Monday, August 04, 2008

TANAH SERENDAH SEKEBUN BUNGA

Lirik Pembuka Panggung Untuk Teater Tari Tanah Serendah Sekebun Bunga


 

Tanah Serendah Sekebun Bunga

Lapang luas tulangnya bergunung

Pinggirnya Laut Andaman dan China Selatan

Langkasuka negri Anak Raja Naga

Kerajaan Melayu lama yang agung

Hilang tanda luput cerita dari ingatan

 

Lembah Emas yang tiada sempadan

Ligor di utara Singgahpura di selatan

Langkawi di barat Tioman di Timur

Tanah Merah tempat raja bersemayam

Jauh di ulu sungai nun di daratan

Bertembokkan gunung agar makmur

 

Tanah Serendah Sekebun Bunga

Negri perumpama lagenda Melayu

Zaman berzaman terus dipuja

Asalnya taman kesukaan baginda

Raja Putri Mas Chayam dirgahayu

Bergelar Che Siti yang pertama

 

Raja pemerintah abad ke tujuh

Raja perempuan disegani semua

Pedagang Parsi ke Maharaja China

Kaya emas bersaing Raja Sri Wijaya

Bergabung bergelar Sri Wijaya Mala

Berkhabar sampai telinga Sri Mahraja

 

       Che Siti Mas Chayam punya cerita

Bersemayam di Gunung Cinta Wangsa

Abad yang lama ampunya sejarahnya

Che Siti unggul lambang putri raja

Keturunan Kerajaan Funan di Kemboja

Sebelum Champa sebelum Chenla

 

Tanah Serendah Sekebun Bunga

Cerita ceriti rampai Melayu Lama

Berakar umbi dalam titih silah

Raja berjalan ke pelusuk Negara

Supaya negeri adil saksama

Rakyat jelata bersatu tak berpisah

 

Dalam igau mimpi Sang Rajuna

Bertemu Puteri Zubaidah Champa

Bersama Ratu Laut Selatan dari Jawa

Mengkhabarkan negeri dalam bahaya

Langkasuka dan Sekebun Bunga

Diserang musuh ditimpa bencana

 

 

 

 

 

 

Terbakar hangus kota dan desa

Gelimpang tubuh bertakung darah

Menjadi jarak padang tekukur

Diserang musuh garang dari utara

Ditakuk ditetak pahlawan gagah

Angkatan Langkasuka bergalah ber undur

 

Langit gelap ribut puting beliung

Sungai bergelombng tebing rapuh terjunam

Bencana kedua menimpa Negara

Tak kira musuh selamat tak seorang

Di telan beliung kota terbenam

Tenggelam hanyut hilang ke muara

 

Itulah kisah Hikayat Langkasuka

Yang hilang negerinya entah kemana

Menjadi kota terbenam di tasik

Tempat bersemadi si naga-naga

Itulah cerita yang jadi  lagenda

Dilagu dinyanyi menjadi asyik

 

Tanah Serendah Sekebun Bunga

Bencana mimpi menjadi nyata

Igauan Sang Rajuna yang setia

Kalau sudah bagai dikata

Tiada upaya usaha sang raja

Takdir Illahi kitalah yang terima

 

Zulkifli bin-haji Mohamad, KL, 2003

Sajak: Aku Binatang jalang, karya Zulkifli Mohamad

AKU BINATANG JALANG

(Terpancar dari antologi Chairil Anwar 1943)

 

Aku Binatang Jalang, Yang hatinya membatu

Seperti gunung  kering, Yang tiada seurat rumput

Yang mulutnya pahit hempedu, Hembusannya berapi

Membara membakar, hangus !

Yang lidahnya terjelir-jelir, Bisanya ular tujuh lautan, Membelit sang durjana, hancurlah!

 

Aku Binatang Jalang, Yang kepalanya keras

Berpusar-pusar dalam rambutnya, Terkatup telinganya

Durhakalah !

Yang tangannya panjang, Mencuri merampas

Segala yang nyata, Berpinar di mata, Kehormatan, Harta

 

Aku Binatang Jalang, Yang penyakit hatinya, tebal

Busuk baunya, Dengki, hasad hatinya, Mati jiwanya, Liar nafsunya,

Serakah !

Menceroboh, lobang  anak-anak kecil dan siapa saja

Yang liar ganas, Memukul membelasah, Isteri dan anak tak berdosa

 

Aku Binatang Jalang, Yang hanya inginkan

Hatijiwanya membuai terbang melayang

Dalam ghairah shahdu, Dari yang beku, yang cair dan  yang berasap

Yang boleh melupakan, Segala kekusutan

Yang membelenggu, Walau pedihnya, Tak pergi pergi

 

Aku Binatang Jalang, Yang rakus pada harta

Yang dikikis dikaut dari yang tak berdaya

Seperti ingin membawanya, Terus bahagia ke lubang kubur

Di mana zakatnya, di mana sedekahnya, derma ? prihatin ?

Ahh…Penipuan, Rasuah!

 

Aku Binatang Jalang, Yang bermuka-muka

Macam talam, Yang dua mukanya

Yang manis mulutnya masam duburnya

Yang menghantuk kepala manusia lain

Lalu ketawa hahahahahaha!

 

Aku Binatang Jalang, Yang membunuh,

Menggugur, Membuang anaknya

Yang kabur rabun buta, Yang tak terpandang darah ditangannya

Berlumuran merah

Menitik tik…tik!

 

 

 

Aku Binatang Jalang, Yang disumpah menjadi raksasa

Yang menjadi lanun di Selat Melaka, Yang menjadi raja bersiong di Langkasuka

Yang meracun di air, Meludah di mana-mana

Membuang merata-rata, Tak salah katanya

Tak reti adat, Tak reti baso!

 

Aku Binatang Jalang, Pukullah aku

Hukumlah aku, Deralah aku

Garilah aku, Rejamlah aku biar mati, Biar

Walau yang berkeliaran lainnya, Adalah sama

Binatang jalang !

 

Astaghfirullahalazim, Astaghfirullahalazim, Astaghfirullahalazim

Ashaduanlaillahaillallah, Waashaduannamuhammadarasullullah

Aku ini Binatang Jalang, Dari Jenis yang terbuang

Aku ingin hidup lagi, Jadilah aku manusia mulia,

Ya Allah!

 

 

Zulkifli Mohamad, Kuala Lumpur, 31 Ogos 2004

Adakah Lagi Bersanggar Teater Di Malaysia? KL?

Kadang2 sedih jugak tengok teater Melayu ni, kata banyak orang, dulu ada Teater Anak Alam, lepas tuh dah jadi KBN kemudiannya Panggung Negara dan skrang ASWARA(sebelumnya ASK). Jadi tapaknya berkramatlah. Cuma kalau dulu ia lebih bersifat aktivism, skrang lebih bersifat projekism! Yang selalu cite pasal kegemilangan begini termasuklah Sutung Umar RS di majalah Pentas keluaran IB. 

Cerita pinggir: Aku dulu suka makan sotong. Masa kecik dulupun aku suka makan sotong kering yang dibakar kemudiannya digiling dengan mesin besi, antik tu(parents aku simpan lama kat bawah gerai dirumah, gerai tu pelataian, itulah lantai papan, tapi dah kena jual, sebab adik beradik dok berebut2 heheheh). Satu lagi sotong yang aku suka ialah ketupat sotong, ini rasanya cuma ada kat Kelantan. 

 Alfatihah untuk S.Othman kelantan, aku baru dengar khabar dia meninggal. Nanti nak kena baca karya-karya allahyarham. Aku nih kurang nak membaca karya novel, tak ada masa yang banyak, apa lagi nak tonton berbagai cerita kat dvd dan nak blogging lagi. tak ada masa babe!

Rasanya skrang ni yang ada aktivism teater yang hidup tu cuma STEFANI kat KL (walaupun bunyinya macam Itali, tapi sebenarnya Sanggar Teater fauziah Nawi, kenapa tidak SangTewi? bunyi macam Sang Dewi, eh lupa tu orang punya nama, kenapa sibok plak!) Tapi itulah grup yang aktif rasanya. Kata ada juga Ladin yang buat teater kanak2, tapi aku tak tahun sangat. . Mereka ni katanya dapat guna space kat DBP lama. Bagus jugak. 

Cakap pasal tu, DBP tu ada satu bangunan untuk digunakan untuk kegiatan tersebut, tetapi kenapa tak boleh guna, katanya tak selamatla macam2. Tapi masih ada jaga dan masih ada orang naik sembahyang, selamatlah, cuma lif aje yang turun naik sendiri, tapi tak ada hantu kot, cuma lif rosak!!! Tapi cite hantu dlm lif pun dah ada org buat kat Korea ke Thailand!

Eh, aku ni menulis merapu, macam ada adrenaline rush pulak.......

Aku nih teringin juga nak grup macam fauziah nawi tu, tapi dia dah establish, dia banyak undangan berlakon dalam astro dan akademi fantasia. Aku hampeh, kalau tak buat fringe festival, tak ada peluang kat mana2. Dapatlah buat satu cite Gebu Gembira, itupun tak boleh tumpukan sepenuhnya, sebab lari sana sini, nak cari duit, tapi tak dapat, cari publisiti dan menguruskan artis2 (bukan senang babe, walaupun ada banyaknya yang local je dan tak perlu urus visa dsb). Aku ni teringin juga nak space macam Ramli Ibrahim kat sutra kat Titiwangsa tu, tapi taklah macam tu, tu besar sangat ideanya. Tapi mungkin satu hari bole gak!

Tuesday, July 29, 2008

About KLFF

I have interesting talks with few friends of mine, most of them are not from Malaysia, but they are very positive about the future of KLFF. I agree with some suggestions on management, publicity, funding as well as programming. I know I should be talking about this in KLFF blog,  but the main mover of this is really Svarnabhumi Studio & AXiA. Perhaps we should expand this event so it would be organised better.

Sunday, July 27, 2008

OK Tak Sajak Ni

Kau nak ke Temple Mount? 
Kat mana tu?
Kat israel ke?
Boleh ke kita dapatkan visa?
Aku tahu ada banyak orang Malaysia yang sudah ke sana
Mereka pakai visa helaian yang bukan di pasport
Kebanyakannya orang besar2 dan raja2
Kalau nak kita pun boleh kot
Kalau nak ke karaci lebih senang kot
Naik je flight murah2
Air India ke Air Bangla ke atau Air Langka
MAS SIA Cathay mahal sangat
Tak mampu, lagipun credit card dah sampai limit
Air Asia pun tak mampu walaupun ke Little India Singapura
Kau nak robek dada dengan botol pecah?
Botol coke ke botol tiger?
Botol cuka lagi tajam
aku pernah luka tangan kena botol cuka
kalau botol budu busuk plak
Eh ko boleh dapat ke visa ke Saudi
Agen kat Malaysia ni banyak sindikit walaupun nak ke Saudi
Saja buat lambat2 dan caj mahal
Elok pegi ikut Siam je, tak ramai orang
Quota pun masih banyak
Atau Filipina
Tiket pun murah
Aku pun nak gi lagilah
Ikut Siam plak
Mesti murah
Lebih murah dari pegi India dengan MAS

More New Works After KL Fringe, Fringe Fever!!!

One of those things that made me happy about KL Fringe is the endless discussion after stage showing at the Stor Teater. I remember one nite we have a group of 10 people talking about making new plays then we continue the discussion on series of smses. Then they, a group of 5 people decided to do short plays, since then we have got three meeting, talking about their stories, plots, characters and titles, many interesting titles. They would like to write, direct, act and so on. As for me I would be happy just to listen and perhaps make some notes and remind things in the future. For now we have 5 titles:
1. I am Officially Malay-Muslim
2. Cha Dodo, Minah Soget DLL
3. Monolog Sibisu dan Simedia
4. Mohamad dan Lahab
5. MSG
6. Raja Lawak Terpinggir

More later.........

Tuesday, July 22, 2008

Gebu Gembira

Gebu Gembira melalui banyak halangan, naskahnya pun baru disiapkan, dari tangan satu pelakon ke satu pelakon yang lain. Akhirnya jatuh ke tangan Ismaliza, pelakon graduan diploma Aswara yang kini belajar sarjana muda di UM. Kami tak banyak waktu kerana aku terlalu sibuk dengan kerja pengurusan, permohonan bantuan dan publisiti, yang ternyata susah mendapatkannya. Satu waktu, semasa aku tak dapat datang, ada hal telah berubah, aku tak bersetuju kerana menganggap, apa yang dilakukan adalah diluar apa yang ingin aku lakukan. Sebagai pengarah drama yang baru nak mengarah, aku agak keras dengan apa yang aku inginkan, apalagi ini adalah hasiltangan aku yang kedua. Mungkin itulah sebabnya, selalunya orang lain yang mengarah naskah, tapi tentunya penulisnya seksa, melainkan penulis dan pengarah saling mengenali. Tapi rasanya itu tak mustahil, banyak orang yang berbuat begitu. Apalagi di dalam dunia tari dan aku sendiri datang dengan dunia teater tari, apalagi apabila orang lain yang menarikan. Kalau seorang penari solo, dia semua yang melakukannya, dari choreography, direction, costume, dan tariannya. Mungkin itulah sebabnya.

Aku mengambil keputusan untuk meneruskan Gebu Gembira setelah itu kerana keadaan terlalu tegang. Tapi kemudiannya aku setuju untuk mementaskannya sebagai membaca Gebu Gembira. Pada mulanya pelakon tak berapa setuju, kerana ini jarang berlaku dalam teater Melayu di Malaysia. Tapi akhirnya setuju. Setelah itu keadaan menjadi bertambah baik, aku hanya membiarkan pelakon melakonkan wataknya, bergerak dan berlakon mengikut naluri rasanya, cuma kemudian aku meletakkan tiga buah kerusi untuk dia bermain dan bergerak, dan ternyata dia lebih bersedia untuk itu. Akhirnya kita hanya meneruskan dengan itu sebagai sebuah pementasan, seadanya, walaupun ianya belum sempurna. Segala-galanya amat sederhana, tapi tak apa kerana ianya hanyalah suatu percubaan.

Aku sendiri ada perancangan untuk mementaskan semula karya itu seperti idea asalnya, menjadikan ia sebuah karya yang lebih berbentuk fizikal, greak dan tari, tapi tentunya ia memerlukan proses yang panjang, dan itu tak adil untuk memeinta kerjasama dan komitment dari seorang dramatis kerana aku perlu mencari wang untuk mementaskannya. Tetapi sekurang-kurangnya aku sudah ada permulaan yang baik. Mungkin aku perlu melihat kembali skripnya, mungkin aku perlu mengadap sifu-sifu teater kerana aku masih banyak perlu belajar!

Sunday, July 20, 2008

Mengenal Manusia Mengenal Diri Sendiri

Dalam beberapa minggu ini, aku banyak sekali berdepan dengan berbagai cabaran, mulai dari ingin mementaskan naskah kecik Gebu Gembira yang tak seberapa tu sehinggalah mengumpulkan 5 lagi pengkarya lain untuk slot TOLONG NYALAKAN LAMPU! Memang ramai yang membantu, tapi memang ramai juga yang ingin menjatuhkan, mungkin dengan cara tak sengaja atau tanpa sedar, tapi terjadi juga. Tapi yang nyatanya ramai yang melontar batu tapi selindung tangan, terutamanya menyatakan komen-komen peribadi tapi tidak berani melatakkan nama sendiri. Itulah pengecutnya orang kita, kalau benar ikhlas, tunjukkan muka bila bersuara, barulah boleh diperjelas apa yang salah. Ada juga yang diterbalikkan kata-kata! Ada juga yang baru mendapat perhatian sikit sudah merasa besar, kalau dulunya berlagak menjadi murid, tapi baru mendapat peluang, sudah kembang kepak dan lupa diri.

Saya sendiri memang mengaku, masih banyak yang perlu belajar dan mahu belajar. Apa lagi tentang manusia disekeliling. Kenapa ramai yang di luar sana yang buat bising nak kritik orang, padahal, diri sendiri tak buat apa-apa untuk membetulkan keadaan. Jadi buatlah sesuatu untuk membetulkan keadaan, pertama sekali datang tampil ke depan untuk bertemu dengan diri sendiri!

Tuesday, July 15, 2008

Komen dari Deenasour

1. Monodrama :: GEBU GEMBIRA

Gebu gembira, mempersembahkan gabungan bentuk2 gerak tari dan ekspresi tubuh dan dialog naratif dalam penceritaannya…di lihat dari drama ini, deen merasakan penulis skrip seorang penggemar bidang tarian..benar?

Yang tersuratnya, Gebu gembira, menceritakan tentang seorang wanita, Aminah yang bekerja sebagai penari. Berkenala dengan seorang pegawai askar Jepun yang berpegang pada slogan Asia untuk Asia! Kirannya Aminah merupakan kekasih kepada pegawai askar Jepun itu. Akan tetapi percintaan mereka berakhir apabila hidup pegawai itu bernoktah di tali gantung. membunuh diri. Kemudian berkenalan pula dengan seorang pegawai Inggeris. Berkasih dan berasmara tetapi kemudian berakhir dengan pembunuhan!! Aminah membunuh kekasihnya itu dengan pistol peninggalan kekasih lamanya, pegawai askar Jepun. Lalu dipenjara!! di penjara kerana dianggap membunuh pegawai Inggeris atas dasar nafsu dan cemburu. Bukan atas dasar merdeka dan cinta negara!!

Tersirat disebalik watak

  1. Watak pegawai Jepun yang berpegang kepada Asia untuk Asia yang sebenarnya ingin benar2 membantu tanah melayu akhirnya membunuh diri setelah merasakan gagal menyempurnakan slogan itu!! disebalik watak dan perwatakan ini, deen melihat penulis cuba menyampaikan mesej bahawa orang Asia atau warga serumpun kita ini sebenarnya boleh dipercayai!! setia!! Selain babak itu, pada pertengahan cerita, Aminah ada menceritakan bahawa pegawai Jepun itu tidak pernah melakukan zina ke atasnya sebaliknya hanya sekadar melayan nafsunya seorang diri atau bahasa lembutnya, lelaki itu menikahi tangannya sendiri…bahasa kasarnya “melancap” oops~ di sini deen rasakan penulis ingin mengangkat watak atau kumpulan ini pada satu tahap yang tinggi atas dasar kemanusiaan watak ini.
  2. berbanding watak pegawai Inggeris yang mencintai Aminah. Dengan melayani Aminah sebaik mungkin, termasuklah berasmara dana di atas ranjang seperi suami isteri. Walau sebenarnya pegawai itu telah mempunyai isteri yang akhirnya diketahui Aminah. penulis membawa watak ini sebagai perbandingan dengan watak pegawai Jepun, maka penonton dapat menilai dan menterjemah mesej yang ingin disampaikan. Tidak setia, penipu dan membuat sesuatu atas kepentingan nafsu! itulah perwatakan yang didokong oleh watak ini.
  3. watak Aminah pula seorang wanita MElayu. Seorang penari. Watak yang deen rasa agak klise dalam teater2 atau drama2 melayu….seorang perempuan yang berlakon dalam era-era sebelum merdeka, semestinya penari…argh agak klise!! PErwatakan Aminah ini juga deen merasakan agak sama dengan watak dalam teater2 berunsur nasionlisme dan patriotik lain iaitu perempuan yang mudah untuk dibeli dengan nafsu!! mudah di tipu…lepas di tipu baru tersedar….bila tersedar, pun hanya seketika…tapi sebenarnya, jika di amati, watak ini mewakili sebahagian besar perangai orang Melayu!!!

Yang Korang perlu tahu :

  • monodrama ini adalah hasil Dr.Zulkifli
  • deen merasakan monodrama yang dipaparkan agak klise, sebab deen merasakan tema dan persoalannya sering menjadi tunjang teater dan drama yang pernah dipersembahkan ditempat2 lain..mengenai kaum wanita, penari, penindasan,orang inggeris yang jahat, jepun yang kejam….ado2..
  • persembahan? Ya, agak menari apabila pendukung drama ini boleh menari dengan baik dan menyanyi dengan suara yang lunak merdu di tambah dengan dialog dalam dialek pantai timur yang sedikit mencuit hati…
  • deen bagi 3 bintang daripada 5 untuk persembahan monodrama ini!!

Sunday, July 13, 2008

6 Monolog - Segmen Tolong Nyalakan Lampu

Mementaskan karya baru adalah sesuatu yang menggerunkan, apalagi bila kita menampilkan 6 buah karya baru. Terutamanya untuk saya sendiri, yang hanya baru kali kedua menulis skrip monolog dan sekaligus menjadi penganjur 6 mono and festival secara keseluruhan. Apalagi bila saya juga terpaksa berkerja mencari dana dan membuat publisiti. Ianya suatu tanggungjawab yang amat berat, apalagi dikala kita tidak mempunyai sebarang support. Walaupun begitu kita bertuah kerana diberikan tempat di Dewan Bahasa dan Pustaka secara percuma, En.Wahab coba memberikan apa yang termampu. Terima kasih Wahab! Bak kata Sabri Yunos, kalau Wahab cuti atau tak sihat, agaknya apa akan terjadi kepada kegiatan berteater! Walaup[un begitu kita masih berharap yang DBP dapat membantu dengan lebih baik di tahun hadapan, dan takada pulak program lain yang overlap. Pun begitu dah ada venue lain juga yang berminat dengan KL Fringe Festival.

Tuesday, July 08, 2008

Masih Gebukah Aminah? Kenapa Fringe?



Aku ambik keputusan nak menjadikan persembahan-persembahan yang ada ni sebagai satu festival, memanglah festival tu bunyinya besar, itulah sebabnya aku cuma panggil festival ni sebagai Fringe Festival. Bila dah macam tu ideanya, terpaksalah kita cari idea yang yang boleh menjadikannya sebagai sebuah fringe. Pemilihan tempatnya juga adalah salah satu punca mengapa ianya menjadi fringe, maknanya ianya ia bukanlah satu festival yang menampilkan idea-idea main stream, dari segi karya dan bentuk persembahannya serta gaya pementasannya. Saya juga pernah disuruh untuk meMelayukan temanya, dari Rhetoric kepada Retorika dan kemudiannya menjadi Rhetoric-Retorika, untuk melihat bagaimana karyawan-karyawan yang terpilih menampilkan karyanya. Kini retorika itu sudah ada dalam setiap persembahan, pandai-pandailah mencarinya. Yang penting ianya bukanlah terpampang didepan mata kita, alhamdulillah! Memanglah mereka yang dipilih bukanlah secara terpilih melalui sebuah panel, tetapi adalah sekumpulan manusia yang mempunyai cita-cita yang sama, ingin menampilkan naskah-naskah, sekaligus, kami bersama, jatuh bangunnya. Kaalu  berjaya, sama-samalah kita kecapinya, kalau ada yang jatuh sama-sama kita bangunkan bersama, bukanlah pula menjadi nafsi-nafsi. Saya tidak serik dan tidak pernah putus harap. Walaupun dulu pernah dikecewakan oleh orang-orang yang ingin bersama dalam Lalak tu, tapi akhirnya menjadi sesuatu yang lain, yang saling tidak membantu. Semangat solidaritas itu harus ada adalam seni, saling membantu. Kalu disini ianya adalh memberikan suatu platform kepada pengkarya, tetapi sekaligus, bukanlah seperti menatang minyak yang penuh, kita sama-sama bergantung dan menolong. 

Perkataan Fringe juga pernah ditanya, apakah terjemahannya? Terpinggir? Pinggiran? atau simply Alternatif. Kalau saya lebih condong untuk memilih Terpinggir, kerana banyak faktur, satunya kerana idea kita lebih bersifat alternatif dan tidak terlalu mainstrea, mungkin itulah kecantikannya. Contohnya yang satu ini, kalau nak harapkan orang memanggilnya untuk sesebuah persembahan jauh sekali, maka terpaksalah dia mengadakan fringe ini, supaya dia boleh ikut serta. Tetapi menerbitkan sesebuah persembahan dan sekaligus menghasilkan karya bukanlah sesuatu yang mudah, walaupun karyanya kecil dan hanya sebahagiannya sahaja. Kalau nak tahu cobalah. Tapi kali ini juga kita tidak akan putus asa, kita tetap bertahan, Gebu akan tetap gembira, kerana tuhan bersama-sama orang yang sentiasa mengharap. Wah gitu (nak juga bunyi macam alim, walaupun tak alim!!!!)

Thursday, June 26, 2008

Aminah Awang Amat Bukan Perisik





Hari ini kali ketiga saya bertemu Ismaliza. Setelah foto shoot dijalankan kelmarin, saya benar-benar yakin yang dia adalah Aminah Awang Amat, penari istana yang terjerumus menjadi penari joget dan kemudiannya menjadi perempuan simpinan perisik Jepun dan pegawai kolonial Inggeris.
Setelah latihan membaca pertama, saya mengambil keputusan untuk mengubah skrip asal yang ditulis. kali ini ianya benar2 untuk Ismaliza dan dia sudah pun menyinar bersama watak Aminah Awang Amat.

Tuesday, June 24, 2008

Mencari Aminah!


Saya berdebar-debar menunggu jawapan dari Ismaliza. Sudah dua hari saya memberikan skrip Gebu Gembira kepada dia bersama 5 filem2 terpilih yang mungkin dapat membantu dia melihat period, semangat seorang wanita yang teraniya serta kekuatannya seperti Good German, La Vien Rose, Lust and Caution, White Countess, dan Yellow. Sekarang ini saya juga sedang mencari muzik2 yang sesuai dengan period dan feel yang sesuai, saya temui Aviator yang dilakonkon oleh Leornado Dicaprio, kisah yang berlaku dalam period yang sama.

Tapi sebenarnya saya sudah membayangkan Ismaliza dalam watak tersebut. Saya juga sedang merancang untuk memotong sesetengah dialog dan menambah dialog lain yang lebih tercipta untuk Ismaliza, walaupun skrip itu pada asalnya ditulis berasaskan pelakon dan pengarah terkenal, Rohani Yusuf dan kemudiannya Tania. Saya tidak mahu Ismaliza menjadi pelakon ketiga, sebaliknya pelakon yang memang benar2 dipilih kerana ini.

Ini adalah hikmah, blessing in disguise! dialah sebenarnya yang harus ditemui!

Thursday, June 12, 2008

KL Fringe Festival ke blognya sendiri www.klfringefestival.blogspot.com

Mulai dari hari ini, KL Fringe Festival akan mempunyai blognya sendiri, iaitu www.klfringefestival.blogspot.com.

Svarnabhumi Studio akan hanya menulis aktivitinya termasuk aktiviti dlm fringe itu, iaitu mono drama Gebu Gembira .

Thursday, May 29, 2008

Rhetoric-Retorika: Fringe Festival in KL '08

Hello friends
This is an early notice of the Retorika. By the way, this is a small festival that will take place over three weekends at DBP Old Building, Jl.Dewan Bahasa, Kuala Lumpur, Malaysia

11-13 July - Performances(Monologue, dance & installation) - 5 newly written works (Hamzah
Tahir, Shahrul Fitri, Arif Waran, Zulkifli Mohamad, Francis Tanglao Aguas) at Stor Teater,
Old DBP Bldg. Curated by Dr.Z.Mohamad

Early(8PM) & Late(10PM) Performance Installation at Galeri Keris Mas,
Old DBP Bldg.

18-20 July - Rare Watch Film Showing(Malaysian- Indonesian Films).
Curated by Norman Yousoff at Dewan Budaya Syed Nasir.

18-27 July - Visual Arts Exhibition - Group Exhibition at Legar Budaya Syed Nasir
19 July at 3PM. Opening of Visual Arts Exhibition.

26 July - 3-5PM, Arts Blog Forum, Curated by Mohd.Fadli Al Akitti at Dewan Budaya Syed
Nasir

8-10PM Band Gig, Curated by Fathullah at Dewan Budaya Syed Nasir

Wednesday, May 21, 2008

Retorika: KL Fringe Fest 2008

Retorika adalah festival fringe yang bakal mengumpulkan hasil karya seni alternatif dan independen. Program akan diumumkan kelak.

Wednesday, April 09, 2008

Tari atau Teater atau Performanse Art?

Akhirnya semuanya selesai. Pada malam pementasan, 28 April 2008, kita dihadirkan dengan warung-warung bergerak yang menyajikan nasi berisi sambal, seperti nasi lemak yang dimakan dengan tempe dan tauhu serta teh serta halia(jahe kata orang Indonesia). Pada sorenya kita sudah mengatur kerusi-kerusi tempat duduk penonton, kita pisah-pisahkan agar tidak semua penonton mendapat sajian yang sama dengan angle-angle yang berlainan. Persembahan dimulakan dengan tarian tradisional dari Kraton Jogja yang menampilkan empak penari yang manis-manis yang cantik sekali. his-story menyusul suasana yang tenang, seolah-olah memberikan suatu pertanyaan daripada kalangan penonton, mulanya dengan kehadiran tukang sapu yang menyapu daun-daun yang berguguran disekeliling pohon beringin bersejarah itu. Kemudian timbul pula dua orang lelaki seolah-olah berlatih tai chi dan silat dengan mengadap pohon beringin yang ditanam Sukarno itu, didepan pohon itu ada empat orang dara yang duduk di bangku kayu panjang sambil merenung daun-daun yang berguguran dari pohon yang kelihatan penuh rahasia itu. Di pohon beringin kecil di depan beringin besar, ada jejaka yang sedang berkontemplasi dan improvisasi dengan bangku, tanaih dan air dari paip. Empat gadis kemudiannya menarikan tarian serampang, tari yang telah diangkat Sukarno menjadi tarian tarian nasional Indonesia di zamannya. Tarian ini sesuai ditampilkan kerana menjawab persoalan-persoalan tentang cultural right tarian serampang yang dibentangkan oleh Dr.Julianti Parani (IKJ Jakarta), sedangkan tarian tersebut adalah milik orang melayu, di manapun mereka berada, Sumatera Indonesia, Singapura atau Johor Malaysia. Sekaligus His-story juga mengundang suatu pertanyaan lain seperti "apa hak orang Malaysia ingin mementaskan karya tentang pohon beringin yang ditanam oleh Sukarno, atau tentang Sukarno sendiri", sedangkan Sukarno sendiri di zaman hidup dan pemerintahannya menganjurkan kempen ganyang Malaysia pada tahun 1965 di mana terjadinya Konfrontasi Malaysia-Indonesia di Borneo Sarawak dan Sabah. Jadi apa adanya pertunjukan ini dikaryakan oleh seorang warganegara Malaysia. Persoalan-persoalan ini jugalah yang ditanya bertubu-tubi oleh wartawan dari Jakarta Post dan Metrotv. Mungkin keinginan tersebut dirasakan amat pelik. Sedangkan bagi saya sendiri, saya begitu tertarik dengan pidato-pidato Sukarno serta beberapa lagu ciptaan Guruh Sukarno, anaknya - Melati Putih, Bidadari Dari Timur dan Lambangsari! Lagu-lagu tersebut seperti menginterpretasikan sesuatu, Melati mewakili isteri-isteri awal Sukarno termasuk Fatmawati yang diceritakan menjahit kain merah putih untuk dijadikan bendera Indonesia sewaktu kemerdekaan, manakala lagu Bidadari Dari Timur pula adalah jelas lagu yang menggambarkan kehadiran Dewi Ratna Sari Sukarno yang berasal dari Jepun, malah setelah kematian Sukarno, Dewi hidup di dalam dunia gemerlapan di Paris, New York dan Tokyo, sekaligus menimbulkan sensasi apabila beliau melahirkan sebuah buku fotografi bogel di saat beliau menjejak umur 55 tahun. Di jepun sendiri Dewi masih menimbulkan sensasi sampai kini.Jadi cerita-ceritanya masih juga relevan. Fatmawati pula meninggal dunia di Kuala Lumpur, adalah ibu kepada Guruh dan Megawati (bekas Presiden Indonesia). Sebagai seorang komposer, lagu-lagu ciptaan Guruh terus diperbaharui dengan nyanyian penyanyi baru. Pendekata kisah hidup mereka masih relevan dan exist dalam masyarakat Indonesia. Semasa di Jogja saya sendiri sempat menyaksikan vdo klip Marcell menyanyikan lagu Candu Asmara yang dulunya dinyanyikan oleh Cici Faramida di tahun 1980an dan sewaktu bersiar-siar di kota Jogja, kita masih boleh melihat foto-foto hitam putih Sukarno serta isterinya dan anak-anak dijual di toko-toko frame.

Sebenarnya persembahan ini banyak dipengaruhi dengan apa yang berlaku semasa hadirnya saya di Jogja dan di Sanata Dharma, termasuk tukang sapu yang sibuk membersihkan halaman sewaktu kita sedang sibuk berlatih. Persembahan yang memakan waktu 2 jam audition + gerak bebas, 2 jam latihan teknikal untuk lampu dan bunyi serta 6 jam latihan dengan gerak, ruang dan ekspresi itu saya katakan sebagai sebuah proses atau work in progress atau boleh juga dikatakan sebagai sebuah Happening Art untuk acara workshop tari kontemporari Asia. Walaupun ianya agak janggal ditampilkan di tengah-tengah di antara dua bentuk persembahan tradisi yang kuat berakar umbi, persembahan 15 minit, His-story, tampil berbeza dan sekaligus sarat melahirkan pertanyaan. Malah ada yang bertanya, apakah ini sebuah tari atau teater atau performanse? Malah ada teman koreografer Jawa-Indonesia bertanya samada saya seorang direktor atau koreografer? Soalan yang mungkin sama dipertanyanya di Kuala Lumpur. Apalagi ianya berada di dalam sebuah lingkungan budaya yang kuat akar umbi tradisinya. Sememangnya saya tidak menampilkan tarian-tarian seperti kebiasaan, tetapi melahirkan gerak-gerak dramatik, sesekali menari mengikut rentak muzik dan bunyi, sesekali melawan arus muzik. Apalagi latarnya diselangselikan dengan pidato-pidato sukarno dan lagu-lagu Guruh Sukarno.

Dari awalpun, saya memilih 8 orang pelakon muda dan hanya dua darinya yang mempunyai pengalaman menari tari tradisi dan kontemporari. Malah ini yang membuatkan mereka boleh dan bebas berimprovisasi sewaktu latihan dan seterusnya melahirkan ekspresi-ekspresi yang jelas dan meyakinkan. Pun begitu mereka tidak banyak terdedah dengan gerak-gerak yang unisen atau uniform dan sama, maka persembahan ini mengambil suatu dissiplin dari tari dan sesekali ada cetusan-cetusan bebas yang memberikan kebebasan berekspresi secara sendiri, sememangnya suatu disiplin yang lahir dari performanse art serta latihan-latihan tarian butuh dari Jepun. Mungkin benar jika dikatakan yang saya sebenarnya sedang mencari suatu paksi yang menemukan tari-teater dan performanse art.