Sunday, February 01, 2009
SELIPAR JEPUN, Trilogy and Cameronian
Thursday, January 29, 2009
Perfomativity
Zul, u tak usah risau sangat pasal nak buat teater ke, tari ke, skrip ke! itu semua terminologi yang lazim digunakan sebelum wujudnya terminologi baru iaitu 'seni performance' dan u sebenarnya ialah pengamal 'seni performance'. Seni yang wujud seiring dengan era globalisasi dan pasca-moden. Terhasilnya sesuatu 'seni performance' bertolak daripada premis 'performance text' [teks persembahan], iaitu persembahan itu sendiri sebagai teks. Jadi, kalau u dah ada senario sahaja sudah memadai. Persoalan skrip apa yang dibuat dan nak dipakai itu tidak timbul lagi. Atau samada u dari 'background' teater, tari, atau penulisan. Sebaliknya 'seni performance' adalah gabungan kesemua elemen tersebut dan yang menjadi tunggak utamanya adalah konsep 'performativity'. Dari segi penyampaian, 'Seni performance' lebih menekankan 'isu' dan 'struktur'. Jadi, siapa-siapa pun boleh membikin 'seni performance' ini. Apatah lagi orang macam u. yang penting adalah 'passion' untuk melakukannya dan u memiliki potensi itu yang mungkin tidak dimiliki oleh pengamal teater atau tari yang lain. So, cetuskanlah 'perubahan paradigma' khalayak seni persembahan di Malaysia dalam membaca dan memahami sebuah 'seni performance'. Good Luck untuk 'Terompah Manik'.
Teringatkan Puck dari Midsummer Night's Dream untuk Terompah
Wednesday, January 28, 2009
Tuesday, January 27, 2009
Writing Process "Terompah Manik"(Beaded Clogs) Okay Ke?
Started in Kelantan dialect, yang lebih fasih untuk aku daripada Bahasa Malaysia. This is also to continue the tradition of mak Yong theatre yang sudah diiktiraf UNESCO sebagai warisan dunia, only my play is a new story and not about kings and princes but about human being like us, you and me. This is also the continuation of Selipar jepun, the next one would be Stiletto Merah, partly completed, but I left it for awhile, may be after I complete this one, which I like to stage it with my improvisation class.
SELIPAR JEPUN
In Selipar Jepun also I brought in makyong form, not entirely in it, and of course the famous drag show or rather what we call miming and lipsying, entirely different thing from tradition. When I call it experimental, a lot of people mungkin tak setuju dan mengerutkan dahi, so this time I am calling it Teater Eksperimentradisi, boleh tak? I am selecting few songs that are closer to the story, period and characters but may be not entirely in dikir form or perhaps modern dikir form too .
Last week I saw Rohani Yusoff brought in Dikir Barat in ONE OF THE CHARACTERS IN THE new work "Saya Dari Hujung Kota", the kolaj work of Nordin Hassan, CINDAI, 1400, SIREH BERTEPUK PINANG MENARI, INTAN TERCANAI. May be Nordin Hassan has been using these traditional elemens in his plays, he has been mixing makyong and boria in his work, which is interesting! Azanin also has brought in wayang, makyong, silat, asyik, terinai, gamelan in her dance theatre work in the past, so the kolaj or forms is nothing new, but needs to be continued. In visual arts collage could be considered modern, especially if we look at works by nik zainal abidin, mixing images of wayang, dikir etc from the arts of Kelantan. But I am calling it Contemporary Based Tradition
TEROMPAH MANIK
I am starting with Dikir Barat again, a popular genre of performing arts, not theatre, but performance, so I am bringing it to be a theatrical form. I am also bringing the idea from Selipar Jepun ( staged in 2007 though the play was ready in 2005) or rather the continuation of performance concept.
Starting with famous Wau Bulan song from dikir barat but a twist to "Terompah Manik". I also wish I could go back to theatre in the round, mak yong and randai has this form, but what I like to do is to bring in silat jatuh or silat pulut of kelantan, that would be fun no? It's a story about adik beradik yang baru kematian ibu dan kesulitan membahagikan harta peninggalan arwah, i like it to be a story about family, tragedy and at the same time could be a comedy, boleh tak? Ada penulis2 zaman selepas shakespeare pun membuat karya-karya seperti ini yang menggabungkan keduanya, but how? Oh satu lagi , boleh tak rasanya if i bring in pantun? boring tak?
Azman Ismail menulis tentang Selipar Jepun
Selipar Jepun aplikasi formula dramaturgiOleh AZMAN ISMAIL PERJALANAN bas ekspres Kota Bharu-Singapura menemukan dua manusia yang berkongsi pahit manis kehidupan, seorang wanita setengah baya dan lelaki lembut berusia awal 30-an. Selain itu turut ditemukan, watak lain yang terlibat dalam peristiwa serangan Jepun ke atas Tanah Melayu dan individu yang terlibat dalam pembinaan landasan kereta maut di sempadan Thailand serta Myanmar. Dalam pertemuan itu, manusia-manusia yang menjadi saksi zaman dan kesengsaraan perang tersebut bercerita tentang pahit-maung kehidupan serta kemanusiaan. Watak-watak tersebut ditampilkan dalam teater Selipar Jepun, karya dan arahan Dr. Zulkifli Mohamad. Ia dipentaskan di Stor Teater, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur baru-baru ini. Ia dijayakan oleh Mohd. Shahrul Mizad Ashari, Marlenny Deen Erwan, Intan Carina Abd. Karim, Ahmad Iswazir Ismail, Mohd. Aliff Mat Salleh, Shafarina Abdullah dan Foo Chi Wei. Dalam pementasan tersebut, Zulkifli yang sarat dengan pengalaman pementasan, ‘berkiblatkan’ pada konsep bahawa seni teater adalah produk sebuah proses penciptaan dari seni drama ke pentas atau ‘proses teater’. Sebagai proses teater, keberadaan seni teater itu sendiri mengarah kepada formula dramaturgi yang dipegang dan dikendalikan oleh Rosnani Seman. Istilah dramaturgi merujuk kepada istilah dari bahasa Belanda dramaturgie, yang bererti ajaran tentang seni drama atau bahasa Inggeris disebut dramaturgy. Ia bermaksud seni atau teknik penulisan drama dan pencernaan dalam bentuk teater atau secara singkat dapat disebut ‘seni teater’ (the art of the theatre). Dramaturgi adalah elemen dramatik atau seni dramatik, iaitu unsur-unsur teknikal yang digunakan dalam penulisan drama. Unsur bunyi dan unsur lakonan atau gerak merupakan dua unsur penting di antara elemen-elemen utama dalam pementasan. Gaya dan teknik inilah yang diterapkan oleh Zulkifli sebagai pengarah dan Rosnani Seman sebagai dramaturgi dalam pementasan Selipar Jepun tersebut. Pendekatan dramaturgi ini sebenarnya masih agak baru dalam konteks pementasan naskhah di Malaysia. Namun, tidak di negara-negara Barat. Di Perancis misalnya, dramaturgi Perancis dipelopori dan dikembangkan oleh Jacques Scherer. Ia bertujuan untuk menjelaskan bagaimana seorang pengarang drama menggunakan kerangka bentuk tertentu serta prosedur tertentu dalam menghasilkan sesebuah naskhah. Khayalan Sebagai sebuah pementasan yang menggunakan pendekatan dramaturgi, Selipar Jepun dihasilkan berasaskan ciri-ciri khayalan (dalam bentuk idea) dan penulisan (dalam bentuk skrip dramatik, teks dramatik atau naskhah lakon). Ciri-ciri lain yang diterapkan oleh Zulkifli ialah menonjolkan bentuk teks pementasan dan melihat reaksi atau penerimaan terhadap naskhah yang diketengahkan. Menonton pementasan Selipar Jepun memberikan pengalaman yang sangat menarik kerana ia seolah-olah latihan drama di sebuah ruang tertutup. Tidak ada sebarang peralatan, set atau prop tertentu untuk membantu pementasan. Pelakon-pelakon hanya duduk di atas kerusi (gambaran dalam sebuah ekspres). Namun, kekuatan dan kemampuan dialog serta monolog oleh M. Shahrul dan Marlenny menghidupkan cerita dengan berkesan dan memukau. Dengan kata lain, Zulkifli tidak mahu memikirkan elemen-elemen bantu di pentas untuk menghidupkan sesebuah pementasan sebaliknya memberikan tumpuan 100 peratus kepada dialog dan monolog watak. M. Shahrul dan Marleeny melontarkan watak-watak iaitu Yee, Che Kenanga, Kamilah, Che Hassan, Pekerja Rumah Batu, Penyanyi Kelab Malam dan Pengantin. Di sisi lain, aspek dramaturgi dalam pementasan tersebut banyak mengaplikasi beberapa genre kesenian tradisional Melayu Kelantan khususnya iaitu Wayang Kulit dan Mak Yong. Beberapa elemen Mak Yong misalnya terlihat jelas dalam beberapa bentuk tarian dan lakonan yang dibawa oleh Merlenny selain penggunaan logat Kelantan. Di sebalik pementasan tersebut, apa sebenarnya mesej yang cuba diutarakan oleh Zulkifli? Adakah hanya sebagai imbasan tentang kejamnya sebuah peperangan? Atau betapa kemanusiaan dipijak oleh sebuah situasi? Zulkifli mempunyai sebab dan alasan tersendiri dalam pementasan tersebut. Penyelidikan tentang mangsa-mangsa buruh keretapi maut oleh dua sarjana yang juga temannya menjadi titik mula. Kedua-duanya, David Bogart (Universiti Kyoto Seika) dan Prof. Michiko Nakahara (Universiti Tokyo) serta kisah-kisah yang diceritakan oleh ibu beliau, menginspirasikan naskhah Selipar Jepun. Menelusuri lebih jauh dalam pementasan tersebut, Zulkifli agak ‘terbuka’ dalam membicarakan tentang aspek-aspek yang dianggap tabu dalam masyarakat Melayu, misalnya seks. Monolog tentang watak Kam Ai Loh (Kamilah) yang melihat suaminya curang di kamar tidur dilemparkan kepada penonton dengan jelas. Mungkin beliau mempunyai alasan tersendiri. Boleh sahaja ia mengutarakan tentang pemikiran masyarakat selepas pasca Perang Dunia Kedua yang terpaksa berhadapan dengan situasi yang mencabar dan sebagainya. Oleh itu, gejolak psikologi watak ditampilkan tanpa menggunakan simbol sebagaimana umumnya pementasan teater-teater atau drama Melayu. Namun, secara keseluruhannya Selipar Jepun dianggap mencapai objektifnya sebagai pementasan murah di ruang yang sangat sederhana. Tapi mampu melontar idealisme dan gagasan pengarangnya. (Sumber : Utusan Malaysia (30/07/2007) ) |
| Dikemaskini pada 30 Dis 2008 oleh www.dbp.gov.my |
Sunday, January 04, 2009
Looking for New Technique and Performance Theory for Malay Theatre
Approaches to Acting Improv/ Physical Theatre/ Movement
There are many approaches to acting including the known techniques taught, practiced and written by Stanislavski, Sanford Meisner, Lee Strasberg and Uta Hagen. Eventhough the school has chosen Uta Hagen as an important technique and texts, there are other approaches too in improvisations including techniques from movement as well as physical theatre. Contact improvisation for example is one of the techniques in the movement studies including Tai Chi, Pilates, 5 Rhythms, Body-Mind Centering and many other techniques including many Asian movement techniques that has been adopted by many western practitioners such as Eugenio Barba. Another interesting technique to be learned as part of Acting Improv would be various techniques in Physical Theatre such techniques by Mayerhold, Suzuki and also Commedia Dell Arte. As a dance and movement choreographer/ writer/ director/ dramaturg in theatre, it is my interest to research into various Asian theatre and dance techniques, especially Malaysia, ASEAN, South Asia, East Asia and Islamic tradition.
Wednesday, December 31, 2008
Karya Besar Malaysia Dekad Ini
Monday, December 29, 2008
L Series - Laboratori Tari Kontemporari
Saturday, December 06, 2008
My Dance Choreographies 1993-2008
Dance Choreography
Zulkifli bin Mohamad (Zubin Mohamad) 1993 - 2008
- Melaka’s Fair Princess The Musical (1993), Kuching
- King’s Birthday in Museum (1994) – Duo, Kuching
- Tanah Air Api Angin (1995) – dance for Hatta’s musical(group), Kuching, KL
- Tribute to Julia (1995) – 4 people, Kuching
- Tanah Air Api Angin – dance for environment (1996), Kuching
- Playing Birds in the Playground (1997) – Group, Kuching
- Body Parts (1998) – (Collaboration with Katsura, Danai, Ip, Piya), Bangkok
- Burning Forest (1998) – 12 people, Kuching
- Flowing River (1999) – duo, Bangkok
- H2O(1999) – 4 people, Bangkok
- And She Comes (1999) - Solo with live music, Berlin
- In Iya Circle (1999) – Solo with live flute, Japan
- Behind the Screen (1999) – Solo, Kyoto
- Flowing (1999) – Duet with Danai, Bangkok
- Spirit of Rice (2000) - 4 people, Bangkok
- River O River (2000) – Solo, Bangkok
- Stairs of Memory (2000) – Collaboration with Aida Redza – 4 people, Bkk
- About Café Opera (2000) – Duo, Bangkok
- The Other Dragon – for SEA Textile (2000) – Duet, Bangkok
- Watermelon (2003) -12 people, K.Lumpur
- Middle Mountain: Mirror-Mirror (2003) – Group Collaboration, Jakarta
- Middle Mountain: Paranoid Landscapes (2003) – Group Collaboration, Bkk
- Aku Binatang Jalang (2004) – 21 people, K.Lumpur
- Tak Bai(19142004)(2005) – Solo, K.Lumpur
- Jadi Jawo(2005) – 12 people, K.Lumpur
- Dance for Sale (2005) – Solo, Ipoh
- Hanuman (2005) – Solo, K.Lumpur
- Dance Poetry (2005) Collaboration with Aida Redza – Group, Shah Alam
- Waiting for Rama(2005) – Solo, Exeter-UK, Hue-Vietnam
- Syair Che Siti (2005) – Group, London
- Balut Tubuh (2007) – Group, Putrajaya
- Lelaki Ombak(with Siti Zainun)(2005) – Duo, Ipoh
- Voices from Living Room (2006) – Solo, K.Lumpur
- Ombak Aceh (with Siti Zainun) (2006) – Duo, Bangi
- Iqrak (with Jalil Ngah) (2006) – Group, Terengganu
- Kertas (for A.Samad Said) (2007) – Solo, K.Lumpur
- Sukarno’s Speeches (2008) – Group, Yogyakarta
Theatre Works
- Butterfly Lover & Aku Cinta Padamu(1993) – 6 people, Kuching
- Bergendang(1993) – 12 people, Kuching
- Chini(script)(2005), KL
- Tanah Serendah Sekebun Bunga (Script, directing)(2004), KL
- Selipar Jepun (script & directing)(2007), KL
- Gebu Gembira (script & directing)(2008), KL
Thursday, December 04, 2008
Ada Lembu Dalam Butoh Performance


Thursday, November 27, 2008
Wednesday, September 24, 2008
Lalak Kat Blog Sultan Muzaffar
Tari : LALAK
Panggung Bandaraya Kuala Lumpur
2 hingga 4 Disember 2005
Jam 8.30 malam
LALAK adalah sebuah kolaborasi seni persembahan Teater Tari Kontemporari Malaysia yang tercetus antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan Svarnabhumi Studio. Kolaborasi ini akan menampilkan sepuluh buah rekaan tari hasil ciptaan lima perekatari terkenal : Syed Mustapha - pemenang anugerah Cameronian Award untuk Best Choreography 2003 yang banyak menggali semangat Melayu dalam karyanya, Jasni Ahmad - calon anugerah Cameronian Award yang mengadopsi konsep tari kontemporari Jepun dalam tarian etnik Orang Asli, Hamid Chan – antara graduan awal program tari dari Akademi Seni Kebangsaan yang menjadikan etnik Sabah sebagai jatidiri dan identitinya, Junainah Long – antara Koreografer Muda Asia Pasifik, Taipei 2003 yang mengenegahkan bahasa tubuh seorang wanita sebagai dialognya dan Zulkifli Mohamad – antara 10 koreografer terpilih Istana Budaya-Emas Sepuluh 2004 yang mengambil konsep Main Peteri untuk menganalisa penyakit bangsanya. Lima koreografer ini akan menarikan sendiri lima karya solo mereka dan menampilkan lima koreografi yang mengenegahkan para penari dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. LALAK adalah Arus Tradisi Tari Kontemporari Malaysia.
LALAK adalah sebuah nama yang diberikan untuk mewakili gabungan perasaan yang tersirat dalam diri kelima-lima seniman tari ini. LALAK memberi makna â€Å“Melaung Sekuat-kuat Hatiâ€. LALAK adalah pantulan reaksi manusia terhadap dunia sekelilingnya, dunia yang mementingkan wang ringgit, harta dan pangkat, dunia hiburan di Malaysia yang hanya mementingkan hiburan semata-mata tanpa mengambilkira nilai-nilai seni, estetika, jati diri dan maruah bangsa, dan dunia yang mengagungkan nilai kebaratan. LALAK adalah sebuah gerakan melawan arus hiburan yang begitu deras dan bersifat sementara belaka. LALAK adalah sebuah pernyataan tentang pengaliran seni tradisi Malaysia baru yang bersifat kontemporari yang penuh makna serta pengajarannya. Seni tari kontemporari tak ubah seperti seni sastera yang bersifat visual dalam tiga dimensi. LALAK adalah suatu dialog yang menyoal jati diri Melayu dalam arus global serta mencabar seni tari teater serta seni visual, teks, bunyi dan gerak
Syed Mustapha Syed Yasin
Karya Solo: Keliru
Biar apa yang kau katakana
Terhadap diriku ini
Di sini ku masih berdiri
Menahan pahitnya
Sebelum kau kenal
Hati nuraniku
Awaslah katamu………..!!!
Karya Kumpulan: OM BAK
Ia datang dan pergi
Pergi tak kembali
Menjadi satu misteri
Tragedi menyayat hati
Peristiwa silam berlaku kini
Pun sampai berulang lagi
Ku panjatkan doa dari Illahi
Jasni A.Hamid
Karya Solo: Argo-Gede
Dalam perjalanan dari Jakarta ke Bandung,
Dari dalam ruang keretapi Argo-Gede
Mataku terpaku ke lereng-lereng bukit yang subur mengemas
Terkesan dengan keindahan,
Terkesan dengan pribumi Jawa berhuma
Karya Kumpulan: Episod Hanuman
Tubuh bagai kelonsong ditiup roh,
Di isi hati dengan dua rasa,
Yang kudus dan yang hodoh,
Keduanya saling mendominasi tiada toleransi,
Ada yang membunuh dan ada yang menumbuh,
Akal harus jadi tuan, biar hidup bersempadan
Hamid Chan
Karya Solo: BORNEO
Sebuah karya yang berlandaskan dasar-dasar kehidupan dan keakraban penghuninya dengan alam semulajadi. Ianya dijadikan suatu sumber kepada garapan tari dalam persembahan solo ini. Gaya tari dan elemen-elemen etnik masyarakat kepulauan Borneo ia dijadikan pengisian tari satu koreografi yang mencerminkan kehidupan masyarakat itu sendiri, dalam erti kehidupan yang sebenar. Seni menjadi imitasi kehidupan dan kehidupan menjadi imitasi seni, tiada yang betul dan tiada yang salah dalam penciptaan, semuanya membentuk suatu kehidupan kita. Apa yang terlahir dari diri kita akan menjadi jatidiri kita, ianya mungkin lahir dari apa yang kita kutip hasil tatapan, bacaan, renungan dan pengalamanang kita lalui.
Karya Kumpulan: KUKUDA
“Kukuda” adalah satu gabungan gerak tari dari kuda kepang dan tari jawa (Gagahan) namun hampir keseluruhan pengisian dalam koreografi ini, telah diolah mengikut corak tari masakini, walaubagaimanapun warna-warna tari Kuda Kepang dan tari Jawanya adalah menjadi landasan utama, begitu juga dengan iringan muzik ia adalah satu garapan baru dalam aliran yang berlainan. Tiada siapa menghalang tiada siapa merancang di sudut lalui penuh ruang, dilalui langkaan 8 Kukuda, bernafas di atas rentak muzik, berhenti di atas satu ruang.
Junainah M.Lojong
Karya Solo : Untitled I – Suara Tubuh
Karya ini merupakan penggalian didalam proses eksperimentasi gerak dan tari yang berpaksikan â€Å“space†(ruang) dan â€Å“timeâ€(waktu). Maka dari pertembungan-pertembungan tersebutlah emosi-emosi yang menciptakan isu-isunya tersendiri. Dipasakkan kepada satu punca, eksplorasi gerak dan tari yang terhasil daripada kepelbagaian ruang yang dicipta dalam waktu yang berbeza-beza. Tanpa teks, isu yang diangkat melalui ruang yang dibina akan mengubah tubuh badan yang memberikan tenaga berbeza. Secara semulajadi anggota badan akan memberi tindak balas terhadap ruang yang akan menghasilkan emosi diri. Ruang, waktu dan isu menjadi idea dan konsep utama dalam kerja seni ini.
Karya Kumpulan: Untitled II - Wanita
Karya tari ini merupakan suatu kelangsungan dari permainan gerak dan gerak permainan atau â€Å“playing†berpandukan tema didalam isu feminisma dan wanita. Bertemakan wanita, tubuh badan akan mengekspresi dan menyampaikan mesej kepada khalayak. Eksplorasi kepada tema ini dikembangkan dan menghasilkan isu tentang wanita. Proses latihan akan mewujudkan satu focus kepada tema secara satu arah, mengambil seksualiti sebagai elemen penting di dalam pergerakkan. Walaupun tema wanita itu terlalu besar, proses penggalian terhadap tema itu akan menghasilkan satu persoalan utama di dalam konsep wanita.
Zulkifli Mohamad
Karya Solo: 1914/2004
Kedua-dua tarikh keramat ini adalah umpama menatap halaman ‘Hari Ini Dalam Sejarah’ – mengenang kembali tahun 1914 dimana Tok Janggut menentang penjajah British bermati-matian sehingga tubuhnya dikelar empat belas dan dibawa mengelilingi Kota Bharu untuk ditayangkan kepada seluruh rakyat jelata. 2004 pula menyaksikan bagaimana beratus-ratus orang Melayu Muslim sebangsa seugama dengan kita dikorbankan di seberang sungai di sempadan. Persembahan ini menggunakan gabungan pancaran video dan gerak geri dramatis yang bersifat moden sambil berinspirasikan silat, asyik, mak yong dan manora.
Karya Kumpulan: Jadi Jawa Jawi
Penceritaan yang berinspirasikan asal usul dan pengaruh kerajaan-kerajaan lama nusantara di Semenanjung Tanah Melayu serta pengaliran imigran tanah seberang yang menjadi isu masakini. Persembahan ini menggunakan konsep minimalis dengan cahaya lampu pelita serta suara dari penari sendiri dan di jakstaposisikan dengan lagu dangdut dari radio transistor.
Thursday, September 18, 2008
Theatre Programme in Europe!
- "Japanese Noh and Suzuki techniques and excerpts from "Gilgamesh and "Zahak"
Workshop and presentation by Izumi Ashizawa (Japan) - "Performer's Physicality"
Workshop by Sergei Ostrenko (Russia) - "Improvising in the moment. A workshop towards performance"
Workshop and performance fragment by Frances Charteris (USA) - "Missing Pieces: Applying Theatre Talents Off-Stage"
Workshop by Kimberly Davis (USA) - Advanced Performance Training (APT)
Presentation by Elke Van Campenhout (Belgium)
And more..! The list of confirmed events is being updated regularly. Please follow the news of the programme!
Participation Fee
The fee with accommodation in shared twin room:
150 EUR if payment is made before September 23th
300 EUR if payment is made before September 27th.
The fee covers attendance of all events of the conference programme, three nights of hotel accommodation in shared twin room (two persons share one room), two meals per day (breakfast and lunch), tea/coffee breaks and farewell buffet.
The fee with accommodation in single room:
250 EUR if payment is made before September 23th.
350 EUR if payment is made before September 27th.
The fee covers attendance of all events of the conference programme, three nights of hotel accommodation in single room (one person in the room), two meals per day (breakfast and lunch), tea/coffee breaks and farewell buffet.
The conference will take place in Bovec, the mountain resort located in north-western Slovenia in the Julian Alps (near Austrian and Italian border).
REGISTRATION:
To apply for participation, candidates should send a CV and a brief letter of motivation to info@iugte.com or globtheatre@gmail.com stating the title and dates of the event.
Programme:
http://www.iugte.com/projects/programme.php
Accommodation and venue: http://www.iugte.com/projects/Bovec.venue.php
Best regards,
Michael Cooperman
International University
"Global Theatre Experience" (IUGTE)
"ArtUniverse"
www.iugte.com
info@iugte.com
Sunday, September 07, 2008
What's Next For Svarnabhumi Studio
Saturday, August 09, 2008
KL Fringe Festival Selesai
Tuesday, August 05, 2008
Teater Jalanan, Teater Pentas, Teater Universiti, Teater Kampung & Teater Dewanserbaguna
Monday, August 04, 2008
TANAH SERENDAH SEKEBUN BUNGA
Lirik Pembuka Panggung Untuk Teater Tari Tanah Serendah Sekebun Bunga
Tanah Serendah Sekebun Bunga
Lapang luas tulangnya bergunung
Pinggirnya Laut Andaman dan China Selatan
Langkasuka negri Anak Raja Naga
Kerajaan Melayu lama yang agung
Hilang tanda luput cerita dari ingatan
Lembah Emas yang tiada sempadan
Ligor di utara Singgahpura di selatan
Langkawi di barat Tioman di Timur
Tanah Merah tempat raja bersemayam
Jauh di ulu sungai nun di daratan
Bertembokkan gunung agar makmur
Tanah Serendah Sekebun Bunga
Negri perumpama lagenda Melayu
Zaman berzaman terus dipuja
Asalnya taman kesukaan baginda
Raja Putri Mas Chayam dirgahayu
Bergelar Che Siti yang pertama
Raja pemerintah abad ke tujuh
Raja perempuan disegani semua
Pedagang Parsi ke Maharaja China
Kaya emas bersaing Raja Sri Wijaya
Bergabung bergelar Sri Wijaya Mala
Berkhabar sampai telinga Sri Mahraja
Che Siti Mas Chayam punya cerita
Bersemayam di Gunung Cinta Wangsa
Abad yang lama ampunya sejarahnya
Che Siti unggul lambang putri raja
Keturunan Kerajaan Funan di Kemboja
Sebelum Champa sebelum Chenla
Tanah Serendah Sekebun Bunga
Cerita ceriti rampai Melayu Lama
Berakar umbi dalam titih silah
Raja berjalan ke pelusuk Negara
Supaya negeri adil saksama
Rakyat jelata bersatu tak berpisah
Dalam igau mimpi Sang Rajuna
Bertemu Puteri Zubaidah Champa
Bersama Ratu Laut Selatan dari Jawa
Mengkhabarkan negeri dalam bahaya
Langkasuka dan Sekebun Bunga
Diserang musuh ditimpa bencana
Terbakar hangus kota dan desa
Gelimpang tubuh bertakung darah
Menjadi jarak padang tekukur
Diserang musuh garang dari utara
Ditakuk ditetak pahlawan gagah
Angkatan Langkasuka bergalah ber undur
Langit gelap ribut puting beliung
Sungai bergelombng tebing rapuh terjunam
Bencana kedua menimpa Negara
Tak kira musuh selamat tak seorang
Di telan beliung kota terbenam
Tenggelam hanyut hilang ke muara
Itulah kisah Hikayat Langkasuka
Yang hilang negerinya entah kemana
Menjadi kota terbenam di tasik
Tempat bersemadi si naga-naga
Itulah cerita yang jadi lagenda
Dilagu dinyanyi menjadi asyik
Tanah Serendah Sekebun Bunga
Bencana mimpi menjadi nyata
Igauan Sang Rajuna yang setia
Kalau sudah bagai dikata
Tiada upaya usaha sang raja
Takdir Illahi kitalah yang terima
Zulkifli bin-haji Mohamad, KL, 2003
Sajak: Aku Binatang jalang, karya Zulkifli Mohamad
AKU BINATANG JALANG
(Terpancar dari antologi Chairil Anwar 1943)
Aku Binatang Jalang, Yang hatinya membatu
Seperti gunung kering, Yang tiada seurat rumput
Yang mulutnya pahit hempedu, Hembusannya berapi
Membara membakar, hangus !
Yang lidahnya terjelir-jelir, Bisanya ular tujuh lautan, Membelit sang durjana, hancurlah!
Aku Binatang Jalang, Yang kepalanya keras
Berpusar-pusar dalam rambutnya, Terkatup telinganya
Durhakalah !
Yang tangannya panjang, Mencuri merampas
Segala yang nyata, Berpinar di mata, Kehormatan, Harta
Aku Binatang Jalang, Yang penyakit hatinya, tebal
Busuk baunya, Dengki, hasad hatinya, Mati jiwanya, Liar nafsunya,
Serakah !
Menceroboh, lobang anak-anak kecil dan siapa saja
Yang liar ganas, Memukul membelasah, Isteri dan anak tak berdosa
Aku Binatang Jalang, Yang hanya inginkan
Hatijiwanya membuai terbang melayang
Dalam ghairah shahdu, Dari yang beku, yang cair dan yang berasap
Yang boleh melupakan, Segala kekusutan
Yang membelenggu, Walau pedihnya, Tak pergi pergi
Aku Binatang Jalang, Yang rakus pada harta
Yang dikikis dikaut dari yang tak berdaya
Seperti ingin membawanya, Terus bahagia ke lubang kubur
Di mana zakatnya, di mana sedekahnya, derma ? prihatin ?
Ahh…Penipuan, Rasuah!
Aku Binatang Jalang, Yang bermuka-muka
Macam talam, Yang dua mukanya
Yang manis mulutnya masam duburnya
Yang menghantuk kepala manusia lain
Lalu ketawa hahahahahaha!
Aku Binatang Jalang, Yang membunuh,
Menggugur, Membuang anaknya
Yang kabur rabun buta, Yang tak terpandang darah ditangannya
Berlumuran merah
Menitik tik…tik!
Aku Binatang Jalang, Yang disumpah menjadi raksasa
Yang menjadi lanun di Selat Melaka, Yang menjadi raja bersiong di Langkasuka
Yang meracun di air, Meludah di mana-mana
Membuang merata-rata, Tak salah katanya
Tak reti adat, Tak reti baso!
Aku Binatang Jalang, Pukullah aku
Hukumlah aku, Deralah aku
Garilah aku, Rejamlah aku biar mati, Biar
Walau yang berkeliaran lainnya, Adalah sama
Binatang jalang !
Astaghfirullahalazim, Astaghfirullahalazim, Astaghfirullahalazim
Ashaduanlaillahaillallah, Waashaduannamuhammadarasullullah
Aku ini Binatang Jalang, Dari Jenis yang terbuang
Aku ingin hidup lagi, Jadilah aku manusia mulia,
Ya Allah!
Zulkifli Mohamad, Kuala Lumpur, 31 Ogos 2004

