Wednesday, August 10, 2005

Misteri Chini

Misteri Tasik Chini jadi bahan pementasan lagi
Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed



ZULKIFLI MOHAMAD, penulis cerita drama tari Chini.

BILAKAH kali terakhir anda menonton sebuah pementasan drama tari kanak-kanak yang menarik?

Jika sudah lama tidak berbuat demikian, inilah masanya untuk anda meluangkan masa menonton satu pertunjukan yang hebat, membabitkan 49 kanak-kanak tempatan yang berbakat. Diberi judul Chini, produksi terbitan Mofira Productions itu diarahkan penggiat teater terkenal Hamzah Tahir dan ia diangkat daripada karya kreatif Zulkifli Mohamad.

Menonjolkan skor muzik ciptaan Hafiz Askiak, drama tari itu akan dipentaskan di dewan Lambang Sari, Istana Budaya (IB) mulai 11 hingga 14 Ogos ini. Zulkifli ketika ditemui Bintang Popular berkata, Chini adalah kesinambungan pementasan Tanah Serendah Sekebun Bunga yang dipentaskan di Dewan Bahasa & Pustaka (DBP), tahun lalu.

“Bezanya, kalau kisah dulu dipersembahkan pelakon dewasa termasuk saya sendiri dan Mek Nab, kali ini Chini akan dilakonkan sekumpulan kanak-kanak berusia lapan hingga 15 tahun. Mereka adalah pelajar daripada Tunas Budaya dan Pak Ngah Productions yang cukup berbakat,” katanya.

Zulkifli yang juga pensyarah seni serta koreografer handalan berkata, Chini antara lain mengisahkan kisah pengembaraan kanakkanak zaman moden yang kembali ke zaman silam, seperti mana yang terlihat dalam kisah terkenal Harry Porter.

“Ia bermula dengan kisah seorang kanak-kanak, Wira dari Kampung Chini yang tidak semena-mena termasuk ke dalam dunia yang asing baginya. Ia terjadi ketika dia berbasikal di tepi belukar dan terpesona melihat keunikan rama-rama dan pepatung atau sesibu.

“Seterusnya, Wira dikejar pula oleh anjing putih tetapi muncul sekumpulan monyet (hanuman) yang berjaya menyelamatkannya.

Selepas lari ke arah tasik, Wira bertemu pula ikan merah dan akhirnya terserempak dengan `kepala naga'. Di situlah menjelmanya seorang puteri yang cantik dan ia begitu menghairankan Wira,” kata Zulkifli.

Beliau berkata, penceritaan dalam Chini juga dibuat berdasarkan kajian saintifik dan faktor geografi di sekitar tasik legenda itu.

“Di Tasik Chini memang ada kirakira 200 spesies pepatung dan ikan merah yang bergigi tajam. Bagi saya Chini menyelitkan kesedaranterhadap alam sekitar dan juga kisah mitos rakyat yang diwarisi sejak zaman berzaman.

“Sebenarnya kepala naga yang dijumpai Wira adalah kepala perahu yang unik,” katanya yang enggan bercerita lebih lanjut supaya khalayak seni akan datang sendiri menontonnya.

Zulkifli berkata, persembahan drama tari tanpa itu memang disasarkan untuk seisi keluarga selain murid-murid dan pelajar. Dalam berhibur, ia juga menyelitkan nasihat kepada penonton dan mampu menaikkan jati diri kanak-kanak.

Selain menulis skrip, Zulkifli juga menjadi penasihat kostum kepada pementasan menarik itu. Katanya, penggunaan pelbagai jenis fabrik daripada songket dan organza ditonjolkan bagi memberikan kesan visual yang memikat kepada penonton.

Bagi pencinta seni persembahan, Zulkifli bukanlah asing erana banyak membuat persembahan erbentuk tarian di dalam ahupun luar negara. Selain itu, eliau juga pernah menjadi pensyarah i beberapa kolej serta niversiti malah pernah menjadi enaga pengajar sambilan di University of Chulalongkorn, Bangkok.

Minat Zulkifli terhadap dunia fabrik tradisi begitu menyerlah kerana dia mempunyai koleksi kain antik yang dihimpun daripada seluruh nusantara.

1 comment:

Anonymous said...

Asalamualaikum saudara saya ada meyaksikkan pementasan drama tari chini mufira entertaiment. pada mula mmg tidak minat teater tapi setelah adik saya adalah pelakon dalam teater tari chini sebagai sibu sibu saya berminat dengan teater dan persembahan muzikal seperti mohram. drama tari chini mmg satu persembahan yang menarik, dan LAGI satu kwan saudara sherr ada bertanya ttg saudara . rxz82rider@yahoo.com