Wednesday, February 18, 2009

Bapaku Seorang Astronault

Andrew Detheridgeemail a linkprint this page
My Father The Astronaut

I never saw him much
— My father the astronaut
He mostly came home late
(When a mission had been forced to abort).

I regaled them at school with tales of space
— Starring, of course, my father, the astronaut.
Passing furtive notes of his adventures
(Until, in Maths class, I got caught).

In the playground I would boast
Of my father, the astronaut.
Hobbling home on bloody knees
(From the doubting fourth years I had fought).

I still don’t see him much
— My father, the astronaut.
He won’t be out for three-to-five
(Said the newspaper report).

 

Monday, February 16, 2009

PTS, Puan Ainon, Ain Maisara, Novel Remaja & Ringgit Malaysia

Kelmarin 16/2 sempat saya menghadiri forum bicara penulisan untuk pelajar-pelajar ASWARA di ASWARA (www.aswarsa.edu.my). Sebagai seorang yang suka menulis dan ingin menerbitkan hasil karya, saya hadir untuk mendengar. Sebuah forum yang bagus sekali untuk mendorong seseorang untuk menulis dan menjadi penulis sepenuh mas. Tapi yang paling menarik adalah nasihat beliau, Puan Ainon, tuan punya PTS, yang kini sudah menjadi jutawan walaupun baru beberapa tahun membuka perniagaan penerbitan. Sebenarnya banyak yang beliau perkatakan tentang industri penerbitan, tetapi apa yang penting untuk pelajar serta penulis adalah "talent management" yang bukan hanya merangkumi bagaimana nak menguruskan diri untuk menulis, tetapi bagaimana menangani karenah menjadi seorang penulis termasuk menerima nasihat dan kritik serta bagaimana untuk bersaing dengan yang lain tanpa bermusuhan. Begitu juga nasihat tentang hubungan dengan penerbit serta kedai buku dan peminat. Banyak lagi yang beliau jelaskan dan kita akan sambung lagi nanti ya........

Sunday, February 15, 2009

Hari Hari Yang Meletihkan

Weekend sepatutnya hari-hari aku patut rehat, baca suratkhabar, tulis blog, melawat saudara mara dan mungkin menonton dvd serta merancang untuk pengajaran kelas-kelas aku yang banyak tu, apa lagi kena mengajar empat mata pelajaran - Shakespeare Theatre, Improvisation and Acting, Cultural Studies II dan Traditional Arts Theories. Memangnya banyak dan banyak yang aku kena buat preparation. Bila sampai hari Isnin, semua benda harus berjalan. Itulah, harap kawan-kawan dan saudara faham semua ni. Itulah aku tak boleh buat kerja lain hari Sabtu Ahad. Dua mata pelajaran teori tu memerlukan bacaan yang banyak, yang letihnya kena membaca buku-buku dalam Bahasa Inggeris dan mentertemahkannya ke dalam Bahasa Melayu untuk pelajar-pelajar. Dah tu kena permudahkan untuk mereka untuk lebih mengerti dengan mudah. Yalah mungkin kalau belajar BA di London, seperti kawan saya Si Safiah tu oklah, sistem pelajaran dan sukatan pelajarannya berbeza. Kita kat Malaysia mempunyai sukatan dan sistem yang berbeza. Saya tahu pelajar-pelajar terlalu sibuk dengan projek-projek praktikal untuk akademi, pensyarah, kementerian serta cari makan sendiri untuk menampung kehidupan sebagai pelajar. Hujung semester pula pelajar sibuk dengan projek-projek akhir yang bersifat praktikal. Jadi bagaimana untuk mereka membaca dan menumpukan perhatian untuk matapelajaran-matapelajaran teori yang memerlukan pembacaan. Aku fikir mungkin perlu ada satu sistem dibuat untuk mereka berkerja sambil berfikir, bukan hanya berkerja kosong hingga basah keringat dan mungkin dapat bayaran 50 atau 100 sorang atau mungkin tak dapat apa-apa, cuma satu kerahan seperti rakyat dahulu kala dikerah membina istana dan jambatan. Apabila membaca blog-blog tentang sasterawan dan penulis yang menuntuk hak tentang Bahasa Melayu, buat akau terfikir juga, bilalah nak ada buku-buku teater, budaya, dan teori-teori dalam Bahasa Malaysia. Kalau kat Indonesia, buku kepunyaan Ben Anderson "Imagined Community" pun sudah diterjermahkan. Malah Rendra dan Ariffin C.Noer serta Putu Wijaya telah banyak menterjermah buku-buku skrip karya Shakespeare di tahun 1960an. Pun begitu ada pula yayasan seperti Lontar yang menterjermahkan karya-karya Bahasa Indonesia ke Bahasa Inggeris dengan sistematik sekali, menarik sungguh!!!