2006 Asian ceramic workshop ,UiTM Perak, Malaysia Selsius Exhibition 2, Putra Jaya, Malaysia 2005 Selsius exhibition , USM, Malaysia 2002 “Alami” Exibition, Malaysia National Arts gallery 2003 “Kami” exhibition , Shah Alam gallery, Malaysia 2001 Nagoya University of Arts Japan Xchange Exibition 2000 Balai Senilukis Shah Alam 2001 Pameran Ilham 1999 Malaysia National Art Gallery Time for tea-British and Malaysian tea pots. 1998 Howard Garden Gallery, Cardiff M.A. Show 1996 Malaysia National Art Gallery, Kuala Lumpur. Of the same earth - Norwegian and Malaysian Ceramic Art. Pelita Hati Gallery Solo Exhi. She is now a phd candidate in USM, Penang.
Salam... saya turut menyertai seminar tersebut...Mungkin dalam mind kita..Lembah Bujang dicitrakan sebagai chandi..jadi pemukiran pun menjadi sempit, sedangkan Lembah Bujang adalah bandar perdagangan yang terbesar ketikan itu..masakan petempatannya hanya chandi sahaja...dalam penyelidikan saya Lembah Bujang di Katogarikan sebagai "Kota Keindiaan" berdasarkan jumpaan artifak..namun dari segi prinsip perencanaan kota, seharusnya, menjangkai dari itu.
sambungan.....Kenapa Lembah Bujang dikaitkan lebih kepada Chandi sahaja...? Pada zaman kuno..sehingga kerun ke 7 (tak salah saya...tak sempat buka buku....)...perencanaan kota atau bandar boleh dibahagikan kepada dua galur dan prinsip. Semua ini dipengaruhi oleh kepercayaan dan sosial budaya masyarakat...pertama - konsep tuhan/dewa itu sebagai pemerintah dan bandar dibentuk sebagai satu tatatur yang memerlukan bentuk-bentuk penyembahan. Ini dapat dilihat dengan artifak seperti ziggurat, chandi/temple yang menjulang ke langit. Selalunya berada dilokasi tinggi. disekitar temple sudah pastinya terdapat gedung menyimpan makanan, seterusnya rumah pembesar dan akhir sekali rakyat dan abdi... Jika dikaitkan dengan Lembah Bujang..pemetaan ini boleh dibuat...saya ke tapak arkeologi Sg Batu...jumpa bekas tapak bengkel besi...rasanya sudah mula berasas teori saya...tapi biarlah dulu.......saya nak cerita konsep/prinsip ke dua - konsep 'Pemerintah itu adalah jelmaan dewa (ekstrem sangatlah ni)...jika lebih rasionalnya dalam konteks sejarah Melayu pemerintah itu adalah 'pemegang tunggak agama'...maka ciri-ciri kota lebih makmur dan terdapat 3 itentiti yang jelas iaitu 'agama - masjid'+ istana + padang..cantik sungguh..akhir sekali lokasi kota hampir dengan kuala/muara sungai...jika diberi peluang banyak saya nak cerita pasal falsafah 3 elemen ini....cuma saya ingin semua pembaca berfikir? atau terfikir....berkenaan prinsip bandar warisan kita??? (bandar kolonial )...Bangunan besar (administration building) + padang + gereja...lokasi ditengah bandar...kenapa??? sila beri jawapan....setiap kali aku kembara pasti rindu sentiasa menggamit kerana bayu di sini tidak sama seperti bayu di kota ku...Okay Zul jumpa lagi...N
Wed 8 April 2009
Sebenarnya saya sekadar ingin mencari apakah yang ada di Lembah Bujang, melihat dengan mata kepala sendiri. Sebelum ini hanya sekadar membaca buku2, selain Hikayat Merong Maha Wangsa / Kedah Annals, yang lainnya adalah buku2 tulisan para kolonialis termasuk G.Coedes(Indianised States of South East Asia). Kerajaan Lembah Bujang agak terlalu panjang untuk sebuah kerajaan yang bertahan dari abad kedua hingga ke empatbelas sebelum masuk era kesultanan Kedah Melaka, Kedah sehingga Sultan Muhamad Jiwa II(yang baru saya temui di Muzium Kedah) dan seterusnya sejarah penjajahan, jika dikatakan yang Kedah adalah tempat awal kerajaan Langkasuka sebelum ianya berpindah ke Pattani sekarang( yang juga bentuk dan kedudukan geografinya juga lebih kurang sama dengan kedudukan Pelabuhan Merbok). Salah satu sebab musabab penting ialah kecuaian kita yang sering kehilangan referensi pada sejarah iaitu pertukaran nama-nama tempat dan kerajaan. Maka itulah saya sebenarnya bersetuju dengan Datuk Nik Hassan Shuhaimi tentang penggunaan nama Kataha atau Kadaram, dan bukan Lembah Bujang untuk wilayah Lembah Naga ini(Bujangga - Naga Valley). UITM Lembah Bujang sendiri agak keliru di dalam mencari apakah konsep batik Merbok mereka yang sebenarnya merujuk kepada nama burung Merbok. Ianya tak salah kalau sekadar berinspirasi mengambil dari alam nature seperti burung-burung. Tapi sebenarnya idea itu telah dikembangkan oleh seorang pereka batik yang bergelar Zizi yang telah memenangi Anugerah Seri Endon, jadi idea tersebut tidak lagi original.
Jadi saya rasa saranannya adalah untuk kembali kepada nama yang telah lama popular dan disebutkan di dalam buku2 sejarawan Asia Tenggara seperti Kataha atau Kadaram, dari itu kita mulai merujuk kepada benda yang sama dan tidak disalahertikan. Ramai orang dalam masyarakat yang masih tidak mengetahui tentang Lembah Bujang dan rujukannya lebih merujuk kepada candi-candi yang dijumpai, maka eloklah ianya merujuk kepada sebuah pelabuhan. Sebenarnya saya ingin membahagikan period-period yang panjang di dalam pensejarahan Kataha-Lembah Bujang kepada beberapa zaman iaitu secara kasarnya: 1. Langkasuka 2. Chola 3. Sri Wijaya 4. Kataha 5. Majapahit 6.Siam. Malah saya juga ingin meletakkan Siam kepada dua kerajaan berbeza iaitu di bawah Sukhotai dan di bawah Ayyutthaya dan serangan2 dan taklukan Siam ini bukanlah hanya sekali di dalam sepanjang pensejarahan tersebut, malah beberapa kali. Apabila kita menyebut tentang Sri Wijaya kita sebenarnya menyebut tentang rangkaian pelabuhan2 di Asia Tenggara. Dan penyelidikan-penyelidikan tentang ini sudah dijalankan dan dibukukan. Pun begitu ada penemuan-penemuan terbaru yang dijalankan oleh EFEO dari Perancis dengan kerajaan Indonesia yang melihat Muara Jambi serta kerajaan Padjajaran di dalam Sunda di Bogor dan lain-lainnya. Itulah, kita sebenarnya harus mengambil tahu tentang penyelidikan-penyelidikan yang telah dijalankan di Asia Tenggara. Kita juga tidak harus mengadakan penyelidikan dan penemuan secara eksklusif terhadap bidang Arkaeologi semata-mata, atau yang sempit ruang lingkupnya, kerananya luas dan merangkumi banyak bidang lain termasuk ekonomi, politik, sejarah, budaya, antropologi, etnologi, botani dll. Banyak kertas kerja yang dibentangkan bersifat sambil lewa. Malah ada yang bergelar Prof.Madya yang bercakap sambil lewa tentang sejarah dan pensejarahan. Seharusnya lebih serious kerana ini adalah sejarah negara. Dalam hal ini semua ini adalah amat penting dan bukan main-main. Saya sebenarnya lebih ingin mendengar para ahli ukur, town planner atau urban planner membentangkan kes-kes kota-kota maritim lain di Asia Tenggara atau di Asia yang mewakili zamannya, kemudiannya bercerita tentang kota-kota tersebut, bukannya mengandaikan dari sesuatu yang tidak diketahuinya dengan jelas dan arif, terutama tentang sejarah, budaya dan arkeologi. Begitu juga dengan para akitek, sebenarnya kita ingin melihat mereka bercerita tentang bangunan-bangunan yang sezaman dengannya, samada ianya senibina hindu atau buddha atau yang berbentuk pagan akitektur. Kenapa tidak dipanggil pakar-pakar senibina gaya tersebut dari Indonesia, India, China atau dari Kambodia atau Thailand atau Myanmar. Mereka salah untuk mengadakan seminar yang sedemikian rupa tanpa mengetahui siapa yang berada di antara audien, malah mereka juga salah kalau ingin mengajar pelajar-pelajar, apalagi pelajar dari fakulti yang tidak ada kena mengenai dengan bidang yang mereka pelajari. Saya benar2 berharap penyelidikan dijalankan sebelum membentangkan kertas kerja atau membentangkan hal-hal yang sememangnya sebati dengan mereka. Sebenarnya banyak lagi kajian yang perlu dilakukan seperti botani, natural science, sungai, laut hutan yang kemudiannya merangkaikan sebuah kajian ecology yang lebih menarik untuk dibentangkan ke pihak UNESCO. Mungkin ia boleh menjadi sebuah gabungan "nature and culture". Tetapi kita harus memulakan dengan suatu stock take yang terperinci. Mungkin ini boleh melibatkan universiti-universiti yang ada di Malaysia dan juga membawa pakar dari luar serta gabungan pemikiran.
Betul kata anda, kalau ada buku tentang Kota-kota Melayu yang ditulis, ingin juga saya membacanya. Saya rasa ada caranya nak mengkaji semua tu, tapi tak lain dan tak bukan dengan melihat Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Kanun Melaka, Negara Kartagama dulu. Kita tak ada bukti lain, mungkin ada penulisan Portugis yang perlu kita selidiki untuk melihat Melaka. Atau juga tulisan European writer-travelers yang menulis semasa pengembaraan mereka ke timur, seperti Peter Flores di Pattani pada 1600an. Mungkin adakan satu seminar tentang itu dan panggil pakar2 syair dan sejarah untuk merungkaikannya bersama para perancang bandar, akitek, interior designer, environment designer, wood specialist, falsafah Melayu, sasterawan Melayu. Jomlah buat seminar tu!