Saturday, September 19, 2009

Terompah Manik (Beaded Clogs) - scene 3 & 4





Khamis lalu saya bersama-sama enam pelajar Produksi Teater Moden di UITM yang sedang berproses menyiapkan pementasan teater "terompah Manik" karya Zulkifli Mohamad diarah oleh saya sendiri dan dibantu oleh Fasyali serta team produksi dari kalangan kelas juga - Fiza(PM), Su (F&B, Logistic, kebajikan), Ana(Make-up, kostume), Hairi (set & prop), Boni (teknikal). Mereka mempersembahkan hasil pertama teater ini, iaitu babak 3 dan 4, Kematian dan Harta Pusaka. Dalam bahagian ini kita cuba bereksperimen dengan teks dan gerak dan lagu - Dimanakan Ku Cari Ganti dan Tolong Kami(keduanya lagu P.Ramlee). Rancangan kita untuk merakamkan lagu-lagu yang dipilih dalam irama Dikir Barat. Harapan dengan waktu yang ada, kita boleh bereksperimen dan berproses, suatu yang penting di dalam berkarya, dan inilah masanya untuk berproses. Selalunya bila dah keluar di sana, semuanya akan terikat dengan waktu. Di sinipun sebenarnya kita terikat dengan waktu, di mana kelas hanya dijalankan seminggu sekali dalam masa yang singkat 2-3 jam sahaja. Apalagi pelajar sibuk dengan berbagai projek, termasuk cuti-cuti hari raya, cuti sakit, cuti H1N1 dsb. Harap2 lepas raya kita boleh lebih banyak berproses untuk menghasilkan sesuatu yang berbeza. Kalau kita hanya ingin menghasilkan sebuah drama realiti yang biasa tentunya ianya lebih mudah. Tetapi apabila ingin menjadikan ia sebagai sebuah teater fizikal yang mempunyai elemen2 teater asia, kita harus berusaha mencari dan berproses.