Tuesday, November 10, 2009

Berlari Mengejar Terompah: Dari Annexe-DBP-ASWARA ke Kuala Selangor(UITM)






Ada email dari teman Indoensia yang berada di negeri penuh salji waktu ini, US-Minnesota, yang bertanya apakah dia sudah tersalah cakap atau tersalah laku, tapi ternyata tak ada dan tak pernah, mungkin aku yang ada pernah ngomong yang salah, kerana mulut ku emangnya dibilang "Big Mouth", nothing to hide about what I like and what I don't like. But frankly, in the past few weeks aku sibuk banget, dengan permohonan bantuan kewangan dari kementerian kebudayaan dll yang tidak mudah, kerana banyak yang diperlukan, tempat dance talk yang berubah tarikh dari 4 Nov ke 3 Nov kerana double booking oleh orang2 di Annexe, sehingga aku terpaksa bercakap dengan 3 orang pekerjanya(talking about co-ordination and delegartion!!). Rasanya bukan aku yang harus bercakap dengan 3 pekerjanya. Seharusnya aku cuma bercakap dengan satu orang saja. Worse kepalanya didn't book me, for whatever reason, on top of saying confirmed. Now aku tahu, dalam negeri ini kata tak boleh dipegang sebagai janji, perlu ada agreement, dalam tulisan. Kita semakin jauh menjadi Melayu/ Malaysia, walaupun mereka bukan orang Melayu. Tapi benda yang sama berlaku di organisasi Melayu kerajaan, DBP yang juga double book venuenya, Balai Syed Nasir. Jadi terpaksalah mencari venua lain, walaupun tak sedap hati dengan kawan aku kat situ. Nasib baik jugaklah ASWARA bersetuju dan ada tempat. Terima kasihlah En.Amir Hakim dan Puan Balkis dari Teater. Dapatlah guna Black Box.

Tapi sebenarnya bagus juga buat kat situ, ramai pelajar yang boleh datang tengok karya2 yang berbeza dari apa yang sering dipertontonkan dalam Jamu DSB di ASWARA. Pelajar2 dari dua kelas Pengajian Budaya 2 dan Sejarah dan Falsafah Seni datang, tapi tak ramai pelajar dari Pemikiran Kreatif dan kritikal yang datang, maklumlah dah besar panjang, ada pemikiran sendiri dan sibuk agaknya. Di facebook aku dok cakap2 kata kawan2 ramai janji nak datang, tapi tak datang, itulah baru tahu, facebook tu cuma tempat bermain kata2 dan janji2 tapi bukan bermakna apa2, begitu juga yang kata kawan dalam atau friend dalam tu, sebenarnya bukan kawan, itulah dalam bahasa Inggeris ada bezanya antara kenalan, rakan, kawan dsb. Apapun aku nak ucapkan terima kasih atas sokongan semua pihak walaupun payah, tapi itulah hakikatnya!

Tapi semuanya berjalan lancar dengan bantuan students, staff dan kawan2. Terima kasih kepada semua koreografer-penari-performer, Ananya yang datang jauh dari Uof Minnesota, US, Pak AGI dari UITM Shah Alam, Mek Nab yang tampil dalam karya aku, juga dari Shah Alam bersama dua pelajarnya yang datang sejak pagi lagi untuk latihan dan jamming session, Suhaili yang sibuk, begitu juga dengan Rathimalar yang membawa rombongan kawan2 dan keluarga, Dayang Mariana yang menampilkan Mohar dalam karyanya(takut aku tak tahu macamana nak bayar dia, tapi dia yang undang, itu bukan soal aku kan!!!), Kuan Nam yang sibuk dengan kelas yoganya di Pahang. Aku sendiri yang kena buat semua benda.

Apapun semuanya berjalan baik, termasuk talk yang walaupun cuma ada 13 orang yang datang, tapi penuh bermakna seperti kehadiran Ramli Ibrahim dan kawan2 lain termasuk Roziana Aziz dari Astro Awani, Reza Zainal Abidin, dalam hujan ribut tuh, serta Fringe Excursion ke Lembah Bujang bersama Ananya.

This weekend aku kena siapkan projek dengan pelajar2 UITM Produksi Teater Moden yang akan menampilkan "Terompah Manik", shooting teater ke dvo, sesuatu yang baru di sini tapi tidak baru di dunia. Ini terjadi kerana katanya pelajar tidak boleh mementaskan karya di luar(sesuatu yang pelikkan). Untuk seorang seniman, kita harus terus mencari peluang dan ruang, itulah lahirnya idea tersebut.