Wednesday, December 31, 2008
Karya Besar Malaysia Dekad Ini
Seperti kata seorang rakan saya di tempat kerja baru saya, ASWARA, "penting untuk mengerti politik dalam berkesenian di Malaysia". Sememangnya itulah thesis phd saya "Politik Ekonomi Dalam Budaya" dan kerana itulah juga pengurusan seni dan budaya itu penting di dalam membentuk sesebuah budaya negara. Dalam perjalanan pulang kerumah kelmarin saya terfikir tentang sebuah judul untuk penyelidikan "Inovasi dan Intervensi Budaya Malaysia" dan mungkin benarlah kata dia "Budaya tidak boleh dibiarkan mengalir saja", dan kata saya "masalahnya arus air sungai kini bukan hanya mengalir lesu seperti dulu, tetapi berpusar-pusar di setiap persimpangan dan banyak persimpangan yang ada apalagi bila hujan ribut melanda dan meruntuhkan tebing-tebing yang rapuh, tebing-tebing yang tidak beraur, maka sungaipun menjadi semakin luas memakan tanah-tanah di pinggir-pinggirnya, maka tanah menjadi semakin sempit, begitu juga di pantai seperti yang banyak terjadi di persisiran pantai Timur, terutamanya Kelantan, apa lagi apabila tiada intervensi untuk membendungnya. Tapi seperti kata dia lagi berkarya di Malaysia dijadikan susah akan intervensi "ISA" dan macam-macam undang-undang lagi termasuk penyiaran dsb. Tapi apakah boleh pengkarya berkarya dalam linkungan "ISA" dan undang-undang penyiaran yang ada. Pasti bisa bilang orang Indonesia, lihatlah industri filem di Iran. Tapi kita tidak tahu bagaimana keadaan keseluruhannya di Iran, berapa banyak filem yang ditayangkan dan kekeluarkan di sana. Mungkin filem-filem yang kita lihat itu hanyalah filem yang dieksport, seperti filem-filem kita yang telus bebas keluar negara bersama pengkarya-pengkaryanya. Ada juga saya dengar baru-baru ini yang filem-filem Iran membosankan, penuh dengan klise-kliese yang sama, tentang perjuangan wanita-wanita yang inginkan kebebasan, tetapi terpaks tunduk dengan apa yang telah disediakan untuk mereka, betulkan begitu? Saya cuba berseloroh, mungkin kita di Malaysia sudah mula "romanticing ISA" seperti penangkapan yang pernah berlaku kepada Pramoedya dan Mochtar Lubis dan kemudiannya melahirkan karya-karya besar seperti Buru Quartet oleh Pram. Tapi kata dia itu dulu, hasilkan buku, sekarang menulislah dalam blog dan blog juga boleh dijadikan buku. Tapi bila saya bertanya, apakah karya besar yang telah dihasilkan dalam dekad ini dari kalangan filem, dia tetap tidak mahu menjawab. Kalau buku pula lagilah, tapi dia kata dia tidak tahu karya-karya dari kalangan sastera pinggiran. Nah, walaupun mungkin tidak ada karya yang sedemikian rupa dalam karya pinggiran atau picisan, hakikat kata-kata yang mengatakan mungkin ada karya pinggiran yang dia tidak tahun memungkinkan yang ada kemungkinan yang karya pinggiran yang besar sifatnya, bukan seperti yang war-warkan oleh DBP. Lalu ini juga satu kemungkinan yang dia tidak mengiktiraf karya-karya yang diiktiraf DBP, sebuah badan yang menguruskan soal bahasa dan sastera. Menarik menarik, nanti saya tanyakan teman-teman pengkarya kononnya picisan!
Monday, December 29, 2008
L Series - Laboratori Tari Kontemporari
Sebenarnya sebelum saya terpilih di dalam EMAS 10, himpunan 10 orang koreografer Malaysia, yang kemudiannya menjadi kontroversial yang bermacam-macam, seperti kenapa semuanya lelaki, kenapa tiada wanita, kenapa nama ini dan nama itu, termasuk nama saya yang sesetengah berpendapat yang ianya tak apatut ada disitu. Tapi tak ramai yang tahu yang saya bersama Aida Redza pernah menghantar proposal ke Istana Budaya untuk pertunjukan tarian kontemporari "Naga-Naga". Ternyata proposal tersebut hanya diam saja, kemudian lahir Bangsawan Naga Tasik Chini, sememangnya cerita Naga-Naga adalah kutipan daripada cerita-cerita. Begitu juga dengan proposal saya "Festival Gong" diambil Istana Budaya menjadi persembahan lain. Tapi tak mengapa, sememangnya mereka tak ada idea, kita terimalah hakikatnya. Kita pula hanya manusia yang ada idea tapi tak ada nama dan harta atau power, itulah jadinya, what's new?. So because of that they decided to include me into the Emas 10. But of course before that pihak Istana Budaya telah menonton video persembahan "Tanah Serendah Sekebun Bunga" pada awal 2004, sebuah persembahan yang dikatakan oleh Rahimidin Zahari sebagai kolaj persembahan kerana mengambil bentuk-bentuk persembahan daripada Mak Yong, Wayang Kulit, Main Peteri, Bedoyo, Kuda Kepang, dll. Tapi sebenarnya beliau belum sedar akan penggunaaan teori seni persembahan, tentang intercultural work dalam seni persembahan Melayu sendiri. Apapun, bukan itu yang ingin diperjelaskan disini, tetapi tentang L Series. Sewaktu di Jakarta selama beberapa tahun sejak 2000 hingga 2003, banyak bentuk persembahan yang ditonton termasuk tari kontemporari dan bentuk-bentuk persembahan. Antara yang paling teruja adalah Solo Festival di Kota Solo yang menampilkan karya-karya solo oleh penari-koreografer kontemporari Indonesia samada yang muda atau yang telah established, masing2 menampilkan karya selama 10-15 minit dan festival berlangsung selama beberapa malam. Selain itu ada pula Festival Tari Wanita yang hanya menampilkan karya-karya tari wanita dengan konsep yang sama. Inilah yang berlaku di Indonesia setelah kejatuhan Suharto, di mana dana untuk seni menjadi semakin kecil, tetapi sekaligus lebih banyak aktiviti dijalankan dan lahirnya lebih ramai seniman tari. Setelah itu saya berkeinginan untuk melahirkan sesuatu seperti itu di Kuala Lumpur tetapi hanya menampilkan seniman solo dalam karya yang pendek tetapi boleh menampilkan lebih ramai seniman, dengan nama Solo Asia@Kuala Lumpur. Setelah itu lahirlah Emas 10. Saya berharap Emas 10 akan berterusan untuk tahun seterusnya, tetapi ternyata tidak begitu, mungkin kerana tari kontemporari tidak sebegitu popular di Kuala Lumpur, apalagi di kalangan khalayak Melayu. Pada tahun 2005, saya mengemukakan konsep L Series -Laboratori Tari Kontemporari kepada pihak Dewan Bandayara Kuala Lumpur dengan menampilkan 5 koreografer dan menggunakan penari-penari yang mereka ada. Mereka tertarik dan Svarnabhumi Studio menjadi co-producer bersama DBKL. Tapi ternyata ada dikalangan koreografer yang tidak gembira dengan keputusan tersebut walaupun mereka telah terpilih didalam seleksi tersebut dan bayaran dibuat secara langsung kepada setiap koreografer. Apa yang menyedihkan, pihak DBKL telah mencuri idea tersebut dan menjadikan idea tersebut sebagai milik mereka, ini tidaklah menghairankan, kerana banyak lagi jabatan kerajaan yang melakukan perkara yang sama, termasuk Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan. Saya dapat tahu yang DBKL telah meneruskan Siri L dengan persembahan seterusnya pada tahun berikutnya berjudul Langkah, dan konsep tersebut masih diteruskan hingga kini. Having said that, saya rasa L Series harus diteruskan, demi meneruskan Laboratori Tari Kontemporari. Untuk itu Svarnabhumi Studio akanmenebus kembali haknya dan akan mempersembahkan siri tersebut! Nantikan!
Subscribe to:
Posts (Atom)