"TANAH SERENDAH SEKEBUN BUNGA" (TSSB) karya tulisan dan arahan oleh Zubin Mohamad a.k.a Zulkifli bin Mohamad telah dipentaskan di Stor Teater, Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2004.
‘Tanah Serendah Sekebun Bunga’
TSSB adalah sebuah teater tari yang direkonstruksikan dalam persembahan kontemporari berinspirasikan seni pertunjukan klasik, Mak Yong, Wayang Kulit, Main Peteri serta pertunjukan vocal Dikir Barat. Nama TSSB diambil dari cerita-cerita yang dimainkan dalam seni pertunjukan klasik tentang sebuah ibukota kerajaan dahulukala. Kerajaan tersebut yang dipercayai bernama ‘Langkasuka’ adalah kerajaan yang disebut sebagai ‘Golden Kersonese’ dalam catatan-catatan perjalanan para pengembara Eropah. Nama TSSB menjadi popular di Kota Bharu, Kelantan berhadapan dengan Istana Balai Besar, walaupun tempat yang dikatakan bukanlah berada di situ. Dalam kajian Kelantan serta kajian sejarah awal Malaysia, Kerajaan tersebut berada di Ulu Sungai Kelantan yang berkemungkinan adalah di kawasan Sungai Pergau, kerana di situlah juga terdapat lombong-lombong emas yang terkenal. Alkisah, Langkasuka pernah diperintah oleh Raja Perempuan yang bernama Raja Mas Chayam, begitu juga dengan Negeri Kelantan yang pernah diperintah oleh Che Siti Wan Kembang dan Puteri Saadong dalam abad ke 17, sama juga dengan Negeri Pattani di Selatan Thailand sekarang yang pernah diperintah oleh empat orang Permaisuri dalam abad ke 16 dan 17. Langkasuka adalah sebuah kerajaan termashyur meliputi Chaiya di Utara Bahagian Selatan Thailand hingga ke Riau pada abad pertama sehingga abad ke 14, pernah menjadi sebahagian dari Kerajaan Majapahit yang beribukota di Trowulan, Jawa Timur. Kerajaan tersebut juga banyak dipengaruhi Kerajaan Melayu Champa, Funan serta Angkor antara abad ke 6 hingga ke 12.
Cerita Tanah Serendah Sekebun Bunga mengisahkan perjalanan Raja Perempuan Raja Mas Chayam melawat rakyat jelata dalam negeri baginda dan bertemu dengan seorang lelaki yang sedang sakit. Beliau dikatakan sering bertemu dengan dua orang puteri raja dari daerah benua yang berbeza. Setelah melalui pengobatan tradisi Main Puteri dapatlah berhubung dengan kedua puteri – Puteri Siti Zubaidah Champa dan Ratu Laut Selatan Di Jawa yang memberitahu bahawa Kerajaan Langkasuka akan diserang oleh kerajaan-kerajaan besar nusantara. Raja Mas Chayam segera pulang ke istana baginda dan mengerah menteri-menteri untuk bersedia menhadapi perang yang akan bermula. Tapi malangnya negeri Langkasuka diserang musuh sebelum angkatan perang bersiap sedia. Langkasuka dinodai, kekayaannya dirompak, ramai rakyatnya dibunuh dan dijadikan tawanan perang, manakala raja perempuannya yang turut turun berjuang di medan perang tidak dijumpai mayatnya Langkasuka menjadi ‘Padang Jarak Padang Tekukor’, sejurus itu hujan lebat ribut petir angin tengkujuh melanda Negara Langkasuka, negeri yang kalah perang itu menjadi bertambah kacau bilau dan dikatakan tenggelam dan hanyut ke laut.
Dramatari TSSB digubah dalam beberapa babak:
- Cerita Titih Nagara Langkasuka ( Wayang, Dalang dan Bayang)
- Bele Bele Bejalan ( Raja Mas Chayam Melawat Nagara)
- Puteri-Puteri Turun Menari (Main Peteri)
- Angkatan Perang Cerang Tegayung ( Silat , Wayang, Dalang dan Bayang)
- Memanggil (Mengadap Rebab Makyong)
Tanah Serendah Sekebun Bunga: The Director’s Note
The work is a collaborative in nature. When I expressed my idea of staging TSSB to Hamzah Tahir (dancer-actor, choreographer, director, scenographer, educator), he agreed to work with me and to include another fellow actor Mazlan Tahir, whose works with Silat, also an artistic director and educator. When I wrote the storyline and performance script, it was quite clear that I wanted to include the various forms of Malay performance such as Mak Yong, Wayang Kulit, Silat and Manora. While both Hamzah and Me are very keen on making contemporary work, mixing modern movement, I am especially passionate with classical Malay dance theatre. In TSSB, I was not trying to re-enact the old forms but looking at them as interesting forms that are suitable to various parts in the performance. ‘Bele-bele Bejalan’ dance from Mak Yong performance theatre is used as a dance to represent the journey taken by the Queen. In this performance, the Mak Yong primadonna is not playing the king, but the Queen, the lady ruler of Langkasuka Kingdom. The ‘Mengadap Rebab’ dance from Mak Yong is used as the last dance representing the feel and spirit of longing for the lost kingdom. Manora dance for example is used to represent the victory dance of the enemy which got Langkasuka defeated in a surprise war attack. The pseudo Javanese dance was used as the dance represented the spirit of ‘Ratu Laut Selatan’ who appeared in the dream of Sang Rajuna, a loyal and humble being of Langkasuka. Silat of the martial art nature is used in the scene of Angkatan Perang Cerang Tegayong, closed to its nature, representing the preparation of an army troupe. The first dance in the first scene of Titih Cerita is contemporary and modern in nature, using traditional dance motives in contemporary composition, new world Asian music with fresh sound, wearing white costumes wrapped with clear white plastic as sarong, and at the same time produced the sound of frictions – the displeasure and uneasy feel of losing own culture and heritage, crushed with the idea of development, modernization and globalization. It is a dance of a present day generation, trying to look at old tradition and heritage. The collaboration with the traditional performers of Mak Yong, Wayang Kulit and Manora is a very delicate process, where a lot of time would be needed and they also have a set mind of performance. With that in mind, very little could be engaiged from them, especially within limited time, space and money. Among the three of us, Hamzah, Mazlan and Me, we divided the scenes and rehearsed separately, we discussed the various aspects from the very beginning, including the costumes, set and lighting design. The work could be seen as a juxtaposition of many different styles and forms by traditional theatre practicioners or collages of visual images by purists. For that reason, we decided not to use the ‘true to tradition’ kind of live music, of Wayang, Mak Yong and Manora ensemble but only the sound of them mixed with live vocals from the storyteller – contemporary reading of a poem, singing of excerpt from Mak Yong and Wayang. The poem of TSSB tell the whole story about the kingdom were distributed to the audience, projected on a stone like figure, inspired by the inscripted stone (Batu Bersurat), only part of it was read in the beginning and the end of the performance. The scene of ‘Puteri Turun Bermain’ is a shamanistic dance in nature, inspired by Main Peteri healing performance where its formation is structured improvisation, also taken in the ‘Kuda Kepang’ dance, another shamanistic form. In fact, this part could be seen as the main part, the metaphor of ‘TSSB’ and Langkasuka Kingdom, now only exist in a mystic world.
Babak-babak dalam Tanah Serendah Sekebun Bunga
Cerita Titah Nagara Langkasuka
Babak permulaan ini akan membuka tirai penceritaan asal usul Nagara Langkasuka dan ibu nagaranya yang bergelar ‘Tanah Serendah Sekebun Bunga’. Dalam babak ini kita akan menyaksikan penggunaan dalang dan wayang dalam konteks dekonstruksi dan penggunaan tubuh pelakontari yang melahirkan bayang-bayang yang menarik. Gerak-gerak yang dilahirkan lebih menampilkan gerak kontemporari yang berlatarbelakangkan muzik wayang kulit Kelantan.
Bele-bele Berjalan
Babak ini menceritakan perjalanaan Raja Mas Chayam, bermula dari anjung istananya ke marata negeri sehingga bertemu dengan sebuah keluarga yang anak lelakinya sedang sakit dan tidak sedarkan diri. Baginda mencadangkan keluarga tersebut untuk mengadakan upacara pengubatan ‘Main Peteri’ sebagai satu usaha dan mengkhabarkan kepada baginda akan berita tentang si sakit. Babak bele-bele berjalan menggunakan konsep dan muzik Mak Yong, manakala babak si sakit akan menggabungkan repertoire ‘Main Peteri’ serta gerak-gerak kontemporari.
Puteri-Puteri Turun Menari
Babak in merupakan lanjutan daripada upacara ‘Main Peteri’ yang menyaksikan dua orang puteri dari sebelah utara di tanah besar, ‘Puteri Champa’ dan ‘Ratu Laut Selatan’ dari selatan Laut China Selatan, iaitu Laut Jawa tampil bergilir-gilir dalam dialog pengobatan si sakit, memberitahu si sakit tentang berita angkara yang akan melanda negeri Langkasuka dan Tanah Serendah Sekebun Bunga. Si sakit terus meracau di kelilingi pelakontari korus yang mengekspresi diri dalam gerak kontemporari. Berita angkara yang akan melanda negeri disampaikan kepada baginda Raja Mas Chayam.
Angkatan Perang Cerang Tegayung
Sebelum sempat Angkatan Perang Cerang Tegayung bersiap sedia menghadapi perang, istana dan ibu negerinya diserang dengan hebatnya, kekalahan teruk dalam perang yang tinggal hanya menjadi padang jarak padang tekukor disusuli dengan ribut petir beliong yang menghayutkan segala isi negeri ke laut. Babak ini menggunakan gerak-gerak persilatan yang berlatrbelakangkan muzik wayang kulit serta penggunaan bayang, dalang dan wayang.
Memanggil
Babak penutup dalam Tanah Serendah Sekebun Bunga ini merupakan sebuah upacara simbolik yang melambangkan kesedihan atas negara, raja dan rakyatnya yang hilang dan hanyut ke laut. Babak ini berinspirasikan geraktari ‘Mengadap Rebab’ dalam Mak Yong.
Tenaga Produksi ‘Tanah Serendah Sekebun Bunga’
Produksi ini diterbitkan oleh sebuah organisasi tanpa untung (Non-Profit Organisation), Arts Xchange Asia dengan kerjasama Fakulti Seni Pertunjukan, Universiti Institut Teknologi MARA serta Dewan Bahasa dan Pustaka. Produksi ini akan dipersembahkan oleh sebuah perkumpulan teater yang bergelar ‘Teater Sewarnabumi’ yang menggabungkan tenaga pengajar serta pelajar-pelajar terpilih dari FSP-UiTM. Antara tenaga pengajar yang terlibat termasuklah:
PRODUCER-DIREKTOR
ZULKIFLI MOHAMAD
PENASIHAT
ASOC.PROF. ROSINI
SKENOGRAFER
HAMZAH TAHIR
LIGHTING
AZAHAN ABDUL RANI
SOUND
SYAHARUL
VIDEO
HAFIZ
HISHAM
KOREOGRAFER
MEK NAB
HAMZAH TAHIR
ZULKIFLI MOHAMAD
MAZLAN TAHIR
PERFORMERS
MAZLAN TAHIR
HAMZAH TAHIR
MEK NAB
KIPLI A.RAHMAN
DALANG ZAKARIA
HASANOL
REZAL
ARINA
ARDILLA