Tuesday, August 18, 2009
Membicara Karya Tari "24102004"
Monday, August 17, 2009
Ceritera Chempaka Sari
Sejarah Awal Perak www.halaqah.net/v10/index ¤Daeng Jati: Di Negeri Perak sebelum tahun 1520, ada dua orang Mubaligh Islam adik beradikyang datangnya daripada Mekah. Kedua Mubaligh Islam yang tersebut itu yang tua nya bernama Syed Ali dan yang muda nya bernama Syed Abdul Manaf. Maka kedua Mubaligh yang ulung itu telah mengIslamkan ramai orang-orang Melayu Perak pada ketika itu dan kedua Mubaligh tersebut terkenal dengan nama Keramat Mata Kucing dan Keramat Mata Sabun. Di Negeri Perak pada masa yang tersebut, Raja nya belum bergelar Sultan, hanya dengan nama HALUAN. Maka Haluan Negeri Perak pada masaitu bernama Tok Masuka dan orang-orang besarnya diantaranyabernama Tun Saban, Nakhoda Kassim, Puteri Darah Putih anak Penghulu Semang, Hulu-Perak. Didalam pemerintahan Haluan Paduka Tok Masuka pada masa itu maka mulalah ramai orang Melayu Perak menukarkan ugama mereka daripada Hindu dan ugama Buddha kepada Ugama Islam. Dengan adanya Ugama Islam yang baru muncul itu maka banyaklah adat-adat istiadat yang terkenal dengan nama Adat Istiadat Gangga Nagara diubah satu demi satu, daripada upacara acara Hindu kepada acara mengikut syariat Islam. Dengan campur tangan kedua Keramat Mubaligh Islam Arab itu berkenaan dengan masyarakat Melayu Perak yang dinamakan Adat Istiadat Melayu Perak. Ini telah secara tidak langsung menjadikan Tun Saban, pembesar Perak ketika itu tidak senang hati. Pada suatu hari,, Tun Saban telah memberi perintah supaya kedua Keramat Mubaligh Islam itu dibunuh. Seorang puteranya yang bernama Tun Kelewang menyahut perintah tersebut. Maka Tun Kelewang pun mengambil senjatanya dan turun menuju ketempat dua Keramat Islam itu, maka tujuan nya ialah untuk menamatkan riwayat kedua Keramat Mubaligh Islam yang tersebut. Mana-mana rakyat yang tahu akan peristiwa yang bakal berlaku tersebut menunggu-nunggu akan peristiwa ngeri itu berlaku. Didalam perjalanan Tun Kelewang di tengah jalan, dengan tak semena mena berbunyilah halalintar membelah bumi dengan kuatnya, didalam kilat menyabung itu Tun Kelewang pun terkena petir dan gugurlah kebumi lalu mati lah ia disitu juga. Maka petir itulah senjata yang didatangkan Allah swt bagi membunuh musuh kepada kedua Keramat itu. Dengan kematian Tun Kelewang yang diluar jangkaan dan dugaan, semenjak itu orang-orang Perak baharulah mengatakan dua Mubaligh Islam itu Keramat. Satelah mati Haluan Tok Paduka Masuka Perak didalam lingkungan tahun 1525, maka kedua Kerabat iitulah yang memberitahu kepada Tun Saban, supaya, iaitu :- 1. Nama gelaran HALUAN digantikan dengan nama gelaran SULTAN. 2. Kerana Tok Masuka tidak mempunyai zuriat anak lelaki, maka Sultan pertama Negeri Perak hendaklah diambil Raja Muzzaffar Shah, iaitu putera kepada Sultan Mahmud Shah, Kampar (Sumatera), bekas Sultan Melaka yang akhir, ditabalkan menjadi Sultan Perak yang pertama dan ulung. Tun Saban mahu tidak mahu terpaksa menurut kata sebagaimana yang dikehendaki oleh kedua Mubaligh Islamm itu, terpaksalah dilaksanakan juga. Pada tahun berikutnya berlakulah peristiwa Pertabalan Kesultanan Negeri Perak dan nama Haluan Negara (Gangga Negara) ditukarkan kepada nama Negeri Perak. Raja Muzzaffar Shah telah ditabalkan sebagai Sultan Perak yang Pertama dengan gelaran Paduka Seri Sultan Muzzaffar Shah 1. Daripada ajaran Islam kedua Mubaligh Islam itu maka ada lima Orang Besar Perak menjadi alim didalam Ilmu Ketuhanan. Maka empat yang menjadi Keramat dan seorang menjadi Rijaibul'Ghaib, maka Orang Besar yang menjadi Keramat itu ialah :- 1. Nakhoda Kassim, yang terkenal dengan nama Keramat Beting Beras Basah. 2. Isteri Nakhoda Kassim yang bernama Puteri Darah Putih anak Penghulu Semang. 3. Anak angkat Nakhoda Kassim yang dikenali dengan nama Tok Pelandok. 4. Isteri Tok Pelandok, anak nagkat Puteri Darah Putih, terkenal dengan nama Keramat Tok Temong. Tun Sabah yang dahulunya memusuhi kedua Keramat Arab yang tersebut, akhirnya menjadi sahabat karib Keramat Mata Sabun dan Keramat Mata Kucing. Walau bagaimana berlaku perbelahan dan persengkataan dengan Sultan Perak ketika itu dan Tun Saban telah di bunuh oleh Megat Terawis atas perintah Sultan. Namun ada orang yang mengatakan Tun Saban tidak mati malah beliau telah ghaib menjadi Rijaibul'Ghaib. Bermula daripada tahun era berikutnya Negeri Perak telah di perintah oleh Sultan mengikut salahsilah Undang-Undang 99 Negeri Perak. Sahingga kini Negeri Perak telah diperintah oleh 34 orang Sultan...... Adapun kedua Mubaligh Islam itu satelah Negeri Perak mempunyai Kesultanan mereka pun ¤Daeng Jati: Kewibawaan Raja-Raja Melayu Melaka serta struktur pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka yang begitu sesuai dan berpengaruh di kalangan Negeri-negeri Melayu ketika itu telah mendorongkan orang-orang Perak untuk mengutuskan Tun Saban yang memerintah kawasan Hulu Sungai Perak hingga ke Kuala Temong, bersama-sama Nakhoda Kassim pergi mengadap Sultan Mahmud Shah di negeri Kampar untuk memohonkan agar seorang daripada putera baginda menjadi Sultan Perak. Permohonan itu telah diperkenankan oleh Sultan Mahmud Shah dan baginda telah menitahkan putera baginda, Raja Muzzaffar supaya berangkat ke Perak dengan di kurniakan segala alat kebesaran warisan kerajaan Negeri Melaka untuk menjadi Raja di Perak. Maka belayar lah Rombongan DiRaja menyeberangi Selat Melaka dan apabila sampai di Kuala Sungai Perak di suatu tempat bernama 'Beting Beras Basah', bahtera Raja Muzaafar Shah telah terdampar di atas sebuah beting dan tidak dapat di mudik. Tiba-tiba angin ribut datang dengan laut yang bergelora. Berbagai ikhtiar dibuat namun bahtera baginda tetap tidak berganjak. Maka di situlah baginda berseru dengan melafazkan kata-kata :- Selilit Tanah Minangkabau, Selengkung Pulau Perca, Dilengkung ular Saktimuna, Sebenarnya Aku keturunan Raja, Jauhkan segala malapetaka, Perpisahan Aku di Selat Melaka.... Sebaik sahaja baginda habis melafazkan kata-kata itu, tiba-tiba muncul 'JIN' yang sangat besar sahingga mencecah awan yang tinggi. Jin tersebut telah berkata kepada baginda.... Sekiranya Tuanku hendak bersemayam dan memerintah Negeri Perak ini, hendaklah Tuanku buangkan Mahkota Tuangku kedalam laut...... Maka Raja Muzzaffar pun mengambil mahkota baginda dan dibuangkan kedalam laut. Secara tiba-tiba laut yang bergelora menjadi tenang dan beting yang timbul hilang dari pandangan. Satelah itu barulah bahtera baginda boleh belayar semula dan mudik ke Air Mati. Disana lah baginda di tabalkan dan tempat baginda bersemayam itu dinamakan Tanah Abang. Daripada keturunan Sultan Muzzaffar Shah inilah wujudnya jurai keturunan Kesultanan Negeri Perak yang terus menerus memerintah hingga ke zaman sekarang. Pusat-pusat pemerintahan Sultan-Sultan Negeri Perak tidak menetap di suatu tempat sahaja bahkan sering bertukar dari suatu tempat ke suatu tempat jika keadaan memaksa atau ada tempat-tempat lain yang lebih sesuai. Di antara pusat-pusat pemerintahan yang ada tercatat di dalam sejarah ialah :- a) Tanah Abang - iaitu ditepi Sungai Perak yang sekarang di panggil Air Mati. b) Di dalam Mukim Bota, c) Kota Lama Kanan, d) Geronggong dalam Mukim Pulau Tiga, e) Semat dalam Mukim Senggang, f) Bota Kanan atau disebut juga sebagai Brahman Indera, g) Pulau Tiga, h) Pulau Cempaka Sari atau Pulau Indera Sakti, i) Pasir Pulai Indera Mulia, ) Bandar Baharu, k) Pasir Panjang, l) Durian Sebatang, m)Sayong, n) Batak Rabit... dan akhir sekali di Bukit Chandan, Kuala Kangsar iaitu semasa zaman Sultan Idris Murshidul Adzam Shah di tabalkan menjadi Sultan Perak yang ke 28. Apabila Raja Idris ditabalkan menjadi Sultan dalam tahun 1877, bagind atelah membuat istana diatas sebuah bukit berhampiran dengan Batang Hari kerana Sayong selalu sahaja di tenggelami air apabila Sungai Perak bah. Akhirnya bukit tersebut dinamakan Baginda dengan sebutan Bukit Chandan, gelarannya Seri Andalan. Menurut ceritanya nama ini adalah mengambil sempena nama seekor gajah Sultan Yusuf yang bernama Kulup Chandan. Kononnya pada suatu hari gajah Kulub Chandan ini telah lari lalu Raja Idris (ketika itu sebagai Raja Muda) bersama juak-juaknya keluar mengikuti jejak-jejak gajah tersebut hingga sampai ke kaki Gunung Bubu. Setibanya disini baginda telah bertembung dengan seorang tua berjanggut panjang yang memakai jubah putih. Dengan tidak semena-mena orang tua tersebut datang sembah lalu berkata... " Tuanku adalah bakal menjadi Sultan Perak dan manakala tuanku telah ditabalkan menjadi Sultan kelak, jangan lah bersemayam di Sayong lagi tetapi hendaklah tuanku membuat istana diatas bukit yang di pinggir Batang Hari Perak. Maka gajah yang bernama Kulup Chandan itu hendaklah tuanku bebaskan tujuh hari selepas daripada pertabalan tuanku itu...." Diringkaskan cerita, maka Raja Idris pun ditabalkanlah menjadi Sultan Perak yang ke 28 dan segala pesanan 'orang tua' tersebut telah ditunaikan oleh baginda. Mulai dari tarikh itu kekal lah nama Bukit Chandan sebagai tempat terletaknya istana rasmi Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak. Di zaman pemerintahan silam, sistem pemerintahan Kesultanan Negeri Perak masih meneruskan konsep ketradisionalan Kesultanan Melayu Melaka dengan sedikit perubahan dan penyesuaian dengan keadaan negeri dan masyarakat. Sistem gelaran Orang-Besar-Besar Negeri masih mewarisi Kesultanan Melaka tetapi terdapat sedikit perubahan iaitu dengan mengwujudkan gelaran-gelaran baharu saperti Orang Besar Lapan, Enam Belas dan Tiga Puluh Dua disamping mengekalkan konsep gelaran dan fungsi Orang Besar Empat Kesultanan Melaka. Tetapi gelaran Orang Besar Empat ini juga telah di ubah mengikut kesesuaian zaman dan masyarakat dan sekarang gelaran ini di kenali sebagai :- 1) Tengku Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja wakil al Sultan Wazir Kabir. 2) Tengku Orang Kaya Besar Maharaja Di Raja. 3) Tengku Orang Kaya Temenggung Paduka Raja. 4) Tengku Orang Kaya Menteri Paduka Tuan. Di zaman pemerintahan Sultan Muzzaffar Shah jawatan Bendahara Paduka Raja telah disandang oleh Megat Terawis. Megas Terawis dikatakan berasal dari kerabat di raja Pagar Ruyong (Minangkabau) yang datang ke Perak bersama-sama Sultan Muzzaffar Shah dari Kampar. Sultan Muzzaffar Shah telah melantik beliau sebagai Bendahara bagi mengantikan Tun Muhammad setelah Megat Terawis berjaya menghapuskan Tun Saban yang bersengketa dengan baginda. ¤Daeng Jati: Corak pemerintahan tradisional ini walau pun dari kacamata barat dianggap sebagai amalam feudal yang tidak demokrasi tetapi jika diteliti dari segi pentadbirannya jelas menunjukkan bahawa sistem pemerintahan demokrasi telah lama dipraktikkan di Negeri Perak sebelum Inggeris menerjah masuk. Ini dapat dilihat dalam sistem perlantikan Sultan, pembesar negeri dan strultur pemerintahan itu sendiri. Sejak dari perlantikan tersebut keturunan Megat telah memegang jawatan Bendahara Perak hinggalah akhir kurun ke 18 apabila Bendahara Megat Abu Kassim menyerahkan balik jawatan tersebut kepada Sultan Iskandar Zulkarnain kerana satu perbalahan. Di zaman pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain (1756-1770) Negeri Perak menempuh kegemilangan sejarahnya. Zaman ini lah disifatkan oleh ahli-ahli sejarah sebagai zaman keemasan. Hakikat ini dapat dilihat daripada catatan yang terdapat didalam Hikayat Misa Melayu yang menceritakan dengan jelas khusus mengenai zaman tersebut dan perihal kebijaksanaan kepimpinan dan kegagahan baginda memerintah negeri. Syair "Sultan Perak Melawat Jajahan Takluknya" sebagaimana yang terdapat didalam hikayat ini adalah satu contoh yang begitu terkenal lagi menggambarkan keadaan pemerintahan dan masyarakat di zaman tersebut. Another source: www.perak.info/perak tengah/ taman cempaka sari Perak Tengah, located on the banks of the Perak River, the Park includes an attractive riverine island called Pulau Cempaka Sari. The island, called Pulau Cempaka Sari, is a wooded and shady haven. A model of traditional olden Malay house called Rumah Kutai may be seen on the island. www.perak.info/malaysia_outdoor Perak River, peaceful and tranquil travel by water and at the same time examine the flora and fauna of the country in its pristine conditions. They will also experience the traditional hospitable way of life and cultural presentations. Travel downstream for 12 kilometres to the camp at Pulau Raya. It is an island noted for the breeding of freshwater fish. Bird watchers can have a field day 'picking out' the various species at this bird sanctuary before moving 18 km to the next camp. The third camp is at Kampong Sayong Lembah. It is the Royal Town of Kuala Kangsar. Stop-over at this town to visit the Palace, Royal Museum and the oldest rubber-tree in the country. A visit to the traditional pottery making (Labu Sayong) village is a must. After travelling a distance of 22 kilometres we arrive at Pulau Tepus (an island). Enjoy the panoramic view of the natural equatorial forest. A favourite spot for anglers. If you're lucky, you may see terrapins landing. 25 kilometres downstream and Pulau Cempaka Sari welcomes us. Take the footbridge to Parit Town and experience the culture and traditional way of life and if it is the fruit season, visit the many orchards (dusun). The sixth camp is at Pulau Tiga. 22km from Cempaka Sari. Visit the traditional handicraft centre. Traditional drums (Rebana) are produced here. The Royal Mausoleum and Rumah Kutai (Traditional Malay house) are a must for the visitor. When we arrive at the final camp, Pulau Semarak at Kg. Gajah, we are 95 kilometres from camp. Visit the historical complex at Pasir Salak for a quick run through the history of the state. Besides the places listed above participants will pass through several other towns and villages. Each one has its unique attractions. We hope that this River Safari along a historical stretch of the Perak River allow you to experience complete representation of the country's natural, cultural and traditional heritage at a leisurely pace. http://sesibursenja.blogspot.com/2009/10/pulau-cempaka-sari-aku.html Apa yg pasti, jambatan ni merentasi antara parit dan tanjung belanja. Dan pasti la melintasi Pulau Cempaka Sari dan aku sempat la sampai ke pulau ni dengan hanya berjalan kaki je. Pasti sesuatu tempat yg aku pg mesti ada sedikit sebanyak sejarah nya kan, mengikut sejarah MISA MELAYU, Pulau Cempaka Sari ni terdapat catatan dalam buku sejarah tersebut. Antara gambaran yg tertulis ; tempat ni antara kawasan persingahan Raja2 Melayu Perak ketika mereka mudik ke hulu. Kire nya kawasan Pulau ni penuh dgn gegak- gempita dan riuh - rendah dengan suasana gilang gemilang ketika zaman dulu2. Dan dalam Buku yg di tulis oleh Raja Chulan ( misa melayu ) ni mengatakan yg Parit dikenali sebagai ( PACAT ). www.parit.pid.net.my Pekan Parit hanyalah sebuah pekan yang sederhana. Akan tetapi,ianya tetap mempunyai tarikan yang tersendiri. Kedudukan geografi pekan ini yang begitu strategik iaitu terletak berhampiran tebing Sungai Perak, menjadikan pekan ini tumpuan penduduk setempat sejak lebih 60 tahun yang lalu. Seperti yang kita ketahui, sungai merupakan alternatif penghubung bagi pedagang dan juga penduduk. Sungai Perak yang merupakan sungai kedua terpanjang dan terlebar di Semenanjung Malaysia ini pastinya tidak terkecuali. Walaupun kini sungai ini tidak lagi dijadikan lalu utama penduduk sekitar namun, Sungai Perak tetap menjadi tarikan penduduk setempat untuk beriadah sambil menikmati pemandangan kawasan sungai yang menenangkan. Pemandangan dari Tebing Sungai Perak Taman Chempaka Sari Taman Chempaka Sari Taman Cempaka Sari di pekan Parit punyai kedudukannya yang begitu hampir dengan Sungai Perak dan Pulau Cempaka Sari yang bersejarah. Rumah Rehat Cempakasari Bagi para pengunjung yang ingin bermalam di sini, kemudahan rumah penginapan berbentuk chalet turut terdapat di taman ini. Sila hubungi Pengurus Rumah Rehat Cempaka Sari, En. Abdul Wahab di talian 013-5054146 untuk membuat tempahan bilik
|
Semalam sempat juga aku snap beberapa pic kat pekan senin…
sempat jenguk ke tebing sungai dan tengok ‘Taman Chempaka Sari”
yang terletak di tengah2 sungai perak, kat situ la dulu aku selalu pergi…
dengan geng2 sekolah,dulu situ ada pentas….ada bangku utk lepak2 tapi
sekarang semua dah tak ada lagi,gara2 air bah selalu naik dan merosak
kan jambatan…