FYI, saya sedang mengarah sebuah Teater kontemporari yg berinspirasikan Teater monolog, muzikal dan fizikal atau mungkin digelar sebagai Creativity and Tradition oleh para pemikir teater seperti Robert Leach. Sekaligus ia sememangnya melihat kepada teater Tradisi Asia seperti bangsawan, makyong dan wayang orang. Ia menggabungkan tari, akting dan nyanyian. Tiga orang pelakon berkalibar telah dipilih termasuk dua penari undangan.
Sebenarnya Teater Kali ini adalah sesuatu yg baru untuk diri saya sendiri kerana kedua-dua buah naskah ini telah dipentaskan secara berasingan pada tahun 2007 dan 2008.Kali ini ianya menjadi satu naskah yang bersatu.
Saturday, February 18, 2012
Chih-tu Kelantan, Tanah Merah
Chih-Tu seperti yg diterangkan oleh I Ching adalah sebuah kerajaan yg berada di Ulu Sungai Kelantan, antara Sungai Pergau dan Nenggiri di abad ke enam. Kerajaan ini dipengaruhi juga oleh Kerajaan Sri Wijaya yang berpengkalan di Palembang dan Empayar Melayur di Muara Jambi. Sri Wijaya juga dikatakan bertapak di Tanah Semenanjung iaitu di Chaya di Bahagian Utara Wilayah Selatan Thai. Chih-Tu yg juga dikenali dlm waktu berbeza sebagai Ho-La-Tan atau Tan-Tan serta Kilatan. Kerajaan ini juga pernah dikenali dgn nama berbeza seperti Kerajaan Chermin dan Langkasuka. Jika betullah Kerajaan ini berlaku rapat dgn Sri Wijaya, maka ianya lebih berpaksikan ajaran Buddha, cuma mungkin Ada juga pengaruh2 Hindu yang kuat tentang anutan Vishnu, Krishna, dan amalan2 golongan Bhahmin.
Subscribe to:
Posts (Atom)