Aku mengambil keputusan untuk meneruskan Gebu Gembira setelah itu kerana keadaan terlalu tegang. Tapi kemudiannya aku setuju untuk mementaskannya sebagai membaca Gebu Gembira. Pada mulanya pelakon tak berapa setuju, kerana ini jarang berlaku dalam teater Melayu di Malaysia. Tapi akhirnya setuju. Setelah itu keadaan menjadi bertambah baik, aku hanya membiarkan pelakon melakonkan wataknya, bergerak dan berlakon mengikut naluri rasanya, cuma kemudian aku meletakkan tiga buah kerusi untuk dia bermain dan bergerak, dan ternyata dia lebih bersedia untuk itu. Akhirnya kita hanya meneruskan dengan itu sebagai sebuah pementasan, seadanya, walaupun ianya belum sempurna. Segala-galanya amat sederhana, tapi tak apa kerana ianya hanyalah suatu percubaan.
Aku sendiri ada perancangan untuk mementaskan semula karya itu seperti idea asalnya, menjadikan ia sebuah karya yang lebih berbentuk fizikal, greak dan tari, tapi tentunya ia memerlukan proses yang panjang, dan itu tak adil untuk memeinta kerjasama dan komitment dari seorang dramatis kerana aku perlu mencari wang untuk mementaskannya. Tetapi sekurang-kurangnya aku sudah ada permulaan yang baik. Mungkin aku perlu melihat kembali skripnya, mungkin aku perlu mengadap sifu-sifu teater kerana aku masih banyak perlu belajar!