Projek akhir berbentuk produksi akan dipersembahkan di panggung di luar Universiti Malaya pada akhir Oktober/ awal November mengikut kesesuaian waktu yang akan ditetapkan.
Produksi tersebut adalah berupa produksi teater yang diberinama “Monolog Monyet-monyet”. Pelajar-pelajar akan dibahagikan mengikut bahagian-bahagian produksi, daripada bahagian persembahan, kostum dan peralatan. Di dalam produksi ini pelajar-pelajar boleh mempersembahkan watak-watak yang akan ditampilkan melalui pengendalian patung-patung wayang yang mereka cipta, samada patung kecil yang hanya dikendalikan oleh seorang pelajar atau patung yang sebesar manusia yang dikendalikan oleh lebih dari seorang pelajar dan tidak melebihi tiga orang. Patung-patung wayang juga akan dilakonkan dengan monolog-monolog serta menggabungkan gerakan-gerakan atau patung wayang yang menarikan watak masing-masing. Pendekata persembahan teater “Monolog Monyet-monyet” mempunyai kepelbagaian serta variasi di dalam gaya persembahan. “Monolog Monyet-monyet” adalah gabungan cerita monyet-monyet yang lahir daripada cerita wayang kulit yang terkenal, iaitu Ramayana, Hikayat Seri Rama atau Cerita Mahraja Wana dari tradisi Wayang Kulit Melayu/ Wayang Kulit Kelantan.
Watak-watak monyet yang dipetik dari buku Malay Shadow Puppet oleh Amin Sweeney dan Panggung Semar oleh Ghulam Sarwar termasuklah watak-watak berikut:
Hanuman (Kera Putih)
Hanuman Ikan (Anak Hanuman dengan Puteri Duyung)
Sagariwa(Bapa saudara Hanuman)
Saburanung
Tilam Tila Perjangga
Lelabat (sepupu Hanuman Ikan)
Lelabet( sepupu Hanuman Ikan)
Raja Bali(Bapa Saudara Hanuman)
Pelela Anggada
Anila
Bota Mahraja Indera
Pateh Sangada
Hanuman Bongsu
Persembahan teater ini adalah berasaskan cerita wayang kulit yang bersifat kontemporari penampilannya, apa lagi apabila ia menggabungkan bentuk pepatungan, lakonan, penceritaan serta persembahan tarian. Produksi ini akan memerlukan latihan yang intensif dan masa yang lebih dari masa kuliah. Jadual latihan akan dibincangkan adalam masa terdekat ini.