Tuesday, July 24, 2007

Sandal Jepit (Bandung) vs Selipar Jepun(Kuala Lumpur)

Saksikan Pementasan Teater sandal jepit dengan lakon "obsesi sang tokoh"
sutradra Drs. cornellius Sumadi. M.D, B.A
dilaksanakan pada
I. Hari, Sabtu,28 juli 2007
Pukul :18:00- sampai selesai
II. Minggu 29 Juli 2007
Pukul :17:00 sampai selesai
Tempat : Pusat Kebudayaan Perancis (CCF) Jl.Purnawarman No.32 Bandung
depan Bandung electronic centre (B.E.C)
Akan ada acara diskusi dengan sutradara

Menghadirkan para tokoh politik dan aktivis Buruh Masiswa dan LSM
HTM : Pelajar Rp. 10.000;
Umum Rp. 15.000
Tiket Reservation :
Sekretariat Teater Sandal Jepit Jl. Suryalaya Sari No. 5 Buah batu Bandung
022- 7322-593
Contact Person Erlina 022-91-33-09- 69
Verra 081-802122-353

Silahkan undangan ini disebarkan bagi penikmat seni teater dan sastra kepada rekan-rekan yang lain.
Salam Teater Sandal jepit

The Finale Pix

Ini cast Selipar Jepun dengan artistik team SM, Zamri(yang masuk gambar dalam Kosmo sabtu lalu), sebelah Ijat tu Hafiz(sorry, dah berpunya ye!), itulah pengarahnya baju hijau bertopi tu(emm comenya!), yang montel baju merah tu(adik angkat Nasha Aziz, nama Azreen Aziz) dan yang terletak dilantai tu dramaturgi kita Che Nani(hah belum berpunya tu!). Thanx Foo for the pics.
Yang bawah plak gambar "the Cast" yang diambil dgn kamera Foo(yang menyanyi lagi I Love Chacha and Rumba, Kamilah di Kabaret), selepas berakhirnya persembahan Selipar Jepun. Sebelahnya, Che Kenanga/ Che Hassan, diapit dua pengantin Cina dan Jepun yang juga memegang beberapa watak lain, dibelakang pula pengantin India dan pengantin Melayu mengapit Yee Aji Whe/ Kamilah.

Monday, July 23, 2007

Syabar Selipar Jepun


Selipar Jepun selamat dipentaskan di Stor Teater DBP selama 3 hari- Jumaat, Sabtu, Ahad. Kita mendapat 3 persembahan yang full-house termasuk jam 3ptg ahad, walaupun hujan lebat melanda petang itu. Persembahan jam 3 petang pada hari sabtu kita dedikasikan untuk rakaman video. Sabtu petang juga menyaksikan hujan yang amat lebat, itulah agaknya tak ramai yang menonton petang sabtu. Nak buat macamana dah kerja tuhan. Kita terima ajelah. Apapun kita shukur dengan rahmatnya yang diberikan. Nampaknya audien yang datang rata-ratanya happy dengan performanse. Malam pertama, Jumaat tu kita ada tetamu khas dari Universiti Malaya - Prof Anis Md.Noor yang mengajar teori seni persembahan, Sukarja Sriman(koreografer Indonesia) dari Jabatan Tari dan Dr.Hanafi dari Jabatan Asia Tenggara. Dalam audien tu ada juga kita ternampak Rahime Harun, Raja Azmi(produser Haru Biru), Adman Salleh(pengarah filem Paloh), Sabri Yunus, Wan Rohani(produser filem Mak Yong, Mek Ani), Mak Nab(Mak Yong) serta Datuk Dr.Firdaus Abdullah, Ketua Pengarah Dewan Bahas, 15 pelajar China dari Beijing, rakan-rakan pelakon, pengarah, koreografer(Wei Jun), pelukis (Bayu Utomo, Nur Mahanum), pianist(Chong Kok Ting) dan rakan-rakan pelakon(Ann James, Rosman dill), pengarah(Fred, Wahab, Hamzah) dan penggiat seni serta pelajar-pelajar ASWARA, UITM, UPM, UPSI dan UM. Terima kasih sangat-sangat kerana datang menonton dan memberi sokongan. Tak lupa kepada juri2 kakiseni. Ada juga yang mengajak untuk mengadakan persembahan di Perak, Kedah dan Penang. "Tapi kita ni kan sesak, tak ada siapa nak pandang" kata Che kenanga dalam Selipar Jepun.