Tuesday, July 31, 2007

Kemana Teater Tradisi dan Teater Tari Melayu














Foto 1: Zubin Mohamad dlm Vous Amez Dormir di Bangkok Fringe Festival
Foto 2: I La Galigo, arahan Robert Wilson di Esplanade Singapura
Foto 3: Wayang Kulit - Rawana dan Seri Rama
Foto 4: Teater Wayang Kulit - Pohon Beringin

Sebagai seorang pensyarah di Pusat Kebudayaan, Universiti Malaya yang bertanggungjawab terhadap pengajaran mata kuliah Teater Tradisi dan Teater Tari, saya cuba sedaya mungkin untuk menampilkan satu minat yang tinggi di kalangan pelajar-pelajar ini, terutamanya apabila ramai pelajar yang datang dari luar Pusat Kebudayaan. Apalagi apabila pelajar-pelajar tersebut belum mendapat sebarang pendidikan teater, samada tradisi atau moden. Jadi tugas mengajar menjadi bertambah berat! Dengan suatu keadaan di mana kelas bengkel teater tradisional berada dalam serba kedaifan kerana kekurangan tenaga pengajar, maka timbul suatu ide untuk mengendalikan bengkel yang menjurus kepada Teater Wayang dan dengan hadirnya tutor seni tampak, Elias Yamani, kita mengambil keputusan untuk membahagikan pengajaran kepada dua bahagian iaitu pembuatan patung dari sudut seni tampak dan penghasilan sebuah tubuh yang menjadi watak dalam cerita teater tradisi wayang. Sekali gus, kuliah Apresiasi Drama Tari/ Teater Tari sedang meneliti sejarah, teori, perkembangan, struktur dan pengenalan kepada praktik teater tari. Maka adalah wajar untuk menggabungkan aktiviti produksi untuk kedua-dua kuliah tersebut dan menghasilkan sebuah produksi Teater Tari yang bertolak dari Teater Tradisi Wayang Kulit. Untuk menjadi lebih terfokus, kita mengambil keputusan untuk menjadikan cerita hanuman serta cerita kalangan askar monyet sebagai fokus utama. Memandangkan pementasan sebuah produksi yang sedemikian rupa memerlukan kepakaran yang tertentu dari semua sudut - permainan muzik dan bunyi, tarian, lakonan, nyanyian, rekaan pentas dan rekaan busana serta tatarias, kami mengambil keputusan untuk mementaskan sebuah persembahan yang agak minimalistik. Maka lahirlah idea untuk mementaskan "Monolog Monyet-monyet".

Tulisan Susulan
Mendekati atau menjauhi pendedahan kepada pengajaran seni. Pengajaran seni adalah sesuatu yang subjektif dari segi tingkatnya, kerana setiap mempunyai falsafah dan paktik yang berbeza sifat dan tingkatnya. Untuk lebih mengetahui, eloklah kalau kita membuka mata melihat apa yang sedang dilakukan oleh sekolah-sekolah disekeliling kawasan lokal seperti di Malaysia atau di dunia. Mungkin Festival Tari menjadi contoh yang baik untuk mengetahui di mana kita berada. Tapi mungkin ianya lebih senang untuk menilai pelajar-pelajar tari, apa lagi apabila mereka mempunyai sukatan pelajaran yang sama contohnya tarian ballet atau moden. Ianya menjadi agak rumit apabila mereka mempunyai sukatan yang berbeza seperti pengajaran tarian lokal atau etnik sesebuah negara. Walaupun begitu, ianya masih boleh dinilai dari sudut kecekapan penari atau pelajar perincian, precision dan ketepatan. Kalau dari sudut drama pula, mungkin apa yang perlu dilihat adalah pengetahuan bahasa, pengetahuan naskah serta ilmu-ilmu teknikal seperti gaya lakonan, teknik pementasan, pemakain busana serta teknik rekaan lampu. Tetapi apa yang paling penting adalah pengurusannya. Tapi inilah sesuatu yang tidak mudah dilakukan, kerana sifat manusia yang berbeza, maka itulah kita harus mempunyai strategi yang baik serta mempunyai kecekalan dalam meneruskan sesuatu tugas serta mempunyai daya tahan serta motivasi yang tinggi. Maka itulah kedua-dua belah pihak perlu mempunyai persiapan yang lengkap untuk menjadi pelajar dan pengajar.

Kerana ketidak seimbangan yang ada di kalangan pelajar, menjadi tentangan kepada suatu usaha untuk menaik tarafkan semua pelajar. Pengajar harus mempunyai pertimbangan yang cukup. Pengurusan berbagai bahagian di dalam seni persembahan boleh dijadikan bahagian-bahagian yang harus dikerjakan oleh setiap bahagian dengan bidang tugas dan spesifikasi kerja yang baik.

3 comments:

Budak baru nak belajar... said...

Assalamualaikum.... Sekadar nak bertanya... Sebagai pelajar luar yang mengambil subjek Apresiasi Drama Tari ni, apakah peranan kami dalam projek yang bakal dihasilkan ini... Maksudnya penglibatan kami dalam projek ini dari segi apa?

Rai said...

Salam monsieur,

Pengalaman terlibat dalam produksi seumpama ini ada dua implikasi, sama ada lebih mencintai seni tradisi itu atau lebih menjauhi. Saya ada kedua-dua rasa itu sekali. Mungkin menjauhi itu kerana masalah-masalah remeh seperti pilih kasih, kurang komitmen, tidak faham dan sebagainya. Tetapi mencintai itu yang lebih besar. Jika bukan kita yang membesarkan seni tradisi sendiri, siapa lagi kan?

Jemputlah baca InTrend Ogos tau!Jangan lupa jenguk sekali cerpen saya di dewan sastera ogos, tajuknya Jauhari Si jebat.Saya kemukakan teori lain nape jebat mengamuk. Ada unsur skandal seks.Muahaha!

LENNY said...

Rai, I love your words. Sama ada mencintai atau menjauhi.

Hmm ... that's inspiring ....