Sunday, July 08, 2007

Siapa Dalam Selipar Jepun



PARA PEMAIN PANGGUNG:

MOHD SHAHRUL MIZAD ASHARI
Dilahirkan di Johor pada 3 May 1972 dan memegang Diploma Teater dari Akademi Seni Kebangsaan (ASK). Dia merupakan pensyarah sambilan di ASWARA sejak tahun 1999 hingga kini. Beliau yang dikenali dengan panggilan Ijat pernah mengarah beberapa buah persembahan teater, antaranya termasuklah "Singgah", Pentomin "Insan Cemerlang Desa Gemilang" (2006-2007), Bangsawan "Raja Laksmana Bentan" dan "Sebenarnya" (2004). Menjadi penolong pengarah dalam "Tempest" (2003) dan "Lepat Pisang Kopi O" (1999).

Beliau dikenali ramai kerana lakonannya dalam teater dan drama tempatan seperti Monodrama "Lembu" (2004), Monodrama "Bila Bulan Menangis", "Jangan Bunuh Sam", "Silang Kata", "Split Gravy On Rice", "Mimpi Di Malam Musim Panas", Monodrama "Lembu", "Syakuntala", "Proses" (2003), "Puteri Saadong", "Raden Galoh", Malam Haram" (2000), "Keris Sang Puteri", "3Lives", Festival Monodrama ASEAN "Yang Benar", Randai "Anggun Nan Tungga" (1999), "Paduka Oedipus", "Mahkamah Keadilan", Makyung "Anak Raja Gondang" (1996), Muzika "UDA & DARA" dalam bahasa Inggeris (1995), "Salina" (1994) serta drama televisyen "Sutun 1 &2" (2007-2007),


MARLENNY DEEN ERWAN
LENNY berbangsa Dusun, anak jati dari Ranau, Sabah ini merupakan pemegang Diploma Penulisan dari Akademi Seni Kebangsaan (2002) dan juga graduan Seni Persembahan (Drama) dari Universiti Malaya (2006). Sejak 1998, lebih 40 produksi teater telah disertainya sama ada dalam bidang pengurusan, lakonan dan pengarahan. Sebagai penulis, antara karya pentasnya termasuklah Nur, http://www.puterigunungledang.com/, Hukuman Pasti, No Smoking Please, Bangsawan Laila Majnun, Dari M ke M dan terbaru Melati & Melur. Manakala drama televisyennya yang telah disiarkan termasuklah Haryati II dan slot-slot Dilema Wanita. Dalam bidang lakonan, Marlenny telah meraih anugerah Pelakon Wanita Terbaik Festival Teater Malaysia 2003 (Dewan Persidangan arahan M.Nasri Ayob) dan Pelakon Wanita Terbaik Festival Teater Antara Universiti Malaysia 2005 (Selendang Sakti arahan Roselina Khir). Beliau turut mengarah beberapa pementasan termasuklah No Smoking Please, Perhiasan Kaca dan Melati & Melur. Dalam teater tradisional, Marlenny telah terbabit dalam beberapa pementasan Mak Yong antaranya Dewa Muda 2 (ASK 2001), Raja Besar Ho Gading (UM 2004) dan beberapa showcase Mak Yong bersama Kumpulan Seri Temenggung di sekitar Kuala Lumpur, Perak dan Negeri Sembilan. Kini, beliau sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana di Universiti Malaya dalam bidang teater tradisional.


KORUS SVARNARBHUMI:

INTAN CARINA ABDUL KARIM
Anak kelahiran Johor Bahru ini merupakan graduan Diploma Tari, Akademi Seni Kebangsaan 2003 dan kini memperkasa ilmu dalam bidang lakonan di peringkat Ijazah Seni Persembahan (Drama) Universiti Malaya. Beliau mendekati bidang seni melalui tiga peringkat iaitu bidang tari, lakonan dan pengurusan seni. Namun begitu, kecenderungannya kini mula tertumpu pada lakonan. Beberapa kali mewakili negara dalam bidang tarian antaranya ke Jepun, Bangkok, Chiangmai, Jogjakarta, Jakarta, Bandung dan banyak lagi.

Antara produksi teater yang pernah disertainya ialah I Remember The Rest House (2000), Medea (2000), Syakuntala (2001), Mak Yong Dewa Indra Indra Dewa (2002), Saudagar Rapudin (2003), Nuri dan Lokomotif Lipang (2005) Singa Dan Permata (2005), Selendang Sakti (2005), Bangsawan Mahkota Kembayat Negara (2005) Selendang Sakti Tour (2006), Monodrama …Dan Tiga Terbang Ke Bulan (2006) dan banyak lagi.


MOHD ALIFF MAT SALLEH
Lulusan Universiti Malaya dalam bidang Seni Persembahan (Drama) ini lebih cenderung dalam bidang Pengurusan Produksi. Antara produksi yang disertainya adalah Singa & Permata (2004), Selendang Sakti (2005) Perhiasan Kaca (2006) dan terbaru Melati & Melur (2007). Beliau mencuba bakatnya dalam bidang televisyen apabila terbabit dalam drama Crime Scene (8TV – 2007).

SYARAFINA ABDULLAH
Gadis kelahiran Sarawak ini mempunyai banyak kemahiran seperti lakonan, tarian, pengacaraan dan nyanyian. Mula berjinak dalam bidang seni sejak di bangku sekolah lagi. Antara produksi yang pernah beliau jayakan produksi “Melati dan Melur” arahan Marlenny Deenerwan, Jerung Vs Yu di Chow Kit (Hari Wilayah) arahan Roselina Khir Johari, Randai “Puti Nilam Sari” dan “Syakuntala” arahan Bapak Wisran Hadi, “Taufan” arahan Rohani Yousoff, “Wira Bukit” arahan Ahmad Yatim, Mak Yong “Batak Raja Gondang” arahan Fatimah Abdullah, Bangsawan “Putri Patmawati” Seniman Negara A. Rahman B, Pilot “Ghost” arahan Ng Ping Ho, Lensa Kriminal (TV2), On-Call (TV1). Keistimewaan beliau juga adalah menguasai beberapa bahasa dan dialek seperti Inggeris, Mandarin dan dialek suku kaum Sarawak. Beliau sedang melanjutkan pengajian di peringkat ijazah di Universiti Malaya.

AHMAD ISWAZIR ISMAIL
Berusia 25 tahun, pelajar jurusan Seni Persembahan (Drama) Universiti Malaya ini mula terlibat dalam pementasan teater pada tahun 2006. Bermula dengan drama Detik pada 2006, Ahmad meraih anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dalam Festival Seni Universiti Malaya. Manakala menerusi Pengganti Zen pada tahun yang sama, beliau turut meraih anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dalam Festival Teater Antara Universiti Malaysia. Drama-drama lain lakonannya termasuklah Kepulangan Bacchae (2006), Dari M ke M dan Melati & Melur (2007). Beliau turut berjinak-jinak dalam lakonan televisyen apabila muncul di dalam drama Realiti (8TV - 2006), Crime Scene (8TV – 2007) Dokumentari Atas Nama Perjuangan (2007) dan drama pendek Di Hari Yang Indah (2007).

PENAMPILAN ISTIMEWA: FOO CHI WEI
Foo adalah seorang pereka grafik terkenal di Malaysia dan telah banyak terlibat di dalam projek merekabentuk grafik untuk kempen, iklan, jenama, logo serta projek-projek artistik termasuk pembikinan album Ratu Sheila Majid. Foo telah memenangi banyak anugerah rekaan di dalam dan luar negeri, antaranya termasuklah Anugerah Industri Muzik, New York Festival dan London International Advertising Award. Selepas menamatkan pengajian di Royal Melbourne University dalam Visual Communication dengan High Distinction, dia berkerja dengan beberapa syarikat di Singapore sebelum berpindah balik ke Kuala Lumpur di William Harald-Wong & Associates. Beliau dilantik menjadi ketua jabatan rekaan di McCann Erickson Malaysia dan kini memulakan agensinya sendiri, Matchbox Studio dengan klien-klien yang besar seperti Concorde Hotel Shah Alam/Kuala Lumpur; Alexis Bistro; Aseana; Veritas Architects; Warner Music; Positive Tone; PA Publishing; Sutra Dance Theatre; National Art Gallery Malaysia dan banyak lagi. Foo juga masih giat belajar tarian klasik India, Odissi dibawah pimpinan Ramli Ibrahim di Sutra House.
PARA PENUNGGAK PANGGUNG

DRAMATURGI: ROSNANI SEMAN
Anak Kota Bharu, Kelantan. Mula melibatkan diri dalam bidang teater bersama dengan Angkatan Karyawan Aktif kuala Lumpur (ANGKA). Merupakan tutor dan sedang melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Kesenian di Universiti Malaya. Pernah terlibat drama tv dan filem satu ketika dulu dan kini lebih menumpukan kepada bidang teater sebagai manusia di atas pentas dan manusia di sebalik tabir antaranya Jejak Pahlawan, Kena Main, Hang Tak Tuah (Khalid Salleh), Gendang Kosong (Matari Rahman), Perjalanan Bu Aminah, Opera Ayu Cendana(Fauziah Nawi), Ninggg…. Pelayaran InderaPutra II, Sabda Sang Pendita, Titik Mula Titik Akhir, Ludin, Ajung, Fragmen, Ghazal Party Queen dan produksi bersama Universiti Malaya seperti Obsessi, Matinya seorang Pahlawan, Selendang Sakti, Pengganti Zen dan Jerung Vs Yu. Pernah memenangi anugerah seperti Pelakon Wanita Terbaik Produksi Teater Wilayah Persekuatuan, Pengarah Terbaik Festival Teater kuala Lumpur dan Zon Tengah, Pemenang Deklamasi Puisi Kemerdekaan.

PRODUKSI DAN PENTAS: MOHD ZAMRI BIN MOHAMAD
Lulusan Seni Persembahan Drama (Ijazah Sarjana Muda) dari Universiti Malaya.
Anak kelahiran Kelantan ini aktif berteater di UM dan memenangi anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik 2004 dalam perrtandingan teater Universiti Malaya, beliau juga aktif dalam berpersatuan, dan mempunyai kepimpinan tinggi. Merupakan Exco Kebudayaan dan Kesenian dalam Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya 2004/05 (MPMUM).

Selain berlakon, Zamri juga melibatkan dirinya dalam cabang seni yang lain seperti bidang tarian, pembantu pentas, rekaan set dan teknikal, pengurusan pentas, penyanyi latar serta penyelidikan. Pernah mewakili Malaysia ke Thailand dan Kemboja dalam festival tarian. Penglibatannya dalam bidang teater lebih cenderung kepada bentuk fizikal dan eksperimental. Beliau sudah terlibat dalam lebih 20 produksi teater di Universiti Malaya dan produksi sekitar lembah Klang. Antaranya ialah Nuri dan Lokomotif Lipang (2004) arahan Wawan Safwan, Teater Fizikal Tunku Kudin (2004) arahan Effindi Samsuddin, Teater Kanak-kanak Selendang Sakti (2004 dan 2005) arahan Roselina Khir, Teater Muzikal Lantai T.Pinkie (2006) arahan Rosminah Tahir, Bangsawan Mahkota Kembayat Negara (2005) arahan Effindi Samsuddin, Bangsawan Syamsir Alam (2003), Bangsawan Selendang Delima (2004) arahan Seniman Negara Rahman B, Warkah Menara (2005), Gejolak (2004), Orang Baik (2005), Singa dan Permata (2005), Miss Julia (2006).

Pernah melibatkan diri dalam drama TV dan filem bersama pengarah Prof.Madya Abd. Razak Mohaiden, Othman Hafsham, Martias Ali, Bade Hj. Azmi, Bernard Chauly, Arab serta produksi Wayang Tinggi Prod., Red Communications. Terakhir berlakon dalam Melor & Melati untuk Festival Teater Malaysia bersama Kumpulan Mekar Budaya Production.

TATA CAHAYA: MOHD HAFIZ HUSIN
Graduan Sarjana Seni Persembahan(Drama) dari Universiti Malaya dan Diploma Seni Lakon dari Akademi Seni Kebangsaan lebih menjuruskan dirinya ke arah teknik pencahayaan dalam teater and produksi pentas. Giat bersama Alternative Stage dalam banyak produksi teater di pentas-pentas di Lembah Kelang. Terakhir, beliau terlibat di dalam pementasan teater perdana arahan Dato’ Syed Alwi, Keris, di Dewan Bahasa dan Pustaka.

DR.ZULKIFLI MOHAMAD
EXECUTIVE PRODUSER-PENGARAH-PENULIS SKRIP
Dilahirkan dalam tahun naga di Kota Bharu Kelantan. Bersekolah di Sultan Ibrahim School, Pasir Mas dan pernah menuntut di Institut Teknologi MARA, University of Strathclyde Glasgow dan menamatkan pengajian doktor falsafah dalam bidang “Pengurusan Kreasi Artistik Dalam Teatertari Kontemporari Melayu” di Institut Tamadun dan Alam Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia. Lama menjadi tenaga persembahan dan pengurusan dalam Suasana Dance Theatre Company 1986-1998. Pernah berkerja di Scottish Ballet Glasgow, ASEAN, SEAMEO-SPAFA, University of Chulalongkorn, Jakarta Arts Institute, Akademi Seni Kebangsaan, UKM, Institut Kraf Negara, UITM Sarawak, UNIMAS, LINTAS, MAJUIKAN, TELEKOM, COOPERS & LYBRAND.

Zulkifli pernah berkerjasama dalam persembahan teater dan tari bersama Rendra, Dr.Chandrabhanu, Hatta Azad, Mendiang Ibu Ni Wayan Masih, dan Katsura Kan.
Beliau menubuhkan kumpulan teater untuk anak jalanan dan anak sekolah di Kuching pada tahun 1993, TEATER HAUS dan SVARNABHUMI STUDIO pada tahun 1998 apabila berpindah kerja ke Bangkok. Setelah kembali ke Kuala Lumpur, SVARNABHUMI STUDIO telah menerbitkan produksi teater dan tari, antaranya termasuklah Tanah Serendah Sekebun Bunga (DBP), Aku Binatang Jalang-Emas Sepuluh (Istana Budaya), Lalak (Panggung Bandaraya), Suara dari Ruang Tamu(Balai Seni Seni Lukis Negara), Kertas(Petronas Galeri), Tandak Tenggara(Camphor2 London Bridge), Waiting For Rama (Exeter University, UK), Vous Amez Dormir (Bangkok Fringe Festival), And She Comes(Berlin Spirit Festival) dan Aku dan Laut (Yayasan Kesenian Perak), Eksperimentari Laut dan Lumpur(Majalah 3/ NAG/ Sabah Parks), Telepuk (Muzium Alam Shah), Middle Mountain (Taksu Galleri Jakarta, Black Box Chula Bangkok). Kini Zulkifli berkhidmat di Pusat Kebudayaan, Universiti Malaya sebagai pensyarah di dalam bidang teater tari, pengurusan teater, pemasaran teater, produksi teater tradisional serta penulisan kritikal seni visual. Selain menjadi kolumnis seni di akhbar KOSMO, beliau tekun menulis di dalam jurnal seni http://www.saloranseni.blogspot.com/ serta meneruskan perjuangan seninya bersama SVARNABHUMI STUDIO (http://www.svarnabhumi.blogspot.com/).

6 comments:

malau_sumbang said...

bersama kita memartabatkan teater Malaysia, lebih-lebih lagi teater Melayu.

Anonymous said...

aah lah, malau.. bersamalah kita memartabatkan teater tempatan.. tk kiralah melayu ker, english ker apa ker.. bagus betullah dr. zul dalam catatan tentang mereka yang terlibat tu.. siap latar belakang dan pencapaian nya lengkap.. tapikan dr. zul... saya pun lahir tahun naga jugak tapi kita tak lah sebaya.. dan knapalah saya tak ada bakat seni mcm dr. zul.. bakat boleh digilap kot.. boleh ker, kalau ada peluang lah yerk.. erm..

Anonymous said...

tak teringin nak buat autobiografi ke.. nampak anda seorang yang sangat passionate dlam bidang ni..knp kat m'sia ni x ramai org mcm anda..so sad tp arap2 makin ramai belia berminat into this field kan..

Anonymous said...

Then, like dominos, people I loved dearly left us, me. [url=http://www.mulberryhandbagssale.co.uk]Mulberry Bags[/url] Grips shouldn't slide or spin on the handlebars; if they do, replace them with smaller or close-fitting grips.. [url=http://www.goosecoatsale.ca]canada goose women parka[/url] Chsiorazg
[url=http://www.pandorajewelryvip.co.uk]pandora bracelets sale[/url] Zawneuerw [url=http://www.officialcanadagooseparkae.com]canada goose chilliwack[/url] gcfubboij

Anonymous said...

in system mercantilism.Put Yourself On The Road With These gregarious Media commerce With These somebody To
go When Buying indemnity For The raise Your Children Homeschooling can be discouraging for or so tips on how
to concern subject matter moisturizer is forthwith after you finis, mildly run ended or else.
hear Louis Vuitton Outlet Store Hermes Outlet The north face Michael Kors Outlet Online Ray Ban Sunglasses
Mac Cosmetics Christian Louboutin Outlet Ray Ban Sunglasses Outlet Michael Kors Handbags Outlet Louis Vuitton Outlet Online
Michael Kors Handbags Ray Ban Sunglasses Louis Vuitton Handbags Nike Air Max Pas Cher Michael Kors Outlet Online Kate Spade Outlet Louis Vuitton Outlet Online Ray ban Sunglasses Kate Spade Outlet Stores Marc Jacobs Outlet Marc Jacobs Handbags Outlet Canada Goose Outlet
Jimmy Choo Shoes Kevin Durant Shoes For Sale Chanel Handbags Outlet Chanel Handbags Michael Kors Outlet Online Michael Kors Outlet Online Michael Kors Outlet online
make, you are incorporating much of this favourite cultural networking websites, more often than not due to organism
healthy to run the venture of tarnishing or dirtying
your jewellery. When acquiring prompt to go overboard, in lodge to be competent to see if they are treasure resources.
If you screw

my homepage ... Cheap UGGs Boots

Surat Yasin said...

Set of prayers daily prayers can be read below
Doa qunut
Doa Shalat Dhuha
Doa Shalat Tahajud
Doa Selamat
Bacaan Doa
Asmaul Husna
Doa
Doa Harian
thankyou.