Monday, July 23, 2007

Syabar Selipar Jepun


Selipar Jepun selamat dipentaskan di Stor Teater DBP selama 3 hari- Jumaat, Sabtu, Ahad. Kita mendapat 3 persembahan yang full-house termasuk jam 3ptg ahad, walaupun hujan lebat melanda petang itu. Persembahan jam 3 petang pada hari sabtu kita dedikasikan untuk rakaman video. Sabtu petang juga menyaksikan hujan yang amat lebat, itulah agaknya tak ramai yang menonton petang sabtu. Nak buat macamana dah kerja tuhan. Kita terima ajelah. Apapun kita shukur dengan rahmatnya yang diberikan. Nampaknya audien yang datang rata-ratanya happy dengan performanse. Malam pertama, Jumaat tu kita ada tetamu khas dari Universiti Malaya - Prof Anis Md.Noor yang mengajar teori seni persembahan, Sukarja Sriman(koreografer Indonesia) dari Jabatan Tari dan Dr.Hanafi dari Jabatan Asia Tenggara. Dalam audien tu ada juga kita ternampak Rahime Harun, Raja Azmi(produser Haru Biru), Adman Salleh(pengarah filem Paloh), Sabri Yunus, Wan Rohani(produser filem Mak Yong, Mek Ani), Mak Nab(Mak Yong) serta Datuk Dr.Firdaus Abdullah, Ketua Pengarah Dewan Bahas, 15 pelajar China dari Beijing, rakan-rakan pelakon, pengarah, koreografer(Wei Jun), pelukis (Bayu Utomo, Nur Mahanum), pianist(Chong Kok Ting) dan rakan-rakan pelakon(Ann James, Rosman dill), pengarah(Fred, Wahab, Hamzah) dan penggiat seni serta pelajar-pelajar ASWARA, UITM, UPM, UPSI dan UM. Terima kasih sangat-sangat kerana datang menonton dan memberi sokongan. Tak lupa kepada juri2 kakiseni. Ada juga yang mengajak untuk mengadakan persembahan di Perak, Kedah dan Penang. "Tapi kita ni kan sesak, tak ada siapa nak pandang" kata Che kenanga dalam Selipar Jepun.

5 comments:

Lenny said...

Dr Zul, Isnin lepas seharian saya lepak kat rumah, mencutikan diri sendiri daripada sebarang kerja dan aktiviti. Tapi bila sampai je waktu call time (Zamri selalu kata "call time pukul 4 .. eh ... pukul 5 ... eh pukul 6 lahh ...") saya terkenang-kenang produksi Selipar Jepun. Bukan saja pementasannya tapi seluruh ke"happening"an warga produksinya. Rindulah pulak, menyucuk-nyucuk dalam dado ambo heheheh cewahhh ... tapi hari ni saya dah kembali prolifik. Jadi "tak dok maso doh nok puah hehhh"... kata Yee.

Sweet memories.

Rai The Diva said...

Kak Len,
Ke'happening'an yang memberi kepeningan.Muahaha!

Tahniah semua!Rehatlah jap...buat tesis ke, makan kat laksa shack ke...oops!

zubin said...

kata yee "lo ni ambo sibok tok cukup tangan"

malau_jepun said...

ooo..sempat kutuk membina ya kak nik ngggoo...kul 4..eh..kul 5...
ambo sajo jah nok ggura. rindu ko puak-puak kita dalam slipar Jepun.

dr zul thanks ajak sy join selipar jepun orang melayu pakai

rai said...

Kak Len, jom pi makan laksa.

Syyhhhh..jangan ajak Zamri dengan Dr.Zul. Kalau depa ikut, depa kena belanja.Muahaha!

Malau Zam, bila nak buat blog?