Terima kasih Ryan, mungkin dari Stefani, Vitamin dari Uitm dan Sulaiman Haji Shuhaimi (aku pernah kenal dengan orang yang namanya Shuhaimi Hj.Sulaiman, tapi dia bukan orang teater, tapi mungkin aku yang tak tahu!) yang mungkin seorang penggiat teater. Terima kasih Encik Sulaiman kerana informasi. Mungkin itulah gunanya ada blog ni,, selain boleh berekspresi menulis, kita juga boleh mencari maklumat2 dari orang lain yang lebih tahu tentang sesuatu hal, research jugalah katakan. makanya blog boleh dikatakan suatu bentuk baru untuk membuat kajian, cuma ianya berbentuk random dan terlalu teratur. Apalagi kalau ada chat box, lebih cepat dan direct pantulannya. Cuma yang lemah sikit tu, chat box dan komen-komen yang dilemparkan ada juga berbentuk personal yang seharusnya tak masuk kat situ, tapi yang namanya manusia, selalulah ada yang begitu. Saya juga mungkin kadang2 ada begitu, walaupun cuba sedaya upaya untuk tidak bersifat personal. Mungkin itulah sebabnya ramai orang tidak meletakkan chat box atau komentar-komentarnya ditapis dulu. Yang tak sedapnya ramai penulis komentar yang tak berani tampil diri, bak kata Vitamin "Baling Batu Sembunyi Tangan". Apapun saya tahun yang saya baru belajar berteater, baru duapuluh tahun. Itupun lebih kepada teater tari. Dan sebelum ini lebih bergiat dalam teater dalam bangunan teater. Saya sendiri baru saja membawa persembahan teater ke luar teater sewaktu berada di Kuching. Dulunya saya tubuhkan bersama kawan-kawan di sana seperti Salbiah, Wen, Bidari dll dengan nama Teater Haus yang bermain dengan dua makna haus, kehausan teater dan satu lagi perkataan Jerman untuk rumah iaitu Haus. Sewaktu saya pindah dari Kuching ke Bangkok, nama tersebut telah diambilalih oleh salah seorang pelajar saya, adik kepada kawan saya Bidari. Oh sekarang saya ingat namanya, Shuhaimi. UNIMAS ambik dia masuk bidang teater kerana melihatkan latarbelakang penglibatan keluarganya di dalam bidang seni di Kuching. Harap-harap dia berjaya! Harapnya dia memajukan Teater Haus di Kuching. Yang peliknya, kebenaran untuk menggunakan nama tersebut tidak pernah diminta, tapi saya tak kisah. Halalkan.
Saya sedar kegiatan berteater di Malaysia ni memang banyak dan ada banyak jenis, itu kena satu research yg lengkap. Lagipun rugilah nak tulis kat sini, boleh buat satu buku, kat sini pun ruangnya sempit. Kita juga boleh melihat teater di Malaysia dengan melihat kepada negeri-negeri. Tapi yang selalunya ada timbul kat Malaysia ni adalah kumpulan amatur yang timbul musim Pekan Teater, skrang ni Festival Teater. Inilah yang sering ditulis oleh penulis2 di majalah pentas dan dewan budaya, nanti saya kena rujukan nama plak, terbaru saya baca tulisan Saberi Mohd zain di DB dan Sutung Umar RS di Pentas. Jadi tulisan saya pun tak original, cuma inikan bukan tulisan ilmiah. Saya pasti banyak lagi kumpulan teater yang aktif menjalankan aktiviti teater jalanan, kampung, universiti, sebaguna dan macam2 pentas yang dipilih. Dan mungkin kegiatan mereka ini tidak terlalu menonjol, mungkin kerana mereka sendiri tak ingin diketahui, atau memang tidak mendapat publisiti. Jadi apabila kita hanya menyebut sekadar nama2 yang selalu terdengar, janganlah marah pulak. Saya sendiri pun tak masuk surat khabar ke radio, apalagi suratkhabar Inggeris atau radio, jauh sekali tv. Maka itulah saya buat blog. Tapi kalau saudara menyembunyikan kaitan nama saudara dengan blok saudari, macamana orang nak tahu. Saya banyak menemui perkara2 baru melalui blog. terbaru saya bertemu dengan grup dari Penang, yang nyata sekali melakukan kegiatan berteater di negeri, tapi kita kat KL tak tahu sebab tak masuk surat khabar. Itu bukan salah kita. Itu memang seratkhabar Malaysia ni sukakan gosip hiburan. Atau memang saya sendiri pun tak baca surat khabar, terutama sejak dua menjak ni. Cuma baca hari minggu saja, lagipun tak ada masa sebab banyak sangat nak buat benda, terutama nak kerja dan berteater.
Kalau dalam bahasa latin setiap persembahan tu dah dipanggil teater, bukan hanya yang berada di dalam panggung. Dulupun di zaman greek teater tu kat luat, open air teater, amphitheater. Orang melayu sendiri dulunya berteater di pasar di khalayak ramai, begitu juga dengan teater Inggeris. Jadi bagi saya istilah teater tu adalah persembahan, bukan bangunannya dan bukan kerana ianya berdrama dan berdialog. Tari juga adalah berteater. Apa lagi skarang ini persembahan sudah bercampur gaul antara teater, drama, tari, muzik, muzikal, pantomin dsb. Malah sudah ujud pula persembahan yang mereka namakan "Performance", bukankan performance Art, itu lain lagi. jadi di abad ini di era post-postmodenism, ujud pula kepelbagaian baru yang bertindih dan berbauh segalanya. Ini yang membuatnya menarik!
Saya cuma tinggal di Kuala Lumpur dan memang banyak menonton, tapi cuma dipanggung2. Sekarang juga sudah mulai lagi persembahan2 yang dinamakan "Site Specific", tapi mungkin tak banyak sangat di Malaysia, tapi adalah. Tapi kalau persembahan2 ini tak dijadualkan, susahlah untuk penonton nak tengok, itulah sebabnya kita coba adakan www.kakiseni.com. Itupun mereka tak terlayan kerana kebanyak teater Melayu berlaku secara sponsoan dan tiba dan tidak dihantar untuk dijadualkan. Saya sendiri berharap ada organisasi melayu sendiri yang menyenaraikan aktiviti ini. Itu pun rasa takkan jadi kalau khalayak teater sendiri tak berkerjasama.
Maka itulah.....
2 comments:
kami kat penang pun terpaksa ber'konsortium' baru kuat..
tapi cukup kuat ke? yg penting perjuangan mesti terus!
suke!suke!suke bace....
siapa makan cili terasa la terangkatnya kannn?
what u have said is damn true.why do we keep bombarding each other?we suppose to be together to upgrade malaysian art scene..bukan nak tunjuk sapa hebat....ilmu patut dikongsi bukan didakap erat sensorang...btol tak dr?
cakap la betullll....
like me...i'm a teacher in rural secondary school..i have really shallow knowledge in theatre...menjadi penonton bertahun2..bila tiba kat skolah kiter kena incharge..nasib baik ada pengalaman..boleh digunakan..and now i am following JSBN courses by KEKKWA ...nak belajar banyak lagi nih..bile jumpa blog dr nih..saya harap dpat membantu..
yg pandai sudi2lah mengajar
yg tak pandai...sedar2;la..g la blajar!
Post a Comment