Thursday, December 04, 2008

Ada Lembu Dalam Butoh Performance




Semalam menonton persembahan kumpulan Spiro-Ha di Sungai Wang Plaza, teruja melihat ramai orang-orang dari pelbagai bangsa, agama, kulit dan umur, mungkin ramai juga pelancung asing, terutamanya dari Timur Tengah yang asyik menonton, pertamanya Butoh dari Bob Web, Katsura Kan associate dari San Francisco, sesuai sangat apabila dia timbul dari celah pohon-pohon Christmas yang telah berdiri di situ sempena perayaan Chrismas (depa ni tak buat pulak perayaan Raya Haji, padahal Christmas lambat lagi, tapi kita pun tak promote secara besar-besaran, may be not in KL?. Sesekali terasa macam Santa dah berubah wajah, jadi putih segalanya, seperti sebuah requiem untuk Pearl Harbour 1945, dan selepas itu ada pulak Spiro-Ha, 3 manusia yang keluar dari perut lembu, satu putih dan dua lagi berwarna merah. Mungkin terfikir apakah ia satu konotasi yang kita ni bodoh sangat kalau tak guna akal untuk berfikir, tapi itu kata saya. Mungkin bagi depa lain pulak, orang lain yang menonton lain pulak. pendekata masing2 interpretasi, itulah karya kontemporari, tak ada lagi naratif A-Z, bukan macam cerita2 dulu. Mungkin juga karya tersebut lebih kepada mencetus sebuah idea yang menimbulkan satu Curiousity untuk kita terus mencari makna sebenar persembahan, kita terus mengikuti jalan cerita melalui visual yang begitu menarik. Mungkin itulah ianya bukan hanya sebuah tari atau teater tetapi sebuah arca, sculpture yang bergerak, menghasilkan pelbagai reaksi dan genre!

Selepas menonton Lembu itu(Namron pun pernah buat karya teater lembu kalau tak salah!) teman seni Buto Malaysia, ketua kumpulan Nyoba, Lee Swee Keong berkata kepada saya "Selepas ni bolehlah tengok karya ayam awak", merujuk kepada karya "Aku Binatang Jalang" yang mempunyai video proses membunuh ayam yang dibikin oleh Ise(Roslisham Ismail dari Parking project) suatu kolaborasi yang dipersembahkan ditahun 2004 di Istana Budaya dalam Emas Sepuluh. hai dah lama benar tuh, saya pun dah banyak buat karya-karya lain, tapi mungkin tidak masuk dijaluran mainstream, cuma di ruang-ruang terpinggir - Stor Teater, Panggung Bandaraya, Kotak Kaca Balai Seni Lukis, so orang tak tahu. Apapun sebagai pengkarya kita terus mencari ruang untuk berkarya!

Alah karya awam pun dah banyak dilakukan di USA di tahun 1970an di dalam gerakan performance art di sana, cuma intipati dan cara persembahannya berbeza. Apapun, itu sesuatu yang boleh difikirkan kembali. Yusuf Ghani pun masih berkarya dengan ayam sabungnya. Dulu pun ada banyak karya ayam sabung dalam painting, terutamanya karya pelukis kelantan, teringat karya dalam pameran "Bumi Angin" di Balai Seni 2007. Di Filipina juga ada beberapa pelukis yang menelusuri karya mereka  tentang Ayam Sabung. Apakah konotasi ayam untuk kita di Malaysia pula?

No comments: