Wednesday, December 31, 2008

Karya Besar Malaysia Dekad Ini

Seperti kata seorang rakan saya di tempat kerja baru saya, ASWARA, "penting untuk mengerti politik dalam berkesenian di Malaysia". Sememangnya itulah thesis phd saya "Politik Ekonomi Dalam Budaya" dan kerana itulah juga pengurusan seni dan budaya itu penting di dalam membentuk sesebuah budaya negara. Dalam perjalanan pulang kerumah kelmarin saya terfikir tentang sebuah judul untuk penyelidikan "Inovasi dan Intervensi Budaya Malaysia" dan mungkin benarlah kata dia "Budaya tidak boleh dibiarkan mengalir saja", dan kata saya "masalahnya arus air sungai kini bukan hanya mengalir lesu seperti dulu, tetapi berpusar-pusar di setiap persimpangan dan banyak persimpangan yang ada apalagi bila hujan ribut melanda dan meruntuhkan tebing-tebing yang rapuh, tebing-tebing yang tidak beraur, maka sungaipun menjadi semakin luas memakan tanah-tanah di pinggir-pinggirnya, maka tanah menjadi semakin sempit, begitu juga di pantai seperti yang banyak terjadi di persisiran pantai Timur, terutamanya Kelantan, apa lagi apabila tiada intervensi untuk membendungnya. Tapi seperti kata dia lagi berkarya di Malaysia dijadikan susah akan intervensi "ISA" dan macam-macam undang-undang lagi termasuk penyiaran dsb. Tapi apakah boleh pengkarya berkarya dalam linkungan "ISA" dan undang-undang penyiaran yang ada. Pasti bisa bilang orang Indonesia, lihatlah industri filem di Iran. Tapi kita tidak tahu bagaimana keadaan keseluruhannya di Iran, berapa banyak filem yang ditayangkan dan kekeluarkan di sana. Mungkin filem-filem yang kita lihat itu hanyalah filem yang dieksport, seperti filem-filem kita yang telus bebas keluar negara bersama pengkarya-pengkaryanya. Ada juga saya dengar baru-baru ini yang filem-filem Iran membosankan, penuh dengan klise-kliese yang sama, tentang perjuangan wanita-wanita yang inginkan kebebasan, tetapi terpaks tunduk dengan apa yang telah disediakan untuk mereka, betulkan begitu? Saya cuba berseloroh, mungkin kita di Malaysia sudah mula "romanticing ISA" seperti penangkapan yang pernah berlaku kepada Pramoedya dan Mochtar Lubis dan kemudiannya melahirkan karya-karya besar seperti Buru Quartet oleh Pram. Tapi kata dia itu dulu, hasilkan buku, sekarang menulislah dalam blog dan blog juga boleh dijadikan buku. Tapi bila saya bertanya, apakah karya besar yang telah dihasilkan dalam dekad ini dari kalangan filem, dia tetap tidak mahu menjawab. Kalau buku pula lagilah, tapi dia kata dia tidak tahu karya-karya dari kalangan sastera pinggiran. Nah, walaupun mungkin tidak ada karya yang sedemikian rupa dalam karya pinggiran atau picisan, hakikat kata-kata yang mengatakan mungkin ada karya pinggiran yang dia tidak tahun memungkinkan yang ada kemungkinan yang karya pinggiran yang besar sifatnya, bukan seperti yang war-warkan oleh DBP. Lalu ini juga satu kemungkinan yang dia tidak mengiktiraf karya-karya yang diiktiraf DBP, sebuah badan yang menguruskan soal bahasa dan sastera. Menarik menarik, nanti saya tanyakan teman-teman pengkarya kononnya picisan!

8 comments:

fadz said...

satu perkara yg membuka mata: filem Iran yg konvensional/arus perdana juga bosan.

tq utk itu, tapi harpa boleh diperkembangkan..

ya, kita ada buku2 agung, prof boleh beri satu?

Ajami Hashim said...

Salaam doc,

i tgh tunggu fadz adaptasikan buku Jian & Saga Horizon ke filem! pasti hebat!

p/s: dua-dua buku kau aku tak abis baca lagi fadz! hahaha..

Vitamin said...

hehe. tak puas betul ni.. takpe, usaha kita kena kental. klu tak kental, mmg senget la.

nway, dijemput dtg ke teater BERANI MATI 7-11 Januari di stor dbp jam 8.30mlm..

zubin said...

Fadz, that's why I asked you to answer that question, you lebih arif tentang itu, siapalagi yg review novel2 Malaysia? nanti saya tanya juga prof2 yang betul, I mean full prof. Saya ni pensyarah chabut je, tapi tak pe bukan yang chabul!

Fadz, Ajami, Fasyali, may be you guys should write short play for KL Fringe 2009, amacam?

Fasyali, jangan hanya mengambil kesempatan, you should go all out to do things and hai buat monolog kat Penang diam2 aje, lain kali makan tu sharelah!

Bin Basra said...

Walau apa pun dr. zul, tahniah untuk kerja baru di institusi baru tu. finally... ke ASWARA ye...good luck

zubin said...

what do you mean? Aswara tu the Juliard of dance and music school, Royal colllege of arts for visual arts, Royal Dramatic College for theatre ke? O dear friend, I should be so proud of that!

zubin said...
This comment has been removed by the author.
fadz said...

me? no.. u must have ur own selection kan?

anw, to ajami, hey, matilah aku kalau semuanya aku kena buat, org lain tak nak ke? aku tak mintak tinggi pun, hahahahaha.