Jumaat 17 April, aku sampai ke Novina Station Singapura dengan bus First Coach dari Damansara Utama tepat jam 9 malam, tidak seperti yang dijanjikan, 8.30 malam. Carmen dan Jaime tentunya tertunggu2. Sebenarnya Novina tu tidaklah jauh sangat dari Orchard Street, tapi sudah malam, aku pun sudah lambat. 5 minit sudah sampai. Pertama masuk ke rumah, ada dua wanita Sepanyol tua bertanya pada ku dalam bahasa Sepanyol tapi ternyata bahasa Sepanyol yang aku pelajari dari semua filem2 Pedro Almadovar tu aku lupa, apa lagi mereka bercakap dengan amat laju sekali. Aku cuma bisa berkata Non Comprende, Carmen? Aku disuruh masuk ke pintu dapur. Di dapur aku disambut sambut oleh Kala, makhluk berbulu perang yang suka menyalak, tapi melihat aku ternyata dia masih mengenali aku, dia cuma berbunyi manja, terakhir aku ke rumah Carmen adalah enam bulan lalu sebelum aku memulakan kerja di akademi seni. Aku kemudiannya diperkenalkan kepada semua orang disitu. Awalnya Carmen memberitahu aku yang malam itu hanyalah Ladies Nite, jadi aku sudah membuat temujanji dengan member aku, si Fukuen dari Singapura, dulunya bekerja dikantor lamaku di Bangkok. Kemudian carmen menyuruh aku dan Jaime untuk duduk sama menhadapi makan malam, semuanya makanan special dari Selatan Sepanyol, aku lihat ada cheese, french bred tapi yang sudah dikeringkan, spinach, kacang putih dengan hati ayam, hati lembu masak pedas. Aku cuma makan spinach, kacang putih dengan roti dan cheese, sangat basic sekali makanannya. Ini seperti sebuah filem Sepanyol yang menceritakan sebuah kampung yang hanya didiami wanita, kerana lelakinya sudah lari ke kota, dilakonkan oleh Penelope Cruz. Tapi yang pentingnya adalah perbualan mereka yang mengingatkan kepada tempat mereka si Sepanyol, aku hanya tersenyum melihat mereka. Ternyata dua perempuan tua itu adalah ibu kepada Paloma dan perempuan mengandung itu. Mereka kemudianya menyanyikan lagu2 sepanyol seperti di dalam Flamenco. Cerita bersambung kerana aku nak sarapan pagi.........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment