Friday, April 03, 2009

Lembah Bujang Kedah - Kataha - Bujangga - Naga Valley
















































Isnin lalu saya berpengalaman untuk turut sama berseminar di Seminar Lembah Bujang di Sungai Petani. Selain itu ada pengalaman melawat ke tapak gali cari atau excavation di Sungai Batu yang dikendalikan oleh USM. The Bujang Valley or Lembah Bujang is a sprawling historical complex and has an area of approximately 224 square km. Situated near MerbokKedah, between Gunung Jerai in the north and Muda River in the south, it is the richest archaeological area in Malaysia.These archaeological remains indicate that there may have been a Hindu-Buddhist polity here. The name itself is roughly translated into "Dragon Valley". The area consists of ruins that may date more than 1,500 years old. More than fifty ancient tomb temples, called candi (pronounce "chandi"), have also been unearthed. The most impressive and well-preserved of these is located in Pengkalan Bujang, Merbok. The Bujang Valley Archaeological Museum is also located here. 

Setelah itu kami juga berkesempatan melawat Muzium Lembah Bujang serta bercerita dengan beberapa pakar arkaeologi di Malaysia, termasuk Dato' Dr.Hadi, En.Zulkifli Jaafar, En.Hamid dari USM serta beberapa individu yang mengikuti gali cari seperti Dr.Norli dari UITM Perak dan Salwa dari UITM Perak (Ceramics). 

Pertama kali bertemu Salwa di Arts-Science Expedition di Pulau Tiga anjuran Balai Seni Lukis Negara-Taman2 Sabah- Projek Angkasawan Negara(Dr.Mazlan). Di Pulau Tiga, kita banyak bergelumang dengan selut dan lumpur dan melahirkan idea-idea kreatif. Her exhibitions include:

2006 Asian ceramic workshop ,UiTM Perak, Malaysia Selsius Exhibition 2, Putra Jaya, Malaysia 2005 Selsius exhibition , USM, Malaysia 2002 “Alami” Exibition, Malaysia National Arts gallery 2003 “Kami” exhibition , Shah Alam gallery, Malaysia 2001 Nagoya University of Arts Japan Xchange Exibition 2000 Balai Senilukis Shah Alam 2001 Pameran Ilham 1999 Malaysia National Art Gallery Time for tea-British and Malaysian tea pots. 1998 Howard Garden Gallery, Cardiff M.A. Show 1996 Malaysia National Art Gallery, Kuala Lumpur. Of the same earth - Norwegian and Malaysian Ceramic Art. Pelita Hati Gallery Solo Exhi. She is now a phd candidate in USM, Penang.

Seminar tersebut menimbulkan banyak pertanyaan yang tidak terjawab ada juga menimbulkan pertanyaan-pertanyaan lain yang baru timbul dalam benak fikiran saya. Saya meneruskan perjalanan ke Muzium Negeri Kedah dan menjalankan penyelidikan di perpustakaannya.

Terima kasih maklumat tambahan daripada salah seorang pembentang kertaskerja yang masih belum mahu dikenali 

Anonymous Anonymous said...

Salam... saya turut menyertai seminar tersebut...Mungkin dalam mind kita..Lembah Bujang dicitrakan sebagai chandi..jadi pemukiran pun menjadi sempit, sedangkan Lembah Bujang adalah bandar perdagangan yang terbesar ketikan itu..masakan petempatannya hanya chandi sahaja...dalam penyelidikan saya Lembah Bujang di Katogarikan sebagai "Kota Keindiaan" berdasarkan jumpaan artifak..namun dari segi prinsip perencanaan kota, seharusnya, menjangkai dari itu.

11:45 PM

Delete
Anonymous Anonymous said...

sambungan.....Kenapa Lembah Bujang dikaitkan lebih kepada Chandi sahaja...? Pada zaman kuno..sehingga kerun ke 7 (tak salah saya...tak sempat buka buku....)...perencanaan kota atau bandar boleh dibahagikan kepada dua galur dan prinsip. Semua ini dipengaruhi oleh kepercayaan dan sosial budaya masyarakat...pertama - konsep tuhan/dewa itu sebagai pemerintah dan bandar dibentuk sebagai satu tatatur yang memerlukan bentuk-bentuk penyembahan. Ini dapat dilihat dengan artifak seperti ziggurat, chandi/temple yang menjulang ke langit. Selalunya berada dilokasi tinggi. disekitar temple sudah pastinya terdapat gedung menyimpan makanan, seterusnya rumah pembesar dan akhir sekali rakyat dan abdi... Jika dikaitkan dengan Lembah Bujang..pemetaan ini boleh dibuat...saya ke tapak arkeologi Sg Batu...jumpa bekas tapak bengkel besi...rasanya sudah mula berasas teori saya...tapi biarlah dulu.......saya nak cerita konsep/prinsip ke dua - konsep 'Pemerintah itu adalah jelmaan dewa (ekstrem sangatlah ni)...jika lebih rasionalnya dalam konteks sejarah Melayu pemerintah itu adalah 'pemegang tunggak agama'...maka ciri-ciri kota lebih makmur dan terdapat 3 itentiti yang jelas iaitu 'agama - masjid'+ istana + padang..cantik sungguh..akhir sekali lokasi kota hampir dengan kuala/muara sungai...jika diberi peluang banyak saya nak cerita pasal falsafah 3 elemen ini....cuma saya ingin semua pembaca berfikir? atau terfikir....berkenaan prinsip bandar warisan kita??? (bandar kolonial )...Bangunan besar (administration building) + padang + gereja...lokasi ditengah bandar...kenapa??? sila beri jawapan....setiap kali aku kembara pasti rindu sentiasa menggamit kerana bayu di sini tidak sama seperti bayu di kota ku...Okay Zul jumpa lagi...N

Wed 8 April 2009

Sebenarnya saya sekadar ingin mencari apakah yang ada di Lembah Bujang, melihat dengan mata kepala sendiri. Sebelum ini hanya sekadar membaca buku2, selain Hikayat Merong Maha Wangsa / Kedah Annals, yang lainnya adalah buku2 tulisan para kolonialis termasuk G.Coedes(Indianised States of South East Asia). Kerajaan Lembah Bujang agak terlalu panjang untuk sebuah kerajaan yang bertahan dari abad kedua hingga ke empatbelas sebelum masuk era kesultanan Kedah Melaka, Kedah sehingga Sultan Muhamad Jiwa II(yang baru saya temui di Muzium Kedah) dan seterusnya sejarah penjajahan, jika dikatakan yang Kedah adalah tempat awal kerajaan Langkasuka sebelum ianya berpindah ke Pattani sekarang( yang juga bentuk dan kedudukan geografinya juga lebih kurang sama dengan kedudukan Pelabuhan Merbok). Salah satu sebab musabab penting ialah kecuaian kita yang sering kehilangan referensi pada sejarah iaitu  pertukaran nama-nama tempat dan kerajaan. Maka itulah saya sebenarnya bersetuju dengan Datuk Nik Hassan Shuhaimi tentang penggunaan nama Kataha atau Kadaram, dan bukan Lembah Bujang untuk wilayah Lembah Naga ini(Bujangga - Naga Valley). UITM Lembah Bujang sendiri agak keliru di dalam mencari apakah konsep batik Merbok mereka yang sebenarnya merujuk kepada nama burung Merbok. Ianya tak salah kalau sekadar berinspirasi mengambil dari alam nature seperti burung-burung. Tapi sebenarnya idea itu telah dikembangkan oleh seorang pereka batik yang bergelar Zizi yang telah memenangi Anugerah Seri Endon, jadi idea tersebut tidak lagi original.

Jadi saya rasa saranannya adalah untuk kembali kepada nama yang telah lama popular dan disebutkan di dalam buku2 sejarawan Asia Tenggara seperti Kataha atau Kadaram, dari itu kita mulai merujuk kepada benda yang sama dan tidak disalahertikan. Ramai orang dalam masyarakat yang masih tidak mengetahui tentang Lembah Bujang dan rujukannya lebih merujuk kepada candi-candi yang dijumpai, maka eloklah ianya merujuk kepada sebuah pelabuhan. Sebenarnya saya ingin membahagikan period-period yang panjang di dalam pensejarahan Kataha-Lembah Bujang kepada beberapa zaman iaitu secara kasarnya: 1. Langkasuka 2. Chola 3. Sri Wijaya 4. Kataha 5. Majapahit 6.Siam. Malah saya juga ingin meletakkan Siam kepada dua kerajaan berbeza iaitu di bawah Sukhotai dan di bawah Ayyutthaya dan serangan2 dan taklukan Siam ini bukanlah hanya sekali di dalam sepanjang pensejarahan tersebut, malah beberapa kali. Apabila kita menyebut tentang Sri Wijaya kita sebenarnya menyebut tentang rangkaian pelabuhan2 di Asia Tenggara. Dan penyelidikan-penyelidikan tentang ini sudah dijalankan dan dibukukan. Pun begitu ada penemuan-penemuan terbaru yang dijalankan oleh EFEO dari Perancis dengan kerajaan Indonesia yang melihat Muara Jambi serta kerajaan Padjajaran di dalam Sunda di Bogor dan lain-lainnya. Itulah, kita sebenarnya harus mengambil tahu tentang penyelidikan-penyelidikan yang telah dijalankan di Asia Tenggara. Kita juga tidak harus mengadakan penyelidikan dan penemuan secara eksklusif terhadap bidang Arkaeologi semata-mata, atau yang sempit ruang lingkupnya, kerananya luas dan merangkumi banyak bidang lain termasuk ekonomi, politik, sejarah, budaya, antropologi, etnologi, botani dll. Banyak kertas kerja yang dibentangkan bersifat sambil lewa. Malah ada yang bergelar Prof.Madya yang bercakap sambil lewa tentang sejarah dan pensejarahan. Seharusnya lebih serious kerana ini adalah sejarah negara. Dalam hal ini semua ini adalah amat penting dan bukan main-main. Saya sebenarnya lebih ingin mendengar para ahli ukur, town planner atau urban planner membentangkan kes-kes kota-kota maritim lain di Asia Tenggara atau di Asia yang mewakili zamannya, kemudiannya bercerita tentang kota-kota tersebut, bukannya mengandaikan dari sesuatu yang tidak diketahuinya dengan jelas dan arif, terutama tentang sejarah, budaya dan arkeologi. Begitu juga dengan para akitek,  sebenarnya kita ingin melihat mereka bercerita tentang bangunan-bangunan yang sezaman dengannya, samada ianya senibina hindu atau buddha atau yang berbentuk pagan akitektur. Kenapa tidak dipanggil pakar-pakar senibina gaya tersebut dari Indonesia, India, China atau dari Kambodia atau Thailand atau Myanmar. Mereka salah untuk mengadakan seminar yang sedemikian rupa tanpa mengetahui siapa yang berada di antara audien, malah mereka juga salah kalau ingin mengajar pelajar-pelajar, apalagi pelajar dari fakulti yang tidak ada kena mengenai dengan bidang yang mereka pelajari. Saya benar2 berharap penyelidikan dijalankan sebelum membentangkan kertas kerja atau membentangkan hal-hal yang sememangnya sebati dengan mereka. Sebenarnya banyak lagi kajian yang perlu dilakukan seperti botani, natural science, sungai, laut hutan yang kemudiannya merangkaikan sebuah kajian ecology yang lebih menarik untuk dibentangkan ke pihak UNESCO. Mungkin ia boleh menjadi sebuah gabungan "nature and culture". Tetapi kita harus memulakan dengan suatu stock take yang terperinci. Mungkin ini boleh melibatkan universiti-universiti yang ada di Malaysia dan juga membawa pakar dari luar serta gabungan pemikiran.

 Betul kata anda, kalau ada buku tentang Kota-kota Melayu yang ditulis, ingin juga saya membacanya. Saya rasa ada caranya nak mengkaji semua tu, tapi tak lain dan tak bukan dengan melihat Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Kanun Melaka, Negara Kartagama dulu. Kita tak ada bukti lain, mungkin ada penulisan Portugis yang perlu kita selidiki untuk melihat Melaka. Atau juga tulisan European writer-travelers yang menulis semasa pengembaraan mereka ke timur, seperti Peter Flores di Pattani pada 1600an. Mungkin adakan satu seminar tentang itu dan panggil pakar2 syair dan sejarah untuk merungkaikannya bersama para perancang bandar, akitek, interior designer, environment designer, wood specialist, falsafah Melayu, sasterawan Melayu. Jomlah buat seminar tu!

9 comments:

Anonymous said...

Salam... saya turut menyertai seminar tersebut...Mungkin dalam mind kita..Lembah Bujang dicitrakan sebagai chandi..jadi pemukiran pun menjadi sempit, sedangkan Lembah Bujang adalah bandar perdagangan yang terbesar ketikan itu..masakan petempatannya hanya chandi sahaja...dalam penyelidikan saya Lembah Bujang di Katogarikan sebagai "Kota Keindiaan" berdasarkan jumpaan artifak..namun dari segi prinsip perencanaan kota, seharusnya, menjangkai dari itu.

Anonymous said...

sambungan.....Kenapa Lembah Bujang dikaitkan lebih kepada Chandi sahaja...? Pada zaman kuno..sehingga kerun ke 7 (tak salah saya...tak sempat buka buku....)...perencanaan kota atau bandar boleh dibahagikan kepada dua galur dan prinsip. Semua ini dipengaruhi oleh kepercayaan dan sosial budaya masyarakat...pertama - konsep tuhan/dewa itu sebagai pemerintah dan bandar dibentuk sebagai satu tatatur yang memerlukan bentuk-bentuk penyembahan. Ini dapat dilihat dengan artifak seperti ziggurat, chandi/temple yang menjulang ke langit. Selalunya berada dilokasi tinggi. disekitar temple sudah pastinya terdapat gedung menyimpan makanan, seterusnya rumah pembesar dan akhir sekali rakyat dan abdi... Jika dikaitkan dengan Lembah Bujang..pemetaan ini boleh dibuat...saya ke tapak arkeologi Sg Batu...jumpa bekas tapak bengkel besi...rasanya sudah mula berasas teori saya...tapi biarlah dulu.......saya nak cerita konsep/prinsip ke dua - konsep 'Pemerintah itu adalah jelmaan dewa (ekstrem sangatlah ni)...jika lebih rasionalnya dalam konteks sejarah Melayu pemerintah itu adalah 'pemegang tunggak agama'...maka ciri-ciri kota lebih makmur dan terdapat 3 itentiti yang jelas iaitu 'agama - masjid'+ istana + padang..cantik sungguh..akhir sekali lokasi kota hampir dengan kuala/muara sungai...jika diberi peluang banyak saya nak cerita pasal falsafah 3 elemen ini....cuma saya ingin semua pembaca berfikir? atau terfikir....berkenaan prinsip bandar warisan kita??? (bandar kolonial )...Bangunan besar (administration building) + padang + gereja...lokasi ditengah bandar...kenapa??? sila beri jawapan....setiap kali aku kembara pasti rindu sentiasa menggamit kerana bayu di sini tidak sama seperti bayu di kota ku...Okay Zul jumpa lagi...N

Anonymous said...

Saya amat senang untuk berbincang tentang kota warisan ini kerana ia merentasi ilmu sejarah, antrapologi, perancang bandar, arkitek, arkeologi termasuk sains...Apa yang diberi oleh Dr. Zul amat bermakna dari segi penstrukturan kronologi kota awal. ..boleh tolong jelaskan..ada setengah buku memberi erti KATAHA sebagai Kedah Tua..betul ke?...Saya ingin memberi komen berkenaan kertas kerja hari kedua ..walaupun tidak dapat mendengar satu butir kata pun dari pembentang tetapi saya telah menelaah lebih awal kertas kerja mereka...keputusannya "amatlah sempit dan cetek, fakta yang ditulis"..sedangkan saya..sudah hampir dua tahun menyelidik belum lagi dapat memetakan morforlogy kota warian kita...sekarang ni pun masih rasa terhimpit (bersalah)..kenapa tak siap-siap lagi..Pengalaman dalam bidang perancang bandar rupanya masih belum cukup lagi kerana selepas 15 tahun baru tersedar...ilmu perancang bandar yang dipelajari terlalu sekular rupanya...semuanya datang dari british...sampai perancang bandar Melayu pun tak tahu...Sehingga hari ini dalam silibus Planning History, langsung takde sejarah tamdun Melayu apatah lagi Islam...BERDOSA pulak rasanya. Cari buku pasal "Malay Urban Pattern" langsung tak de..tapi buku A.J. Mooris (the urban pattern) boleh katam. Tak sabar nak tulis buku sendiri..(Fardhu Kifayah)..Bila dah terlibat dengan bidang koservasi dan arkeologi ..baru sedar tanpa sejarah..kita tak boleh memahami asal usul. Ini pun aku dapat bila dilatih oleh arkeologist Indonesia..kalau tak aku pun sama macam apa yang dibentangkan dalam seminar hari ke 2...Dr. Zul, terimakasih dengan tulisan yang amat membantu...Buat pengetahuan Dr. Zul, saya sedang menyelidik tentang kota warisan, bermula dari kota tamadun awal, kota Melayu dan bandar Melayu Awal... Saya mesti terus dan siapkan penyelidikan ini kerana banyak fakta, falsafah, prinsip ditemui. Semuanya kadangkala jadi berserabut kerana sejarah perlu dilihat pada masa dan tempat yang betul...Tidak mahu lagi baca buku sejarah macam buku perkesahan saja..macam kita baca kisah Rasul..hanya meihat pada satu aspek sahaja..kisah dan pengajaran..tetapi sebaiknya kita membaca dalam kontek sirah dan sejarah kerana ia berkait dengan semua bidang ilmu ..."Semua Nabi dan Rasul di turunkan di bandar"...kalau dapat disusun nama Rasul dan bandar mulai dari Nabi Adam...kita dapat tahu kisah sebenar tamadun dunia ini melalui al-Quran dan sirah saja....Assallamualaikum..N

zubin said...

Salam, saya rasa saya tahu siapa anda. Tapi tak mengapa simpankan saspensenya. Betul kata awak, kalau ada buku tentang Kota-kota Melayu yang ditulis, ingin saya membacanya. Saya rasa ada caranya nak mengkaji semua tu, tapi tak lain dan tak bukan dengan melihat Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Kanun Melaka, Negara Kartagama. Mungkin adakan satu seminar tentang itu dan panggil pakar2 syair dan sejarah untuk merungkaikannya bersama para perancang bandar, akitek, interior designer, environment designer, wood specialist, falsafah Melayu, sasterawan Melayu. Jomlah buat seminar tu!

Anonymous said...

Saya sedang gelak besar..bila Dr. Zul tulis 'saya tahu siapa anda"....kalau dah pasti ..HUBUNGI SAYA.!kalau Dr. Zul nak baca buku tentang kota warisan..boleh baca buku yang di tulis oleh Allahyarham Halim Nasir..tajuknya Kota Melayu...dan sebuah buku beliau yang terakhir iaitu kota di lembangan sungai..(saya tengah geram..ada yang pinjam tak pulang...atau saya yang dah salah letak)....Selepas membaca komen blog anda...tercetus balik semangat saya untuk meneruskan penyelidikan tentang kota warisan....Anda ada nyatakan KATAHA-Lembah Bujang terbahagi kepada 5 zaman..itu yang menjadi minat saya...sebab saya tak dapat petakannya menjadi 5 zaman (mungkin tak semak betul-betul kronologinya)..Sebenarnya penyelidikan saya dah 2 tahun tertangguh...itu pun setelah fasa pertama (pilot study) yang saya cuba buat dulu dapat merungkai beberapa kekeliruan dan menghasilkan penemuan yang tak sabar rasanya hendak ditulis..tapi masih tak lengkap kerana melibatkan 2 bandar sahaja...(mungkin budget sikit...tapi Alhamdulillah penyelidikan ini mendapat sokongan dari Istitut Peradaban Melayu ZAABA)..Saya bercadang untuk menyambung kembali penyelidikan kota warisan/sejarah ini tetapi meluaskan lagi interpretasinya dalam konteks sosial culture..dan selepas bertemu dengan anda...roh itu semakin kuat...buat pengetahuan Dr. ZUL saya merangka untuk 'kembara' semula ke kota-kota warisan sebagaimana yang dikaji/ditulis oleh Halim Nasir...InsyaAllah..kalau anda sudi..boleh jadi teman saya....N

Pegawai Khalwat said...

Saya juga lama tak jumpa Salwa. Dulu rajin dia bertandang ke USM. Turut mengagumi karya beliau.

Merbok itu dekat dengan rumah mentua saya.

Anonymous said...

The history of these areas seem a lot due to a few locations that you need to do CSI. Well known for lost city, war area, beheaded people area; you should refer to those known to local people there as the referrer. B'coz before 1900, people still walks from tanjung dawai to bedong.. I still wonder.. and yet you need to check on these matters.

manuel said...

Saya rasa masih banyak penyelidikan serta ekskavasi perlu dilakukan dilembah bujang sebelum satu tamadun yang tua dan kaya di negara kita tenggelam ditelan arus pembangunan. Sebagai contoh, universiti AIMST yang dibina di atau berhampiran lokasi kompleks tamadun ini mungkin telah menimbun banyak artefak yang berharga.
Isu yang kedua adalah persepsi kita Malaysia harus berubah. Tamadun ini bukan sahaja berkaitan dengan 'candi' atau unsur keagamaan. IA merupakan sejarah satu tamadun Melayu yang cukup kuno tetapi sofistikated dan moden pada era itu. Ini juga akan membuktikan bahawa kita telah bertamadun dan telah membina kota-kota yang terancang sebelum orang barat datang ke sini. Ia juga akan membuktikan bahawa nenek moyang kita tidak hidup dalam hutan sebelum kesultanan Melaka.
Saya ingin mensyorkan agar penelitian dan ekskavasi yang lebih ekstensif serta aggressive dibuat sebelum ia menjadi terlambat. Jika Cambodia mempunyai Angkor Wat dan Indonesia mempunyai Borobudor, kenapakah kita tidak boleh mempunyai kompleks Kathaha/Kedha/Kedaram........

BALQIS SEMEKAR said...
This comment has been removed by the author.