Friday, May 22, 2009

Saraphine as proposed by www.robotbahaya.blogspot.com

Rabu lalu aku ke Mid Valley dengan sorang kaki wayang dari orang gomen(dulu dia nih journalist) skrang dah keje pr plak kat institusi pendidikan kewangan Islam. Nasib baik dia ada, dia yang mengajak dan mengingatkan aku. Thanks Saat for telling me that "all artist should watch this film", exactly, memang betul, apa part yang memang sayu, about seorang gaji di perancis sekitar tahun 1912 dirumah seorang kaya dan kebetulan ada tenant, org Jerman yang kemudiannya menjelaskan yang dia tidak akan kawin dengan seorang wanita. tetapi untuk sebuah filem yang menjelaskan zamannya, ia jelas sekali dengan bahasa yang berlapik. Ini sebuah filem yang boleh membincangkan isu-isu menarik tentang seorang struggling artis atau mungkin tentang mereka-mereka yang menjadi seniman dan sekali gus menceritakan tentang seorang wanita yang taksub dengan lukisannya tapi akhirnya menjadi gila kerana banyak yang dia sendiri tidak mengerti tentang kehidupan seorang seniman dari segi politik dan ekonominya. Filem ini juga mengisahkan tentang zaman, perang dunia, kepentingan ekonomi dalam seni serta kehidupan seorang homoseksual jerman yang terpaksa lari dan hidup di Perancis bersama kakaknya. Ini sebuah filem yang gelap, malah visualnya dimulakan dalam sebuah cinematography yang begitu gelap untuk jangka waktu yang lama, sehinggalah Sapahine mula melukis dengan hati yang terbuka dan penuh percaya diri.

No comments: