Tuesday, July 22, 2008

Gebu Gembira

Gebu Gembira melalui banyak halangan, naskahnya pun baru disiapkan, dari tangan satu pelakon ke satu pelakon yang lain. Akhirnya jatuh ke tangan Ismaliza, pelakon graduan diploma Aswara yang kini belajar sarjana muda di UM. Kami tak banyak waktu kerana aku terlalu sibuk dengan kerja pengurusan, permohonan bantuan dan publisiti, yang ternyata susah mendapatkannya. Satu waktu, semasa aku tak dapat datang, ada hal telah berubah, aku tak bersetuju kerana menganggap, apa yang dilakukan adalah diluar apa yang ingin aku lakukan. Sebagai pengarah drama yang baru nak mengarah, aku agak keras dengan apa yang aku inginkan, apalagi ini adalah hasiltangan aku yang kedua. Mungkin itulah sebabnya, selalunya orang lain yang mengarah naskah, tapi tentunya penulisnya seksa, melainkan penulis dan pengarah saling mengenali. Tapi rasanya itu tak mustahil, banyak orang yang berbuat begitu. Apalagi di dalam dunia tari dan aku sendiri datang dengan dunia teater tari, apalagi apabila orang lain yang menarikan. Kalau seorang penari solo, dia semua yang melakukannya, dari choreography, direction, costume, dan tariannya. Mungkin itulah sebabnya.

Aku mengambil keputusan untuk meneruskan Gebu Gembira setelah itu kerana keadaan terlalu tegang. Tapi kemudiannya aku setuju untuk mementaskannya sebagai membaca Gebu Gembira. Pada mulanya pelakon tak berapa setuju, kerana ini jarang berlaku dalam teater Melayu di Malaysia. Tapi akhirnya setuju. Setelah itu keadaan menjadi bertambah baik, aku hanya membiarkan pelakon melakonkan wataknya, bergerak dan berlakon mengikut naluri rasanya, cuma kemudian aku meletakkan tiga buah kerusi untuk dia bermain dan bergerak, dan ternyata dia lebih bersedia untuk itu. Akhirnya kita hanya meneruskan dengan itu sebagai sebuah pementasan, seadanya, walaupun ianya belum sempurna. Segala-galanya amat sederhana, tapi tak apa kerana ianya hanyalah suatu percubaan.

Aku sendiri ada perancangan untuk mementaskan semula karya itu seperti idea asalnya, menjadikan ia sebuah karya yang lebih berbentuk fizikal, greak dan tari, tapi tentunya ia memerlukan proses yang panjang, dan itu tak adil untuk memeinta kerjasama dan komitment dari seorang dramatis kerana aku perlu mencari wang untuk mementaskannya. Tetapi sekurang-kurangnya aku sudah ada permulaan yang baik. Mungkin aku perlu melihat kembali skripnya, mungkin aku perlu mengadap sifu-sifu teater kerana aku masih banyak perlu belajar!

No comments: