Monday, August 04, 2008

Adakah Lagi Bersanggar Teater Di Malaysia? KL?

Kadang2 sedih jugak tengok teater Melayu ni, kata banyak orang, dulu ada Teater Anak Alam, lepas tuh dah jadi KBN kemudiannya Panggung Negara dan skrang ASWARA(sebelumnya ASK). Jadi tapaknya berkramatlah. Cuma kalau dulu ia lebih bersifat aktivism, skrang lebih bersifat projekism! Yang selalu cite pasal kegemilangan begini termasuklah Sutung Umar RS di majalah Pentas keluaran IB. 

Cerita pinggir: Aku dulu suka makan sotong. Masa kecik dulupun aku suka makan sotong kering yang dibakar kemudiannya digiling dengan mesin besi, antik tu(parents aku simpan lama kat bawah gerai dirumah, gerai tu pelataian, itulah lantai papan, tapi dah kena jual, sebab adik beradik dok berebut2 heheheh). Satu lagi sotong yang aku suka ialah ketupat sotong, ini rasanya cuma ada kat Kelantan. 

 Alfatihah untuk S.Othman kelantan, aku baru dengar khabar dia meninggal. Nanti nak kena baca karya-karya allahyarham. Aku nih kurang nak membaca karya novel, tak ada masa yang banyak, apa lagi nak tonton berbagai cerita kat dvd dan nak blogging lagi. tak ada masa babe!

Rasanya skrang ni yang ada aktivism teater yang hidup tu cuma STEFANI kat KL (walaupun bunyinya macam Itali, tapi sebenarnya Sanggar Teater fauziah Nawi, kenapa tidak SangTewi? bunyi macam Sang Dewi, eh lupa tu orang punya nama, kenapa sibok plak!) Tapi itulah grup yang aktif rasanya. Kata ada juga Ladin yang buat teater kanak2, tapi aku tak tahun sangat. . Mereka ni katanya dapat guna space kat DBP lama. Bagus jugak. 

Cakap pasal tu, DBP tu ada satu bangunan untuk digunakan untuk kegiatan tersebut, tetapi kenapa tak boleh guna, katanya tak selamatla macam2. Tapi masih ada jaga dan masih ada orang naik sembahyang, selamatlah, cuma lif aje yang turun naik sendiri, tapi tak ada hantu kot, cuma lif rosak!!! Tapi cite hantu dlm lif pun dah ada org buat kat Korea ke Thailand!

Eh, aku ni menulis merapu, macam ada adrenaline rush pulak.......

Aku nih teringin juga nak grup macam fauziah nawi tu, tapi dia dah establish, dia banyak undangan berlakon dalam astro dan akademi fantasia. Aku hampeh, kalau tak buat fringe festival, tak ada peluang kat mana2. Dapatlah buat satu cite Gebu Gembira, itupun tak boleh tumpukan sepenuhnya, sebab lari sana sini, nak cari duit, tapi tak dapat, cari publisiti dan menguruskan artis2 (bukan senang babe, walaupun ada banyaknya yang local je dan tak perlu urus visa dsb). Aku ni teringin juga nak space macam Ramli Ibrahim kat sutra kat Titiwangsa tu, tapi taklah macam tu, tu besar sangat ideanya. Tapi mungkin satu hari bole gak!

6 comments:

Anonymous said...

stefani dengan anak alam saja yang kau tau? kau baru lahir semalam ke? itulah lain kali rajin rajin tanya dan campur orang lain. Pergi jenguk kat dewan komuniti masyarakat. banyak teater melayu beraktivitism kat situ. yg projekism tu org macam korang je.

aku menyampah betul kat orang yang selalu merengek pasal teater melayu. macamlah tau sangat perkembangan teater kat malaysia ni. itulah asyik buat show kat IB dan tempat tempat ternama kononnya, kita orang yang buat show kat dewan masyarakat dan tepi jalan ni korang tak nampak. sinilah baru ko jumpa aktiviti teater. ini baru tengok satu dua teater dah mengaku penggiat teater. piiiraahhh

Fasyali Fadzly said...

lempar batu sembunyi tangan.
lempar mesej tapi tak kenalkan.

ryann said...

dr zul, stefani kaya dengan karya seni. keikhlasan berkarya itu tidak akan meminggirkan sesiapa. usaha dr. zul memperkenalkan klfringe festival sangat baik dan harap akan terus diadakan.

zubin said...

Harapnya Pak Sutung Umar tak marah, saya sekadar ingin mengerti.

Anonymous said...

Nama Stefani sebagai singkatan Sanggar Teater Fauziah Nawi diberi oleh Allahyarham S Othman Kelantan semasa pementasan teater Muzikal Oang Kota Baru. Saya kemudian bertanya bagaimana dengan sebutan dan jawapan beliau "stay funny" atau boleh "Still funny"

Terima kasih.

Mohd Mohtar Adnan said...

maaf Orang Kota Baru.