Saya nak mengucapkan ribuan dan jutaan terima kasih kepada Fathullah Lokman (www.facebook.com/ fathullah lokman) kerana telah dengan jayanya menkuratorkan "Organised Musical Chaos"(asalnya Mural Jam "Bahasa Jiwa Bangsa") himpunan 4 kumpulan band unplugged termasuk Fatullistiwa. Terima kasih juga saudara Rafik yang saya kenal dari MASKARA di Pena dan gengnya - Sinaganaga dan SMZakir. Terima kasih Aida Redza (www.aidaredza.blogspot.com) yang datang untuk menyerikan majlis. Memanglah asalnya kita rancang2 nak jamming, tapi rasanya malam tu macam ada sesuatu. Saya pun tak nak paksa Aida. Saya tahu dia datang kerana nak support. Kalau nak bayar dia perform sakan pulak kena. Tapi yang penting dia sudi datang. Saya berterima kasih sangat. begitu juga dengan teman-teman lain yang sudi datang, Mislina & Associate, Hariry, Pak Man, ada juga sokongan moral.Terima kasih Wahab Hamzah dan Harun kerana memberikan sokongan. Memanglah kita tak boleh berharap sangat dengan malam 8808 tu sebab, nak belawan dengan kuasa dunia China yang ada Olimpics Beijing kat tv. Apa lagi dengan event2 lain kat KL ni, katanya ada gig jugak malam tu, ada baca puisi, ada stand-up komidi dan mcm2 lagi. Tapi yang frust sikit tu kawan2 fringe yang lain yang sama2 buat persembahan pun tak boleh datang. Malam tu sebenarnya malam untuk kita semua, kalau ada salah silap, atau apa2 saja. Selesai persembahan jam 10.30. Semua orang belah, tinggallah saya terkontang-kontang kat situ, aneh jugak, nak kena kemas barang-barang dan buang sampah). Orang audio pun terus mintak duit malam tu juga, dah tak nak jumpa dah!!! (atau sibuk sebab ada banyak acara, atau nak balik tengok olympics).
Saya tak tidur malam tu actually, sampai ke pagi, nasib baik ada Grey's Anatomy musim kedua dan ketiga yang belum ditonton. Tapi sebenarnya saya nak lari dari memikirkan soal seni kat Malaysia(bukannya saya ni ada apa2 dlm seni kat Malaysia) termasuk penglibatan seni saya kat Malaysia, tentang seni dan wang, seni dan politik, seni dan festival, seni dan media massa, seni dan orang awam, seni dan orang2 seni sendiri.
Saya harus mulai berfikir, ke mana arah seni saya dan tujuan saya berkesenian!
5 comments:
maaf tak dapat hadir. saya pulang ke johor. ada majlis perkahwinan..
nway, fringe fest membuatkan golongan terpinggir ni rasa hidup.
tahniah...
tahniah Dr Dzul..sumbangan anda sudah tentunya menyemarakkan lagi kegiatan seni teater tempatan
hey dont worry itu saja saya tgh emotional, berleter
Takpe Doc cari duit je lah ok...
jgn sibuk2 berseni2 nie
habihkan boreh..jor
Banyak orang Malaysia berkerja menjadi anak seni. Seni tu bukan hanya untuk hiburan semata2, tetapi juga mencari kebenaran, seni itu untuk pelbagai manafaat dan ada pelbagai cara. Kita memang perlu duit untuk kehidupan sehari2 tapi kita juga perlukan seni untuk hidup, seni itu luas pengertiannya!
Post a Comment