Sunday, February 15, 2009
Hari Hari Yang Meletihkan
Weekend sepatutnya hari-hari aku patut rehat, baca suratkhabar, tulis blog, melawat saudara mara dan mungkin menonton dvd serta merancang untuk pengajaran kelas-kelas aku yang banyak tu, apa lagi kena mengajar empat mata pelajaran - Shakespeare Theatre, Improvisation and Acting, Cultural Studies II dan Traditional Arts Theories. Memangnya banyak dan banyak yang aku kena buat preparation. Bila sampai hari Isnin, semua benda harus berjalan. Itulah, harap kawan-kawan dan saudara faham semua ni. Itulah aku tak boleh buat kerja lain hari Sabtu Ahad. Dua mata pelajaran teori tu memerlukan bacaan yang banyak, yang letihnya kena membaca buku-buku dalam Bahasa Inggeris dan mentertemahkannya ke dalam Bahasa Melayu untuk pelajar-pelajar. Dah tu kena permudahkan untuk mereka untuk lebih mengerti dengan mudah. Yalah mungkin kalau belajar BA di London, seperti kawan saya Si Safiah tu oklah, sistem pelajaran dan sukatan pelajarannya berbeza. Kita kat Malaysia mempunyai sukatan dan sistem yang berbeza. Saya tahu pelajar-pelajar terlalu sibuk dengan projek-projek praktikal untuk akademi, pensyarah, kementerian serta cari makan sendiri untuk menampung kehidupan sebagai pelajar. Hujung semester pula pelajar sibuk dengan projek-projek akhir yang bersifat praktikal. Jadi bagaimana untuk mereka membaca dan menumpukan perhatian untuk matapelajaran-matapelajaran teori yang memerlukan pembacaan. Aku fikir mungkin perlu ada satu sistem dibuat untuk mereka berkerja sambil berfikir, bukan hanya berkerja kosong hingga basah keringat dan mungkin dapat bayaran 50 atau 100 sorang atau mungkin tak dapat apa-apa, cuma satu kerahan seperti rakyat dahulu kala dikerah membina istana dan jambatan. Apabila membaca blog-blog tentang sasterawan dan penulis yang menuntuk hak tentang Bahasa Melayu, buat akau terfikir juga, bilalah nak ada buku-buku teater, budaya, dan teori-teori dalam Bahasa Malaysia. Kalau kat Indonesia, buku kepunyaan Ben Anderson "Imagined Community" pun sudah diterjermahkan. Malah Rendra dan Ariffin C.Noer serta Putu Wijaya telah banyak menterjermah buku-buku skrip karya Shakespeare di tahun 1960an. Pun begitu ada pula yayasan seperti Lontar yang menterjermahkan karya-karya Bahasa Indonesia ke Bahasa Inggeris dengan sistematik sekali, menarik sungguh!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
HIMPUNAN GABUNGAN PENDIDIK & NGO - ESOK
Tarikh : 17 Februari 2009 (Selasa)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Berkumpul di pintu masuk Parlimen
Agenda : Penyerahan Memorandum kepada ahli Parlimen untuk membantah Pengajaran dan Pembelajaran Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Keterangan lanjut terdapat di blog Gerakan Mansuh PPSMI (GMP).
Semua dijemput hadir beramai-ramai.....
keterangan lanjut :
http://gerakanmansuhkanppsmi.blogspot.com/2009/02/ayuh-berhimpun-di-parlimen.html
Post a Comment