Wednesday, February 25, 2009

Perdalangan dan Cerita Tanah Serendah Sekebun Bunga

Dear Nurul Salam. Terima kasih atas email anda. It's great to hear that you are interested in perdalangan. Saya dengar ASWARA juga sudah ada kelas perdalangan dan mungkin akan memperbesarkan kursus tersebut. Di Institut Kesenian Indonesia di Jogjakarta serta Sekolah Tinggi Seni di Solo Indonesia serta ISI Denpasar sudah lama diperkenalkan kursus perdalangan malah sudah ada ke peringkat sarjana. Kita di Malaysia masih tercari2 format memodenkan tradisi ini dan yang tradisional pun sudah mahu hilang. Masih banyak yang perlu dilakukan untuk mempopularkan seni wayang kulit ini. Saya sendiri pernah terlibat di dalam pementasan Wayang Kulit tanpa kelir di Tokyo Jepun, sebagai stage manager and production manager pada tahun 1990. Suasana Cultural Centre dibawah pimpinan Datin Azanin Ahmad telah mementaskan dramatari Seri Rama Siti Dewi pada tahun 1988 dimana saya mula terlibat dengan Suasana(www.azanin.net) sebagai Jin Air Keruh, Jin Air Jernih dan Hantu Tetek/ Hantu Tinggi. Kami pernah menjelajah USA pada tahun 1988 dan Jepun 1990 serta Singapore Arts Festival 1989. Sepulangnya saya dari Indonesia pada tahun 2004, saya telah mementaskan Tanah Serendah Sekebun Bunga di Stor Teater, membawa cerita yang sering disebut-sebut di dalam cerita Wayang Kulit dan Makyong. TSSB dikatakan sebagai sebuah persembahan kolaj, kerana menggunakan teknik genre Wayang, Mak Yong, Main Peteri, Kuda Kepang serta Tari Bedoyo Jawa. Di dalam teater persembahan tersebut saya hanya menggunakan dalang sebagai pencerita sebelum tabir disingkapkan kepada Raja, Pak Yong dalam permainanan mak Yong. Sila rujuk http://svarnabhumi.blogspot.com. Ianya menceritakan kisah sebuah negeri yang bakal dilanda musuh dari utara. Raja dalam negeri yang dilakonkon oleh Mek Nab mendengar yang ada rakyatnya(Hamzah Tahir) yang mendapat mimpi yang Puteri Laut Selatan(diloknkan oleh saya) telah datang dalam mimpinya memberitahun untuk bersiap sedia yang akan ada musuh dari utara akan menyerang. Rakyatnya itu kemudiannya dipulihkan semula oleh Pawang Jawa(Dr.Kipli). Raja masih merasa ragu, tetapi dalam keraguannya telah menitahkan panglima perangnya(Mazlan tahir) bersiap sedia melatih rakyat untuk berlawan dan bermain senjata. Malangnya dalam masa berlatih, negeri Tanah Serendah Sekebun Bunga telah diserang oleh musuh yang kuat dari utara. Negeri menjadi padang jauh jarak terkukur, kerana semua rakyat dan rajanya mati dibunuh, manakala anakanda puterinya dihanyutkan ke laut, sebelum hujan ribut melanda menenggelamkan kerajaan Tanah Serendah Sekebun Bunga. Cerita ini bersambung dalam cerita seterusnya "Chini" yang dipentaskan menjadi teater tari kanak-kanak yang diarahkan oleh Hamzah Tahir dan muziknya dikomposisikan oleh Hafiz Askiak dan dipentaskan di Lamabang Sari, Istana Budaya pada tahun 2005.


Dr, kitorang diwajibkan untuk mengambil 1 subjek teater tradisional n boleh pilih sama ada mak yong, menora, wayang kulit dan gamelan. Mule2 nak try amk mak yong cz masa diploma dulu dh blaja menora, tapi Prof.Madya Rosini mewajibkan @ meminta @ menyuruh kami mengambil wayang kulit walaupun pada awalnya kami agak stress jgk. Kami diberi pilihan untuk memilih perdalangan atau muzik. N for your information, in my class we have 4 girls n 3 boys. Tapi kini perasaan stress dah bertukar menjadi seronok, excited, teruja, semangat, suka dengan ilmu baru yg dipelajari. So, saya telah memilih perdalangan with my classmate, girl from kelantan and  1 boy. Sekarang lecturer yang ajar wayang kulit pun macam semangat dan teruja bile ada dalang perempuan. Alhamdulillah, beliau suka dan tak putus-putus memberi semangat dan galakan.

 

Pada pendapat saya, untuk menjadi yang terbaik bukan sahaja saya perlu tahu dari aspek praktikalnya sahaja. Malah dari aspek teori, sejarah, latar belakang dan perbezaan di antara wayang2 kulit  yang ada di dunia ini.

 

Jika Dr tidak keberatan, sudilah kiranya dr berkongsi ilmu-ilmu terbaik dan pengetahuan  

tentang wayang kulit daripada aspek perdalangan, muziknya, sejarahnya atau apa sahaja yang berkaitan. Mungkin Dr boleh memberi tips, pandangan atau nasihat kepada saya mengenai bidang dan subjek ini kerana saya. Memang berhasrat untuk melakukan yang terbaik dan mencipta sejarah menjadi tok dalang wanita dari negeri sembilan!

 

Prof.Madya Rosini juga turut memberi contoh2 terbaik kepada kami yang boleh dijadikan contoh rujukan kepada pembelajaran kami. Dalam contoh2 yang diberi, beliau sering kali menyebut tentang persembahan dan karya Dr, iaitu   ‘Tanah Serendah Sekebun Bunga’.Saya mahu meminta maaf kerana tidak begitu familiar dengan karya ini. Saya harap dr boleh menberi gambaran atau menceritakan serba sedikit atau memberi  input daripada karya Dr tersebut supaya saya  dapat jadikan ia sebagai salah satu rujukan.


No comments: