Kelmarin aku test skrip Terompah Manik dengan pelajar-pelajar kelas "Acting & Improvisation", tetapi ternyata mereka kelihatan berat memikulnya, bukan kerana skrip tu berat atau apa, tapi kerana mereka dah letih. Mereka ada dua lagi produksi untuk matapelajaran teater mereka. Kesian mereka. Ini membuatkan aku terfikir, yang mungkin mereka juga belum bersedia, kerana mereka seharusnya telah menjalankan kelas-kelas asas lakonan, lakonan lanjutan, pengenalan teater, teater dunia, teater Asia, teater Malaysia, teater Kontemporari malaysia, secara teorinya mengetahui. Mungkin teater muzikal juga sudah harus mula diajarkan di Malaysia, apa lagi apabila industri teater muzikal sudah mulai berkembang, walaupun pada dasarnya kita sudah lama ada teater berbentuk muzikal seperti Mak Yong dan lainnya. Dan kebanyakan teater Asia begitu bentuknya. Zaman kontemporari juga sudah ada Uda dan Dara Usman Awang, Nordin Hassan, Hatta Azad Khan, sebelum adanya Istana Budaya dan teater-teater muzikalnya.
Jadi kalau seseorang pelajar tu belum mempelajari bentuk-bentuk tersebut agak susahlah nak memahami Terompah Manik, apa lagi apabila pelajar sudah terbiasa dengar monologue 10 minit. Tapi itulah hakikatnya zaman ini. Tapi kita tidak boleh menyerah dengan keadaan. Jadi untuk itu, mungkin akan ada satu karya lain yang lebih ringan, mungkin........
No comments:
Post a Comment