Dalam perjalanan aku ke Singapura dgn bas ekspress KL-Singapura Jumaat lalu, tiba2 aku teringatkan arwah mak(Hajjah Che Bunga Che Othman) dan baju pengantinnya di Zaman Perang Dunia Ke 2. Semasa aku kecik2 aku ingat Baju Kebaya Hijau Pekat Kain Baldu tu masih tergantung di dalam almari, cuma kainnya yang aku tak pernah lihat.
Tapi mak pernah beritahu, dia pakai baju tu dengan gelang tangan mas pulas di kedua belah tangan dan gelang kaki kepala naga. malangnya aku sendiri tak pernah melihat gambarnya atau pun barang-barang kemas tu, cuma bajunya. Tiba2 aku terpanggil untuk bertanyakan kakakku yang sedang bersiap sedia untuk majlis perkahwinan anaknya pada hujung tahun ini. Tapi katanya dia sudah ada pakaian persalinan untuk akad nikah dan persandingan, cuma kalau nak pakaikan untuk persalinan bolehlah. Yang menariknya, kakakaku ada sehelai kain songket antik berwarna hijau, mak pula dah wasiatkan kain limar hijau untuk disimpan. Lalu aku menghantar sms kepada beberapa teman2 yang sememangnya pencinta tekstil dan pakaian melayu klasik - Datin Azanin, Dr.Siti Zainon, Zubaidah Sual dan beberapa teman lagi termasuk Salikin Sidek. Ternyata baju yang sedemian rupa sukar untuk dicari dan dipinjam, maka terpaksalah aku mencari kainnya di mana-mana untuk dijadikan sepasang pakaian pengantin. Kebaya Baldu tangan pendek yang lebar yang tidak berapa labuh tetapi melepasi punggung, berkain songket hijau dan berselendang kain limar dipadankan pula dengan gelang kaki dan gelang tangan kepala naga berserta dokoh daun sukun. Pengantin lelakinya pula memakai baju sikap kain baldu hijau juga, sampin songket, seluar tenun songket serta gelang kaki serta cekak lengan untuk lelaki dan wanitanya. Baju dalam lelaki pula tergantung kepada warna yang boleh dipadankan diperbuat dari kain tenun kosong. Tanjaknya adalah tanjak lingkaran dengan cucuk gempita dan suting malai ditelinga, wanitanya berpemeles, suting malai, cucuk sanggul dan bunga melur segar.
A Kebaya is a traditional blouse worn by women in Indonesia, Malaysia, Brunei, Burma,Singapore, and some parts of Cambodia. It sometimes made from sheer material and usually worn with a sarong or batik kain panjang, or other traditional woven garment such as a songketwith a colorful motif.
The earliest form of Kebaya was first came from the north of the Indonesian archipelago. The clothing type began to spread to Malacca, Java, Bali, Sumatra, Borneo and Sulawesi. After hundred years of acculturation, the garments have become adjusted to local customs and culture.
Prior 1600, kebaya on Java island were considered as a sacred clothing to be worn only by members of the Javanese monarchy. During Dutch colonizationof the island, European women began wearing kebaya as formal dress. During this period, kebaya, that was originally made from mori fabric, were modified with silk embroidered with colorful patterns.
In Malacca region, a different variety of kebaya is called "nyonya kebaya" wore by the Peranakan people. Nyonya kebaya dress consists of a kebaya completed with a sarong and beaded shoes (kasut manek). The nyonya kebaya gains its popularity that the dress is worn also by non-Asian people.
Apart from traditional kebaya, fashion designers are looking into ways of modifying the design and making kebaya a more fashionable outfit. Casual designed kebaya can even be worn with jeans or skirts. For weddings or formal events, many designers are exploring other types of fine fabrics like laces to create a bridal kebaya.
The kebaya silhoutte gives emphasis to a womanly figure and that is the beauty of this ethnic wear.
Sarong kebaya, a version of kebaya has become a uniform for Singapore Airlines, Malaysia Airlines, and Garuda Indonesia flight attendants.
Baju kebaya dipakai oleh wanita Melayu. Ada dua teori tentang asal baju kebaya. Satu mengatakan perkataan 'kebaya' itu berasal daripada perkataan Arab habaya yang bermaksud pakaian labuh yang berbelah di hadapan. Satu lagi mengatakan pakaian seumpama ini dibawa oleh Portugis ke Melaka, maka sebab itulah kebaya telah lama dipakai di Melaka; bukan sahaja oleh wanita Melayu tetapi juga oleh wanita Cina Peranakan (Baba) dengan sedikit perbezaan dalam potongan dan gaya memakainya.
Baju kebaya yang asal direka labuh hingga ke paras lutut ataupun lebih. Tangannya panjang dan lebar. Bahagian badannya mengikut potongan badan dan melebar ke bawah bermula dari bahagian punggung. Bahagian hadapannya pula berbelah dan berkolar sampai ke kaki baju. Bahagian yang berbelah ini disemat dengan tiga kerongsang berasingan atau yang berangkai dengan rantai halus. Kerongsang ini dikenali sebagai ibu dan anak kerongsang. Kerongsang yang besar dan di atas sekali dipanggil ibu dan dua lagi yang kecil dan dipakai bawah kerongsang ibu dipanggil anak.
Kebaya ada pelbagai gaya. Contohnya di Selangor, kebayanya tidak berkolar. Di Perak pula lengan kebayanya sangat lebar berbanding dengan kebaya di negeri-negeri yang lain. Di Pahang pula, baju kebayanya yang dikenali sebagai baju Riau Pahang mempunyai leher berkolar dan berkancing seperti baju kurung cekak musang tetapi bahagian hadapannya juga berbelah seperti baju kebaya yang lain; malah turut dipasangkan kerongsang di bawah kancingnya yang berbutang itu.
Baju kebaya sesuai untuk pakaian harian dan juga pakaian pengantin. Bagi pakaian harian, baju kebaya sesuai diperbuat daripada kain kapas dan baldu atau sutera (bagi yang berada) dan dipadankan dengan kain sarung. Selendang hanya dikenakan apabila keluar rumah. Bagi pengantin pula, baju kebayanya diperbuat daripada songket dan sepasang dengan kain sarungnya. Selendangnya juga diperbuat daripada songket.
3 comments:
kenapa agaknya orang melayu tak suka pakai bunga yang segar bila nak menari atau nak kahwin macam melayu dulu2, mungkin kerana beli bunga dari gerai India, tapi kalau di pasar kota bharu org masih menjualnya, apa lagi kalau di pasar Jogja dan solo
sebenarnya baju yang aku cakapkan tu jarang sekali dilihat masa ni, kebanyakan kebaya adalah berbeza, kebaya ni agak lega kata org kelantan atau longgar, tidak singkat tidak labuh cuma melepasi punggung, tangannya tak labuh sangat cuma sampai di pangkal lengan supaya nampak gelang tangan org kelantan yang banyak tu, tak ada sulam tak ada apa cuma baldu semata-mata, tetapi baldu lama, mungkin skrang ni dah mahal, baldu itali atau perancis. Jadi terpaksalah cari kainnya dulu kat mana-mana!
Kebaya mempunyai pelbagai jenis dan motif pada masa sekarang. Untuk melihat kepelbagaian jenis dan motif kebaya, boleh layari http://kingofkebaya.blogspot.com
~We sell the cheapest kebaya in Malaysia~
Post a Comment