Monday, April 27, 2009

Menjejak Kota Salor

Semalam aku mendapat sms dari Dr.Norli, akitek yang buat conservation work tu, dia bertanyakan soal Kota Salor, tapi au tengah menonton filem, jadi tak dapatlah menjawabnya. Baru pagi tadi sempat sembang panjang sikit. Aku cuma bagi tahu kebetulan aku tengah menulis artickel Manora dan pertama aku menonton Manora masa kecil tu katanya dekat Kota Salor di Gertak Lembu. Gertak Lembu tu sebenarnya jambatan, ada anak sungai yang menghubungkan Sungai Kelantan tu dengan perairan untuk sawah, genious juga projek tu. Tapi kalau musim banjir disitulah air akan naik dulu. Jadi jalan ke Kota Bharu dan Pasir Mas pasti terputus. Masa aku sekolah rendah dulu ada terbaca sekumpulan ahli sejarah kelantan pergi mencari Kota Salor yang terletak dekat Gertak Lembu, selepas gertak tu ada Surau Haji Hamzah di sebelah kanan kalau dari Kota Bharu, masuk lorong hingga ke sungai. Di tepi sungai tu sebuah kawasan lapang yang jadi padang bola kampung, di situlah orang2 Siam bermain Manora di tahun 1960an. Mingkin ada kaitan dengan orang Siam di situ. Sekarang penempatan mereka dah berpindah ke kawasan Pendek, beberapa batu ke arah  Kota Bharu. Kata ayah aku masa perang Siam menyerang, Rasa Salor menyembunyikan harta dan emas2nya ke dalam telaga, mereka malah berkurung di dalam telah bawah tanah. Dulu ada majalah yang menceritakan soal ini, tapi lupa majalah apa, Dian yang dicetak di Kota Bharu rasanya di awal tahun 1970an. Mana nak cari tuh? Ada tak di perpustakaan negara atau arkib negara?

 Munkin kita perlu mula mencari sejarah Salor sedikit demi sedikit dan kita akan boleh merungkaikan misteri Kota Salor.

Kewujudan Sekolah Kebangsaan Salor berkait rapat dengan pembangunan Kedai Salor pada awal abad ke 20. Walaupun sistem pengajiaan pondok sudah wujud di kampong Salor, namun kesan kemajuan sosial dalam negeri menyedarkan masyarakat betapa perlunya pendidikan moden. Tiga orang penduduk tempatan yang prihatin telah mengambil keputusan menubuhkan satu institusi pendidikan moden. Mereka ialah Wan Muhammad b Wan Ahmad, Hamzah b Taib dan Salim Tok Mandor. Hasil kegigihan mereka serta sokongan penduduk kampong maka wujudlah Sekolah Salor pada tahun 1919. Sekolah yang pertama bertempat di bangunan Kedai  Salor lama iaitu dipinggir Sungai Kelantan.Sekolah ini merupakan sekolah rakyat dan guru mengajar secara sukarela.Guru yang pertama di sekolah ini ialah Wan Muhammad b. Wan Ahmad.Pada tahun 1923 bilangan kelas telah meningkat sehingga kelas 3.Jumlah murid lebih kurang 20 orang.Cikgu Wan Muhammad seorang sahaja yang mengajar ketiga-tiga kelas tersebut. Selepas berlaku Bah Air Merah tahun 1926, Sekolah Salor dipindah ke tapak kedua iaitu di Pengkalan Ujid kira-kira 2000 meter di sebelah hilir tapak pertama.Tapak berukuran 40 x 225 kaki ini adalah milik kerajaan yang sebelum ini adalah tapak Masjid Salor. Bangunan sekolah berukuran 20x30 kaki ini dibinasecara gotong-royong oleh orang kampung.Struktur bangunan terdiri dari tiang batang nibong,kayu bulat dinding buluh dan atap sagu.Terdapat sebanyak 3bilik darjah iaitu darjah 1-3. (Petikan dari www.maxis.communities.com.my/salor)

Ini plak ada perbualan tentang Tragedi Sejarah Salor dari www.dikirbarat.net
Tok Jogho Wau Bule:
rajo salor tu mati sekitar tahun 1880-1882 ko? Nok tanyo skit tahu dok asal usul yang menyebabkan rajo salor tu dibunuh dan betulkah di salor tu dulu terdapat kota dan sebuah istana rajo? Buleh perjelaskan ko?

Lloni Awak2:
Memae dulu salor ado seoghe rajo dan tingga di kota rajo. kito maso kechik-kechik penoh gie ssitu...masih ado kesan tapak kota dan parit sekelilingnya malah kubur kaum kerabat raja salor pun ado disitu dalam kota....tapi lloni tok tau lagumano ghupo doh...kalu kerajaoe peko ko sejaroh demotu jagolah..nok aghak ko ghakyak tok taso...

Tok Jogho:
asa ssiloh kisoh ialah pado maso sultae mulut meghoh dulu dio suko blago lembu...dan suatu hari semaso di hari belago lembu tu mulut meghoh denga perdano menterinya..gielah ko kota rajo salor untuk belago lembu. entah mache mano sebelum tu...ado soghae anok ghajo salor hok gilo iseng duk mengkewa-kewa keghih gi maghi-gi maghi kok depae ghajo mulut meghoh kalu bahaso istilah gak 'lalu kok atah muko lah'. Tuk perdano menteri telah menghalang dan menghoyak ko sultae bahwo perbuatae tu bahayo seolah-olah nok bunuh sultae. kemudiae sultae mulut meghohpun murkalah lalu balik ke kota baghu. Selepah pado tu atas perkisohae perdano menteri yg mengatakan lagi bahawo rajo salor nok bunuh dio. Mako sultae mulut meghoh pun ataalah aska nok gi hapus rajo salor dengan caro menyerang hendap. dipendekkae ceghito mako abihlah terbunuh sapo-sapo hok ado dalae kota tersebut termasuklah terbunuh samo seorang da'ie berketurunan Sayyid yang memang kebetulan tinggal sementara bersama dengan raja salor pada maso tu...

Tok Jogho:
begitulah perkisohaenya..tapi ghama oghe klate tok tahu terutama bukae oghe asal salor..kisoh ni mache ditutup supayo oghe tok tahu kejahatan mulut meghoh dan perdana menteri.

Awak2:
adokah berlaku sumpohae sewaktu da'ie hok keturune sayyid tu mati sewaktu dio dibunuh di koto salor tu....

Tok Jogho:
wallahu'alam ....sumer keno bunuh sapo nok bbaghi...

Ini plak perihal Silat Cekak di Kelantan(www.gedungsch.blogspot.com)
Usaha awal untuk menubuhkan Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi di Kelantan telah dibuat oleh Allahyarham Ustaz Hanafi bin Hj Ahmad iaitu pada tahun 1977 melalui satu demonstrasi Silat Cekak besar-besaran , bertempat di Padang Merdeka , Kota Bharu . Selepas 13tahun kunjungan beliau , pada Disember 1990, hasil gabungan pelajar institut pengajian tinggi (IPT), Silat Cekak telah mula bertapak di Pasar Mini Salor , Batu7 , Kampung Teluk Kandis , Salor , Kota Bharu , Kelantan . Pada 1 Januari 1991 , silat ini beribu pejabat di Lot 2094, Kg Masjid Kota , 15100 Kota Bharu , Kelantan dan Mesyuarat Agung Pertama diadakan pada 3 Februari 1991 . 

Tapi apakah hubungannya dengan silat plak? Mengikut naluri saya tentunya ada hubungan, dua masyarakat ini adalah merupakan anak cucu kepada kerajaan-kerajaan lama yang ada di Kota Salor dan Kota Jelasin, tapi saya belum tahun dengan jelas kota manakah yang lebih awal ujud dan hilang.

Dalam pada mencari-cari tentang sejarah Kota Salor. Timbul plak cerita tentang Sayyid Hussein ini.

Ini plak misteri mencari Sayyid Hussein Jamadil Kubra (www.forum.cari.com/)

WonBin:
Beliau adalah tokoh yang terpenting di Nusantara. Terlalu penting sehingga nama beliau DIPADAMKAN oleh British dan DIPADAMKAN DARIPADABUKU SEJARAH DI SEKOLAH.

1. Sayyid Hussein Jamadil Kubra dikatakan sebagai datuk kepada Wali Songo.

2. Adik beliau merupakan Adi Putera, Guru Hang Tuah.

3. Keturunan beliau ialah Sultan Brunei sekarang.

4. Keturunan beliau adalah Sultan Kelantan sekarang.

5. Beliau dikaitkan dengan pembinaan Masjid Kampung Laut.

6. Keturunan beliau di Kelantan memakai gelaran Tengku, Nik dan Wan.

7. Beliau ketua Wali 7.

8. Beliau menetap agak lama di Kelantan sebelum meneruskan misi dakwah bersama-sama Wali Songo di Jawa. Bukit Panau di Tanah Merah Kelantan merupakan tempat pertapaan beliau dan tempat Wali Songo berkumpul sebelum ke Jawa.

WonBin:
WALI 7

Saiyid Hussein Jamadil Kubra dari keturunan Saiyid al-Alawiyah (bertemu hingga kepada Saiyidina Hussein cucu Rasulullah s.a.w.) anak dari bekas seorang gabenor kepada Sultan Muhammad Tugluq (Kesultanan Delhi) yang kemudian berkuasa di wilayah Deccan (India Selatan); telah sampai di Kelantan kira-kira pada tahun 1349 Masihi besama adiknya Saiyid Thana'uddin atau Syekh Saman (anak murid kepada Ibnu Hajar). Sudah menjadi takdair bahawa keturunan Rasulallah dizalimi, ditindas, dibunuh dan merantau meninggalkan Kota Mekah untuk menyelamatkan diri masing-masing.

Sepanjang misi dakwahnya Saiyid Husein sempat mengawini tiga puteri keluarga Diraja Empayar Chermin (Kelantan Purba) yang sewaktu itu ibu kotanya bernama 'Jiddah' terletak 3 batu dari Bukit Panau. Kota tersebut telah terbenam ke dalam bumi dan ditenggelami oleh air, kini dikenali sebagai Danau Tok Uban. 

Anak sulong beliau, Maulana Malik Ibrahim (Sunan Gresik) merupakan pelopor dan ketua Wali Songo. Maulana Malik Ibrahim merupakan anak Saiyid Husein hasil perkahwinan dengan Puteri Linang Cahaya (adik kepada Cik Wan Kembang). Siapa sangka bahawa Wali Songo adalah anak buah (anak saudara) Cik Wan Kembang yang tersohor di Kelantan  itu.

Salah seorang anak beliau, dihantar untuk berdakwah ke Borneo dan diangkat menjadi Sultan di Brunei bergelar Sultan Berkat yang merupakan nenek moyang raja-raja Brunei sekarang. Inilah jawapan kepada Misteri kenapa Sultan Brunei telah membina sebuah masjid yang cantikdan besar di gigi tasik Danau Tok Uban, sedangkan tempat ini 'tersorok' dan orang kelantan sendiri ramai yang tidak tahu kewujudan tasik yangagak luas sayup mata memandang.

Shaik Thanauddin pula menetap di Bukit Panau (Tanah Merah, Kelantan) sebagai tempat pertapaannya yang mana di sinilah Laksamana Hang Tuah datang untuk berguru semasa usia awal remaja sekitar tahun 1400. Pada zaman dahulu kala, Bukit Panau merupakan landmark bagi pelaut antarabangsa kerana bentuknya yang unik seperti piramid itu dapat dilihat dari laut ketika berada di perairan Laut China Selatan. Pada zaman dahulu, Bukit Panau diakses melalui Sungai Kelantan yang cuma disebelahnya. Kapal-kapal mudah sahaja melalui Sungai Kelantan yang luas itu.  Inilah perkampungan Wali Songo dan tempat di mana mereka merancang dakwah di Tanah Jawa. jangan keliru, sebenarnya Bukit Panau ini bersebelahan sahaja dengan tasik Danau Tok Uban dan Masjid Sultan Brunei. Anjung Masjid Sultan Brunei di Tasik Danau Tok Uban di Pasir Mas Kelantan.

Semua informasi yang disampaikan oleh Wonbin ini agak menarik tetapi terlalu banyak informasi yang perlu dikaji selidik. Masalahnya data sejarah kita tak lengkap, hanyalah melalui cerita lisan. Kalau adapun penulisan seharusnya dalam tulisan jawi dan penulisannya tidak boleh sewenang-wenangnya diambil tanpa dikaji asal-usul naskah tersebut. Mungkin ini semua boleh terlerai jika diperincikan dan dibuat satu kajian perbandingan dengan sejarah di Jawa dan juga tulisan Arab dan China. Sudah tentulah sejarah2 sebegini tidak disimpan oleh pihak kolonial, kalau tidak pastinya sudah ditimbulkan oleh Mubin Sheppard dan Richard Winsteadt.

Selain Kota Salor, Kota Jelasin dan Puteri Saadong, aku juga terpanggil untuk mencari hubungan Puteri Saadong dengan kerajaan Perak. Negeri Perak sebenarnya telah wujud pada zaman pra sejarah lagi. Kota Tampan di Lenggong merupakan satu-satunya kawasan yang terbukti wujudnya Zaman Batu Lama di Tanah Melayu. Bertolak dari tarikh antara 4 ratus hingga 8 ribu tahun sebelum masihi, Negeri Perak telah mengalami evolusi dari masa ke masa. 
Kesan peninggalan sejarah zaman batu ini terbukti dengan jumpaan alat-alat batu dan fosif-fosil manusia dikenali dengan nama ‘Perak Man’.Negeri Perak merentasi Zaman Hoabinhian seterusnya Zaman Batu Baru dan Zaman Logam, yang dapat dibuktikan dengan jumpaan-jumpaan tertentu.Ini disusuli pula dengan zaman Hindu/Buddha yang dijangkakan berlaku serentak dengan lain-lain kawasan di Tanah Melayu.

Selepas zaman ini, alam persejarahan Negeri Perak telah maju setapak lagi dengan wujudnya kerajaan-kerajaan tempatan seperti Manjung di Daerah Dinding dan Beruas (wujud setelah Manjung luput). Begitu juga beberapa kerajaan lagi di Perak Tengah dan Ulu seperti Tun Saban dan Raja Reman(Reman ini asalnya adalah sebahagian daripada Kerajaan Pattani Besar sbelum ianya berpecah-pecah). Serentak dengan itu Islam mula bertapak kukuh di negeri ini.Titik sejarah Negeri Perak sebenarnya bermula dengan penabalan Sultan Muzaffar Syah l yang berketurunan dari Sultan Mahmud Syah Melaka pada tahun l528. Walaupun zaman Kesultanan Negeri Perak telah muncul tetapi kuasa-kuasa tempatan masih diakui berkuasa. Corak pemerintahan yang dijalankan adalah urutan dari sistem feudal di Melaka yang berdemokrasi.

Negeri Perak lebih dikenali setelah kekayaan buminya diketahui iaitu ekoran dari penemuan bijih timah di Larut pada tahun l848 oleh Long Jaafar. Di kelantan dan Pattani juga mempunyai keturunan raja-raja yang memakai gelaran yang sama sehingalah Raja Kelantan di zaman Kelantan moden Long Yunus. Pendekata ini tidak mustahil. Apalagi bila Pattani dikatakan terhubung dengan Perak dan kedah dan adanya Sunga Petani yang seharusnya dipanggil Sungai Pattani, merujuk kepada sejarah.

Kota Jelasin terletak kira-kira 4.8 kilometer dari Bandar Kota Bharu. Kota ini terkenal semasa di bawah pemerintahan Cik Siti Wan Kembang dari tahun 1548 sehingga 1580. Kota Jelasin dibuka pada tahun 1663 dan dibina dengan kayu-kayu tebal serta diukir dengan baiknya oleh tukang-tukang ukir yang masyhur. Kubu-kubu pertahanan dibina berhampiran dengan kota tersebut. Parit-parit digali dengan dalamnya serta timbunan tanah yang tebal dibuat sebagai benteng pertahanan. 
Semasa pemerintahan Puteri Saadong, kota ini bertambah maju dan kota ini dijadikan sebagai kubu pertahanan negeri Kelantan daripada serangan dan ancaman luar. Mengikut sejarah, Kota Jelasin pernah diserang oleh Raja Siam disebabkan iri hati dengan kemajuan Kota Jelasin. Akhirnya, Kota Jelasin binasa dan Puteri Saadong juga menghilangkan diri. Semenjak itu berita daripada Puteri Saadong tidak diketahui dan keadaan Kota Jelasin semakin kucar-kacir tanpa pemerintah.

 
 
Kini Kota Jelasin hanya dikenali dengan nama Kota sahaja. Kesan peninggalan kota lama itu hampir lenyap kerana kurang perhatian untuk memeliharanya dan kawasan sekitar kota tersebut kini ditumbuhi belukar.


RAJA ABDULLAH (1663-1671)

Makam Raja Abdullah yang terletak di Kampung Padang Halban, Kota Bharu. 
Raja Abdullah adalah suami kepada Puteri Saadong

Raja Abdullah adalah putera kepada Raja Bahar. Baginda telah dikahwinkan dengan sepupunya Puteri Saadong, Puteri kepada Raja Loyor oleh Paduka Cik Siti Wan Kembang. Perkahwinan ini adalah untuk mengelakkan angkara dari Raja Siam yang juga berhasrat untuk memperisterikan Puteri Saadong.

Selepas istiadat perkahwinan tersebut, Paduka Cik Siti Wan Kembang telah menabalkan Raja Abdullah menerajui Kota Tegayung. Perkahwinan ini juga secara tidak langsung telah menamatkan sejarah pemerintahan di Jembal. Kemudiannya Cik Siti Wan Kembang telah meninggalkan Kota Tegayung. Kota yang baru ini dinamakan Kota Jelasin (sekarang Kampung Kota, Kota Bharu). Kota Jelasin juga kemudiannya diserahkan kepada Raja Abdullah dan Puteri Saadong.

Pemerintahan Raja Abdullah dan Puteri Saadong tidak lagi berpusat di Jembal tetapi di Kota Jelasin. Besar kemungkinan kuasa pemerintahan Raja Abdullah ini meliputi kerajaan Jembal. Andaian ini berdasarkan kepada keadaan di Jembal yang tidak mempunyai pemerintah selepas kemangkatan Raja Loyor dalam tahun 1663.

Dalam tahun 1671 baginda Raja Abdullah telah mangkat. Baginda dikatakan mati ditikam oleh isteri baginda Tuan Puteri Saadong dengan penyucuk sanggul dalam satu pergaduhan di Kota Mahligai. Pergaduhan ini berpunca daripada sikap marah Tuan Puteri Saadong terhadap suaminya Raja Abdullah yang tidak setia terhadap janji.

Baginda Raja Abdullah telah dimakamkan di Padang Halban, dalam daerah Melor kira-kira 17 km dari bandar Kota Bharu.

BUKIT MARAK, PERINGAT, KOTA BHARU

Pemandangan di sekitar Bukit Marak :
Tempat ini dipercayai merupakan tempat istirehat lagenda Puteri Saadong. 
Di sebelah kirinya ialah Sekolah Menengah Bukit Marak..
Batu-batu timbul yang menarik terdapat di Bukit Marak
yang sering dikunjungi oleh pelawat-pelawat
dan ahli-ahli kaji sejarah.

Bukit Marak terletak kira-kira 20 km daripada bandar Kota Bharu. Menurut sejarah, Cik Siti Wan Kembang, pernah bersemayam di sini sewaktu Pengkalan Datu menjadi pelabuhan yang penting sekitar tahun 1605.

Bukit Marak juga menjadi tempat bersemayam Puteri Saadong selepas kemangkatan suaminya Raja Abdullah dalam tahun 1761M. Kota Mahligai yang menjadi pusat pemerintahan pada masa itu telah diserahkan kepada Raja Abdul Rahim yang ditabal menggantikan Raja Abdillah.

Semasa berada di Bukit Marak, Puteri Saadong amat disayangi oleh rakyat jelata kerana kemurahan hati baginda. Baginda sering menjadi tempat rakyat jelata meluahkan perasaan terhadap kezaliman yang dilakukan oleh Raja Abdul Rahim. Peristiwa ini membuat baginda sering berdukacita dan akhirnya menyebabkan baginda memencilkan diri ke Gunung Ayam.

Hingga kini kesan-kesan peninggalan Tuan Puteri Saadong di Bukit Marak masih lagi dapat dilihatnya. Antaranya kesan-kesan istana tempat baginda bersemayam dan bahagian bawahnya pula terdapat satu kawasan yang dipercayai tanah perkuburan pengikut-pengikut baginda.

Daripada maklumat yang didapati ternyata Kota Salor mempunyai dua cerita yang berbeza, satunya ia diserang oleh Siam dan satu lagi ianya diserang oleh Sultan Muhamad Mulut Merah, iaitu Sultan Muhamad II, bapa kepada Long Ghafar. Kedua-duanya merujuk kepada abad yang berbeza, mungkin juga kedua-dua peristiwa tersebut terjadi pada zaman yang berbeza, tetapi pada zaman Sultan Muhamad II Kota tersebut lenyap atau dilenyapkan kerana kekuasaannya serta usahanya menghapuskan raja-raja kecil yang ada diseluruh negeri.

(Brikut petikan dari: http://pkrjk.blogspot.com/2007/07/sejarah-kerabat-raja-jembal-kelantan.html)

JEMBAL DALAM LIPATAN SEJARAH

Pengenalan
•Negeri Kelantan terletak di pesisir Pantai Timur Semenanjung.
•Menjadi tumpuan pedagang berulang alik dari timur dan barat.
•Kedudukannya yang strategik, menyebabkan wujudnya kerajaan yang besar di situ yang
mengawal aliran perdagangan dan politiknya.
•Salah sebuah kerajaan yang masyhur di abad ke 17 dan 18 ialah Kerajaan Jembal.

Sejarah Awal Kelantan

•Sejarah awal Kelantan sukar dikesan.
•Ada pendapat mengatakan Kelantan sudah wujud diabad yang pertama lagi dengan panggilan ‘Medang Kemulan’.
•Dalam abad ke 5, Kelantan dikenali dengan nama’Kalatana’ atau ‘Tanah Kala’.
•Catatan Shen Yao (414 – 512) ada menyebut negeri ‘Ho-lo-tan’ atau ‘Kou-lo-tan’.


Kelantan Abad Ke 15

•Tahun 1411 Kelantan diperintah oleh Raja Kumar (Islam).
•Menjalinkan hubungan dengan negeri Cina.
•Sultan Iskandar memerintah sehingga tahun 1465.
•Tahun 1465 Sultan Mansur menggantikan ayahyandanya yang mangkat.
•Tahun 1477, Kelantan diserang oleh Melaka di bawah Sultan Mahmud Syah.
•Sultan Mahmud Syah akhirnya berkahwin dengan puteri Sultan Mansur.
•Tahun 1526 Raja Gombak menggantikan Sultan Mansur.

Kelahiran Cik Siti Wan Kembang

•Cucu Raja Gombak iaitu Raja Ahmad berkahwin dengan Cik Banun Puteri Sri Nara D’Raja iaitu
sepupu Raja Hussin.
•Baginda dikurniakan seorang puteri bernama Cik Wan Kembang.
•Sultan Ahmad mangkat ketika Cik Wan Kembang berusia 4 tahun.
•Raja Hussin dari Johor dilantik sebagi pemangku raja.

Kerajaan Cik Siti Wan Kembang

•Tahun 1610, Raja Hussin mangkat.
•Cik Wan Kembang ditabal menjadi raja.
•Pusat Pentadbiran di Gunung Cinta Wangsa, Ulu Kelantan.
•Kerajaan Cik Wan Kembang sangat masyhur.
•Ramai pedagang datang berniaga, termasuk dari Arab.
•Orang-orang Arab memanggil baginda dengan panggilan ‘Paduka Cik Siti’.
•Dari situ baginda lebih dikenali dengan nama ‘Cik Siti Wan Kembang’.

Asal-usul Kerajaan Jembal

•Kerajaan Jembal diasaskan oleh Raja Besar.
•Raja Besar dikatakan dari keturunan Raja Bersiung yang memerintah Kedah abad 14.
•Raja Besar dan pengikut-pengikutnya mencari tempat yang sesuai untuk dijadikan negeri.
•Baginda mendirikan sebuah kota di tepi sungai Babong, di Pulau Melaka.
•Di situ terdapat satu pokok ‘jambu jembal’ yang besar.
•Lalu baginda menamakan tempat itu ‘JEMBAL’.


Pertabalan Raja Sakti

•Tahun 1638, Raja Besar menabalkan Raja Sakti sebagai penggantinya.
•Raja Sakti dikurniakan 7 orang anak iaitu;
~ Raja Adiluddin (Raja Loyar)
~ Raja Bahar (Raja Udang)
~ Raja Omar (Raja Ekok)
~ Raja Sungai
~ Puteri Sayu Bari
~ Puteri Unang Melor
~ Puteri Cempaka Bongsu

Kelantan Di Bawah Raja Loyar

•Tahun 1649 Raja Loyar ditabalkan sebagai raja memerintah Jembal.
•Raja Bahar dilantik sebagai Bendahara.
•Raja Omar sebagai Raja Muda.
•Raja Sungai sebagai Temenggong.
•Raja Loyar sangat dikasihi oleh rakyatnya.
•Baginda dikatakan mempunyai sifat kesaktian dengan berdarah putih, tulang tunggal, bulu
roma songsang, lelangit hitam, lidah fasih dan air liur masin.

Hubungan Dengan Kerajaan Cik Siti Wan Kembang

•Di bawah Raja Loyar, kerajaan Jembal bertambah maju dan makmur.
•Hubungan dengan kerajaan Cik Siti Wan Kembang adalah baik.
•Raja Loyar mempunyai 2 orang cahaya mata, iaitu seorang putera (meninggal) dan seorang
puteri bernama Puteri Mariam.
•Puteri Mariam lebih dikenali sebagi Puteri Saadong.
•Cik Siti Wan Kembang telah mengambil Puteri Saadong sebagai anak angkat.
•Puteri Saadong dihadiahkan dua ekor anak kijang untuk dijadikan mainan.
•Hingga sekarang gambar 2 ekor kijang dijadikan lambang kebesaran Kerajaan Negeri Kelantan.

Perkahwinan Puteri Saadong dengan Raja Abdullah

•Puteri Saadong termasyhur dengan kecantikannya.
•Raja Prasat Thong dari Siam menghantar utusan untuk meminang Puteri Saadong.
•Namun pinangan itu ditolak.
•Puteri Saadong lalu dikahwinkan dengan sepupunya Raja Abdullah.
•Raja Abdullah telah mendirikan sebuah kota yang dinamakan ‘Kota Jelasin’ (Kg. Kota
sekarang).
•Cik Siti Wan Kembang, Raja Abdullah dan Puteri Saadong telah membuka penempatan baru di Kg. Chetok yang dikenali sebagi ‘Tanah Serendah Sekebun Bunga’.
•Di sini Cik Siti Wan Kembang gering, lalu dibawa ke Gunung Cinta Wangsa dan meninggal di
sana.
•Setelah itu seluruh Kelantan diperintah oleh Raja Loyar.

Peperangan Dengan Angkatan Siam

•Raja Siam marah di atas perkahwinan Puteri Saadong dengan Raja Abdullah.
•Baginda menghantar angkatan menyerang Kota Jelasin.
•Raja Abdullah berundur ke Melor dan membina ‘Kota Mahligai’ di sana.
•Angkatan Siam mara pula ke Melor.
•Kerana sayangkan nyawa rakyat, Puteri Saadong menyerah diri dan dibawa ke Ayudhiya.

Kemangkatan Raja Loyar

•Ketika Puteri Saadong berada di Siam, ayahanda Raja Loyar telah mangkat.
•Jenazah banginda dimakamkan di Jembal iaitu bersebelahan SMK Raja Sakti sekarang.
•Adinda baginda Raja Omar ditabal menjadi raja dengan gelaran Sultan Omar

Puteri Saadong Berangkat Pulang

•Setelah kembali dari Siam, Puteri Saadong mendapati ayahandanya telah mangkat.
•Puteri Saadong terus ke Kota Mahligai.
•Sepeninggalan Puteri Saadong, Raja Abdullah telah berkahwin dengan anak pembesar negeri.
•Satu pertengkaran telah berlaku.
•Raja Abdullah mangkat setelah tertikam penyucuk sanggul Puteri Saadong.
•Jenazah baginda dimakamkan di Kampung Padang Halban, dekat Melor.

Pemerintahan Raja Abdul Rahim

•Tahun 1671, Raja Abdul Rahim, adinda Raja Abdullah, dilantik memerintah di Kota Mahligai.
•Puteri Saadong berpindah ke Bukit Marak.
•Pemerintahan Raja Abdul Rahim sangat zalim.
•Ramai rakyat datang mengadu kepada Puteri Saadong.
•Tahun 1673, Puteri Saadong berpindah ke Gunung Ayam untuk mengasingkan diri.

Kemangkatan Raja Abdul Rahim

•Raja Omar dari Jembal menghantar anaknya Raja Kecil Sulong untuk menyelesaikan masalah
di Kota Mahligai.
•Salah seorang pengikut Raja Kecil Sulong berjaya menikam Raja Abdul Rahim di tepi Tasik
Lelayang Mandi.
•Baginda mangkat di situ.

Kegemilangan Kelantan Di Bawah Sultan Omar


•Kelantan amat maju di bawah Sultan Omar.
•Baginda dapat menyatukan Kelantan di bawah satu pentadbiran.
•Baginda membuat lawatan ke seluruh jajahan negeri.
•Membuka satu kawasan tanaman padi yang luas di Padang Jembal, Bachok.
•Mengadakan hubungan dengan negara luar seperti Pattani, China dan Jawa.
•Juga dengan negeri jiran seperti Terengganu.
•Baginda dikurniakan 5 orang putera puteri; Raja Kecil Sulong, Raja Pah, Raja Sakti III, Raja Ngah dan Raja Nah.

Kedatangan Anak Raja Pattani


•Tahun 1686, tiga orang anak Datu Pengkalan Tua, Raja Pattani datang mengadap Sultan Omar.
•Mereka ialah;
~ Tuan Sulong (Long Sulong)
~ Tuan Senik (Long Senik)
~ Tuan Besar (Long Bahar)
•Long Bahar dikahwinkan dengan anakanda baginda, Raja Pah.
•Yang lain dikahwinkan anak pembesar negeri.
•Sultan Omar membina Kota Senang yang kemudiannya diserah kepada Raja Pah dan suaminya.

Sultan Omar Mangkat


•Sultan Omar memerintah selama 46 tahun.
•Baginda mangkat pada tahun 1721
•Jenazah baginda dimakamkan berhampiran Kota Seneng.
•Sekarang dikenali sebagai Kg Senenag.
•Belindan makam baginda dipercayai didatangkan dari Negeri Cina.

Raja Kecil Sulong


•Sultan Omar diganti oleh anakanda baginda Raja Kecil Sulong.
•Raja Kecil Sulong membina sebuah kota yang dinamakan ‘Kota Teras’.
•Kota ini diperbuat daripada teras kayu tembesu.
•Baginda memerintah 5 tahun sahaja.
•Mangkat pada tahun 1725 dalam usia yang muda.

Peranan Raja Pah


•Putera Raja Kecil Sulong yang bernama Raja Abdul Rahman masih kecil.
•Raja Pah telah mempengaruhi pembesar negeri supaya suaminya Tuan Besar / Long Bahar dilantik menjadi Sultan.
•Dengan itu tertolaklah hak Raja Abdul Rahman.
•Long Bahar telah berpindah dari Kota Seneng ke Kota Jembal.
•Apabila Long Bahar mangkat, anakanda baginda Long Sulaiman dilantik memerintah Kelantan.
•Dari keturunan Long Sulaiman inilah datangnya salasilah kesultanan Kelantan hari ini.


Jembal Hari Ini

•Nama Jembal kekal sehingga tahun 1922 sahaja.
•Tempat itu telah berubah kepada nama Kedai Lalat dengan secara tidak dirancang.
•Pekan tersebut dikunjungi oleh ramai penjual dan pembeli dalam masa yang singkat sahaja (*seperti lalat).
•Kerana itu pekan ini dinamakan Kedai Lalat.
•Suasana itu kekal hingga ke hari ini.


Usaha Mempertabatkan Keturunan Jembal


•Keturunan Jembal tersebar di seluruh negeri Kelantan.
•Terdapat juga di Kedah, Perak, Pahang, Terengganu dan lain-lain negeri.
•Mereka memakai berbagai gelaran; Raja, Tengku, Ku, Tuan dan Nik.
•Ada juga yang mengugurkan gelaran nama itu.
•Tahun 1991, PKRJK ditubuhkan bagi mempertabatkan dan menyatukan semula anak cucu Raja Jembal.
•AJK membuat lawatan dan memberi penerangan di merata tempat dan ceruk rantau bagi merealisasikan usaha murni ini.
•PKRJK juga telah berjaya mengembalikan nama pekan kecil ini dan daerah sekitarnya kepada ‘KOTA JEMBAL’.

 
 


20 comments:

zubin said...

Mungkin juga Kota Salor ada hubungkaitnya dengan Kota Jelasin, atau mungkin juga ianya juga ada hubungkait dengan Che Siti Wan Kembang dan Puteri Saddong, yang mana Istana Kota tersebut diserang Siam sebelum mereka lari ke Kota Mahligai dan Tanah Serendah Sekebun Bunga di Chetok di Pasir Mas

Anonymous said...

Asallamualaikum...Zul

ada kaitan ke salasilah Raja Perak dan kelantan..saya teliti dari Sultan Iskandar Dzulkarnain, yang memerintah Perak 1756-1770, tak de pun.

Namun, kisah kota Salor dan kota-kota yang berangkaiannya begitu menarik sekali. Alangkah baiknya jika dibuat catatan/kisah-kisah kota ini.

Saya membaca kisah Pulau Chempakasari dalam Misa Melayu ketika Sultan hendak mencari tapak membina kota, saya suka pantunnya.

Zaman Sultan Raja Iskandar,
Membuat Negeri di Pulau Chempaka,
Eloknya pekan dengan bandar,
Tempat dagang datang berniaga,
Membuat negeri di Pulau Chempaka,
Digelar Pulau Indera Sakti,
Dagang senteri datang berniaga,
Ka bawah Duli berbuat bakti,

Rasanya kalau kita nak buat semula penulisan kota-kota lama...memang kena rujuk hikayat, menafsir pantun dan syair lama juga....N

zubin said...

Sememangnya, itulah jiga yang telah dibuat oleh Siti Zainon dalam mentafsir pakaian melayu. Sebenarnya ada kaitan antara Raja Kelantan dengan Raja Perak, tetapi bukannya secara straight forward. Puteri Onang Kuning puteri Kelantan terpaksa menikah dengan Sultan Mahmud Shah sebelum beliau menikahi Tun Fatimah, setelah kelantan ditawan oleh melaka buat kali yang kedua rasanya, kali pertama kelantan dibantu oleh Pattani, kelai kedua melaka dibantu oleh terengganu, itulah sebabnya Kelantan dan terengganu ada love-hate relationship. Puteri Onang Kuning melahirkan putera untuk Sultan diberinama Muzafar Shah yang kemudiannya menjadi Sultan Perak, setelah Melaka hancur dan Johor Lama hancur dan Sultan Mahmud shah meninggal di Kampar, Sumatera

lloni said...

salam..

ada jugak yg ingin mengetahui pasal Salor..saya adalah berasal drp kg gertak lembu..dan asal nama salor pun dari situ...masa kecik2 dulu selalu mandi dalam salor. Saliran taliair itu dipanggil salor.Lloni oghe tok mandi doh sejak ada air paip. Selalu orang bertanya tinggal mana? saya menjawab salor. Salor luas..kawasan mana? saya jwb salor betol (tempat asal kg salor).
Nak tahu lanjut masuk ssini lah..

http://www.mykelate.net/v1/index.php?showtopic=768&st=480

lloni said...

apa2 hal dgn sejarah atau kisah salor... email me ... llonni@gmail.com

zubin said...

Terima kasih Lloni(Now). Itulah saya menamakan blog saya yang satu lagi http://saloranseni.blogspot.com, dengan harapan suatu hari saya akan dapat membuka sebuah pusat untuk pengembangan kreativiti. Saya pernah terbaca sebuah cerita yang ditulis oleh dua wartawan dari Salor tentang Sejarah Kedai Salor dalam NST. Beliau Manisah Ismail sekarng ini berkerja di NST Kota Bharu Kelantan. Mungkin satu hari saya akan mencari beliau

lloni said...

salam...nak tanya sikit...demo ni anak mat bbungo ko..

zubin said...

Mok ambo, Che Bunga Che Othman, dah dua tahun meninggal dunia. Warigh ko!

lloni said...

selalu oghe panggil ...bbungo mat...utk mok demo...ayah demo...mat bbungo..

tengok ko gamba demo tu..ingat doh..demo...hok mano so..

bukan woris tapi kenal lah jauh2..maso dulu2 zaman remajo...

Anonymous said...

I am sure you all know about the iPhone 3G finally being unlocked. I am looking to buy one and I want to use my T-Mobile sim card that carries the $29.99 300 min and UNL. N&W Plan. If I use that sim card, will I still get all the features like GPS, internet and texting? Thanks!
[url=http://unlockiphone22.com]unlock iphone[/url]

Anonymous said...

Hi, as you may already discovered I am new here.
In first steps it is very good if somebody supports you, so hope to meet friendly and helpful people here. Let me know if I can help you.
Thanks and good luck everyone! ;)

zac said...

memean wujud kota salor.ore kampung ambo panggil tempat tu ATAS KOTA
.ambo pernah menziarahi makan diraja dan panglimanya.

Anonymous said...

as salam...bgs ada org crta sejaroh asal usul nie..crta raja saadong sma mcm mn ayah saya crta..mcm mn asal silah keturunan kami..tp nama keturunan nik kno uang sebab keselamatan..teruskn penulisan anda.terima kasih.

Anonymous said...

Assalamualaikum WBT...

Tertarik dengan hikayat Raja Salor nih... Ayahanda ambo pernah buat sedikit research dengan menemuramah direct waris² dari hulubalang Raja Salor...

Ambo ingin menambah sket... Kalau ikut cerita yang diturunkan oleh waris hulubalang (orang tempatan), puteri Raja Salor dapat melepaskan diri dengan menyorok di bawah daun keladi dan mengapungkan diri selama beberapa hari. Penduduk setempat datang secara rahsia menghantar makanan.

Puteri baginda berada di bawah daun keladi sehingga badannya dilekati oleh lumut.
Semasa itu, pasukan askar yang menyerang Kota Salor melancarkan gerakan mencari puteri baginda rasa. Habis semua tempat diperiksa; hatta rumah padi yang ada semuanya dijolok dari bawah menggunakan buluh yang runcing bagi memastikan penduduk setempat tidak menyembunyikan puteri tersebut.

Selepas keadaan reda, dengan bantuan rakyat setempat, puteri baginda raja melepaskan diri ke Thailand.

Anonymous said...

sambung sket... harta² yang dibuang ke dalam salor oleh org-org kota dikenali sebagai Lubuk Guri Emas.. Hampir semua harta² dibuang ke situ semasa kota diserang dan selebihnya dibuang ke dalam perigi yang terletak di dalam kota. Perigi tersebut telah ditimbus dan tidak dapat dikesan. Pernah suatu masa (zaman moden doh), keturunan Raja Salor yang masih ada di Thailand datang (xsilap ambo nama dia Tuan Hijau- kena mintak perjelas dari ayahanda ambo) untuk mengesan semula harta² tersebut tetapi gagal.

Bagus usaha unutk mengupas semula sejarah Kota Salor. Ayahanda ambo sempat mengambil sedikit serpihan batu pelapik tiang kota yang tertanam. Sayangnya serpihan tu hilang setelah diserahkan. Buleh agaknya anok² Salor pakat² hok mano tahu buat research yang tergantung... Umoh ore tuo ambo dok betul² depan skolah menengah salor...

lloni said...

salam..sayang penulis anonymous di atas tidak letak contac dia...kalu tidok kito gi perjelas cerito tu..kalu baco smula silo contac ambo...llonni@gmail.com mungkin banyak cerito buleh ditangkupkan menjadi artikel untuk sejaroh Salor. Lagi lambat mungkin ramai oghe tuo kito dah 'pergi' jadi tiada sumber yg diroyat
...

lloni said...

Kalu oh ddepey sekoloh..tu umoh cikgu zakaria dan umoh cikgu abdul rahman (mulloh)..

syahril said...

ambo pum asal usul alik salor jugop..tp xberapo caro mano, pah tuo ni br ingat nk cari susur galur:

beloh abah : namo zakaria bin abu bakar..dulu2 ore kg panggil awe ya..maso mudo nakal jugop ore kato..sbb tu dio masuk polis. tok cik namo abu bakar bin deraman kot xsilap..mok sedaro ado lg di salor..ore panggil wook, bini kepado cikgu idris (mat deris)

beloh ma : namo sabariah @ mahfudzah bt hamid..mok namo wan aminah tukey emas..mengikut cerito ma, tok cik dio tok guru ngaji istano..hop sore lagi tok guru silat istano..biso dia sungai pasir mas tu jaley kaki jah nk seberang..wallahualam

kalu sapo2 kenal,bokali wareh jauh2 tu roger2 la deh..bereh

Unknown said...

che ni bako gapo? mek ambo bejujuk kiri kanan nikoh waris che blako....

Anonymous said...

TERIMA KASIH UNTUK ARTIKEL :
tapi perlu lebih banyak penelitian dan kerana baanyak maklumat yang kurang memuaskan jika mahu maklumat lebih lanjut sila mberjumpa dengan imam masjid mukim salor kerana boleh berhubung dengan generasi ke-5 keturunan raja salor yang sempat melarikan diri ke thailand