Tuesday, May 26, 2009

Cina Kelantan

Keunikan Cina Natif Kelantan

cina.jpg

Ahad lalu, aku berkesempatan bertandang ke perkampungan Cina Natif Kelantan di Kg Pasir Parit, Bukit Panau, Tanah Merah. Rombongan disambut dengan ceria oleh tuan rumah Mek Keong, 74 tahun . Lawatan ini bagi meninjau dan melihat keunikan cina Kelantan yang berada dalam asakan dunia moden sekarang. Rombongan ini dibawa oleh Penghulu Yap Kok Seng sebagai “orang tengah” bagi kami.

picture-138.jpgMek lebih mesra dipanggil “mak” ini menceritakan sejarah dan asal usul Cina Kelantan. Menurut beliau, kaum cina di Kelantan terbahagi kepada dua jenis. Pertama Cina Peranakan dan keduanya, Cina Bandar. Orang Melayu memanggil mereka Cina kampung, Cina Kelantan atau Orang Cina kita.

Bagi Cina di bandar, mereka dipanggil Cina benua atau Cina Bandar manakala masyarakat Thai di Kelantan menggelar mereka sebagai Cina Darat, Cina Kampung atau Cina Kelantan.

picture-146.jpgCina Peranakan atau Cina Peribumi ini mempunyai ciri-ciri yang membezakan mereka dengan Cina bandar dan kaum tionghua yang biasa kita temui. Keunikan mereka ini wujud kerana berlakunya asimilasi budaya antara Cina, Melayu dan Siam.

Menurut huraian dalam Wikipedia, budaya mereka dibahagikan kepada dua iaitu “Fronstage” dan “Backstage”. Frontstage bermaksud pengamalan dan gelagat mereka di dalam masyarakat di luar rumah. Mereka bercakap dialek Kelantan sesama mereka, bercucuk tanam, berbual di anjung, memakai kain pelikat bagi lelaki, dan memakai kain batik bagi kaum wanita. Ada juga yang berkelubung kepala jika keluar rumah. Cina Peranakan ini juga memakan budu dan ulam-ulaman. Nama mereka juga menggunakan nama Melayu seperti Gan Awang, Tan Awang Besar, Lau Cheng San atau Che Hassan, Che Midah, Mek Su dan nama-nama lain mencerminkan bagaimana proses asimilasi telah merubah dan membentuk budaya tersendiri di kalangan masyarakat tempatan.

Manakala Backstage pula ialah gelagat dan budaya mereka jika berada dalam rumah. Ini bermaksud, mereka masih lagi mengekalkan budaya Cina seperti sembahyang, adat perkahwinan dan juga upacara pengkebumian. “Hisham, kalau demo nok tahu cara kaum Cino nok semaye, demo kelih lagu mano Cino Kelate semaye. Cino Bandar tu semaye dah guna shortcut doh, Kiro semaye hokk sebenar ialah sepertimano cina di kampung semaye”, ujar saudara Yap Kok Seng kepada aku. aku tersenyum…”rupanya sembahyang pun ada shortcut jugak ke?” jampuk aku dan diikuti dengan hilai ketawa semua yang ada.

picture-116.jpgSenibina yang ada seperti rumah asal Cina Peranakan Kelantan juga amat unik dan menarik. Rekabentuk, jenis kayu, malah ukiran yang dipahatkan adalah seni Melayu. Cuma tulisan kaligrafi Cina sahaja yang mempunyai ciri ke”Cina”an menghiasi ruang tamu dan anjung. Namun, kesenian dan kehalusan senibina ini kian mereput kerana tiada usaha pemuliharaan dilakukan, Menurut penghulu di mukim ini, sebenarnya Kuam Cina Peranak mempunyai persatuan yang ditubuhkan pada 1987. Antara cadangan yang dikemukakan kepada pihak kerajaan ialah mewujudkan sebuah Muzium Cina Peranakan Kelantan. Harapan mereka, semoga dengan wujudnya satupicture-165.jpg muzium khas boleh menjadi bahan tatapan generasi akan datang.

picture-181.jpgMenurut cerita “mak” ini, beliau juga mengatakan bahawa generasi pertama yang datang ke Tanah Melayu bermula di Kelantan, dan bukan di Melaka. Buktinya, terdapat sebuah patung lama Ma Chor Bew di tokong Sui Yek Khong di Pulai, Gua Musang. Patung ini yang dikesan berasal dari zaman Dinasti Ming yang memerintah Negeri China antara 1368 sehingga 1644.

Di Kelantan sahaja, ada 24 tokong dengan tokong tertua berusia 600 tahun dikesan di Kampung Pulai, Gua Musang, dan tokong 300 tahun di Kampung Tokong, Kemubu.

Aku melontarkan beberapa persoalan, bagaimana dengan generasi muda sekarang? Adakah mereka masih utuh dengan budaya generasi terdahulu? “Mak” merenung jauh sebelum member jawapan. “Generasi baru sekarang makin jauh dengan amalan generasi kami. Antara yang kian pupus ialah menari ronggeng, opera cina dan sebagainya. Anak muda sekarang tidak lagi suka pakai kain pelikat, makan sireh. Warisan kami akan pupus.” Ujar beliau dengan nada sebak.

Merenung nasib generasi akan datang…

Perbualan kami tamat di situ. Aku membuat kesimpulan bahawa, Cina Peranakan yang menebal dengan pengamalan budaya Cina Tradisonal juga terhakis dengan arus kemodenan. Selain dari serangan globalisasi, kepupusan budaya ini berlaku dengan beberapa faktor. Faktor penghijrahan ke Bandar dan perkahwinan campur turut menyumbang kepada kepupusan ini. Bagi, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, intai-intailah ke Kelantan. Berilah perhatian dalam mengekalkan monument dan senibina unik ini di Kelantan. Mungkin pelaburan ini lebih tinggi nilainya daripada memberikan peruntukan berjuta ringgit dengan majlis tarian di Padang Merdeka!

picture-157.jpg

8 Responses to “Keunikan Cina Natif Kelantan”

  1. afanSeptember 19, 2007 at 3:09 am

    Great my fren. Pictures with thousand of words. Mcm mana la agaknya rupa orang lelaki cina pakai kain pelikat ye

  2. orang UKMSeptember 20, 2007 at 4:47 pm

    salam… menarik juga kisah tentang orang cina kampung di kelantan ni, anta boleh jadi wartawan nampak gayanya…
    pesanan buat mu : Selamat menyambut Ramadhan..

  3. LC FangOctober 13, 2007 at 11:29 pm

    Sejarah Cina Kelantan memang menarik, macam Melaka jugak di mana kain sarong dan pelikat cukup sinonim. Yang bezanya ialah Cina Kelantan mempunyai hubungan yang akrab dengan Melayu, tidak hairanlah ada antara mereka dipanggil dengan nama Melayu.Di kampung, rumah mereka sebijik macam rumah Melayu, tempat tokong yang kelihatan di luar rumah saja yang membezakannya. Tapi sayang, tinjauan anda tidak meliputi kegiatan budaya mereka, anda pasti kagum dan tidak percaya apabila melihat mereka berdikir barat,malah mempunyai tok dalang yang cukup gah dalam kumpulan pemain wayang kulit,juga pembuat patung atak wayang kulit. Namun, segala keunikan itu menuju kelupusan berikutan arus permodenan, tambahan pula tiada usaha terancang oleh kerajaan untuk memuliharanya. Saya tidak nampak sejauh mana Persatuan Peranakan Cina Kelantan boleh berbangga dengan keunikan yang diwarisi kerana ia jelas terhakis secara cukup ketara.

  4. sampunaOctober 31, 2007 at 11:30 am

    good research! sat ni jemput research pulaq peranakan Pulau Pinang ye!- i’m part peranakan!

  5. azrimiFebruary 20, 2008 at 9:00 pm

    kalau boleh ceritakan bagaimana proses asimilasi ni terjadi dikalangan orang cina di kelantan contohnya adakah melalui sektor ekonomi, politik ataupun pergaulan yang baik antara penduduk setempat.

  6. shukryMarch 7, 2008 at 10:26 pm

    salam ceria…
    keunikan masyarakat cina dikelantan ini memang tak dapat dinafikan… saya berasal dikawasan yangmana terdapat masyarakat cina di kelantan…keramahan dan kehidupan kami semua boleh dikatakan sama dalam aspek makanan, pakaian, pekkerjaan, mengisi masa lapang dan lain-lain. saya juga mempunyai ramai kawan darikalangan masyarakat cina kelantan ini bermula daripada zaman pra sekolah sehinggalah kini…main wau, menangkap ikan, pelihara burung puyuh menjadi kegemaran kami sewaktu kecil… walaupaun dari kaum yang berbeza namun kami tetap kawan yang baik….

    kepada mereka yang ingin datang ke kelantan tijaun dan dekatilah masyarakat ini untukl mendengar cara percakapan mereka dan keunikan masyarakat ini di kelantan… semoga kami dikelantan akan sentiasa berada dalam keadaan aman dan selesa selamanya….

  7. BEEMarch 17, 2008 at 10:58 am

    klo ade mase, dtg la ke kelantan lagi pastu tanye psl bahase plak..
    hehe..

  8. abemat011January 23, 2009 at 4:42 pm

    Tergerak juga nak bagi komen tentang Cina Kelantan ni. Jelas
    dan tepat sekali apa yang ditulis oleh penulis dan komen2 yang diberikan oleh rakan2 semua. Dari zaman budak hingga ke zaman tua masih kekal menjalani persahabatan. Si kawan saya tu sekarang dahjadi penulis/pengarang terkenal dan Prof di UPM. Kalau dia uction di Sabah di cari kawannya ini. Pesahabatan abadi. Selamat tahun baru Cina untuk kawan lamaku…Dr.lim swee Tin

    daripada
    abemat09
    Inanam
    Sabah

  9. zubin MohamadMay 26, 2009 at 11:05 pm

    Salam sejahtera, saya nak pinjam gambar dari blog ni untuk kajian, saya juga nak ambik tulisan dari blog ni, nanti kita linkkan kerana tulisan ni baik sekali untuk dikongsi bersama kawan2 saya. kebetulan kita baru saja ada buat event kat KB di Kampung Cina Kota Bharu dua minggu lalu. Kebetulan saya juga mendapat pusaka rumah Cina kelantan, tetapi cuma tinggal tapaknya saya bersama rangka rumah, saya cuba nak re-construct kembali. Mungkin saudara mereka juga sudah berada di mana2. Ibu saya yang juga seorang peniaga kecil membeli dan menjual barang kemas membeli rumah Cina kelantan kepunyaan seorang tukang emas di Kota Bharu sekitar tahun 1991/92.

3 comments:

Aminorias said...

seronok utk dibaca...saya juga berketurunan cina kelantan yg lebih dikenali sbg cina peranakan..tapi identiti cina peranakan semakin pudar dan keturunan cina peranakan hampir pupus~

msyuk_kree said...

salam.. saya juga cina peranakan kelantan.. satu family convert kepada agama Islam pada tahun 2000.. ttp kami msh lg brhubung dgn saudara mara cina yg lain..dan masih mnuturkan bhs cina (hokkien) kt rumah.. sebelah rumah saya di bachok, rumah nenek dinding rumah sepenuhnya dibuat drpd buluh.. sangat unik..

Unknown said...

hi~boleh bagi saya tahu apa kepercayaan orang cina kelantan??sama dgn org cina ngri lain kah??