Bin Basra has left a new comment on your post "Teringatkan Puck dari Midsummer Night's Dream untu...":
Zul, u tak usah risau sangat pasal nak buat teater ke, tari ke, skrip ke! itu semua terminologi yang lazim digunakan sebelum wujudnya terminologi baru iaitu 'seni performance' dan u sebenarnya ialah pengamal 'seni performance'. Seni yang wujud seiring dengan era globalisasi dan pasca-moden. Terhasilnya sesuatu 'seni performance' bertolak daripada premis 'performance text' [teks persembahan], iaitu persembahan itu sendiri sebagai teks. Jadi, kalau u dah ada senario sahaja sudah memadai. Persoalan skrip apa yang dibuat dan nak dipakai itu tidak timbul lagi. Atau samada u dari 'background' teater, tari, atau penulisan. Sebaliknya 'seni performance' adalah gabungan kesemua elemen tersebut dan yang menjadi tunggak utamanya adalah konsep 'performativity'. Dari segi penyampaian, 'Seni performance' lebih menekankan 'isu' dan 'struktur'. Jadi, siapa-siapa pun boleh membikin 'seni performance' ini. Apatah lagi orang macam u. yang penting adalah 'passion' untuk melakukannya dan u memiliki potensi itu yang mungkin tidak dimiliki oleh pengamal teater atau tari yang lain. So, cetuskanlah 'perubahan paradigma' khalayak seni persembahan di Malaysia dalam membaca dan memahami sebuah 'seni performance'. Good Luck untuk 'Terompah Manik'.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment